Font size
WorksheetsKUIZ BAB8 & BAB10 SEM 3
Total questions: 70
Worksheet time: 1hrs 8mins
Apakah kesan utama keagresifan berlebihan terhadap individu atlet itu sendiri?
Menjadi lebih fokus dalam latihan
Meningkatkan kerjasama dengan pasukan
Meningkatkan risiko hukuman dan kecederaan
Mendapat pengiktirafan daripada jurulatih
Antara berikut, yang manakah faktor luaran yang menyumbang kepada peningkatan keagresifan dalam sukan?
Ketidakseimbangan hormon
Tekanan sosial dan sorakan penonton
Kekecewaan terhadap diri sendiri
Rasa tidak puas hati selepas latihan
Seorang pemain bola jaring menolak pemain lawan yang menghalang pergerakannya tanpa niat mencederakan. Jenis keagresifan apakah yang ditunjukkan oleh pemain itu?
Keagresifan ketara
Keagresifan instrumental
Keagresifan asertif
Keagresifan defensif
Padankan setiap pernyataan di Lajur A dengan jawapan yang paling sesuai di Lajur B.
Tindakan yang dilakukan kerana perasaan marah atau dendam terhadap lawan.
Keagresifan ketara (hostile)
Tindakan fizikal untuk mencapai matlamat permainan tanpa niat mencederakan.
Keagresifan asertif
Tindakan agresif yang dilakukan secara terancang untuk menang dalam permainan.
Keagresifan instrumental
Menunjukkan semangat dan ketegasan dalam permainan sambil mematuhi peraturan.
Keagresifan asertif
Menolak lawan dengan kasar selepas dikasari dalam permainan.
Keagresifan ketara (hostile)
Apakah yang dimaksudkan dengan kesepaduan pasukan dalam konteks sukan?
Tahap kemahiran setiap pemain dalam pasukan
Hubungan dan kerjasama antara ahli untuk mencapai matlamat bersama
Kepuasan individu terhadap pencapaian peribadi
Bilangan ahli dalam satu pasukan
Seorang jurulatih bola jaring menekankan semangat bekerjasama antara pemain untuk memenangi kejohanan. Ini menunjukkan elemen:
Kesepaduan sosial
Kesepaduan tugas
Persaingan dalaman
Dominasi individu
Dalam fasa manakah ahli pasukan mula menetapkan peranan dan tanggungjawab masing-masing?
Fasa pembentukan
Fasa pertelagahan
Fasa pembentukan norma
Fasa prestasi
Semasa latihan awal, pemain masih berasa janggal dan tidak mengenali antara satu sama lain. Fasa apakah yang sedang dialami oleh pasukan tersebut?
Fasa prestasi
Fasa pembentukan
Fasa pertelagahan
Fasa pembentukan norma
Dalam fasa pertelagahan, konflik sering berlaku antara ahli pasukan. Apakah tindakan terbaik jurulatih untuk mengurangkan konflik ini?
Mengasingkan pemain yang bermasalah
Menggalakkan perbincangan terbuka dan komunikasi positif
Mengabaikan masalah bagi mengelakkan tekanan
Memberi hukuman keras kepada semua pemain
Pasukan bola sepak sekolah mula menunjukkan peningkatan prestasi selepas menyesuaikan diri antara satu sama lain. Ini menunjukkan mereka berada dalam fasa:
Pembentukan
Pertelagahan
Pembentukan norma
Prestasi
Apakah perbezaan utama antara fasa pembentukan dan fasa pembentukan norma?
Fasa pembentukan menekankan konflik, manakala fasa norma menekankan peranan.
Fasa pembentukan menumpukan penyesuaian, manakala fasa norma menumpukan keserasian dan struktur.
Fasa norma berlaku sebelum fasa pembentukan.
Kedua-duanya tidak melibatkan komunikasi.
Antara berikut, yang manakah faktor luaran yang mempengaruhi kesepaduan pasukan?
