wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1234

Total questions: 85

Worksheet time: 43mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat penubuhan Jawatankuasa Kerja dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948? BT MS-126

a)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

b)

Mencadangkan draf Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

2.

Antara berikut, siapakah yang menjadi wakil Raja-raja Melayu dalam Jawatankuasa Kerja?

BT:MS 127

a)

Haji Megat Yunus

b)

Dato’ Hamzah Abdullah

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan cadangan Perlembagaan Rakyat.

Apakah tujuannya? BT-MS 131

a)

Mengharapkan kerjasama rakyat

b)

Meminta menutup kedai

4.

Senarai berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu? BT MS-132

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Pemasyhuran Kemerdekaan dilakukan

b)

Pemansuhan Malayan Union 1946

5.

Antara berikut, negara manakah yang terlibat dalam merangka Piagam Atlantik?

BT:MS 133

I Britain

II Itali

III Perancis

IV Amerika Syarikat

a)

I dan II

b)

I dan IV

6.

Siapakah yang mengetuai pentadbiran kerajaan dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

MS 132/TP2

a)

Residen Jeneral

b)

Pesuruhjaya Tinggi

7.

Nyatakan syarat kewarganegaraan secara pendaftaran yang terdapat dalam Persekutuan Tanah

Melayu 1948 ? BT MS-135

a)

Bermastautin selama 15 tahun daripada 20 tahun

b)

Bermastautin selama 18 tahun daripada 22 tahun

8.

Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu kepada orang bukan Melayu?

BT:MS 127/TP4

a)

Memelihara kebajikan

b)

Menjadi warganegara

9.

Jadual berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu

Apakah kesannya kepada masyarakat? BT-MS 137

a)

Kedudukan orang Melayu terus dipelihara

b)

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

10.

Maklumat berikut berkaitan keadaan masyarakat di Tanah Melayu?

Apakah nilai yang boleh diperolehi daripada perkara tersebut? BT-MS 137

a)

Bergading bahu menjayakan wawasan

b)

Berketrampilan dalam organisasi

11.

Gambar 1 di bawah menunjukkan Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan pada 25 Julai

1946.

Apakah tujuan jawatankuasa tersebut ditubuhkan? (BT MS 126)

a)

Menetukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

b)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

12.

Mengapakah gabungan PUTERA dan AMCJA menolak rangka Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu 1948? (BT MS 128)

a)

Enggan berkompromi dengan penjajah

b)

Jawatankuasa Kerja tidak diwakili semua kaum

13.

Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari

1948 bagi menggantikan gagasan Malayan Union.

Apakah faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948? (BT MS 132)


I. Bantahan orang Melayu

II. Sokongan pentadbir British

III. Bantahan golongan Imigran

IV. Cadangan Pesuruhjaya Tinggi British

a)

I dan II

b)

I dan IV

14.

Penyataan di bawah merujuk kepada saranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Piagam Atlantik pada bulan Ogos 1941.


Bagaimanakah British bertindak mematuhi piagam tersebut di Tanah Melayu?

(BT MS 133)

a)

Memperkukuhkan sistem pertahanan

b)

Menamatkan gagasan Malayan Union

15.

Gambar 2 di bawah menunjukkan Sir Edward Gent berucap selepas Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 untuk mengembalikan

kedaulatan negara.


Apakah kepentingan mempertahankan kedaulatan negara pada masa kini? (BT MS 133)


I. Mengukuhkan ekonomi imigran

II. Mengekalkan perpaduan rakyat

III. Memelihara kemerdekaan negara

IV. Memastikan penguasaan orang Melayu

a)

I dan II

b)

II dan III

16.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai secara rasmi pada 1 Februari 1948.

Apakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948? (BT MS 134 – 135)

I. Gabungan sembilan buah negeri-negeri Melayu

II. Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Sultan

III. Rang undang-undang perlu mendapat perkenan pihak British

IV. Jus Soli hanya terbuka untuk rakyat Raja dan rakyat British

a)

II dan III

b)

III dan IV

17.

Antara yang berikut, manakah syarat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang undang?

(BT MS 135)

a)

Lahir di luar negeri dan ayahnya mestilah rakyat Raja

b)

Bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu

18.

Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?( BT MS 136)

a)

Syarat kewarganegaraan dilonggarkan

b)

Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf

19.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memberi kesan terhadap pemerintahan beraja di Tanah Melayu.

Apakah kesan tersebut? (BT MS 136)

a)

Penubuhan Majlis Raja-raja

b)

Pelaksanaan sistem penasihat

20.

Apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa

Malaysia? (BT MS 137)

I. Kewarganegaraan dilonggarkan

II. Melahirkan identiti bangsa Malayan Union

III. Hak mutlak memerintah negara yang berdaulat

IV. Sistem demokrasi berkonsepkan Raja Berperlembagaan

a)

II dan III

b)

III dan IV

21.

Maklumat di atas berkaitan dengan peranan seorang Bendahara Kesultanan Melayu Melaka. Apakah X?

a)

Panglima angkatan laut Melaka

b)

Menguruskan perbendaharaan secara teratur

c)

Ketua turus angkatan tentera

d)

Menjaga keselamatan kota Melaka

22.

Apakah jawatan yang diwujudkan bagi membantu Pembesar Berempat?

a)

Malim

b)

Nakhoda

c)

Syahbandar

d)

Orang Kaya

23.

Apakah kandungan dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Menjelaskan peranan sultan dan pembesar

b)

Menjelaskan hukuman terhadap kesalahan jenayah

c)

Menghuraikan bidang kuasa nakhoda dan pelayaran

d)

Menghuraikan sistem percukaian perdagangan

24.

Apakah kandungan Fasal 9 dalam Undang-undang Laut Melaka?

a)

Kemahiran yang perlu dimiliki seorang malim

b)

Kemahiran yang perlu dimiliki seorang pedagang

c)

Kemahiran yang perlu dimiliki seorang penumpang

d)

Kemahiran yang perlu dimiliki seorang pembesar

25.

Apakah kandungan Fasal 26 dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja

b)

Amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan

c)

Menerangkan tugas seorang Pembesar Berempat

d)

Hukuman bunuh kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan

26.

Apakah maksud kawasan pegangan?

a)

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat

b)

Kawasan yang diberikan Pembesar Berempat kepada Sultan Melaka

c)

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada rakyat merdeka

d)

Kawasan yang diberikan rakyat merdeka kepada Sultan Melaka

27.

Apakah jawatan yang diperkenalkan bagi tujuan menjaga keamanan di darat dan laut?

a)

Bendahara

b)

Penghulu Bendahari

c)

Temenggung

d)

Laksamana

28.

Maklumat di atas berkaitan dengan tanggungjawab seorang pembesar. Siapakah pembesar yang dimaksudkan?

a)

Syahbandar

b)

Penghulu Bendahari

c)

Penghulu

d)

Laksamana

29.

Apakah peranan pembesar di peringkat jajahan?

a)

Menjaga keamanan di kawasan pentadbirannya

b)

Menasihati pembesar peringkat pusat

c)

Mengurus perbendaharaan peringkat pusat

d)

Mengutip cukai di kawasan pentadbirannya

30.

Maklumat di atas berkaitan dengan Undang-undang Laut Melaka. Siapakah nakhoda yang dimaksudkan?

a)

Nakhoda Jenal

b)

Nakhoda Sahak

c)

Nakhoda Jenuh

d)

Nakhoda Salak

31.

Ciri-ciri negara dan bangsa terdiri daripada...

a)

Negara

b)

Bangsa

c)

Penduduk

d)

Perlembagaan

e)

Kerajaan

32.

Pilih 3 ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Wilayah Pengaruh

b)

Perlembagaan

c)

Kedaulatan

d)

Keunggulan Undang-undang

e)

Negara

33.

Tiga lagi ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah..

a)

Kerajaan

b)

Rakyat

c)

Perlembagaan

d)

Jata

e)

Lambang-lambang

34.

Apakah maksud negara?

a)

Wilayah yang mempunyai sempadan

b)

Wilayah yang mempunyai daerah

c)

Wilayah yang mempunyai penduduk

d)

Wilayah yang mempunyai pemimpin

35.

Nyatakan 2 elemen yang menjelaskan maksud bangsa?

a)

Penduduk yang berasal dari sesuatu tempat

b)

Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah

c)

Lahirkan perasaan yang bersatu padu

d)

Mempunyai persamaan dari segi bahasa , adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah

36.

Kerajaan merujuk kepada 3 badan iaitu?

a)

Badan Pentadbiran

b)

Badan Perundangan

c)

Badan Pemerintahan

d)

Badan Pelaksanaan

e)

Badan Kehakiman

37.

Perlembagaan terdiri daripada 2 jenis, iaitu..

a)

Perlembagaan Bertulis

b)

Undang-undang Adat

c)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri

d)

Perlembagaan Tidak Bertulis

e)

Common Law

38.

Apakah tujuan wujudnya perlembagaan?

a)

Menjamin keselamatan bersama

b)

Memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat

c)

Memberikan ketenteraman umum

d)

Menjamin kemakmuran bersama

39.

Kesultanan Melayu Melaka tercatat dalam

a)

Hikayat Merong Mahawangsa

b)

Sejarah Dunia

c)

Sulalatus Salatin

d)

Sejarah Melayu

40.

