wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Polisi Penyusuan Susu Ibu Klinik Rakan Bayi Langkah

Total questions: 22

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Bolehkah anda nyatakan sekurang-kurangnya tiga langkah dalam Polisi Penyusuan Susu Ibu Klinik Rakan Bayi di klinik ini?

a)

Langkah 1

Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang  menerangkan dengan jelas mengenai galakan, sokongan dan   perlindungan kepada penyusuan susu ibu.

b)

Langkah 2

Melatih semua anggota kesihatan yang terlibat dalam  perkhidmatan kesihatan ibu dan anak dengan kemahiran yang  diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.

c)

Langkah 4

Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah dengan  bayi.

d)

Langkah 6

Penyediaan makanan tambahan untuk bayi

2.

Pilih cara posisi dan pelekapan penyusuan yang betul.

a)

Mulut bayi menutupi sebahagian besar areola, dagu menyentuh payudara, bibir mencangkup keluar.

b)

Mulut bayi hanya pada puting, bibir masuk ke dalam, dagu jauh dari payudara.

c)

Mulut bayi membuka luas

d)

Ibu menekan payudara semasa bayi menyusu.

3.

Ibu perlu menyusukan bayi dengan kekerapan dan tempoh seperti berikut:

a)

Menyusu pada bila-bila masa mengikut kehendak bayi (bayi lapar)

b)

Hanya sekali sehari selama 5 minit.

c)

Bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues) atau ibu rasa payudara telah penuh.

d)

Sekali seminggu selama 1 jam.

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues)?

a)

Menghisap jari atau tangan, atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya

b)

Menangis kuat tanpa sebab

c)

Menggerak-gerakkan bola mata. Membuka mulut

d)

Bayi merengek

5.

Ibu perlu menyusu bayi mengikut kehendak bayi (baby led feeding/feeding on demand) kerana:

a)

membantu bayi mendapat nutrisi yang mencukupi mengikut keperluan mereka

b)

 Mengelakkan masalah bengkak payudara

c)

Memastikan bayi puas dalam penyusuan

d)

mengurangkan risiko bayi menangis

6.

Apakah yang menyebabkan puting payudara ibu sakit atau luka?

a)

Pelekapan yang salah / bayi menghisap pada puting payudara. Tidak banyak kawasan areola masuk ke dalam mulut bayi.

b)

Ibu minum air sejuk terlalu banyak.

c)

Bayi tidur terlalu lama.

d)

Ibu makan makanan pedas.

7.

Apakah 2 penyebab utama bengkak payudara?

a)

Lewat memulakan penyusuan, pelekapan dan posisi yang tidak betul semasa menyusu. Tidak menyusu dengan kerap.

b)

Menyusu terlalu kerap dan minum air berlebihan.

c)

Kurang tidur dan makan makanan pedas.

d)

Senaman berlebihan dan mandi air panas.

8.

Apakah 2 penyebab kurang penghasilan susu ibu?

a)

Penyusuan yang tidak kerap. Penghisapan yang tidak berkesan dan pelekapan yang salah. Penggunaan botol atau puting kosong. Memberi bayi makanan atau air tambahan awal.

b)

Ibu mengambil makanan pedas dan berlemak.

c)

Bayi tidur terlalu lama pada waktu malam.

d)

Ibu minum air sejuk selepas bersalin.

9.

Apakah amalan-amalan penting dalam penjagaan mesra ibu (Mother-Friendly Care) yang boleh membantu dan menyokong ibu sewaktu proses kelahiran agar penyusuan susu ibu lebih berjaya?

a)

Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan.

b)

Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah).

c)

Membenarkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut.

d)

Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour),

10.

Mengapakah anggota kesihatan tidak boleh mengedarkan sampel rumusan bayi secara percuma kepada ibu?

a)

Melanggar Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. Mengganggu penyusuan susu ibu.

b)

Kerana ia meningkatkan imuniti bayi.

c)

Kerana ia menggalakkan penggunaan susu ibu secara eksklusif.

d)

Kerana ia membantu pertumbuhan bayi dengan lebih baik.

11.

Apakah keburukan memberikan rumusan bayi kepada bayi yang menyusu susu ibu?

a)

1. Mengurangkan keinginan bayi untuk menyusu susu ibu, menyebabkan penghasilan susu berkurangan.

b)

Meningkatkan kecerdasan bayi.

c)

Bayi akan keliru puting.

d)

Meningkatkan risiko jangkitan.

12.

