wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NSCH MCQ 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tumpuan utama kejururawatan kesihatan komuniti di Malaysia selepas kemerdekaan pada tahun 1957 ialah

a)

memberi rawatan perubatan alternatif di klinik desa.

b)

menyediakan rawatan perubatan moden di hospital swasta.

c)

menyediakan pelbagai rawatan di pusat perubatan universiti.

d)

meningkatkan penjagaan kesihatan asas di kawasan luar bandar.

2.

Tiga peringkat utama dalam sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah

a)

primer, sekunder dan tertiari.

b)

primer, sekunder dan swasta.

c)

kerajaan, swasta dan tradisional.

d)

klinik, hospital dan pusat jagaan harian.

3.

Keluarga yang terdiri daripada dua atau lebih generasi seperti ibu bapa, anak-anak dan datuk nenek dikenali sebagai keluarga

a)

nuclear.

b)

patricial.

c)

metrical.

d)

extended.

4.

Tujuan utama penjagaan kesihatan ibu dan anak dalam komuniti adalah untuk

a)

mengurangkan risiko ibu bersalin di rumah.

b)

mempercepatkan proses kelahiran selamat.

c)

meningkatkan tahap kesihatan ibu dan kanak-kanak.

d)

memastikan ibu mengandung bersalin selamat di hospital.

5.

Jadual imunisasi kebangsaan di Malaysia diselaraskan oleh

a)

Pejabat Kesihatan Daerah.

b)

Pertubuhan Kesihatan Dunia.

c)

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak.

d)

Kementerian Kesihatan Malaysia.

6.

Tanggungjawab jururawat jika suhu peti sejuk vaksin berada melebihi julat normal iaitu antara 2°C hingga 8°C adalah

a)

simpan kembali vaksin dalam peti sejuk dan abaikan perubahan suhu.

b)

teruskan penggunaan vaksin kerana ianya masih boleh digunakan dalam masa 24 jam.

c)

asingkan vaksin yang terlibat dan laporkan kepada pegawai bertanggungjawab untuk tindakan.

d)

tambah pek ais ke dalam peti sejuk untuk menyejukkan vaksin semula dan teruskan penggunaan.

7.

Adik N berusia 2 tahun telah dibawa oleh ibunya ke klinik kerana mengalami penurunan berat badan dan kurang selera makan semenjak sebulan yang lalu. Apakah pemeriksaan klinikal yang paling sesuai dilakukan untuk menilai tahap kurang nutrisi beliau?

a)

Ujian fungsi gastrointestine

b)

Pemeriksaan tekanan darah dan pernafasan

c)

Pemeriksaan reflex saraf dan koordinasi motor halus

d)

Penilaian berat badan mengikut umur dan ukur lilit lengan

8.

Risiko jika weaning diet diberikan terlalu awal sebelum bayi berumur 6 bulan ialah

a)

meningkatkan risiko jangkitan usus.

b)

bayi cepat membesar dan kurang menangis.

c)

meningkatkan sistem imun bayi dengan cepat.

d)

membantu bayi tidur lebih lama pada waktu malam.

9.

Adik H berumur 7 tahun telah disahkan mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Ibubapa beliau mengadu anaknya sukar memberi tumpuan semasa belajar dan sering mengganggu rakan semasa di sekolah. Intervensi kejururawatan untuk ibubapa untuk membantu menguruskan tingkahlaku anaknya adalah

a)

merancang rutin harian yang konsisten.

b)

menghukum anak jika tidak mendengar arahan.

c)

memberi anak telefon pintar untuk menenangkannya.

d)

memberi tugasan yang sukar supaya anak belajar lebih fokus.

10.

Semasa sesi lawatan ke rumah didapati seorang pesakit warga emas yang mengidap diabetes mellitus dan tinggal bersendirian. Intervensi kejururawatan untuk memastikan pengurusan penyakit pesakit di rumah adalah

a)

memberi risalah kesihatan berkaitan pemakanan.

b)

menyarankan pesakit datang ke klinik setiap minggu.

c)

menasihati ahli keluarga supaya menjaga pesakit sepanjang masa.

d)

memeriksa keadaan ubat-ubatan dan mengajar cara pengambilan yang betul.

11.