Apakah pengertian wilayah dalam Kesutanan Melayu Melaka?

a)

Kawasan tempat tinggal rakyat

b)

Kawasan naungan pemerintah dan rakyat

c)

Sempadananya diterima umum

d)

Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja

e)

Kawasan taklukan oleh pihak yang berkuasa

41.

Apakah ciri di bawah Kesultanan Melayu Melaka yang tidak boleh dihadkan?

a)

Kerajaan

b)

Rakyat

c)

Wilayah Pengaruh

d)

Kedaulatan

42.

Apakah asas pembentukan negara dan bangsa?

a)

Kedaulatan

b)

Wilayah Pengaruh

c)

Kerajaan

d)

Keunggulan Undang-undang

e)

Lambang-lambang

43.

Apakah yang dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana?

a)

Kebesaran Sultan

b)

Kebesaran Pemimpin

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Kesultanan Melaka

44.

Dua sumber bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah

a)

Undang-undang Adat

b)

Hukum Kanun Melaka

c)

Undang-undang Laut Melaka

d)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri

45.

Apakah peranan Undang-undang Laut Melaka?

a)

Hukuman bagi kesalahan jenayah

b)

Menyentuh pantang larang raja

c)

Menjaga kesalahan awam

d)

Menjaga nakhoda laut

e)

Menjaga tatacara pelayaran di laut

46.

Pegawai British telah mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara. Apakah matlamat penyatuan wilayah tersebut?

a)

Memupuk perpaduan

b)

Melakukan imperialisme

c)

Memudahkan pentadbiran

d)

Melaksanakan pembaharuan

47.

Cadangan menggabungkan Sarawak, Sabah, negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat pada tahun 1887.

a)

Lord Brassey

b)

Gerald Templer

c)

Dato' Onn Jaafar

d)

Sir Malcolm MacDonald

48.

Siapakah yang mencadangkan penyatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi?

a)

Lord Brassey

b)

Sir Malcolm MacDonald

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Sir Geofroy Tory

49.

Golongan nasionalis Tanah Melayu telah memperjuangkan konsep Melayu Raya pada tahun 1938. Mengapakah konsep tersebut gagal dilaksanakan?

a)

Tidak memberikan manfaat kepada Indonesia

b)

Indonesia tidak berminat bergabung dengan Tanah Melayu

c)

Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia tanpa Tanah Melayu

d)

Pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu dan Indonesia

50.

DUA sebab Singapura dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia.

a)

Menamatkan ancaman komunis

b)

Mengukuhkan keselamatan dan pertahanan

c)

Mengelakkan campur tangan asing

d)

Memenuhi desakan penduduk tempatan

51.

Antara berikut merupakan kepentingan pembentukan Malaysia KECUALI

a)

Membendung ancaman komunis

b)

Merealisasikan rancangan dekolonisasi

c)

Mempercepat pelbagai bidang pembangunan

d)

Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri

52.

Apakah kesan penubuhan Parti Perikatan Sarawak?

a)

Menamatkan pemerintahan keluarga Brooke

b)

Meneruskan sistem politik tradisional

c)

Merealisasikan pembentukan Malaysia

d)

Menjayakan pengasasan Persekutuan Borneo

53.

Pertubuhan yang diasaskan oleh pemimpin Borneo untuk mencabar rancangan pembentukan Malaysia.

a)

Parti Rakyat

b)

Sabah Alliance

c)

Barisan Bersatu

d)

Parti Demokratik

54.

Apakah syarat yang ditetapkan oleh rakyat Brunei sebagai persetujuan menyertai Malaysia?

a)

Memperoleh kuasa imigresen

b)

Menjamin peluang pentadbiran

c)

Menerima bantuan ketenteraan

d)

Mencapai kemerdekaan dahulu

55.

Mengapakah Filipina menentang pembentukan Malaysia?

a)

Menuntut hak terhadap Sabah

b)

Mempunyai agenda politik tersendiri

c)

Menganggapnya satu penjajahan baru

d)

Menghalang pembentukan Kalimantan Utara

56.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Brunei pada Julai 1961?

a)

Menerangkan rancangan pembentukan Malaysia

b)

Meninjau kemajuan di kawasan tersebut

c)

Mendapatkan pandangan rakyat

d)

Merangka perlembagaan baru

57.

Apakah tujuan referendum Singapura diadakan pada bulan Ogos 1962 hingga September 1962?

a)

Menyatakan bentuk pilihan menyertai Malaysia

b)

Memberi kefahaman kepada penduduk tempatan

c)

Menerima pelbagai memorandum daripada rakyat

d)

Mengetahui reaksi penduduk terhadap penyatuan

58.

Apakah kesan rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British di London?

a)

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold

b)

Lawatan PBB ke Sarawak dan Sabah

c)

Referendum dilaksanakan di Singapura

d)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan

59.

Pasangan manakah yang BETUL tentang ahli Jawatankuasa Antara Kerajaan?

a)

Lord Lansdowne => Pengerusi

b)

Tun Hussein Onn => Timbalan Pengerusi

c)

Donald Stephens => Setiausaha Kewangan Sabah

d)

Koo Siak Chiew => Peguam Negeri Sarawak

60.

Mengapakah Tuntutan 20 Perkara dikemukakan oleh pemimpin Sabah dan Sarawak?

a)

Memajukan ekonomi negeri

b)

Menjamin kebebasan asasi

c)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

d)

Melindungi hak dan kepentingan rakyat

61.

Apakah kuasa autonomi yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia?

a)

Imigresen

b)

Pertahanan

c)

Kebajikan sosial

d)

Hal ehwal luar negara

62.

Mengapakah berlaku perubahan tarikh pembentukan Malaysia dari 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963?

a)

Bantahan daripada rakyat Brunei

b)

Laporan PBB tidak dapat disiapkan

c)

Tuntutan 20 Perkara ditolak kerajaan

d)

Kabinet Menteri lambat bermesyuarat

63.

Siapakah yang mengumumkan Pengisytiharan Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah?

a)

Tun Abdul Razak Hussein

b)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

c)

Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee

d)

Datu Mustapha Datu Harun

64.

Apakah DUA tindakan Indonesia yang menunjukkan penentangan mereka terhadap pembentukan Malaysia?

a)

Melancarkan konfrontasi terhadap Tanah Melayu

b)

Menyebarluaskan ideologi komunisme

c)

Mengadakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia

d)

Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak

65.

DUA tindakan Kementerian Luar Negeri menamatkan konfrontasi Indonesia.

a)

Mematahkan kempen propaganda

b)

Mendapatkan sokongan negara luar

c)

Membatalkan perjanjian persahabatan

d)

Meminta bantuan ketenteraan dari ASEAN

66.

Matlamat Rancangan Malaya Pertama gagal kerana

a)

Ancaman komunis

b)

Kekurangan kemudahan asas

67.

Agensi yang membantu memberi modal pada petani ialah

a)

Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )

b)

Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara ( FELCRA )

68.

Matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970 ialah

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Menyekat kemasukan imigran

69.

Matlamat penubuhan agensi Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) &

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ) ialah

a)

Meningkatkan taraf hidup

masyarakat luar bandar

b)

Menggiatkan peranan sektor swasta

70.

Matlamat Program pembangunan in-situ dalam Dasar Pertanian Negara ialah

a)

Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

b)

Menyusun semula masyarakat

71.

Tujuan Buku Merah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar ialah

a)

Menilai perlaksanaan rancangan pembangunan

b)

Memantau pengurusan kewangan negara

72.

Matlamat Rancangan Malaysia Pertama 1956-1960 ialah

a)

Membangunkan kawasan luar bandar

b)

Menyusun semula sistem pendidikan

73.

Langkah kerajaan membasmi kemiskinan dalam Rancangan Malaysia Kedua ialah

a)

Memajukan sektor pelancongan

b)

Menambahkan peluang pekerjaan

74.

Matlamat ditubuhkan Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ) ialah

a)

Membangunkan industri desa

b)

Membantu petani dalam kegiatan koperasi

75.

Matlamat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ) ialah

a)

Meningkatkan penglibatan sektor swasta

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

76.

Matlamat Dasar Penswastaan ialah

a)

Memajukan industri kecil

b)

Mengurangkan beban kewangan

77.

Matlamat Dasar Penswastaan ialah

a)

Mengurangkan beban kewangan kerajaan

b)

Memperhebatkan pembukaan tanah

78.

"Mengurangkan beban kewangan kerajaan" dapat dicapai dengan cara

a)

Meningkatkan produktiviti negara

b)

Memacu peranan sektor swasta

79.

Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan untuk menyatukan penduduk di Tanah Melayu dengan cara

a)

Menjadi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Mewajibkan pelajaran agama dan akhlak di peringkat sekolah menengah

80.

Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan kerana

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Menempatkan murid kelainan upaya

81.

Cadangan Laporan Rahman Talib 1960

untuk

mewujudkan perpaduan kaum ialah

a)

Aliran vokasional diperkenalkan

b)

Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sekolah menengah

82.

Sukan Malaysia ( SUKMA ) penting kerana

a)

Mengeratkan perpaduan kaum

b)

Memperkasa semangat kenegerian

83.

Tujuan penubuhan Istitusi Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia ialah

a)

Meningkatkatkan kadar celik huruf

b)

Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan

84.

Matlamat Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 ialah

a)

Memperkukuhkan perpaduan rakyat

b)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

85.

Dasar Kependudukan [jumlah penduduk Malaysia menjadi 70 juta ] diperkenalkan untuk

a)

Menambahkan kekuatan tentera negara

b)

Menambahkan bilangan tenaga kerja