WorksheetsMoney & Me P4 Akt 4 - Uji kepekaan anda terhadap penipuan
Total questions: 8
Worksheet time: 4mins
Apakah perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila anda menyedari bahawa anda telah ditipu?
Hubungi pihak polis
Laporkan kepada Cyber999
Hentikan semua hubungan dengan penipu
Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri umum penipuan?
Anda diberi masa yang banyak untuk membuat keputusan
Panggilan yang tidak dijangka
Tawaran yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan
Siapakah yang paling berkemungkinan untuk menjadi mangsa penipuan?
Pelanggan bank
Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa
Warga emas
Betul atau salah: Penipu sentiasa meminta wang anda.
Salah - penipu tidak pernah meminta wang
Salah - kadangkala mereka meminta anda untuk menerima wang ke dalam akaun bank anda dan kemudian memindahkan wang itu kepada mereka
Betul - itu adalah cara anda mengetahui ia adalah penipuan
Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada ditipu apabila seseorang menelefon dan mendakwa mereka daripada bank, syarikat atau agensi kerajaan?
Tanya banyak soalan kepada pemanggil.
Catat nama pemanggil. Hubungi semula selepas mendapatkan nombor rasmi daripada sumber yang dipercayai.
Teruskan berada di talian apabila pemanggil meminta anda untuk menunggu sementara dia memindahkan panggilan anda kepada agensi lain, contohnya balai polis
Mengapa sesetengah orang sukar untuk mengenal pasti bahawa mereka sedang ditipu?
Mereka tidak memahami bagaimana Internet dan sosial media berfungsi.
Penipu berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kepercayaan dan kelihatan seperti pihak yang sah.
Mereka terlalu menginginkan wang
Penipuan baharu sentiasa muncul. Cara terbaik untuk melindungi diri anda adalah dengan:
Menukar kata laluan akaun bank anda dengan kerap.
Meminta pandangan orang lain sebelum membeli sesuatu yang mahal atau secara dalam talian.
Memahami taktik yang digunakan oleh penipu.
Bagaimanakah anda mengenal pasti laman web palsu?
Semak URL. Simbol kunci (padlock) seharusnya terdapat pada bar alamat.
URL sepatutnya dimulakan dengan 'https://'
Semua yang di atas.
