Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Reka Bentuk Teknologi

Total questions: 40

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan PVC?

a)

Perspeks

b)

Polivinil Klorida

c)

Perspeks Klorida

d)

Pilivinil Perspeks

2.

Bahan ini digunakan secara meluas dalam penghasilan papan iklan, perabot dan plat nombor kenderaan. Apakah bahan yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?

a)

PVC

b)

Papan Lapis

c)

Perspeks

d)

Besi

3.

Gergaji lengkung halus digunakan untuk .

a)

memotong lengkung PVC

b)

memotong kayu dan papan lapis

c)

memotong lengkung perspeks

d)

memotong bentuk lengkung pada bahan yang nipis

4.

Alat yang paling sesuai digunakan untuk mencantum dua jenis bahan yang nipis dan lembut seperti papan lapis ialah ...................

a)

Paku

b)

Skru

c)

Pistol perekat panas

d)

Pistol pengokot

5.

Kren yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan menggunakan sistem?

a)

motor, takal dan tali sawat

b)

motor, gegancu dan rantai

c)

motor, takal, gegancu dan tali sawat

d)

motor dan gear

6.

Gambar di sebelah menunjukkan sistem asas elektromekanikal

a)

motor dan gear

b)

motor, gegancu dan rantai

c)

motor, takal, dan tali sawat

d)

motor dan takal

7.

Setelah mengenal pasti projek yang hendak dibina, apakah langkah yang seterusnya perlu dilakukan?

a)

Membuat lukisan ceraian

b)

Membuat lukisan

c)

Membuat lukisan teknikal

d)

Membuat lakaran

8.

Mengapakah dimensi sangat penting apabila menghasilkan lukisan teknikal?

a)

Untuk menggelakkan pembaziran semasa menyediakannya

b)

Untuk menentukan bentuk projek

c)

Untuk menentukan lukisan ceraian

d)

Untuk menentukan jenis bahan

9.

Mengapakah bahan yang hendak dipotong perlu diukur dan ditanda?

a)

Memastikan bahan mudah untuk dipotong

b)

Memastikan pembaris dan sesiku digunakan

c)

Memastikan bahan dipotong mengikut saiz yang betul

d)

Memastikan bahan yang tebal dan nipis dapat dipotong serentak

10.

Mengapakah sesetengah alatan perlu diminyakkan sebelum disimpan?

a)

Memastikan alatan tidak tersekat-sekat apabila digunakan

b)

Memastikan alatan dapat bergerak dengan lancar

c)

Mengelakkan daripada berlakunya pengaratan

d)

Memudahkan habuk dan kekotoran dibersihkan

11.

Berdasarkan sistem pergerakan pada mesin ini, anda boleh mereka cipta sebuah

a)

model helikopter

b)

mesin pengisar ais

c)

mesin pengering mop

d)

pintu pagar automatik

12.

Antara produk berikut, yang manakah tidak menggunakan sistem elektromekanikal?

a)

Kalkulator

b)

Basikal elektrik

c)

Mesin pengadun tepung

d)

Pengelap tingkap automatik

13.

Hani ingin menghasilkan papan tanda elektronik untuk diletakkan pada pintu biliknya. Pilih 2 bahan bukan logam yang sesuai untuk digunakan oleh Hani bagi menjayakan projeknya itu?


i. PVC

ii. Papan lapis

iii. Aluminium

iv. Medium Density Fibre Board (MDF)

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan III

14.

Haziq dan kawan-kawannya berbincang sebelum membuat keputusan untuk membina projek elektromekanikal seperti gambar di atas. Mengapakah proses perbincangan tersebut perlu dijalankan?


i. Proses percambahan idea boleh dilakukan

ii. Mengenal pasti jenis bumbung yang sesuai diaplikasikan di rumah

iii. Memastikan tahap gegaran yang sesuai dengan palang yang akan diturunkan.

iv. Membantu dalam menentukan bentuk, kaedah pengoperasian dan keperluan projek yang bakal dilaksanakan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan III

15.

Dalam situasi sebenar, di manakah projek dalam gambar di atas sesuai diletakkan?


i. Padang awam

ii. Plaza tol

iii. Kawasan perumahan

iv. Tempat letak kenderaan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

16.

Setelah siap memasang motor, Lilia mengambil pemegang bateri untuk memasangnya pada kerangka kereta Matriknya. Apakah bahan yang sesuai digunakan oleh Lilia?


i. Gam kanji

ii. Pistol pengokot

iii. Glu sentuh

iv. Pistol dan rod perekat panas

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

17.

