wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ISTILAH HADIS & HADIS SUMBER KE-2

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Jumhur ulama bersepakat bahawa hadis merupakan sumber hukum yang ke berapa selepas al-Quran?

a)

Pertama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Keempat

2.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan peranan hadis terhadap al-Quran?

a)

Mentafsir atau menjelaskan maksud al-Quran yang mujmal

b)

Menggantikan semua hukum yang terdapat dalam al-Quran

c)

Membawa hukum baharu

d)
  • Membataskan dan mem muqayyad kan yang mutlak

3.

Ayat al-Quran, "يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ..." (Surah an-Nisa ayat 59), adalah dalil tentang kedudukan hadis berdasarkan:

a)

Al-Quran

b)

Ijmak Ulama

c)

Al-Sunnah

d)

Pendapat Fuqaha’

4.

Apabila al-Quran menyebut sesuatu hukum secara ringkas dan memerlukan penjelasan (seperti dalam soal ibadat), nas tersebut dikenali sebagai:

a)

Nasikh

b)

Mansukh

c)

Mujmal

d)

Mutlak

5.

Sabda Nabi SAW, "لَا تُقْطَعُ يَدُ السَّارِقِ إلَّا فِى رُبْعِ دِينَارٍ فَصَاعِدًا," menunjukkan peranan hadis dalam:

a)

Menyokong hukum al-Quran

b)

Menjelaskan ayat yang samar-samar

c)

Mengetahui nasikh dan mansukh

d)

Membataskan dan mem muqayyad kan yang mutlak

6.

Pengharaman memakan daging binatang buas yang mempunyai taring dan burung yang berkuku panjang adalah contoh peranan hadis yang:

a)

Mentafsir nas umum

b)

Mengetahui nasikh

c)

Mengkhususkan nas yang umum

d)

Membawa hukum baharu yang tiada di dalam al-Quran

7.

Hadis "فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ" (Tiada wasiat bagi ahli waris) berfungsi untuk:

a)

Menasakhkan (membatalkan) hukum yang terdapat dalam Surah al-Baqarah ayat 180

b)

Menjelaskan maksud wasiat secara mujmal

c)

Menyokong hukum wasiat dalam al-Quran

d)

Mengkhususkan nas mutlak

8.

Apakah yang disepakati oleh fuqaha’ mengenai Sunnah/Hadis?

a)

 Ia adalah sumber pertama dalam perundangan Islam.

b)

Syarat penerimaan hadis.

c)

Ia adalah sumber kedua syariat Islam.

d)

Hanya hadis yang sahih sahaja perlu diamalkan.

9.

Apakah maksud sanad dari sudut istilah?

a)

Kata-kata di penghujung sesuatu riwayat.

b)

Rantaian para perawi yang menyampaikan matan.

c)

Sesuatu yang kukuh dan menaik tinggi dari tanah.

d)
  • Kitab hadis yang disusun mengikut nama Sahabat.

10.

Apakah maksud matan dari sudut istilah?

a)

Perawi yang meriwayatkan hadis.

b)

Perkhabaran tentang jalan riwayat.

c)

Kalam atau kata-kata di penghujung sesuatu sanad.

d)

Kitab yang disusun mengikut musnad.

11.

Perawi yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya sendiri, sama ada dia mengetahui maknanya atau tidak, dikenali sebagai:

a)

Al-Rawi

b)

Al-Musnid

c)

Al-Hafiz

d)

Al-Muhaddith

12.

Gelaran manakah yang merupakan gelaran tertinggi dalam ilmu hadis?

a)

Al-Hafiz

b)

Al-Hujjah

c)

Al-Hakim

d)

Amir al-Mu’minin fi al-Hadith

13.

Musnad dari sudut istilah merujuk kepada:

a)

Rantaian perawi hadis.

b)

Teks hadis di akhir sanad.

c)

Perawi yang meriwayatkan hadis.

d)

Kitab hadith yang menghimpunkan hadis berdasarkan nama Sahabat.

14.

Al-Hujjah adalah gelaran kepada Muhaddith yang memiliki pengetahuan sempurna tentang berapa banyak hadis?

a)

Lebih 100 ribu hadis

b)

300 ribu hadis

c)

500 ribu hadis

d)

1 juta hadis

15.

Siapakah antara tokoh berikut yang mendapat gelaran Amir al-Mu’minin fi al-Hadith?

a)

Imam Malik

b)

Imam Ahmad

c)

Imam al-Bukhari

d)

Imam al-Tirmizi