wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI BM

Total questions: 124

Worksheet time: 1hrs 2mins

Name
Class
Date
1.

Ali tetap meneruskan hasratnya mendapatkan komputer riba itu biarpun harganya mahal kerana kualiti yang baik.

a)

Alah membeli menang memakai

b)

Belum cuba belum tahu

c)

Biar putih tulang, jangan putih mata

d)

patah satu tumbuh seribu

2.

Sebelum mendapat keuntungan, Ali sudahpun membeli dua buah kereta untuk mengangkut hasil keluarannya pada masa hadapan.

a)

belum duduk, sudah berlunjur

b)

rambut sama hitam, hati lain-lain

c)

lain padang lain belalang

d)

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

3.

Sikapnya yang suka bersendiri, membuatkan masyarakat kurang bergaul dengannya.

a)

gajah sama gajah, pelanduk mati di tengah-tengah.

b)

ada gula semua

c)

kera sumbang

d)

kera mendapat bunga

4.

Harga topeng muka dinaikkan sekali ganda oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab semasa wabak Covid-19 berlaku.

a)

Menangguk di air keruh

b)

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina

c)

Sudah terhantuk baru terngadah

d)

langkah bendul

5.

Nyatakan maksud pipit sama pipit, enggang sama enggang

a)

kelakuan anak yang sama dengan ibu bapa

b)

pengelasan orang mengikut pangkat dan darjat

c)

pengelasan orang mengikut nafsu

d)

mudah memahami orang yang setaraf

6.

Nyatakan maksud untung sabut timbul, untuk batu tenggelam

a)

jika nasib baik akan dapatlah kejayaan

b)

jika nasib tidak ada maka tidak berguna hidup

c)

jika nasib badan tenggelam maka rugiah kita

d)

jika nasib tidak bersama kita gagal

7.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
8.

Teka perumpamaan ini.

"Bagai katak di bawah tempurung"

a)

Orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain

b)

Orang yang kuat berpegang kepada adat

c)

Orang yang sangat mengharapkan pertolongan

d)

Orang yang tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di sekeliling

9.

Teka perumpamaan ini.

"Bagai kera mendapat bunga"

a)

Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain

b)

Seseorang yang nakal mendapat hadiah

c)

Orang yang hina apabila mendapat pangkat

d)

Orang yang mengada-gada atau berlebihan sikapnya.

10.

Lengkapkan peribahasa:

Berat sama _____________, ringan sama ______________.

a)

dipikul , dijinjing

b)

berlalu , bertaut

c)

hulu, pangkal

d)

borek, rintik

11.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai

a)

membaca jambatan ilmu

b)

semakin membaca bertambah ilmu didada

c)

ilmu pelita hati

d)

sikit-sikit lama- lama jadi bukit

12.

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

berat sama dipikul ringan sama dijinjing

b)

bukit sama didaki,lurah sama dituruni

c)

bersatu bertambah mutu

d)

seperti gula dengan semut

13.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,tulis satu peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Mutiara dan penduduk kampung chempaka telah bergotong -royong membina jambatan yang runtuh itu bagi membolehkan mereka menjalankan urusan seharian bersama-sama.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

muafakat membawa hikmat

c)

bersih amalan mulia

d)

kebersihan separuh daripada iman

14.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Pengurus syarikat itu telah dipecat daripada jawatannya setelah Lembaga Pengarah mendapati pengurus tersebut telah menyalahgunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi.

a)

harapkan pagar,pagar makan padi

b)

lain padang ,lain belalang

c)

bagai bumi dengan langit

d)

bagai cendawan tumbuh selepas hujang

15.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Anggota keselamatan di negara ini diseru supaya menjauhi amalan rasuah kerana sikap segelintir antara mereka boleh menjejaskan imej keselamatan tersebut.

a)

kerana nila setitik,rosak susu sebelanga

b)

bagai telur dihujung tanduk

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai gergaji bermata dua

16.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Ibu berasa bosan dan kecewa dengan sikap anak-anaknya yang membuat kerja rumah hanya apabila disuruh dan dipaksa.

a)

seperti pahat dengan penukul

b)

bagai itik pulang petang

c)

banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya

d)

bapa borek anak rintik

17.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda,kita perlulah berhati-hati semasa mengeluarkan tutur kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan.

a)

terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya

b)

barang yang dikata,itulah kota

c)

baru bertatih sudah hendak berlari

d)

bayang disangka tubuh

18.

