WorksheetsMahir Bahasa
Total questions: 25
Worksheet time: 8mins
Pilih jawapan yang paling tepat.
Ibu mengambil serbuk ________ untuk dimasukkan ke dalam adunan kek itu.
menaik
ternaik
penaik
dinaik
Pilih jawapan yang paling tepat.
Pembangunan agrobioteknologi turut menjadi _________ kepada para pelancong untuk bercuti di negara kita.
tertarik
ditarik
tarikan
menarik
Pilih jawapan yang paling tepat.
Alina gemar menggubah bunga untuk dijadikan _________ di ruang tamu rumahnya.
berhias
hiasan
menghias
dihias
Pilih jawapan yang paling tepat.
Pada waktu senja kala, panorama matahari _________ di pantai Port Dickson yang luas terbentang itu memukau para pengunjung.
terbenam
benam
membenam
dibenam
Pilih jawapan yang paling tepat.
Suhana dapat melihat reaksi _______ gembira ibunya setelah ayahnya kian pulih daripada penyakit kronik.
muka
rupa
wajah
pandangan
_______ khas bertuga bagi program gotong-royong sedang mengagihkan makanan kepada orang ramai.
Urus niaga
Urus setia
Kakitangan
Jawatankuasa
Pilih jawapan yang paling tepat.
Pelancong asing itu membeli produk kraf tangan untuk dijadikan _________ istimewa untuk dibawa pulang.
air tangan
hasil tangan
buah tangan
bekas tangan
Pilih jawapan yang paling tepat.
Puan Fatima menyidai pakaian yang baru dibasuh di ________.
galah
ampaian
buaian
bangku
Pilih jawapan yang paling tepat.
Penduduk kampung mengumpulkan sampah sarap yang terapung di permukaan sungai dengan menggunakan __________.
jaring
pencakar
penyedok
penyangkut
Pilih jawapan yang paling tepat.
_________ itu sedang mengambil pesanan makanan dan minuman daripada pelanggan.
Perajurit
Pramugara
Pramusaji
Peragawan
Pilih jawapan yang paling tepat.
Tempoh tanaman yang _______ serta harga pasaran yang stabil menyebabkan beliau bertekad untuk mengusahakan tanaman kacang panjang dan bendi.
suntuk
lekas
pantas
singkat
Pilih jawapan yang paling tepat.
Warna kain langsir di ruang tamu itu telah _______ kerana kerap dicuci.
kabur
pudar
susut
luntur
Pilih jawapan yang paling tepat.
Kempen kesedaran tentang bahaya kanser serviks di sekolah merupakan satu inisiatif _________ untuk memberi kesedaran awal kepada murid-murid.
tepat
baik
senang
pandai
Pilih jawapan yang paling tepat.
Semangat perajurit yang _________ untuk mempertahankan negara daripada pencerobohan pihak musuh haruslah kita teladani.
waja
kuat
cekal
berani
Pilih jawapan yang paling tepat.
Biskut yang disimpan dalam balang itu tidak sedap dimakan kerana sudah ________.
lembut
lembik
lemau
garing
Pilih jawapan yang paling tepat.
"________ sahabatku, tolonglah berhati-hati ketika kamu ingin melintas di jalan raya!" pesan Ikmal kepada sahabatnya.
Wahai
Eh
Ah
Wah
Pilih jawapan yang paling tepat.
"Bilangan murid di dalam kelas ini _______?" tanya Cikgu Jamilah.
apa
berapa
apakah
berapakah
Pilih jawapan yang paling tepat.
"_________ kamu tidak membawa payung?" tanya ibu kepada abang yang ingin ke sekolah sewaktu hujan rintik-rintik sedang turun.
Apakah
Bagaimana
Mengapakah
siapakah
Pilih jawapan yang paling tepat.
Kamal asyik _______ sejak dia gagal dalam temu duga itu.
terlena
terdiam
ternganga
termenung
Pilih jawapan yang paling tepat.
Kita dinasihatkan supaya tidak _______ dengan kata-kata manis rakan dalam laman media sosial.
tertelan
terlekat
terpukau
termakan
Pilih jawapan yang paling tepat.
Pada setiap hujung minggu, Encik Khairul akan membawa keluarganya ________ di taman.
bersenam
berjalan
berekreasi
berehat
Pilih jawapan yang paling tepat.
Kereta itu______ ke dalam sungai kerana pemandunya hilang kawalan semasa memandu.
terseret
terjunam
terjatuh
terhumban
Pilih jawapan yang paling tepat.
Kakak menggunakan _________ untuk menapis hampas teh itu.
ayakan
acuan
penapis
pelapik
Pilih jawapan yang paling tepat.
Bunyi _________ biola abang sangat syahdu dan mengasyikkan.
gesekan
getaran
petikan
geseran
________ terdapat seorang putera yang mempunyai rupa paras yang elok di Negeri Lela Gambar.
Maka
Hatta
Kalakian
Alkisah