Adakah klinik ini menyediakan sudut/ ruang/ bilik kepada ibu-ibu menyusukan dengan susu ibu? Jika YA, sila nyatakan.

a)

sudut/ ruang /bilik penyusuan susu ibu

b)

bilik rawatan pesakit luar

c)

ruang menunggu kanak-kanak

d)

bilik pemeriksaan darah

13.

Setahu anda, adakah terdapat bantuan sokongan penyusuan susu ibu di klinik ini?

a)

Kumpulan sokongan klinik, Kumpulan sokongan dari ibu ke ibu, Kumpulan sokongan melalui laman sosial, Lain-lain (jawapan terbuka)

b)

Tiada sebarang bantuan sokongan disediakan

c)

Hanya bantuan kewangan diberikan

d)

Sokongan hanya untuk pesakit luar

14.

Selepas ibu keluar daripada hospital dan melaporkan kelahiran kepada pihak klinik, adakah semua ibu diberikan bantuan susulan berkaitan penyusuan susu ibu?

a)

Lawatan ke rumah, Telefon, e-mel/ laman sesawang/ blog, sokongan dari ibu ke ibu semasa pemeriksaan di klinik kesihatan, rangkaian sosial seperti facebook/ twitter

b)

Hanya melalui surat rasmi sahaja

c)

Tiada bantuan susulan diberikan

d)

Bantuan hanya diberikan kepada ibu yang bekerja

15.

Adakah anggota kesihatan menerangkan kepada puan tentang maksud penyusuan susu ibu secara eksklusif? Jika YA, apakah yang diberitahu kepada ibu?

a)

Menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa air atau susu tambahan lain dari lahir sehingga berumur 6 bulan.Kecuali pemberian ubat dengan arahan doktor.

b)

Menyusukan bayi dengan susu ibu dan air masak sehingga berumur 6 bulan.

c)

Menyusukan bayi dengan susu formula sahaja sehingga berumur 6 bulan.

d)

Menyusukan bayi dengan makanan pejal seawal umur 3 bulan.

16.

Adakah puan diberitahu bahawa puan boleh membawa peneman semasa proses kelahiran kelak?

a)

YA

b)

TIDAK

17.

Apakah yang diberitahu oleh anggota kesihatan tentang cara-cara untuk mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran supaya puan rasa lebih selesa sepanjang proses kelahiran dan ianya dapat membantu puan untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu?

a)

Makan makanan pedas sebelum bersalin.

b)

Mendapat sokongan fizikal dan emosi daripada  peneman semasa proses kelahiran

c)

Mengelakkan minum air sepanjang proses kelahiran.

d)

Berbaring tanpa bergerak sepanjang masa.

18.

Bagaimana mendapatkan bantuan jika puan  menghadapi masalah penyusuan susu ibu?

a)

Hubungi atau datang ke klinik atau hospital, Minta bantuan dari Kumpulan Sokongan, Kaunselor Penyusuan, Lain-lain

b)

Tunggu sehingga masalah selesai sendiri tanpa tindakan

c)

Abaikan masalah yang dihadapi

d)

Berhenti menyusukan bayi serta-merta

e)

Jangan beritahu sesiapa tentang masalah yang dihadapi

19.

Adakah anak puan diberi minuman atau makanan lain selain dari susu ibu dari lahir hingga sekarang?

a)

Susu ibu dan susu rumusan

b)

Susu ibu sahaja

c)

Susu rumusan sahaja

d)

Susu ibu, susu rumusan dan makanan pelengkap

e)

Susu rumusan dan makanan pelengkap

20.

Apakah antara berikut merupakan tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues)?

a)

Bayi membuka mulut dan mencari puting

b)

Bayi tidur nyenyak tanpa bergerak

c)

Bayi menangis kuat sahaja

d)

Bayi menutup mulut rapat-rapat

21.

Cara memastikan susu mencukupi adalah dengan:

a)

Menyusukan bayi mengikut permintaan dan bayi kerap membuang air kecil.

b)

Memberi bayi air kosong selain susu ibu.

c)

  • Pelekapan yang betul. Penyusuan awal dan kerap.

d)

Hanya menyusukan bayi pada waktu malam.

22.

Bolehkah puan terangkan penyebab masalah puting merekah

a)

Kurang tidur bayi pada waktu malam.

b)

Pengambilan air yang berlebihan oleh ibu.

c)

Posisi dan pelekapan yang salah,bayi hisap puting sahaja menarik puting keluar sebelum bayi melepaskan sendiri payudara.

d)

Penggunaan botol susu yang terlalu kerap.