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.

a)

seperti kucing dengan anjing

b)

bagai mencurah air ke daun keladi

c)

terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya

d)

bagai kerbau terkejut oleh gong

19.

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar bersiri tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

bersatu teguh bercerai roboh

b)

usaha tangga kejayaan

c)

di mana ada kemahuan, disitu ada jalan

d)

bersatu padu usaha jaya

20.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat

b)

bersukan pasti menyihatkan tubuh badan

c)

mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

d)

bermandi peluh

21.
 ____________mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan. 
a)
A. Kami
b)
B. Kita
c)
C. Mereka
d)
 D. Engkau 
22.
 “____________mahu bersiar – siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung Keriang kepada dayang – dayangnya.  
a)
A. Beta
b)
B. Patik
c)
C. Saya
d)
D. Hamba
23.
  _____________  yang cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran mereka ke Australia.  
a)
A. Budak –budak
b)
B. Kanak – kanak
c)
C. Lelaki –lelaki
d)
D. Pelajar –pelajar 
24.
  _____________  yang cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran mereka ke Australia.  
a)
A. Budak –budak
b)
B. Kanak – kanak
c)
C. Lelaki –lelaki
d)
D. Pelajar –pelajar 
25.
  _____________  yang cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran mereka ke Australia.  
a)
A. Budak –budak
b)
B. Kanak – kanak
c)
C. Lelaki –lelaki
d)
D. Pelajar –pelajar 
26.
 Shamimi dinaikkan pangkat oleh majikannya  _____________   dia seorang pekerja yang rajin dan gigih.  
a)
A. agar
b)
B. kerana
c)
C. apabila
d)
D. meskipun
27.
 Shamimi dinaikkan pangkat oleh majikannya  _____________   dia seorang pekerja yang rajin dan gigih.  
a)
A. agar
b)
B. kerana
c)
C. apabila
d)
D. meskipun
28.
Tanah yang terbiar di hujung kampung itu akan dimajukan tidak lama lagi. Pilih perkataan sama ertibagi perkataan yang bergaris di atas. 
a)
 A. dibina
b)
B. ditanami
c)
C. diusahakan
d)
D. dibangunkan
29.
1.  Setelah mendengar hujah pendakwaraya, hakim telah  ___________  pesalah itu dengan hukuman penjara selama 1 bulan.  
a)
A. mijatuhi
b)
B. menjatuh
c)
C. menjatuhi 
d)
D. menjatuhkan
30.
1.  “ Harga ____________ rambutan ini cuma RM3.00. Rasalah ____________ .” kata penjual itu kepada Salwa.  
a)
A. Setimbum … seulas
b)
B. Sebuah … sepangsa
c)
C. Sebiji … sebut
d)
D. Seikat … sebiji
31.

Pak Dahlan menjunjung ______________ kayu api yang dipungutnya di hujung kampung untuk dijadikan bahan bakar.

a)

seberkas

b)

sepotong

c)

sebatang

d)

sepohon

32.

Pihak polis menemui beberapa __________ peluru yang disorokkan di dalam beg,

a)

biji

b)

butir

c)

pucuk

d)

ketul

33.

Mimi tersenyum riang kerana cita-citanya ingin menggenggam ____________ ijazah telah menjadi kenyataan.

a)

sekeping

b)

segulung

c)

senaskhah

d)

sebuah

34.

Mak Jah tidak mampu bercakap walaupun ____________ kata kerana terkejut mendengar berita kemalangan.

a)

sebaris

b)

sepatah

c)

sebutir

d)

serangkap

35.

Ibu mengambil ____________ krim pelembut lalu menyapu ke badan adik.

a)

secolek

b)

secebis

c)

sebuku

d)

sehiris

36.