Personaliti ahli
Gaya kepimpinan jurulatih
Motivasi diri
Tahap kepercayaan diri
Seorang pemain menunjukkan sikap positif, bertanggungjawab, dan sering memberi semangat kepada rakan sepasukan. Ini menggambarkan faktor:
Gaya kepimpinan
Struktur pasukan
Ciri keperibadian individu
Faktor persekitaran
Bagaimanakah komunikasi mempengaruhi kesepaduan pasukan?
Komunikasi yang lemah boleh menimbulkan salah faham antara ahli pasukan.
Komunikasi hanya penting semasa pertandingan.
Komunikasi lebih berkesan jika jurulatih bercakap seorang diri.
Komunikasi tidak memberi kesan kepada motivasi pasukan
Kesepaduan sosial lebih menekankan kepada:
Hubungan interpersonal dan ikatan emosi antara ahli pasukan
Pencapaian objektif sukan
Keputusan perlawanan yang cemerlang
Strategi taktikal semasa perlawanan
Pasukan hoki menurun prestasi kerana beberapa pemain baru tidak diterima oleh ahli lama. Apakah yang perlu dilakukan oleh jurulatih untuk membina semula kesepaduan pasukan?
Menambah tekanan latihan
Mengasingkan pemain baru
Melaksanakan aktiviti membina pasukan (team building)
Mengurangkan masa latihan bersama
Bagaimana gaya kepimpinan jurulatih yang autokratik boleh menjejaskan kesepaduan pasukan?
Meningkatkan keyakinan diri pemain
Menggalakkan komunikasi dua hala
Menyebabkan pemain kurang bebas bersuara
Menjadikan pasukan lebih kreatif
Apabila jurulatih mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dalam fasa pembentukan norma, kesannya ialah:
Pasukan lebih mudah mencapai persefahaman dan saling menghormati.
Konflik dalaman meningkat.
Pasukan kehilangan arah dan matlamat.
Jurulatih kehilangan kawalan.
Kesepaduan pasukan yang tinggi membawa kepada peningkatan prestasi kerana:
Setiap ahli bertindak secara individu.
Ahli pasukan lebih fokus kepada objektif bersama dan saling menyokong.
Jurulatih tidak perlu memberi motivasi.
Persaingan dalam pasukan meningkat.
Apakah yang dimaksudkan dengan bantu mula?
Rawatan lanjutan yang diberikan di hospital oleh pegawai perubatan
Bantuan awal yang diberikan kepada mangsa kecederaan sebelum bantuan perubatan tiba
Langkah pencegahan sebelum aktiviti sukan dijalankan
Pemeriksaan kesihatan berkala terhadap atlet
Semasa perlawanan bola sepak, seorang pemain pengsan akibat panas terik. Rakan sepasukan segera mengangkat kakinya lebih tinggi dan melonggarkan pakaiannya. Tindakan ini merupakan contoh:
Bantuan kecemasan tahap hospital
Bantuan profesional perubatan
Bantu mula di tempat kejadian
Rawatan susulan selepas kecederaan
Tujuan utama memberi bantu mula ialah untuk:
Menggantikan rawatan perubatan sepenuhnya
Mengurangkan keseriusan kecederaan dan menyelamatkan nyawa
Menguji kemahiran pengendalian kecemasan
Menyediakan laporan kejadian kecederaan
Mengapa bantu mula perlu diberikan dengan segera selepas kecederaan berlaku?
Untuk mengelakkan panik di kalangan penonton
Untuk mengurangkan risiko kecederaan menjadi lebih serius
Untuk menunggu jurulatih memberikan arahan
Untuk memastikan mangsa berehat sepenuhnya
Antara berikut, yang manakah bukan tujuan utama bantu mula?
Menyelamatkan nyawa
Mengelakkan kecederaan menjadi lebih parah
Menyembuhkan sepenuhnya kecederaan
Memberi keyakinan kepada mangsa
Siapakah individu yang paling sesuai untuk memberi bantu mula di padang semasa pertandingan rasmi?
Pengadil perlawanan
Pegawai keselamatan
Pegawai perubatan atau paramedik sukan
Jurulatih utama sahaja
Apakah tanggungjawab utama seorang jurulatih ketika berlaku kecederaan kecil kepada atletnya?
Menghubungi hospital tanpa memeriksa mangsa
Memberi bantu mula asas sebelum pihak perubatan tiba
Menyuruh atlet terus bermain supaya kekal fokus
Menunggu pengurus pasukan mengambil tindakan
Dalam situasi kecederaan serius di padang, siapakah antara berikut yang tidak sepatutnya memberi arahan perubatan langsung kepada mangsa?
Pegawai perubatan
Jurulatih berpengalaman
Rakan sepasukan
Paramedik
Mengapa penting bagi semua ahli pasukan mengetahui asas bantu mula?
Supaya mereka boleh menggantikan jurulatih
Untuk meningkatkan tanggungjawab dan kecekapan menghadapi kecemasan
Untuk mengelakkan pegawai perubatan daripada hadir
Agar mereka boleh memberi rawatan lanjutan
Dalam situasi kecederaan kepala, apakah tindakan paling wajar bagi pemberi bantu mula?
Mengangkat kepala mangsa untuk memudahkan pernafasan
Menggerakkan mangsa untuk mencari tempat teduh
Mengekalkan kedudukan kepala dan memanggil bantuan kecemasan segera
Memberi air minum kepada mangsa
Selepas memberi bantu mula, tindakan seterusnya yang perlu dilakukan ialah:
Menulis laporan kecederaan dan memantau mangsa
Meninggalkan tempat kejadian selepas bantuan diberi
Menasihati mangsa untuk tidak ke hospital
Membiarkan mangsa berehat tanpa pengawasan
Apakah nilai penting yang perlu ada pada pemberi bantu mula?
Panik dan cepat bertindak
Tenang, yakin, dan bertanggungjawab
Cemas dan tergesa-gesa
Bergantung sepenuhnya kepada orang lain
Ubat jenis (a) digunakan untuk membasmi kuman pada luka terbuka sebelum dibalut.
Semasa latihan hoki, seorang pemain mengalami luka akibat terkena kayu hoki.
(a) Nyatakan dua tindakan bantu mula yang perlu dilakukan.
(b) Terangkan kesan jika bantuan tidak diberikan dengan segera.
(a) Nyatakan empat item asas yang mesti ada dalam peti pertolongan cemas.
Nyatakan dua akibat jika bantu mula diberikan tanpa pengetahuan yang betul.
Apakah maksud resusitasi kardiopulmonari (CPR)?
Kaedah memberi bantuan pernafasan kepada mangsa yang tidak sedar sahaja
Prosedur kecemasan untuk mengembalikan fungsi jantung dan pernafasan yang terhenti
Rawatan hospital bagi mangsa serangan jantung
Pemeriksaan kadar denyutan nadi secara berkala
Seorang pemain rebah di padang dan tidak bernafas. Rakan sepasukan menekan dada mangsa berulang kali. Tindakan tersebut dikenali sebagai __________.
Penilaian nadi
CPR
Bantuan pernafasan
Pembedahan kecemasan
Apakah maksud singkatan D-R-S-A-B-C-D dalam CPR moden?
Danger, Response, Send for help, Airway, Breathing, CPR, Defibrillation
Direct, React, Signal, Apply, Balance, Control, Doctor
Delay, Respond, Save, Apply, Breathe, Count, Defend
Danger, Rescue, Safe, Alert, Balance, CPR, Defend
Apakah tindakan yang betul untuk membuka saluran pernafasan mangsa?
Tolak dagu ke bawah dan tundukkan kepala
Dongakkan kepala dan angkat dagu ke atas
Picit hidung mangsa
Letakkan bantal di bawah leher mangsa
Nisbah tekanan dada kepada bantuan pernafasan yang disyorkan ialah:
10:2
15:3
30:2
60:2
Jika mangsa tidak memberi respon tetapi masih bernafas, apakah tindakan yang paling sesuai?
Terus lakukan CPR
Letakkan mangsa dalam posisi pemulihan
Tekan dada secara perlahan
Menunggu bantuan tanpa tindakan
Seorang pemain bola tampar jatuh dan mengalami bengkak pada pergelangan tangan. Berdasarkan simptom tersebut, apakah jenis kecederaan yang paling berkemungkinan?
