WorksheetsKewajipan Terhadap Jiran
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud jiran dari sudut bahasa?
Orang yang berada di sekeliling kediaman.
Orang yang berada di sekeliling.
Orang yang tinggal berdekatan sekampung.
Orang yang sentiasa bersama kita.
Maksud jiran dari sudut istilah ialah orang yang tinggal berdekatan sehingga...
Dua puluh buah rumah dari setiap penjuru.
Tiga puluh buah rumah dari setiap penjuru.
Empat puluh buah rumah dari setiap penjuru.
Seratus buah rumah dari setiap penjuru.
Dalil yang mewajibkan umat Islam berbuat baik kepada jiran terdapat dalam Surah...
Al-Baqarah ayat 36
Al-Ma'idah ayat 107
An-Nisa' ayat 36
Yasin ayat 3
Berdasarkan ajaran Islam, jiran terbahagi kepada berapa kategori?
Dua
Tiga
Empat
Lima
Kategori jiran yang memiliki tiga hak (hak Muslim, hak kerabat, dan hak jiran) ialah...
Jiran Muslim yang bukan kerabat.
Jiran bukan Islam.
Jiran Muslim dan kerabat.
Jiran Muslim yang jauh.
Jiran yang memiliki dua hak (hak Muslim dan hak jiran) ialah...
Jiran Muslim dan kerabat.
Jiran Muslim yang bukan kerabat.
Jiran bukan Islam.
Jiran kafir harbi.
Apakah hak yang dimiliki oleh jiran bukan Islam?
Hak Muslim dan hak jiran.
Hak kerabat sahaja.
Tiga hak penuh.
Satu hak (hak jiran) sahaja.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. menyebut: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia hendaklah menghormati...
Keluarganya.
Kaum kerabatnya.
Sahabatnya.
Jirannya.
Apakah yang dimaksudkan dengan kewajipan terhadap jiran iaitu mendapat ketenangan, keselesaan dan keselamatan?
Hak yang diwajibkan hanya kepada jiran Muslim.
Hak yang wujud apabila jiran berada dalam kesusahan.
Hak yang melibatkan adab menjaga perasaan jiran seperti memanggil dengan suara yang sesuai.
Hak yang diwajibkan hanya kepada jiran bukan Islam.
Manakah antara berikut bukan adab berjiran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW?
Memberikan hadiah dan makanan kepada jiran.
Melayan jiran dengan baik walaupun bukan Islam.
Meminta tetamu menunggu di luar sehingga tiada bunyi di dalam rumah.
Menyuruh Abu Zar membanyakkan kuah ketika memasak untuk diberikan kepada jiran.
Rasulullah SAW menyuruh Abu Zar membanyakkan kuah ketika memasak. Apakah tujuan utama tindakan ini?
Agar makanan tersebut mudah dimakan.
Untuk diberikan kepada jiran.
Untuk memastikan lauk tidak terlalu kering.
Sebagai lambang kekayaan.
Kewajipan yang perlu dilaksanakan terhadap jiran bukan Islam ialah...
Memberi nasihat dan mencegah kemungkaran.
Mengambil berat terhadap penderitaan dan menjaga rumah ketika ketiadaan.
Memanggil dengan suara yang sesuai.
Menjaga tiga hak penuh.
Kewajipan Memberi nasihat dan mencegah perkara yang mungkar diutamakan terhadap kategori jiran...
Jiran bukan Islam.
Jiran Muslim yang bukan kerabat.
Jiran Muslim dan kerabat.
Jiran yang tinggal jauh.
Mengapakah Rasulullah SAW meminta tetamu memberi salam di sisi pintu?
Supaya tidak ternampak aib di dalam rumah jiran.
Supaya jiran tahu tetamu sudah sampai.
Supaya jiran cepat bersedia.
Supaya tetamu tidak sesat mencari rumah.
Apakah hikmah utama beradab dengan jiran?
Mendapat pujian daripada masyarakat.
Melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan hormat-menghormati.
Memudahkan proses jual beli harta.
Hidup lebih mewah dan selesa.
Pernyataan berikut adalah kewajipan berjiran yang perlu diamalkan kecuali...
Saling memberi hadiah dan bertegur sapa.
Mencaci dan mengaibkan jiran di media sosial.
Tidak berhasad dengki dengan kelebihan jiran.
Melahirkan simpati terhadap kesusahan jiran.
Hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak beriman denganku sesiapa yang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan dia mengetahui jirannya sedang..." (Riwayat Anas bin Malik).
Sakit.
Kegembiraan.
Kelaparan.
Kedukaan.
Memberikan keutamaan kepada jiran dalam urusan jual beli merupakan adab berjiran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Apakah maksud keutamaan ini?
Menawarkan kepada jiran terlebih dahulu sebelum orang lain.
Menjual barangan dengan harga yang lebih mahal.
Mewajibkan jiran membeli semua barang yang dijual.
Memberi pinjaman tanpa perlu membayar.
Apakah implikasi positif dalam masyarakat jika semua individu mengamalkan adab berjiran?
Menghapuskan semua perbezaan agama.
Menikmati keamanan dan keharmonian kerana semua rakyat memahami tanggungjawab.
Menggalakkan persaingan ekonomi yang sihat.
Mengurangkan kadar jenayah yang serius.
Berikut adalah antara kewajipan terhadap jiran yang bukan Islam kecuali...
Mengambil berat terhadap penderitaan mereka.
Memberi nasihat untuk mencegah kemungkaran.
Tidak mengintai aurat dan menjaga rahsia jiran.
Menjaga rumah jiran ketika ketiadaan mereka.