Beberapa _________ pasir diletakkan di sepanjang jalan itu kerja-kerja pembinaan bangunan baharu.

a)

buah

b)

tong

c)

longgok

d)

kampit

37.

Kerja-kerja memindahkan beberapa ___________ senapang purba terpaksa ditangguhkan.

a)

biji

b)

batang

c)

buah

d)

laras

38.

Setiap murid dikehendaki menghasilkan _________ pantun sempena Minggu Bahasa Melayu.

a)

sepotong

b)

sebaris

c)

serangkap

d)

sebuah

39.

Haziq terpaksa mengulang kaji pelajaran di bawah sinaran cahaya daripada ___________ lilin kerana bekalan elektrik di rumahnya terputus sejak petang tadi.

a)

sebuah

b)

sebatang

c)

sebentuk

d)

seikat

40.

Polis marin berjaya menumpaskan ____________ lanun yang bermaharajalela di perairan Laut China Selatan.

a)

sekumpulan

b)

sepasukan

c)

segerombolan

d)

seangkatan

41.

Mak Utih mampu menyiapkan dua __________ tikar mengkuang dalam tempoh lima hari.

a)

gelung

b)

keping

c)

bidang

d)

pasang

42.

Masyitah memberikan _______________ bunga kepada kakaknya semasa majlis konvensyen.

a)

sejambak

b)

sehelai

c)

setangkai

d)

sekalung

43.

Emak membuang se ____________ benang yang tersekat pada jarum mesin jahit.

a)

buku

b)

lembar

c)

urat

d)

gumpal

44.

Encik Kamsani membeli lima ____________ kawat berduri untuk memagarkan kebun buah limaunya.

a)

urat

b)

gulung

c)

lingkar

d)

utas

45.

“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.

a)

wawasan

b)

gagasan

c)

cita-cita

d)

hobi

46.

Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita. ___________________ telah mejemput beberapa orang guru sebagai pengadil.

a)

Beliau

b)

Kami

c)

Saya

d)

Kita

47.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah itu.

b)

Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu.

48.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Ibu menyiang ikan keli di dapur.

b)

Ibu menjerang ikan keli di dapur.

49.

" Berapakah harga ............... petai ini? " tanya Mak Nab kepada penjual di pasar itu.

a)

sebiji

b)

seulas

c)

sehiris

d)

sepapan

50.

Puteri itu kelihatan jelita apabila memakai kalung emas yang terdapat beberapa ............... mutiara di atasnya.

a)

biji

b)

potong

c)

ketul

d)

butir

51.

Mereka suka makan buah tembikai yang (_____) rasanya.

a)

pahit

b)

manis

c)

masin

d)

tawar

52.

Murid-murid takut akan Cikgu He kerana dia seorang guru yang (_____).

a)

sayu

b)

ayu

c)

garang

d)

berani

53.

Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Mail itu berbuah_______.

a)

ketat

b)

lebat

c)

padat

54.

Budak itu __________________ dilanggar kereta.

a)

nyaris

b)

sering

c)

dekat

55.

Ayah makan makanan yang dimasak oleh emak dengan berselera kerana semuanya…………………..belaka.

a)

Lazat

b)

Sedap-sedap

c)

Pahit-pahit

d)

Manis-manis

56.

Walaupun Farah berada jauh di rantau orang, namun di sentiasa ………………akan keluarganya di kampung.

a)

Terkenang-kenang

b)

Tersedih-sedih

c)

Terlihat-lihat

d)

Terdengar-dengar

57.

Kita hendaklah sentiasa …………………ketika memandu di jalan raya.

a)

Berhati- hati

b)

Berlumba- lumba

c)

Berlambat- lambat

d)

Teringat- ingat

58.

Pada cuti semester yang lepas, saya berkesempatan ……………di Pulau Langkawi.

a)

Berlari-lari

b)

Bersiaran- siaran

c)

Berjalan-jalan

d)

Melancong-lancong

59.

