WorksheetsNSGN MCQ 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Peningkatan hormon ini semasa kitaran haid menyebabkan Graafian Follicle pecah dan melepaskan secondary oocyte ke ruangan pelvik. Hormon di atas merujuk kepada
Estrogen.
Progesterone.
Luteinizing Hormone (LH).
Follicle Stimulating Hormone (FSH).
Yang manakah antara jenis tulang pelvis berikut mempunyai sudut sub-pubic kurang daripada 90 darjah?
Android pelvis
Gynecoid pelvis
Anthropoid pelvis
Platypelloid pelvis
Apakah nama suture yang memisahkan frontal bones dan parietal bones pada fetal skull?
Frontal suture
Sagittal suture
Coronal suture
Lambdoidal suture
Apakah yang dimaksudkan dengan tanda kehamilan kategori presumptive?
Tanda yang menunjukkan komplikasi kehamilan.
Tanda awal yang hanya boleh dirasai oleh ibu sendiri.
Tanda yang boleh diperiksa oleh doktor melalui ultrasound.
Tanda yang pasti berlaku hanya apabila fetus dapat dikenalpasti.
Ketika membantu seorang wanita bersalin, jururawat mendapati kepala bayi berpusing ke sisi (lateral) sejajar dengan bahu bayi. Mekanisme kelahiran ini dikenali sebagai
flexion.
descent.
restitution.
extension.
Seorang ibu yang baru menjalani kelahiran forcep dinasihatkan untuk sentiasa mengosongkan pundi kencing semasa tempoh puerperium. Tujuan utama intervensi ini adalah untuk
menggalakkan involusi uterus.
menggalakkan pengeluaran lochia.
mencegah infeksi pada genital tract.
mengurangkan kebengkakkan pada kaki.
Apakah tanda bahawa bayi sedang melekap dengan betul pada payudara?
Dagu bayi jauh dari payudara.
Bayi menghisap pada puting payudara.
Bunyi bayi menghisap kuat dan berulang.
Sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi
Apakah nasihat yang anda berikan jika klien terlupa untuk memakan 1 biji pil perancang keluarga?
Guna kaedah tambahan seperti kondom untuk 7 hari
Tidak perlu memakan pil tersebut dan teruskan ke pil seterusnya.
Hentikan pengambilan dan guna kaedah lain hingga kedatangan haid.
Ambil pil apabila teringat dan teruskan pengambilan pil berikutnya seperti biasa.
Semasa pemeriksaan mulut, didapati terdapat kehadiran tompokan putih pada lidah dan bahagian dalam pipi bayi yang tidak boleh disapu bersih. Apakah intervensi awal kejururawatan yang paling sesuai?
Rujuk kepada pegawai perubatan untuk rawatan.
Biarkan tompokan itu hilang sendiri kerana ianya adalah normal.
Sarankan ibu berhenti menyusu dan beri susu formula buat sementara.
Lap mulut bayi dengan kapas yang dicelup dalam air garam setiap 2 jam.
Apakah kelebihan utama prosedur laparoskopi berbanding pembedahan terbuka dalam menentukan diagnosis masalah ginekologi?
Tidak memerlukan bius am.
Lebih murah dan tidak memerlukan pakar.
Boleh memberi diagnosis dengan segera.
Invasif minimal dengan pemulihan lebih cepat.
Tindakan segera keatas klien ectopic pregnancy yang menunjukkan tanda-tanda renjatan (shock) akibat daripada pendarahan dalaman adalah
memberikan klien ubatan Methotrexate dengan segera.
melakukan resusitasi mengikut tahap keterukan renjatan.
mengurangkan pengambilan cecair untuk mengelakkan oedema.
menukar posisi klien kepada left lateral untuk melancarkan aliran darah.
Seorang klien datang ke klinik dan mengadu mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seks. Apakah tindakan anda selaku jururawat?
Rujuk klien untuk prosedur Pap Smear.
Beritahu klien ianya merupakan simptom biasa.
Nasihatkan klien untuk rehat daripada aktiviti seks.
Sarankan penggunaan pelincir semasa hubungan seks.
Apakah kepentingan mengajar latihan batuk dan pernafasan dalam kepada klien selepas menjalani pembedahan ginekologi?
Meningkatkan kapasiti vital paru-paru.
Mempercepatkan pertukaran gas dalam paru-paru.
Meningkatkan penyingkiran kadar karbon dioksida dalam alveoli.
Menggalakkan perkembangan paru-paru dan mencegah atelectasis.
Apakah intervensi kejururawatan untuk membantu klien yang menunjukkan anxiety dengan perubahan imej diri selepas mastectomy?
Nasihatkan klien untuk tidur bagi menenangkan fikiran.
Galakkan klien untuk meluahkan kerisauan yang dialami.
Berikan semua maklumat mastectomy kepada klien untuk bacaan.
Elakkan membincangkan topik untuk mengurangkan kebimbangan klien.
Puan M, 40 tahun, dinasihatkan untuk menjalani amniosentesis semasa kehamilan. Tujuan utama prosedur ini adalah untuk
memeriksa kandungan cecair amniotik.
menentukan tahap imuniti ibu terhadap rubella.
mengambil sampel sel bagi mengesan antibodi Rh.
menganalisis keabnormalan kromosom pada sel fetus.
Seorang bayi yang baru dilahirkan dinilai dengan Apgar Score 4/10 pada 1 minit yang pertama. Apakah langkah segera yang perlu dilakukan?
Lakukan resusitasi.
Lakukan top and tail
Beri suntikan vitamin K.
Balut bayi untuk elak hypothermia.
Seorang klien disyaki mengalami vulvitis kerana reaksi alahan. Apakah intervensi kejururawatan yang perlu anda lakukan?
Mencadangkan krim antifungal yang sesuai
Menilai klien untuk sebarang sejarah alahan
Memberi klien krim antibiotik sebagai rawatan
Merujuk klien kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut
Puan C, seorang primigravida datang ke klinik dan mengadu mengalami mual dan muntah. Apakah nasihat yang perlu diberikan kepada pesakit?
Galak ibu untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap
Nasihatkan ibu untuk kurangkan karbohidrat di dalam makanan
Nasihat ibu untuk kurangkan makan bagi mengelakkan muntah
Galak ibu minum susu sebelum makan untuk mengurangkan rasa loya
Puan G baru selesai menjalani prosedur Dilation and Curettage kerana mengalami molar pregnancy. Apakah tindakan kejururawatan utama selepas prosedur tersebut?
Monitor pendarahan vagina
Ukur fundal height setiap 4 jam.
Sediakan persekitaran yang selesa dan tenang.
Galakkan pengambilan makanan tinggi zat besi.
Apakah intervensi kejururawatan yang sesuai untuk mengurangkan risiko Deep Vein Thrombosis (DVT) selepas pembedahan Total Abdominal Hysterectomy?
Beri analgesik
Galak klien ambil cecair secukupnya
Tinggikan kaki dengan dua bantal semasa baring di atas katil
Galak klien melakukan range of motion exercise kaki secara berkala
