Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Set Soalan — Seni Visual (Ekstrak Lembaran Kerja)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah karya di bawah dikategorikan sebagai aliran Seni Op?

a)

Menggunakan unsur garisan

b)

Menimbulkan ilusi pergerakan

c)

Menggunakan warna yang minimum

d)

Menggunakan alatan geometri untuk hasilkan karya

2.

Pilih antara berikut garisan yang menampakkan kesan ruang. Pilih satu gambar yang menunjukkan garisan dengan perspektif ke titik lenyap.

a)

Gambar A

b)

Gambar B

c)

Gambar C

d)

Gambar D

3.

Gambar di bawah merupakan satu barang perhiasan. Siapakah yang memakai perhiasan tersebut?

a)

Kaum wanita Cina

b)

Kaum wanita India

c)

Kaum wanita Iban

d)

Kaum wanita Kadazan

4.

Apakah jenis taip yang digunakan dalam menghasilkan imej tulisan berbentuk melengkung di bawah?

a)

Figura Taip

b)

Konotasi Taip

c)

Onomatopoeia

d)

Personifikasi Taip

5.

Dimanakah kedudukan tebar layar bagi rumah tradisional di bawah? Pilih label yang betul.

a)

Label A

b)

Label B

c)

Label C

d)

Label D

6.

Apakah fungsi garisan berdasarkan gambar rajah di bawah?

a)

Menghasilkan ton

b)

Menghasilkan rupa

c)

Mewujudkan bentuk

d)

Menghasilkan ruang

7.

Gambar rajah di bawah menunjukkan teknik penghasilan seni seramik. Apakah teknik tersebut?

a)

Teknik picit

b)

Teknik lingkaran

c)

Teknik kepingan

d)

Teknik lempar alin

8.

Maklumat di bawah tentang satu jenis cetakan: “Garisan terang dan gelap terbentuk akibat kedalaman asid memakan plat logam.” Apakah jenis cetakan tersebut?

a)

Benaman

b)

Stensil

c)

Timbulan

d)

Planografi

9.

Gambar rajah di bawah menunjukkan bagaimana Kamera Pinhole berfungsi. Bagaimanakah kedudukan imej di dalam kamera tersebut?

a)

Terbalik

b)

Mendatar

c)

Menyerong

d)

Kedudukan asal

10.

Apakah faktor utama yang perlu diberi perhatian apabila menghasilkan arca bersaiz besar seperti di bawah?

a)

Kestabilan

b)

Keindahan

c)

Keringkasan

d)

Penumpuan

11.

Berdasarkan gambar rajah di bawah, apakah konsep landskap tersebut?

a)

Landskap Bali

b)

Landskap Islam

c)

Landskap Jepun

d)

Landskap Melayu

12.

Gambar rajah di bawah menunjukkan alat untuk menghasilkan seni batik. Pilih jenis batik dan nama yang betul bagi alat tersebut.

a)

Batik skrin — Skrin pemidang

b)

Batik tulis — Canting

c)

Batik pelangi — Plat pemanas

d)

Batik blok — Sarang

13.

Gambar rajah di bawah menunjukkan pelan tapak rumah tradisional Melayu. Apakah nama ruang bertanda X?

a)

Birai

b)

Selang

c)

Tumpang

d)

Sambungan

14.

Antara berikut apakah kelebihan perabot ergonomik? I Meningkatkan keselamatan II Meningkatkan keselesaan III Meningkatkan saingan IV Meningkatkan kuantiti

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Antara berikut bahan manakah dapat membina bentuk konkrit? I Tanah liat II Dakwat pen III Cat akrilik IV Plaster Paris

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri bagi catan Impresionis? I Sapuan berus yang spontan dan tebal II Penggunaan warna penggenap yang ketara III Objek dihasilkan dalam bentuk geometri IV Penekanan pada cahaya dan warna

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Antara berikut, produk anyaman manakah dikenali sebagai lekar?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

18.

Antara berikut yang manakah proses akhir dalam mereka bentuk hiasan dalaman?

a)

Membina model

b)

Menganalisa ruang

c)

Membuat pelan tapak

d)

Hasilkan lukisan perspektif

19.

Apakah fungsi lukisan perspektif hiasan dalaman di bawah ?

a)

Menentukan susun atur

b)

Menunjukkan keluasan ruang

c)

Menentukan kos dan jenis bahan

d)

Menunjukkan pandangan tiga dimensi

20.

Apakah fungsi lukisan perspektif hiasan dalaman di bawah?

a)

Menentukan susun atur

b)

Menunjukkan keluasan ruang

c)

Menentukan kos dan jenis bahan

d)

Menunjukkan pandangan tiga dimensi

21.

