wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIZI-MEMO-RISE-SEM3_(SIRI 1)

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Perdagangan bebas yang tidak dibatasi oleh sempadan negara. Pernyataan ini merujuk kepada konsep perniagaan antarabangsa iaitu...

a)

dunia tanpa sempadan

b)

globalisasi

c)

lokalisasi

2.

Proses penyesuaian atau adaptasi sesuatu produk atau perkhidmatan dengan cita rasa ciri - ciri tempatan negara tempat perniagaan beroperasi. Konsep ini merujuk kepada...

a)

lokalisasi

b)

pasaran menimbul

c)

selatan-selatan

3.

Proses menjadikan sesebuah perniagaan asing sebagai perniagaan hak milik negara tempatan. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

nasionalisasi

b)

penswastaan

c)

lokalisasi

4.

Suatu proses di mana ekonomi dunia menjadi satu ekonomi yang saling bergantung iaitu tidak terasing lagi. Pernyataan ini merujuk kepada konsep...

a)

globalisasi

b)

nasionalisasi

c)

lokalisasi

5.

Proses pemindahan hak, kuasa atau pemilikan daripada agensi kerajaan atau bahagian tertentu yang dimilki kerajaan kepada pelabur-pelabur tempatan atau asing. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

penswastaan

b)

lokalisasi

c)

globalisasi

6.

Lokalisasi terdiri daripada...

a)

lokalisasi produk

b)

lokalisasi laba

c)

lokalisasi operasi

d)

lokalisasi pengeluaran

7.

Lokalisasi ini merujuk kepada keuntungan yang diperoleh oleh sesebuah syarikat perlu dilaburkan semula ke negara di tempat syarikat tersebut beroperasi. Apakah lokalisasi ini?

a)

Lokalisasi produk

b)

Lokalisasi laba

c)

Lokalisasi pengurusan

8.

Tahap perniagaan antarabangsa terdiri daripada...

a)

domestik

b)

global

c)

multinasional

9.

Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain yang melibatkan kegiatan eksport, import atau pelaburan langsung di negara lain. Definisi ini merujuk kepada tahap perniagaan di peringkat...

a)

domestik

b)

antarabangsa

c)

global

10.

Syarikat tempatan akan membuka cawangan atau subsidiari di sesebuah atau beberapa buah negara luar dan cawangan-cawangannya akan dikawal oleh ibu pejabat syarikat tersebut. Pernyataan ini merujuk kepada perniagaan antarabangsa di peringkat...

a)

multinasional

b)

global

c)

domestik

11.

Aktiviti perniagaan antarabangsa yang melibatkan pembelian barangan atau perkhidmatan dari negara luar untuk dijual atau digunakan dalam negara sendiri. Pernyataan ini merujuk kepada strategi...

a)

import

b)

eksport

c)

usahasama

12.

Memberi kebenaran kepada individu atau syarikat lain untuk mengeluarkan sesuatu produk siap, komponen alat atau produk separuh siap mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pernyataan ini merupakan strategi...

a)

usahasama

b)

kontrak pengeluaran

c)

pelesenan

13.

Penjualan barang-barang atau perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara ke luar negara tanpa perlu membina kilang atau sebarang kemudahan di negara berkenaan. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

import

b)

eksport

c)

pelesenan

14.

Pembentukan kumpulan, pakatan atau kerjasama negara-negara membangun yang terletak di hemisfera selatan untuk menjaga kepentingan sosial, membangunkan ekonomi dan kerjasama teknikal. Pernyataan ini merujuk kepada....

a)

selatan-selatan

b)

globalisasi

c)

lokalisasi

15.

Gabungan dua atau lebih syarikat tempatan atau antarabangsa yang bertujuan menjalankan perniagaan bagi menembusi pasaran domestik dan antarabangsa dengan membentuk entiti perniagaan baharu. Pernyataan ini merujuk kepada strategi

a)

usahasama

b)

pelesenan

c)

kontrak pengeluaran