Berikut adalah elemen dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), kecuali

a)

kemahiran kesihatan diri.

b)

penglibatan rakan sebaya.

c)

persekitaran sosial yang sihat.

d)

perkhidmatan kesihatan sekolah.

12.

Puan G menyuarakan kebimbangan beliau mengenai interaksi sosial dan pergaulan anaknya yang berumur 9 tahun. Intervensi kejururawatan untuk menyokong perkembangan sosial kanak-kanak tersebut adalah

a)

mendedahkan kanak-kanak dengan teknologi terkini.

b)

memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyertai aktiviti berkumpulan.

c)

menghadkan aktiviti kokurikulum kanak-kanak bagi mengelakkan rangsangan berlebihan.

d)

menggalakkan kanak-kanak memberi tumpuan sepenuhnya kepada pencapaian akademik.

13.

Seorang remaja lelaki didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Tindakan jururawat untuk membantu keluarga dan komuniti untuk mengatasi masalah ini adalah

a)

menghantar remaja tersebut ke pusat tahanan juvana.

b)

menasihati rakan-rakannya supaya menjauhkan diri dari remaja tersebut.

c)

merujuk remaja kepada kaunselor dan menyertai program komuniti.

d)

melaporkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah tersebut sepenuhnya.

14.

Objektif utama perkhidmatan kebajikan sosial adalah

a)

menggalakkan pelancongan dalam negara.

b)

menambah hasil negara melalui percukaian.

c)

memberi bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah.

d)

menyediakan bantuan kepada golongan rentan seperti OKU dan warga emas.

15.

Seorang jururawat kesihatan komuniti sedang menyediakan laporan bulanan perkhidmatan. Pada bulan tersebut, terdapat 120 ibu hamil yang datang ke klinik antenatal pertama kali dan jumlah keseluruhan ibu hamil berdaftar adalah 150 orang. Apakah indikator yang sesuai dikira dan berapakah peratusannya?

a)

Kadar kelahiran hidup – 80%

b)

Kadar rujukan ke hospital – 150%

c)

Kadar kehadiran antenatal pertama – 80%

d)

Kadar kehadiran temu janji antenatal – 120%

16.

Semasa menyediakan vaksin untuk sesi imunisasi di luar klinik, jururawat mendapati suhu dalam peti sejuk vaksin ialah 10°C. Tindakan yang perlu dilakukan oleh jururawat tersebut adalah

a)

teruskan penggunaan vaksin untuk mengelak pembaziran.

b)

goncang vaksin tersebut dan lihat jika terdapat perubahan warna.

c)

laporkan kepada ketua jururawat dan asingkan vaksin tersebut untuk penilaian.

d)

masukkan semula vaksin ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga suhu turun.

17.

Semasa menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas murid darjah 1, jururawat mendapati seorang murid mempunyai kerosakan gigi. Intervensi kejururawatan yang sesuai diberikan kepada beliau adalah

a)

membekalkan murid berus dan ubat gigi.

b)

memberi tarikh temujanji untuk mencabut gigi.

c)

merujuk murid kepada doktor gigi untuk pemeriksaan lanjut.

d)

menasihatkan guru kelas memastikan murid menjaga kebersihan gigi.

18.

Tanggungjawab jururawat dalam peringkat awal merancang program modifikasi tingkahlaku untuk kanak-kanak keperluan khas adalah

a)

mengenalpasti tingkahlaku yang ingin diubahsuai.

b)

mempertingkatkan tingkahlaku pembelajaran yang sesuai.

c)

menentukan berapa lama sesuai tingkahlaku bermasalah itu bermula.

d)

memastikan masa yang sesuai untuk mengubahsuai tingkahlaku yang diingini.

19.

Intervensi kejururawatan yang sesuai bagi membantu kanak-kanak autisme dalam persekitaran hospital adalah

a)

memberi aktiviti fizikal lasak sepanjang masa.

b)

menempatkan pesakit di wad bersama pesakit lain.

c)

memberi rangsangan bunyi untuk mempercepatkan adaptasi.

d)

menyediakan persekitaran yang tenang dan rutin yang konsisten.

20.

Antara berikut merupakan isu kesihatan mental yang paling kerap dialami oleh murid sekolah akibat tekanan akademik, masalah hubungan rakan sebaya dan kekurangan sokongan keluarga.

a)

bipolar

b)

anxiety

c)

skizofrenia

d)

depression