Apakah jenis lukisan dalam gambar di atas?

a)

Lukisan 2D

b)

Lukisan 3D

c)

Lukisan ceraian

d)

Lukisan perspektif

18.

Aidan dan Arish bercadang menghasilkan pengelap cermin automatik. Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri yang tidak sesuai dengan projek yang akan dibina oleh mereka?

a)

Mudah diselenggarakan

b)

Menggunakan tingkap jenis jaring

c)

Mempunyai pancuran air dan sabun

d)

Menggunakan bahan plastik dan bahan logam

19.

Ciri-ciri berikut ada pada perspek kecuali

a)

Mudah dilenturkan

b)

Keras

c)

Ringan

d)

Kuat

20.

Antara berikut, yang manakah tujuan membuat kemasan?

a)

Projek akan tahan lama

b)

Projek akan kelihatan suram

c)

Projek selesa untuk digunakan

d)

Dapat menampakkan kecacatan pada projek

21.

Gergaji lengkung halus digunakan untuk memotong bahan yang nipis dan akan mula memotong apabila ........................

a)

ditolak

b)

ditarik

c)

Ditolak dan ditarik

d)

Ditarik dan ditolak

22.

Bahan pengikat dan pencantum yang berikut digunakan bersama-sama pistol perekat panas dan pistol pengokot

a)

rod kokot dan dawai perekat panas

b)

dawai pengokot

c)

rod perekat panas

d)

rod perekat panas dan dawai kokot

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan lakaran 3D?

a)

Lakaran yang mempunyai tiga bahagian

b)

Lakaran yang menunjukkan tiga ukuran projek

c)

Lakaran yang mempunyai tiga pandangan utama

d)

Lakaran yang menunjukkan pandangan tiga dimensi

24.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya projek yang dibina tidak berfungsi semasa diuji?

a)

Periksa litar

b)

Periksa kemasan projek

c)

Periksa penyambungan dan cantuman bahan

d)

Periksa samada wayar yang digunakan adalah wayar yang betul

25.

Gambar di atas menunjukkan 3 lakaran yang dibuat oleh seorang murid. Mengapakah kita perlu membuat lakaran sebelum membina projek?

a)

Memudahkan sambungan dan cantuman dibuat

b)

Supaya dapat memilih reka bentuk yang terbaik

c)

Memudahkan pemilihan bahan untuk membinanya

d)

Supaya dapat menjimatkan kos pembinaan projek

26.

Antara berikut, sistem elektromekanikal yang manakah menggerakkan sebuah motosikal?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

27.

Mengapakah bahan logam seperti zink perlu dilengkung di bahagian penjurunya?

a)

Mengelakkan kecederaan

b)

Memudahkan kemasan dibuat

c)

Memudahkan bahan dibentuk

d)

Mengelakkan bahan berkarat

28.

Semasa menyambung litar elektronik, kebiasaannya wayar merah disambungkan kepada terminal

a)

Positif (+)

b)

Neutral

c)

Negatif (-)

d)

Positif (+) dan negative (-)

29.

Alatan yang manakah memerlukan penyelenggaraan dengan menggunakan kain lembap?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

30.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum kerja-kerja memotong bahan dilakukan?

a)

Mengukur

b)

Menanda

c)

Memilih bahan

d)

Mengukur dan menanda

31.

Pistol perekat panas akan mencairkan rod perekat menjadi (a)   .

32.

Motor, takal dan tali sawat adalah satu daripada sistem asas (a)   .

33.

Bagi mendapatkan reka bentuk yang baik, kita perlu membuat beberapa (a)   terlebih dahulu.

34.

Lukisan yang memberikan maklumat berkaitan ukuran dan bentuk ialah (a)   .

35.

Dawai kokot dan rod perekat panas adalah contoh bahan yang digunakan untuk (a)   dan mencantum.

36.

PVC, perspeks dan (a)   adalah sejenis bahan bukan logam.

37.

(a)   adalah roda bergigi yang digunakan bersama-sama rantai.

38.

Pisau pemotong perspeks hanya digunakan untuk memotong perspeks secara (a)   .

39.

(a)   yang digunakan dalam menghasilkan projek palang keselamatan ialah motor arus terus.

40.

PVC boleh didapati dalam bentuk (a)   , kepingan dan berongga (paip).