Walaupun sudah pukul 2 pagi, mata Nazli masih ………………..tidak mahu tidur.

a)

Tercelik-celik

b)

Terbuka-buka

c)

Ternganga-nganga

d)

Terkebil-kebil

60.

…………..itu dibeli oleh adik di Kedai uncle Syam untuk persediaan menduduki peperiksaan pada esok hari.

a)

Alat-alat tugasan

b)

Barang-barang masak

c)

Alat-alat tulis

d)

Barang-barang muzik

61.

Ibu membeli dan menyediakan ………………….abang untuk memasuki universiti.

a)

Beg-beg sekolah

b)

Barang-barang keperluan

c)

Alat-alat muzik

d)

Papan-papan kenyataan

62.

……………….bermesyuarat di sekolah sukan itu bagi menjayakan program 1murid 1sukan.

a)

Pengetua-pengetua sekolah

b)

Guru-guru sekolah

c)

Tukang-tukang kebun

d)

Murid-murid sekolah

63.

Adik meminta ibu membeli ……………… untuk dimainkan di tepi pantai.

a)

Pasir-pasir

b)

Batu-batu

c)

Layang-layang

d)

Rama-rama

64.

Mereka berjuang ……………… bagi mempertahankan tanah air daripada ditawan musuh.

a)

Berperang-perang

b)

Bermati-matian

c)

Bertembak-tembakan

d)

Berbunuh-bunuhan

65.

" Berapakah harga ............... petai ini? " tanya Mak Nab kepada penjual di pasar itu.

a)

sebiji

b)

seulas

c)

sehiris

d)

sepapan

66.

Kakak menggunakan banyak ............... perca kain yang berwarna-warni untuk dibuat alas kaki.

a)

cebis

b)

gumpal

c)

bidang

d)

gulung

67.

Hakimi membeli sebatang tebu dan memotongnya kepada beberapa ............... untuk diagihkan kepada rakan-rakannya.

a)

biji

b)

ruas

c)

hiris

d)

ketul

68.

Puan Zainab mempunyai beberapa ............... rumah sewa di Kampung Tabura.

a)

rangkai

b)

pintu

c)

papan

d)

bidang

69.

Mariam telah menjumpai ............... kunci di tepi jalan raya sewaktu dia menjalani latihan merentas desa.

a)

sekeping

b)

serumpun

c)

sejambak

d)

seutas

70.

Puteri itu kelihatan jelita apabila memakai kalung emas yang terdapat beberapa ............... mutiara di atasnya.

a)

biji

b)

potong

c)

ketul

d)

butir

71.

Untuk memasak rendang itik, kita perlulah memasukkan ............... asam gelugur dan beberapa ............... bawang merah.

a)

sepotong .... biji

b)

sekeping .... ulas

c)

sehiris .... ulas

d)

seketul .... biji

72.

Ah Tuck menggunakan ............... tanah liat untuk dijadikan pinggan tembikar.

a)

sekepul

b)

segugus

c)

setompok

d)

segumpal

73.

Pak Ramlee menanam beberapa ............... sayur sawi dan tiga ............... serai di tepi rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada minggu ini.

a)

ikat .... jambak

b)

baris .... pucuk

c)

deret .... kelompok

d)

batas .... rumpun

74.

Hanya ............... remaja di Kampung Kenanga dan Dahlia yang mendapat peluang masuk ke beberapa ............... institusi pengajian tinggi awam.

a)

sekumpulan .... baris

b)

sekelompok .... deret

c)

segolongan .... biji

d)

segelintir .... buah

75.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Encik Ram berasal daripada Teluk Intan.

b)

Encik Ram berasal dari Teluk Intan.

76.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.

b)

Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu.

77.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Ayah membeli beg tangan untuk ibu.

b)

Ayah membeli beg tangan bagi ibu.

78.

Jam itu tergantung ___________ dinding.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

di

79.

Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.

a)

berukir

b)

terukir

c)

diukirkan

d)

mengukirkan

80.

Puan Maimun __________________ sebuah dulang yang berisi beberapa gelas minuman untuk tetamu yang datang.

a)

mengelek

b)

menatang

c)

menjinjing

d)

mengusung

81.

