WorksheetsKUIZ PENDIDIKAN ISLAM
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
1. Apakah maksud pahala?
Ganjaran bantu orang.
Ganjaran yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang melakukan kebajikan.
Ganjaran baik kepada yang buat perkara buruk
Ganjaran buruk kepada mereka yang bantu orang susah.
2. Berikut ialah contoh amalan yang mendapat pahala, kecuali…
mencuri
makan nasi lemak
buat kerja rumah
solat
3. Apakah maksud dosa kecil?
Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia.
Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di akhirat.
Kesalahan yang tidak dikenakan hukuman tertentu di dunia.
Kesalahan yang tidak dikenakan hukuman tertentu di akhirat.
4. Yang manakah bukan contoh dosa besar?
Mendedahkan aurat.
minum arak
judi
solat
5. Salah satu kesan beriman dengan pahala dan dosa ialah…
Berusaha menambah ilmu tentang perkara disuruh dan ditegah.
Selalu ingin melakukan dosa.
Sengaja lupa menunaikan solat 5 waktu.
Berusaha mengurangkan ilmu yang diketahui .
6. Balasan (a) kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhan-Nya.
7. Pilih 2 contoh dosa kecil.
Mendedahkan aurat
jual arak
melihat aurat bukan mahram.
melawan cakap ibu
8. Kesan beriman dengan pahala dan dosa.
Suka melambatkan solat
Malas menuntut ilmu
Bersungguh melakukan ibadah
Selalu buat maksiat
9. Dua cara meningkatkan pahala.
Buang sampah merata
memberi bantuan kepada manusia atau haiwan.
Berbakti kepada ibu bapa
Mencarut
10. Apakah maksud menderhaka kepada ibu bapa?
Taat kepada suruhan kawan -kawan.
Tidak mentaati perintah ibu bapa yang tidak bertentangan dengan syarak
Mentaati perintah ibu bapa yang bertentangan dengan syarak
Taat kepada suruhan ibu bapa.
11. Zina bermaksud…
Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan perkahwinan sah.
Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan sah.
Melakukan persetubuhan antara lelaki dan perempuan ada ikatan perkahwinan sah.
Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang ada ikatan perkahwinan sah
12. Arak ialah…
Sejenis minuman yang berwarna dan masam apabila diminum.
Sejenis makanan yang senang didapati di restoran halal.
Sejenis makanan yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam.
Sejenis minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam.
13. Dadah ialah…
Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya ingatan.
Sejenis ubat yang mewaraskan dan menghilangkan daya ingatan.
Sejenis pil untuk kesihatan dalaman.
Sejenis air untuk kesihatan buah pinggang.
14. Apakah maksud riba?
Perkara yang haram kepada semua orang di dunia.
Perkara yang was-was semasa dimakan.
Pertambahan membuat derma kebajikan.
Pertambahan bayaran atau faedah dalam urusan pinjaman, hutang piutang, atau pertukaran barang sejenis.
15 . Dua contoh judi.
Jual ayam
sabung ayam.
Nombor ekor
Gadai emas
16. . Jelaskan maksud mencuri.
Sedekah makanan kepada orang susah
Mengambil hak orang lain secara sembunyi tanpa izin.
Mengambil hak orang lain secara terbuka tanpa izin.
Jual barang bukan hak mutlak.
17. Apakah maksud memfitnah?
Menuduh seseorang tanpa bukti yang jelas.
Menuduh seseorang tanpa bukti yang jelas.
mementingkan diri sendiri.
Menuduh seseorang dengan bukti yang jelas
18. Dua punca seseorang melakukan dosa besar.
mementingkan keluarga dan rakan sebaya
Inginkan kekayaan tanpa berusaha
mementingkan diri sendiri.
Ingin cepat masuk syurga
19. Apakah 3 kesan melakukan dosa besar.
mementingkan diri sendiri
Menjatuhkan maruah diri
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
Inginkan kekayaan
20 . Pilih 3 cara untuk menghindari dosa besar.
sentiasa takut kepada Allah dalam setiap perbuatan
:Menuduh seseorang tanpa bukti yang jelas.
menjaga batas pergaulan
Melazimi istighfar