Manakah fungsi yang betul bagi alat di bawah dalam seni ukiran?

a)

Menghasilkan silat

b)

Membentuk kayu secara kasar

c)

Menebuk bahagian lengkungan

d)

Merata dan melicinkan permukaan kayu

22.

Apakah prinsip asas reka bentuk landskap yang menjadi keutamaan dalam reka bentuk landskap di bawah? Gambar menunjukkan taman moden dengan laluan batu lurus, pokok kecil di kiri dan kanan, serta susunan tanaman yang ringkas dan kemas.

a)

Imbangan

b)

Penumpuan

c)

Keringkasan

d)

Keanekaan

23.

Gambar di bawah merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam teknik catan hard edge. Penggunaan bahan di bawah ini akan menimbulkan kesan? Gambar menunjukkan pita pelekat berwarna biru.

a)

Jalinan sentuh yang tebal

b)

Lutsinar dan berlapis-lapis

c)

Catan kelihatan dipotong-potong

d)

Kesan warna yang kelam dan kusam

24.

Apakah fungsi lilin dalam penghasilan kraf tekat?

a)

Memotong benang

b)

Meratakan papan tebuk

c)

Melicinkan tepi mempulur

d)

Melembutkan benang emas

25.

Antara berikut, pilih maklumat yang betul tentang fotografi seni halus. I Fokus pada nilai estetik pada foto II Diambil secara spontan dan rambang III Rakaman pada kehidupan seharian IV Mengandungi makna yang tersirat

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

26.

Pilih tokoh arcawan yang betul berdasarkan gambar arca yang diberi. Gambar menunjukkan arca bertajuk "Pahlawan 5, 2017".

a)

Rosli Zakaria

b)

Raja Shahriman

c)

Ramlan Abdullah

d)

Mad Anuar Ismail

27.

Gambar di bawah menunjukkan Keris Pendik Diraja. Bahagian manakah dikenali sebagai sampir? Rajah berlabel A, B, C, D pada bahagian keris.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

28.

Antara berikut, yang manakah merupakan tipografi ekspresi? I Grafiti II Emoticons III Konotasi taip IV Personifikasi taip

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Pilih antara berikut, pendekatan penghasilan karya Era Seni Kontemporari: I Teknik hibrid; II Pensil teknikal; III Pen penanda; IV Media campuran.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Antara berikut, yang berkaitan dengan fungsi prinsip kontra: I Meningkatkan nilai pelukis; II Menaikkan harga karya; III Mudah menyampaikan mesej; IV Mengelakkan kebosanan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Apakah kerjaya yang melibatkan aktiviti seni reka seperti di bawah? Pilih jawapan berdasarkan lakaran kerusi dengan anotasi reka bentuk.

a)

Seni reka grafik

b)

Reka bentuk fesyen

c)

Reka bentuk animasi

d)

Reka bentuk industri

32.

Apakah jenis sulaman berdasarkan gambar rajah di bawah? Pilih jawapan berdasarkan kain sulam dengan corak aiskrim berpetak.

a)

Sulaman tampal

b)

Sulaman benang

c)

Sulaman kerawang

d)

Sulaman silang pangkah

33.

Pilih antara berikut reka bentuk produk yang mempunyai ciri-ciri ergonomik. Rujuk pilihan A, B, C dan D pada gambar.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

34.

Gambar foto di bawah telah dimanipulasi. Apakah teknik manipulasi yang digunakan.

a)

Filter

b)

Contrast

c)

Layering

d)

Masking

35.

Gambar rajah di bawah menunjukkan logo sebuah syarikat. Apakah olahan rupa yang diaplikasikan dalam logo tersebut?

a)

Rupa positif

b)

Rupa negatif

c)

Rupa negatif organik

d)

Rupa positif dan negatif

36.

Pilih bentuk silat di bawah yang dikenali sebagai silat serong.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

37.

Apakah gabungan perkataan yang digunakan bagi membawa maksud designomic?

a)

Seni reka dan ekonomi

b)

Seni reka dan matematik

c)

Seni reka dan reka cipta

d)

Seni reka dan konseptual

38.

Gambar rajah di bawah menunjukkan arca yang dihasilkan oleh Pablo Picasso. Apakah kaedah penghasilan arca tersebut?

a)

Acuan

b)

Binaan

c)

Luakan

d)

Manipulasi

39.

Gambar rajah di bawah menunjukkan struktur manusia dan sebuah reka bentuk kerusi. Apakah yang ditekankan dalam menghasilkan produk tersebut?

a)

Ergonomik

b)

Designomik

c)

Aerodinamik

d)

Keringkasan

40.

Apakah prinsip visual yang menjadi keutamaan pada infografik di bawah?

a)

Stail visual

b)

Urutan langkah yang jelas

c)

Tipografi hiasan

d)

Warna dominan