NEW
Font size
WorksheetsKUIZ CTU152 - BAB 2 (KONSEP ETIKA & AKHLAK)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud tauhid dari sudut syarak?
Meyakini kewujudan makhluk ghaib
Mengesakan Allah S.W.T dalam ibadah dan pengakuan
Mempercayai semua agama mengajar kebaikan
Meyakini malaikat mempunyai kuasa tersendiri
Menurut Imam al-Ghazali, apakah yang dimaksudkan dengan akhlak?
Tingkah laku yang diwarisi sejak lahir
Sifat semula jadi manusia tanpa kawalan akal
Dorongan jiwa melakukan perbuatan tanpa pertimbangan fikiran
Sistem perundangan dalam Islam
Prinsip utama yang menjadi asas peradaban Islam ialah:
Harta, kuasa dan politik
Akidah, syariah dan akhlak
Sains, ekonomi dan teknologi
Pendidikan, kesenian dan kebudayaan
Apakah fungsi utama akidah dalam kehidupan Muslim?
Mengawal peraturan ekonomi
Menjadi asas amal soleh dan melahirkan akhlak mulia
Menggalakkan persaingan duniawi
Menentukan status sosial seseorang
Mengapa manusia memerlukan undang-undang dalam kehidupan bermasyarakat menurut Islam?
Untuk menyelesaikan masalah dan menjamin hak individu
Untuk menindas golongan lemah
Untuk menunjukkan kekuasaan pemerintah
Untuk memwujudkan kesejahteraan duniawi sahaja
Apakah objektif utama syariah Islam?
Mengawal ekonomi umat Islam
Menjaga lima perkara asas kehidupan (Maqasid Syariah)
Menentukan perbezaan antara kaya dan miskin
Mengawal aktiviti politik negara Islam
Mengapakah tauhid dianggap sebagai kerangka asas etika Islam?
Kerana ia menolak pengaruh budaya luar
Kerana ia menjadikan Allah sumber kebenaran
Kerana ia hanya menekankan aspek ibadah
Kerana ia menghapuskan hukum syariah
Apakah pengaruh utama peradaban Islam terhadap sistem pemerintahan Melayu?
Menubuhkan kerajaan berasaskan kepercayaan animisme
Menghapuskan undang-undang bertulis
Menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan
Mengukuhkan sistem kasta
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “al-din” menurut Islam?
Sistem politik berasaskan hukum adat
Menjadikan agama sebagai cara hidup
Kepercayaan terhadap banyak tuhan
Sistem sosial manusia semata-mata
Apakah pengajaran daripada kisah Bilal bin Rabah R.A dalam konteks akidah?
Ketaatan kepada pemerintah
Ketabahan mempertahankan Akidah
Keberanian berperang menentang musuh
Kepentingan menuntut ilmu
Seorang pelajar berusaha menunaikan solat walaupun sibuk belajar. Tindakan ini menunjukkan aplikasi konsep:
Akhlak dan disiplin diri
Keadilan sosial
Kewarganegaraan
Etika profesional
Jika seorang pemimpin menegakkan undang-undang secara saksama tanpa memihak, dia mengamalkan prinsip:
Kejujuran
Keberanian
Keadilan (al-‘adl)
Kebebasan individu
Menuntut ilmu dan mengamalkannya untuk manfaat masyarakat menggambarkan konsep:
al-‘Ilm
al-Din
al-Insan
al-Saadah
Seorang Muslim yang menjaga hubungan baik dengan jiran bukan Islam melaksanakan nilai:
Toleransi
Keangkuhan
Kecurangan
Kebencian
Apabila seorang usahawan Muslim menjalankan perniagaan berasaskan halal dan jujur, ini menunjukkan aplikasi:
Syariah dalam ekonomi
Tauhid dalam pendidikan
Akhlak dalam politik
Akidah dalam hiburan
Menolak rasuah dan menegakkan amanah dalam pentadbiran menggambarkan:
Prinsip asas keadilan
Prinsip kebebasan individu
Prinsip kesetiaan kepada bangsa
Prinsip keindahan dalam Islam
Masyarakat Islam yang hidup secara harmoni di bawah Piagam Madinah membuktikan:
Islam hanya mementingkan bangsa Arab
Prinsip perpaduan dan keadilan dalam syariah
Keengganan menerima kaum lain
Kelemahan sistem pemerintahan Rasulullah SAW
Seorang guru mendidik muridnya dengan penuh hikmah dan kesopanan. Ini berkait dengan konsep:
al-Ta’dib
al-Saadah
at-Tazkiyah
at-Tadris
Apabila seseorang bersyukur atas nikmat ilmu dan menggunakannya untuk kebaikan, dia mencapai:
Kebahagiaan (as-Saadah)
Kedudukan tinggi
Ketenangan sementara
Kekayaan material
Apabila manusia menyedari dirinya sebagai khalifah Allah di bumi, dia akan:
Mengabaikan tanggungjawab sosial
Menggunakan kuasa sesuka hati
Menjaga alam dan melaksanakan amanah
Menolak semua bentuk kemajuan
