wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Bahasa Melayu

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Seorang ……………………………….. keselamatan berjaya menggagalkan cubaan untuk merompak sebuah bank.

a)

pentadbir

b)

pengerusi

c)

pemimpin

d)

pengawal

2.

“Bersedekahlah atau berikanlah apa-apa sahaja sumbangan, bergantung ……………… kemampuan masing-masing,” kata Cikgu Fendi.

a)

atas

b)

pada

c)

kepada

d)

dengan

3.

Jantungku ……………………………………… semasa aku berhadapan dengan guru disiplin pagi tadi.

a)

Berdenyut-denyut

b)

Berdegup-degup

c)

Berdetak-detak

d)

Berdebar-debar

4.

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai: Kereta antik itu bergerak perlahan sebelum …………………. lalu berhenti di lorong kecemasan lebuh raya.

a)

tersentak-sentak

b)

terangguk-angguk

c)

tersengguk-sengguk

d)

tergoncang-goncang

5.

Hujan renyai semasa perlawanan bola sepak itu berlangsung menyebabkan padang menjadi agak ………………….

a)

kesat

b)

deras

c)

licin

d)

bersih

6.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betulnya. I Celik sahaja matanya, bayi di dalam buaian itu terus menangis. II Celik akal murid itu dalam topik tersebut setelah diberi penerangan yang terperinci. III Kanak-kanak yang berusia lima tahun itu sudah celik huruf kerana rajin diasuh oleh ibunya. IV Celik juga perasaan kami akhirnya untuk menerima berita kematian datuk di Makkah.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

7.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. Cikgu Prakash turut menerangkan persiapan untuk aktiviti perkemahan yang akan dilangsungkan di dalam agenda lain-lain perkara.

a)

di dalam agenda perkara-perkara lain

b)

dalam agenda perkara-perkara lain

c)

dalam agenda lain-lain perkara

d)

di dalam agenda lain-lain perkara

8.

Pilih ayat-ayat yang betul. I Afiq sangat bertuah kerana ibu bapanya sering memberikan sokongan dan semangat agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM. II Program kecemerlangan dapat menyuntik semangat baharu dalam kalangan murid. III Semua murid mestilah mendengar nasihat ibu bapa untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan. IV Alvin dan keluarga bercadang untuk makan angin ke Perancis pada hujung tahun.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

9.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. Beliau menasihati murid-murid agar menyemak kertas jawapan mereka dengan telitinya sebelum menghantarnya kepada pemeriksa.

a)

Murid-murid disyorkan oleh pemeriksa supaya mengkaji kertas jawapan mereka baik-baik sebelum diberikan kepada beliau.

b)

Murid-murid diarahkan oleh beliau supaya memeriksa kertas jawapan mereka betul-betul selagi belum dihantar kepada pemeriksa.

c)

Murid-murid diingatkan oleh beliau agar meneliti kertas jawapan masing-masing betul-betul sebelum diserahkan kepada pemeriksa.

d)

Murid-murid disarankan agar menelaah kertas jawapan masing-masing oleh cikgu sebelum diserahkan dengan hati-hati kepada pemeriksa.

10.

Pilih peribahasa yang paling sesuai. Nasihat ayah kepada abang ………………………………… kerana abang langsung tidak mempedulikannya.

a)

bagai bertepuk sebelah tangan

b)

bagai melepaskan batuk di tangga

c)

bagai mencurah air ke daun keladi

d)

bagai menatang minyak yang penuh