wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NSGN MCQ 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Gerontologi merupakan kajian

a)

psikologi dan rehabilitasi antara warga emas.

b)

penuaan termasuk perubahan biologi, sosiologi dan psikologi.

c)

cara hidup warga emas untuk memenuhi syarat Activity Daily Living (ADL).

d)

penuaan yang berkaitan dengan cara hidup sihat merangkumi fizikal dan spiritual.

2.

Gangguan keperluan nutrien warga emas dapat dikenalpasti apabila

a)

gigi klien rapuh.

b)

urine menjadi oliguria.

c)

klien didapati dehydrated.

d)

corak pemakanan berubah.

3.

Warga emas boleh mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui

a)

pendaftaran kes.

b)

pengesahan daripada pegawai perubatan.

c)

pendaftaran dengan jawatankuasa kampung.

d)

permohonan melalui pertubuhan bukan kerajaan.

4.

Berikut adalah peranan jururawat dalam mempromosikan kesihatan dan pencegahan penyakit untuk warga emas, kecuali

a)

menyediakan sokongan psikologi dalam kalangan warga emas.

b)

merancang dan menggalakkan pemakanan sihat di kalangan warga emas.

c)

melakukan saringan yang berkesan terhadap tahap kesuburan warga emas.

d)

mendidik dan memperkasakan warga emas serta keluarga mereka untuk meningkatkan kesihatan.

5.

Penilaian yang perlu dilakukan bagi menilai status kesihatan menggunakan Barthel Index Items and Scoring ialah

a)

memilih handbag mahal.

b)

membeli keperluan harian.

c)

melihat kebolehan bermain catur.

d)

menilai kemampuan menaiki tangga.

6.

Faktor yang perlu dipertimbangkan oleh jururawat semasa merancang aktiviti promosi kesihatan warga emas ialah

a)

tahap pendidikan.

b)

tabiat pemakanan.

c)

masalah komuniti setempat.

d)

kepercayaan kepada agama.

7.

Sebelum melibatkan warga emas dalam aktiviti rekreasi, ahli keluarga perlu

a)

sediakan jadual aktiviti.

b)

galakkan meluah perasaan.

c)

kenal pasti aktiviti yang diminati.

d)

pastikan mendapat tidur yang cukup.

8.

Peranan jururawat dalam mempromosikan kesihatan kepada warga emas adalah

a)

memberikan penjagaan warga emas yang berisiko di Home Care Nursing.

b)

memberi pendidikan kesihatan kepada warga emas berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat.

c)

merujuk warga emas kepada jabatan kebajikan masyarakat untuk mendapatkan bantuan kewangan.

d)

mengenalpasti kumpulan yang berisiko dalam kalangan warga emas untuk mengetahui keperluan spesifik mereka.

9.

Warga emas berisiko mengalami jatuh. Tindakan yang perlu dilakukan bagi mengelakkan jatuh adalah seperti berikut, kecuali

a)

sediakan pencahayaan yang terang.

b)

galakkan warga emas memakai kasut yang sesuai.

c)

simpan barang keperluan warga emas di dalam laci khas.

d)

nasihatkan warga emas menggunakan walking frame apabila berjalan.

10.

Tindakan yang perlu dilakukan oleh jururawat untuk mengelakkan risiko malnutrisi adalah

a)

sediakan makanan kegemaran mereka sahaja.

b)

suap makanan kepada pesakit dengan paksaan.

c)

kenalpasti faktor penyebab mereka menolak makanan.

d)

beri makan ikut masa yang dikehendaki oleh warga emas.

11.

Strategi yang perlu dilakukan untuk mengelak kejadian penganiayaan psikologi kepada warga emas adalah

a)

biarkan mereka hidup sendirian.

b)

buat keputusan bagi pihak mereka.

c)

tempatkan mereka di rumah jagaan.

d)

galakkan mereka hidup aktif dan bersosial.

12.

Tindakan yang sesuai bagi memenuhi keperluan sosial warga emas adalah

a)

aktifkan persatuan setempat.

b)

sertai pusat jagaan aktiviti harian.

c)

galakkan klien tinggal dengan nuclear family.

d)

galakkan bersama komuniti mengikut masa tertentu.

13.

Peranan komuniti bagi mengelakkan pengabaian penjagaan warga emas ialah

a)

galakkan berdikari.

b)

memberi penghargaan.

c)

sediakan pusat jagaan harian.

d)

pantau tahap kesihatan secara berkala.

14.

Tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan penderaan di kalangan warga emas ialah

a)

lantik penjaga khas.

b)

asingkan di dalam bilik khas.

c)

biarkan mengurus diri sendiri.

d)

luangkan masa untuk berbincang bersama.

15.

Peranan jururawat semasa merawat warga emas yang tenat pada fasa bargaining ialah

a)

dengar aduan keluarga.

b)

perhatikan tanda-tanda kemurungan.

c)

galakkan mereka meluahkan perasaan.

d)

yakinkan keluarga penjagaan kesihatan yang terbaik.

16.

Peranan jururawat semasa mengendalikan waris pesakit yang tenat ialah

a)

minta waris bersabar.

b)

rujuk kepada ahli agama.

c)

luangkan masa bersama waris pesakit.

d)

benarkan waris praktis amalan masing-masing.

17.

Seorang jururawat komuniti sedang melakukan lawatan ke rumah warga emas yang tinggal bersendirian. Penilaian yang paling sesuai digunakan bagi mengukur kemampuan melakukan aktiviti instrumental warga emas berkenaan adalah

a)

Modified Barthel Index (MBI).

b)

McQuaig Mental Agility Test (MMAT).

c)

Predictive Index Learning Indicator (PLI).

d)

Lawton Instrumental Activity of Daily Living (IADL) Scale.

18.

Tindakan yang boleh dilakukan kepada warga emas dalam membantu mengurangkan masalah penyesuaian diri dengan persekitaran ialah

a)

galak warga emas melakukan aktiviti bersendirian.

b)

beri bantuan kepada warga emas yang mempunyai masalah kewangan.

c)

beri rawatan berkala kepada warga emas yang menghidap penyakit kronik.

d)

beri pendidikan awal supaya warga emas bersedia untuk menerima proses penuaan.

19.

Encik P, 68 tahun menghidap Congestive Cardiac Failure (CCF) telah dibekalkan dengan Tablet Lasix semasa discaj. Penerangan yang perlu diberikan berkaitan pengambilan ubatan tersebut ialah

a)

pakai diapers.

b)

ambil ubatan pada waktu pagi.

c)

ambil bersama air yang banyak.

d)

hentikan pengambilan apabila kencing menjadi kerap.

20.

Intervensi kejururawatan yang perlu dilakukan bagi memastikan warga emas mendapat tidur dan rehat yang cukup adalah

a)

elak pengambilan cecair sebelum tidur.

b)

galakkan membaca buku sebelum tidur.

c)

galakkan mengambil makanan seimbang.

d)

nasihatkan pesakit padam lampu semasa tidur.