Kecederaan kronik
Kecederaan akut
Kecederaan dalaman
Kecederaan saraf
Bagaimanakah seseorang jurulatih boleh membezakan antara kecederaan akut dan kronik pada atletnya?
Kecederaan akut berlaku dalam jangka masa panjang.
Kecederaan kronik berlaku secara tiba-tiba.
Kecederaan akut berlaku secara mendadak, manakala kronik berlaku akibat tekanan berulang.
Kecederaan kronik biasanya tidak menjejaskan prestasi.
Seorang pelari pecut mengadu sakit di betis selepas latihan intensif beberapa hari. Apakah jenis kecederaan tisu lembut yang paling sesuai dengan situasi ini?
Koyak otot
Terseliuh
Tendinitis
Kelesuan otot
Apabila atlet mengalami koyak otot tahap ringan, rawatan yang paling sesuai ialah:
Aplikasi haba dan urutan kuat
Rehat, ais, dan fisioterapi ringan selepas beberapa hari
Balutan ketat dan haba segera
Aktiviti berterusan supaya otot cepat sembuh
Seorang atlet mengalami kejang otot selepas aktiviti berat. Apakah kombinasi rawatan terbaik untuk memulihkan keadaan tersebut?
Regangan perlahan dan minum air
Tekanan dada dan urutan kuat
Balutan ketat dan haba panas
Rehat tanpa pergerakan langsung
Apabila menggunakan ais untuk rawatan kecederaan tisu lembut, apakah tindakan yang paling tepat?
Letakkan ais terus pada kulit selama 30 minit
Balut ais dengan kain dan letak selama 10–15 minit
Letakkan ais di atas pakaian tebal
Sapukan ais dengan minyak panas
Mengapa aplikasi haba tidak sesuai dilakukan dalam tempoh 24 jam pertama selepas kecederaan akut?
Haba mempercepatkan pembekuan darah
Haba boleh meningkatkan pendarahan dan bengkak
Haba memperlahankan proses pemulihan
Haba mengurangkan kadar oksigen dalam otot
Mengapa penting untuk tidak mengurut kawasan yang baru cedera?
Urutan mengurangkan aliran darah
Urutan boleh merosakkan lagi tisu dan menyebabkan pendarahan dalaman
Urutan mempercepatkan penyembuhan
Urutan membantu penyejukan kawasan cedera
Seorang pelajar sedang melaksanakan rawatan ais ke atas bahagian lutut yang cedera. Apakah penilaian terbaik untuk menunjukkan pelaksanaan yang betul?
Ais diletakkan terus pada kulit
Ais dibalut dengan kain, digunakan selama 15 minit, diulang setiap 2 jam
Ais digunakan selama 1 jam tanpa henti
Ais digunakan bersama minyak panas untuk kesan maksimum
Apakah yang dimaksudkan dengan stres haba?
Kecederaan akibat suhu badan terlalu rendah
Keadaan tubuh yang gagal menyejukkan diri dengan cukup semasa suhu persekitaran panas
Keadaan psikologi akibat tekanan emosi
Gangguan sistem saraf semasa latihan berat
Apabila tubuh gagal mengawal suhu dalaman semasa bersukan dalam cuaca panas, kesannya ialah:
Denyutan nadi menurun
Suhu badan meningkat melebihi tahap normal
Badan mengeluarkan peluh lebih sedikit dan cepat sejuk
Darah mengalir ke bahagian hujung badan
Antara berikut, manakah perbezaan utama antara kelesuan haba dan strok haba?
Kelesuan haba tidak berbahaya, manakala strok haba boleh mengancam nyawa
Strok haba menyebabkan peluh berlebihan
Kelesuan haba berlaku pada waktu malam
Kedua-duanya mempunyai suhu badan di bawah 37°C
Apabila seseorang mula menunjukkan tanda seperti pening, kulit pucat, dan berpeluh banyak semasa aktiviti sukan, tindakan pertama ialah:
Memberi minuman berkafein
Memberhentikan aktiviti dan pindahkan ke tempat teduh
Menyapu minyak panas pada otot
Teruskan aktiviti dengan intensiti rendah
Dua atlet melakukan latihan di bawah panas terik. Seorang mengalami kejang otot, manakala seorang lagi pengsan tanpa peluh. Apakah perbezaan fisiologi utama antara kedua-dua keadaan ini?