Kapal terbang yang baru berlepas itu menuju _____ Sarawak.

a)

di

b)

pada

c)

ke

82.

“Tolong berikan surat ini __________ ibu kamu,” kata Cikgu Rosli.

a)

ke

b)

kepada

c)

pada

83.

Damia memelihara tiga _________ kucing yang sangat comel.

a)

ekor

b)

butir

c)

bilah

84.

Siti menyapu sampah menggunakan se__________ penyapu.

a)

batang

b)

bilah

c)

biji

85.
 Penyanyi terkenal itu telah dikerumuni _______. 
a)
dermawan
b)
karyawan
c)
wartawan
d)
sukarelawan
86.
 Para ........................ yang baru pulang dari membantu mangsa-mangsa banjir itu di sambut meriah di lapangan terbang.
a)
dermawan
b)
karyawan
c)
wartawan
d)
sukarelawan
87.
 Negara kita akan menghantar _______ ke bulan tidak lama lagi.  
a)
olahragawan
b)
bangsawan
c)
wartawan
d)
angkasawan
88.
 Negara kita akan menghantar beberapa orang _______ ke Kejohanan Sukan Negara-negara Asia tidak lama lagi.  
a)
olahragawan
b)
bangsawan
c)
wartawan
d)
angkasawan
89.
 ………………………….. Sarimah pernah berlakon dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.  
a)
Seniman
b)
Seniwati
c)
Pragawati
d)
Olahragawati
90.
 Abang saya bekerja sebagai seorang ……………………….. di Syarikat Penerbangan Antarabangsa. 
a)
jurubahasa
b)
jurutera
c)
juruterbang
d)
jurucakap
91.
 ______________ itu berjaya memperoleh dua pingat emas dalam Pertandingan Reka Cipta Struktur Bangunan. 
a)
Cendikiawan
b)
Jurutera
c)
Jurulatih
d)
Ilmuan
92.
 Cerpen itu telah ditulis oleh _____________ Negara yang terkenal, iaitu Datuk Usman Awang.  
a)
Wartawan
b)
Negarawan
c)
Sasterawan
d)
Olahragawan
93.
 Para .................. sedang menemuramah Sasterawan Negara yang terkenal, iaitu Datuk Usman Awang.  
a)
Wartawan
b)
Negarawan
c)
Sasterawan
d)
Olahragawan
94.
 Para pelajar  sedang berbaris panjang menyambut kepulangan  .................... yang telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik baru-baru ini.  
a)
Wartawan
b)
Negarawan
c)
Sasterawan
d)
Olahragawan
95.
 _____________ itu ditemu ramah oleh wartawan setelah tiga bulan berada di angkasa lepas.  
a)
Budiman
b)
Juruteknik
c)
Peragawan
d)
Angkasawan
96.
 Pertandingan mencipta puisi bertemakan kemerdekaan itu telah dihakimi oleh beberapa orang …………………..terkenal.  
a)
negarawan
b)
budayawan
c)
sasterawan
d)
karyawan
97.
Pertandingan mencipta lagu itu bertujuan mengetengahkan beberapa orang .................  terkenal yang berjasa kepada negara.  
a)
negarawan
b)
budayawan
c)
sasterawan
d)
karyawan
98.
 ________________sekolah saya pada tahun ini ialah Muhammad Akmal bin Azman.  
a)
Karyawan
b)
Usahawan
c)
Pustakawan
d)
Olahragawan
99.
 Sekolah saya pada tahun ini telah menerima banyak sumbangan daripada seorang ...................... terkenal iaitu  Muhammad Akmal bin Azman.  
a)
Karyawan
b)
Usahawan
c)
Pustakawan
d)
Olahragawan
100.
 ................................yang jelita itu sedang menggayakan fesyen terbaru itu ialah abang saya.  
a)
Pramugara
b)
Pramugari
c)
Peragawan
d)
Peragawati
101.
 ................................yang ramah dan  jelita itu sedang melayan para penumpang di dalam pesawat itu. 
a)
Pramugara
b)
Pramugari
c)
Peragawan
d)
Peragawati
102.
 Tuk Ali yang bersikap ________________ sangat dihormati oleh semua penduduk kampung.  
a)
jutawan
b)
seniman
c)
budiman
d)
negarawan
103.
 Isteri abang saya ialah seorang gadis yang __________ dan berbudi bahasa. 
a)
sukarelawan
b)
peragawan
c)
hartawan
d)
rupawan
104.
 Seorang ....................... telah mendermakan bangunan itu untuk dijadikan pusat penempatan pelajar-pelajar miskin. 
a)
sukarelawan
b)
peragawan
c)
hartawan
d)
rupawan
105.
Adik menyorok di _______ emak sebaik sahaja terpandang wajah pemuda   berjanggut itu.
a)
sisi
b)
tepi
c)
samping
d)
belakang
106.
Permaidani itu tersandar di ________ almari
a)
dalam
b)
atas
c)
tepi
d)
sudut
107.
Banyak pihak  __________  bersetuju dengan  cadangan yang dikemukakan   oleh  Encik Kasim itu.
a)
usah
b)
belum
c)
enggan
d)
tidak
108.
Abang Amran memang bekerja di Klinik Huda tetapi dia  __________ doktor.
a)
bukan
b)
tidak
c)
usah
d)
jangan
109.
Fenomena kemarau telah melanda ____________ negara.
a)
segala
b)
seluruh
c)
sekalian
d)
setengah
110.
Wajahnya sahaja yang nampak _______ , tetapi sebenarnya dia __________.
a)
tenang.....pemurah
b)
bengis.....pemarah
c)
garang.....peramah
d)
serabut.....penyabar
111.
Inilah hasil _____________________ saya selama ini. Saya berpuas hati dengan hasil kerja ini.
a)
tidur mati
b)
titik peluh
c)
batu loncatan
d)
durian runtuh
112.
"Siapakah  ____________________  pertandingan masakan pada Hari   Kebangsaan itu ," tanya Datin Hamidah.
a)
pengelola
b)
kelolaan
c)
mengelola
d)
pengelolaan
113.
Emak tidak dapat  minum air teh yang dihidangkan oleh kakak kerana rasanya _________ .
a)
manis
b)
kelat
c)
likat
d)
hambar
114.
Nenek membeli beberapa __________ rebung untuk dibuat sayur.
a)
biji
b)
helai
c)
pucuk
d)
kuntum
115.

Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pembasuh mulut

d)

mulut murai

116.

Anak pertama seerti dengan ________.

a)

anak angkat

b)

anak tunggal

c)

anak menantu

d)

anak sulung

117.

Menurut Encik Husin, penduduk Taman Impian sangat _________ akan kebun komuniti tersebut.

a)

sambil lewa

b)

berat sebelah

c)

ambil berat

d)

buah tangan

118.

Mereka sentiasa ____________ mengusahakan kebun ini.

a)

buah tangan

b)

lepas tangan

c)

berganding bahu

d)

buah tangan

119.

Encik Husin dan anak-anaknya sangat _______________ apabila melihat para penduduk ____________ menguasahakan kebun ini.

a)

kecil hati

b)

mandi peluh

c)

mandi kambing

d)

besar hati

120.

................................... mereka tersangkut di atas pokok.

a)

Bola

b)

Kasut

c)

Layang-layang

d)

Baju

121.

................................. yang baru dipikatnya itu dikurung di dalam sangkar.

a)

Tikus

b)

Burung

c)

Ikan

d)

Monyet

122.

................................... dari India itu menahan teksi untuk ke hotel.

a)

Orang

b)

Pelancong

c)

Kedua-dua

d)

Mereka

123.

......................................... membawa murid-murid tahun satu melawat A-Famosa.

a)

Ibu

b)

Cikgu

c)

Kerani

d)

Nenek

124.

Pertandingan bola keranjang tersebut diadakan di ...........................................

a)

padang sekolah

b)

stadium negara

c)

studio

d)

pasar malam