WorksheetsKATA MAJMUK
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Aleeya mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ____________________ yang baru dibelinya.
buku kedatangan
buku catatan
buku rujukan
buku lima
Aisy menukar bingkai ____________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.
cahaya mata
cermin mata
mata pisau
matahari
Larian Maraton itu terbuka kepada ____________________ Malaysia sahaja.
antarabangsa
warganegara
setiausaha
matahari
Hakim itu menggunakan ________________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
budi bahasa
budi pekerti
budi bicara
balas budi
Maria kelihatan muram apabila dia hanya mendapat hadiah ________________ dalam pertandingan nyanyian.
baik hati
puas hati
sagu hati
gerak hati
Datuk telah mewasiatkan sejumlah ________________ kepada setiap anak-anaknya.
hak milik
asal usul
harta benda
harta pusaka
Kes jenayah berkurangan sejak adanya ________________ di kawasan perumahan kami.
rumah tangga
rumah terbuka
rumah pangsa
rukun tetangga
________________ kereta nasional Myvi menepati cita rasa pengguna di Malaysia.
Reka cipta
Reka bentuk
Reka letak
Reka corak
________________ itu mengalami kerugian kerana terpaksa ditutup beberapa jam apabila menerima aduan ancaman bom.
Pasar malam
Pasar raya
Pasaraya
Bandar raya
Zulkifli telah menimang ________ yang pertama pada hari Khamis yang lalu.
anak emas
anak bongsu
cahaya mata
air mata
Budak-budak itu ____________ mendengar cerita Tuk Aki yang lucu itu.
geli hati
sakit hati
buta hati
jatuh hati
Muka Ali ____________ apabila dimarahi gurunya.
biru muda
hitam manis
kuning langsat
merah padam
Penduduk kampung berkumpul di ______________ untuk mendengar ceramah daripada wakil rakyat.
balai raya
pasar awam
balai polis
pasar raya
Nasri akan menghadiri ________________ bagi jawatan kerani esok.
temu ramah
temu janji
temu duga
temu bual
__________ bangunan itu berkonsepkan seni bina Islam
Reka cipta
Reka bentuk
Reka letak
Reka corak