Atlet pertama kehilangan air, atlet kedua kehilangan kawalan suhu badan
Kedua-duanya mengalami kehilangan cecair sama tetapi tahap peluh berbeza
Atlet pertama mengalami strok haba, atlet kedua mengalami kejang haba
Atlet pertama tidak cukup tenaga, atlet kedua kekurangan oksigen
Seorang atlet mengalami kelesuan haba dan masih sedar tetapi sangat lemah.
Jurulatih mempunyai tiga pilihan:
1️⃣ Memberi air sejuk sedikit demi sedikit,
2️⃣ Menyejukkan badan dengan tuala basah,
3️⃣ Memberi minuman isotonik segera.
Apakah kombinasi rawatan paling sesuai?
(1) dan (2) sahaja
(1) dan (3) sahaja
(2) dan (3) sahaja
(1), (2), dan (3)
Jurulatih mendapati suhu padang bola mencapai 38°C, kelembapan tinggi, dan tiupan angin hampir tiada.
Untuk mengurangkan risiko stres haba, keputusan terbaik ialah:
Mengekalkan jadual asal tetapi menambah masa rehat
Menukar latihan ke waktu pagi dan menambah pengambilan air
Memberikan minuman tenaga setiap 10 minit
Mengurangkan intensiti latihan separuh sahaja
Seorang atlet bertubuh besar dan berlemak tinggi lebih berisiko mengalami stres haba kerana:
Kadar peluhnya lebih perlahan dan haba sukar dilepaskan
Lemak meningkatkan kadar metabolisme
Berat badan mengurangkan kadar penyejukan kulit
Darah lebih cepat tersejat melalui kulit
Atlet yang baru rebah akibat strok haba diberikan minuman segera oleh rakan tanpa menyejukkan badan terlebih dahulu.
Apakah kesan fisiologi yang mungkin berlaku?
Pengaliran darah ke otak meningkat dengan cepat
Suhu dalaman meningkat lagi dan boleh menyebabkan kerosakan otak
Kadar nadi menurun serta-merta
Haba hilang dengan cepat melalui peluh
Seorang jurulatih merancang latihan ketahanan di kawasan panas selama seminggu.
Apakah kombinasi strategi saintifik paling berkesan untuk mencegah stres haba dan meningkatkan adaptasi atlet?
Latihan singkat intensiti tinggi + pakaian tebal
Latihan berperingkat + hidrasi berjadual + pemantauan suhu badan
Latihan tanpa rehat + minuman berkafein
Latihan waktu tengah hari + rendaman air panas selepasnya
Namakan dua jenis patah tulang yang biasa berlaku dalam sukan.
Jelaskan mengapa seseorang yang terkehel tidak boleh digerakkan secara paksa.
Nyatakan maksud pemulihan kecederaan sukan.
Seorang pemain bola sepak mengalami koyak otot paha dan telah menjalani fisioterapi selama sebulan. Bilakah masa yang sesuai untuk pemain itu kembali ke latihan penuh?
Terangkan maksud kecederaan tisu lembut akut.
Apakah tujuan masaj sukan dalam rawatan kecederaan tisu lembut?
Padankan jenis kecederaan yang berikut
Terseliuh
Ligamen terkoyak akibat pergerakan sendi
Kejang otot
Kekurangan air dan elektrolit semasa akt
Koyak otot
Tekanan berlebihan atau regangan melampa
Tendinitis
Keradangan pada tendon akibat penggunaan
Nyatakan empat amalan yang tidak harus dilakukan semasa kecederaan akut dan jelaskan sebabnya.
Senaraikan empat punca utama atlet boleh tidak sedar diri semasa aktiviti sukan.
Padankan jenis punca dengan penerangan yang betul
Kecederaan kepala
Kerosakan otak akibat hentakan kuat.
Renjatan (shock)
Kekurangan aliran darah ke organ penting
Strok haba
Badan gagal mengawal suhu menyebabkan su
Hipoglisemia
Paras gula dalam darah terlalu rendah.
Keracunan
Bahan toksik masuk ke dalam badan menyeb
