Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TEKNIK PENULISAN DAN GAYA UCAPAN

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang perlu dielakkan ketika menutup ucapan?

a)

Menggunakan pantun

b)

Menggunakan penegasan

c)

Menggunakan ucapan yang meleret-leret

d)

Menggunakan persoalan dan quotation

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan protokol dalam ucapan rasmi?

a)

Penggunaan gerakan badan

b)

Aturan dan peraturan dalam istiadat atau majlis rasmi

c)

Gaya bahasa yang formal

d)

Penggunaan alat bantuan visual

3.

Apakah tujuan ucapan jenis nasihat?

a)

Menghibur pendengar

b)

Memberi motivasi kepada pendengar

c)

Memberi panduan dan bimbingan

d)

Mengucapkan tahniah

4.

Apakah yang perlu dielakkan dalam ucapan rasmi?

a)

Membuat gimik

b)

Memberi janji kosong

c)

Menyebut perkara baru

d)

Meminta maaf

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan aspek bukan lisan dalam ucapan?

a)

Gerakan badan, penampilan diri, sifat suara, penggunaan ruang, penggunaan masa, hubungan mata, mimik muka

b)

Penampilan diri sahaja

c)

Penggunaan bahasa isyarat sahaja

d)

Penggunaan ruang sahaja

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan teori dan teknik ucapan berkesan/berpengaruh?

a)

Menggunakan bahasa yang tidak jelas

b)

Menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh audiens

c)

Menggunakan bahasa yang terlalu tinggi

d)

Mempunyai pengalaman luas dan menguasai bahasa

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembukaan yang baik dalam ucapan?

a)

Memulakan ucapan dengan kata-kata aluan dan puji-pujian

b)

Memulakan ucapan dengan sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan pendengar

c)

Memulakan ucapan dengan sesuatu yang tidak relevan

d)

Memulakan ucapan dengan sesuatu yang tidak jelas

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan penutup yang baik dalam ucapan?

a)

Menggunakan penegasan

b)

Menggunakan pantun

c)

Menggunakan persoalan dan quotation

d)

Menggunakan ucapan yang meleret-leret

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan mempelbagaikan rentak, kecepatan dan panjang pendek ayat dalam ucapan?

a)

Menggunakan ayat yang pendek sahaja

b)

Menggunakan ayat yang panjang sahaja

c)

Pelbagaikan kosa kata dan jenis ayat

d)

Menggunakan ayat yang sama sahaja

10.

Berikut merupakan teknik untuk menarik audiens ketika berucap kecuali,

a)

memetik kata-kata daripada tokoh terkenal.

b)

mengajukan soalan-soalan yang mendorong audiens untuk berfikir.

c)

menggunakan intonasi yang sesuai mengikut perkara yang dinyatakan.

d)

menggunakan humor untuk mengubah pemikiran, nilai dan kepercayaan audiens.

11.

Pantang larang yang perlu dielakkan semasa berucap ialah

                     I.        membuat gimik

                    II.        menggunakan gaya peribadi

                  III.        menyebut maklumat baharu dalam penutup

                  IV.        mempelbagaikan rentak, panjang pendek ayat dalam ucapan

a)


III dan IV

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

I dan II

12.

Antara ciri seorang pengucap yang baik dan berpengaruh termasuklah

a)

menyampaikan penutup yang meleret-leret.

b)

berpengalaman luas.

c)


berucap dengan fakta tanpa bukti.

d)

menyatakan diri tidak bersedia.

13.

Petikan di bawah merupakan teknik penulisan pendahuluan ucapan berbentuk ____________.

“Sebulan yang lalu-tanggal 1 Jun-saya memulakan kempen pidato politik di mimbar ini. Pada saat itu, dua agenda kebangsaan saya sampaikan kepada seluruh rakyat Indonesia...” (Ucapan Susilo Bambang Yudhoyono semasa berkempen merebut kerusi Presiden)

a)

madah

b)

imbasan lalu

c)

lukisan

d)

ringkasan

14.

Bahasa yang digunakan di dalam teks ucapan haruslah

                     I.        jelas

                    II.        tersirat

                  III.        konotatif

                  IV.        ekonomis

a)

I dan IV

b)


I dan II

c)

III dan IV

d)

II dan III

15.

Petikan di bawah merupakan teknik penulisan pendahuluan ucapan berbentuk ______________.

“Sejak wujudnya kilang semikonduktor yang pertama di Pulau Pinang pada tahun 1972, perusahaan elektronik yang berasaskan eksport telah berkembang begitu pesat sehingga menjadi salah satu sektor industri yang besar dan penyumbang kepada ekonomi negara”. (Ucapan Tun Dr.Mahathir Mohamad di majlis perasmian Kilang Wafer Silikon S.E.H. di Shah Alam)

a)

latar belakang

b)

madah

c)

harapan

d)

penglibatan peribadi

16.

Berdasarkan pangkat individu dalam contoh berikut, pilih urutan kekananan yang diamalkan di Malaysia.

a)

II, I, III dan IV

b)

III, IV, II dan I

c)

I, III, II dan IV

d)


I, II, III dan IV

17.

Berikut merupakan aspek bukan lisan dalam ucapan yang boleh digunakan kecuali,

a)

jenis muka

b)

penggunaan mata

c)

penggunaan ruang

d)

sifat suara

18.

Pertunjukan fesyen pakaian tradisional di Summer Mall, Kota Samarahan anjuran Unit Kebudayaan, UNIMAS dengan kerjasama Sarawak Tourism Berhad.

Situasi di atas merujuk kepada _________________.

a)

Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal

b)


Majlis Rasmi dan Formal.

c)

Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal.

d)

Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal.

19.

Pilih penggunaan gaya bahasa positif yang paling tepat.

a)

"Idea ini baik namun bajet kita tidak mencukupi".

b)


"Peluang untuk kita menang sangat tipis".

c)


"Peluang kita hanya tinggal 40%".

d)


"Idea kamu bernas, jadi kita semua perlu berbincang lagi untuk mencari jalan penyelesaian".

20.

Majlis jamuan teh oleh Perdana Menteri sempena meraikan anak-anak yatim, jamuan teh menjelang hari kemerdekaan, atau majlis makan malam anjuran kerajaan sempena sesuatu hari kebesaran.

Situasi ini merujuk kepada ___________________________.

a)

Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal

b)


Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal

c)

Majlis Rasmi dan Formal

d)

Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal