WorksheetsModul PDPR Bahasa Melayu: 101 Soalan Tatabahasa (Kulit Hadapan)
Total questions: 101
Worksheet time: 51mins
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Pak Cik Baharuddin meminta cucunya membacakan surat berdaftar yang baru sahaja diterimanya itu kerana dia _______.
buta tuli
buta hati
buta huruf
buta warna
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Ahmad Farid sekeluarga tinggal _______ apabila rumah mereka hangus dijilat api petang semalam.
nyawa ikan
putih tulang
bangkai bernyawa
sehelai sepinggang
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Puan Hanna Alisya menyimpan _______ yang bernilai hampir lima puluh ribu ringgit itu di dalam bank.
wang saku
jantung hati
paku belanda
barang kemas
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Remaja yang merempit itu memang _______, mereka langsung tidak mengendahkan nasihat dan teguran penduduk kampung.
buruk siku
mulut murai
telinga lintah
keras kepala
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. “_______ mesti tunggu hingga saya sampai sebelum kita memulakan ekspedisi rimba ini,” kata Alif mengingatkan rakan-rakannya.
Anda
Kamu
Kalian
Mereka
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Suzana dan Normah ialah rakan sekelas. _______ tinggal di taman perumahan yang sama, di bandar Taiping.
Kami
Kamu
Kalian
Mereka
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Dato’ Asmuni dihormati oleh para pekerjanya kerana _______ seorang majikan yang prihatin dan baik hati.
dia
saya
beliau
mereka
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. “Tuan puteri sedang berdukacita. _______ mahu beristirahat buat sementara waktu,” sembah dayang.
Beta
Patik
Tuanku
Baginda
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. “Patik akan menjunjung segala perintah _______ itu,” kata Bendahara Tun Ali kepada Permaisuri Raihanah.
Beta
Hamba
Tuanku
Baginda
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. “Hang Nadim, bawakan kepada _______ keris panjang bersalut emas dan perak itu”, perintah Sultan Mahmud Shah.
beta
patik
tuanku
baginda
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. “_______ telah mengarahkan para hulubalang untuk menghapuskan lanun di perairan Selat Melaka,” kata Temenggung kepada baginda sultan.
Beta
Patik
Hamba
Tuanku
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. “Tentera Portugis _______ menyerang dan menakluki negeri Melaka,” kata Cikgu Ali kepada anak didiknya.
mahu
sudah
pernah
sedang
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. “Minuman kotak yang berperasa strawberi itu tidak boleh diminum kerana _______ tamat tarikh luputnya,” kata ibu kepada adik.
akan
telah
belum
pernah
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Pakaian yang dijemur oleh kakak pagi tadi _______ kering lagi kerana cuaca mendung sepanjang hari.
dapat
belum
pernah
sedang
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Pak Cik Azrul _______ menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan oleh Doktor Samsiah yang merawat penyakitnya itu.
mesti
masih
pernah
sedang
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Pasukan Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Tapah _______ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.
akan
telah
mesti
harus
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Rombongan murid-murid Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh, Perak _______ dalam perjalanan ke Melaka Bandar Bersejarah.
akan
telah
harus
sedang
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Nur Hasni sangat gemar mengumpul _______ jenis setem dari dalam dan luar negara di dalam beberapa buah album.
setiap
segala
seluruh
pelbagai
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. _______ ikan dan udang galah ditemui mati di sungai itu kerana dituba oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Setiap
Semua
Segala
Banyak
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Dalam perjalanan dari Kelang ke Cameron Highlands, _______ murid berasa pening dan _______ orang sudah muntah.
setiap ... seluruh
segala ... sebahagian
segelintir ... beberapa
setengah ... sebilangan
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Puan Normah telah menyediakan _______ jenis juadah semasa rumah terbuka sempena sambutan hari raya.
setiap
separuh
sepenuh
pelbagai
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. _______ kali selepas bersolat, Muhammad Alif Haikal mengangkat _______ belah tangannya memohon doa kepada Allah.
Pertama ... kedua
Setiap ... kedua-dua
Sesetengah ... kedua
Beberapa ... kedua-dua
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Semasa hendak ke pekan pagi tadi, Husna menunggu bas hampir _______ jam lamanya di pondok bas di kampungnya.
setiap
seluruh
setengah
sesetengah
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. “Keadaan udara di Tanah Rata, Cameron Highlands itu nyaman _______,” kata Cikgu Asyqieen kepada murid-muridnya.
agak
sekali
paling
terlalu
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Persekitaran rumah yang tidak terurus dan kotor _______ itu akan menjatuhkan imej penghuni rumah tersebut.
agak
amat
paling
terlalu
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Suhu dalam dewan Seminar Kepimpinan Pengawasan Sekolah itu ________ sejuk.
nian
betul
sekali
terlalu
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Puan Siti marah ________ setelah mendapat tahu anaknya sering memasuki pusat permainan komputer itu.
nian
agak
paling
terlalu
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Novel “Mahligai Rindu” yang dikarang oleh penulis muda itu ________ menarik.
betul
benar
sekali
sungguh
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Khairul Fahmi merupakan penjaga gol pasukan negara kita yang ________ handal.
nian
betul
sekali
paling
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Menara ________ di Teluk Intan merupakan salah satu mercu tanda bagi negeri Perak.
senget
goyang
condong
tumbang
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Sudah beberapa jenis syampu dicubanya namun, rambutnya masih lagi ________.
ikal
kejur
kesat
kusam
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Beberapa buah rumah papan di Desa Aman ________ dipukul ribut kencang semalam.
putus
ranap
pecah
hancur
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Yusrizal terpaksa menuntun basikal itu kerana tayarnya ________ terkena benda tajam.
nipis
leper
kendur
kempis
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. “Rasa pisang rastali yang belum cukup masak ini agak ________ sedikit,” kata emak.
kelat
pahit
tawar
masam
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Khairudin mengambil galah yang ________ untuk menurunkan layang-layangnya yang tersangkut pada dahan pokok rambutan yang ________ itu.
besar ... tinggi
pendek ... sekah
panjang ... rimbun
rendah ... rendang
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk ________ keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.
memiliki
mendapati
mempunyai
memperoleh
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Farah Atikah menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang ________ di atas tilam di dalam biliknya.
merayap
menyusur
mengesot
memanjat
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Anak-anak ayam kampung itu lari bertempiaran apabila seekor helang ________ salah seekor daripada anak ayam itu secara tiba-tiba.
menyiat
meragut
menerkam
menyambar
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Sebagai pengurus syarikat, Puan Farisya senantiasa ________ pakaian yang kemas dan sopan untuk ________ imejnya.
memakai ... merawat
menyarung ... menjaga
melaram ... membentuk
menampilkan ... membina
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Nur Nadia ________ surat yang diterima daripada sahabat penanya yang sedang menuntut di Universiti Sabah.
menulis
mengirim
mencoret
membalas
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Datuk Azhar menghadiri majlis ________ produk kosmetik dan kesihatan di Putrajaya.
kelancaran
pelancaran
dilancarkan
melancarkan
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Syarikat Intan Hijrah diamanahkan ________ pembangunan bandar desa di kawasan itu.
terancang
perancang
merancang
perancangan
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Tarian tradisional Melayu itu dipersembahkan semasa ________ ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak.
disambut
sambutan
penyambut
menyambut
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi itu disertai oleh ________ dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
seniwati
karyawan
mahasiswa
nasionalisme
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Tokoh ________ itu telah menerima pingat kebesaran daripada Sultan Terengganu kerana jasa-jasanya kepada negara.
jelitawan
sejarawan
negarawan
budayawan
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Rombongan pengantin lelaki perlu menelita peta lakar ke rumah pengantin perempuan kerana jalan ke kawasan itu ________.
berulang-alik
berboalik-balik
berlekak-lekuk
bersimpang-siur
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Pak Mokhtar yang berusia tujuh puluh lima tahun itu ________ mengayuh basikalnya ke kebun yang terletak di hujung kampung.
terkial-kial
tergesa-gesa
terkebil-kebil
termangu-mangu
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Puan Umi ________ dengan tetamu dan jiran tetangganya semasa berjumpa di majlis jamuan rumah terbuka itu.
bersahut-sahutan
bersalam-salaman
bermanja-manjaan
berpandang-pandangan
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Budak-budak itu berlari ________ apabila mereka terserempak dengan beberapa ekor anjing liar di taman permainan tersebut.
huru-hara
kacau-bilau
lintang-pukang
kontang-kanting
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap soalan yang disediakan di bawah ini. Abang sedang membantu ayah memasang ________ yang baharu di dalam bilik tidur nenek dan opah mereka.
lelangit
pepohon
rerambut
bebenang
Sup daging lembu itu perlu dikunyah perlahan-lahan sebelum ditelan kerana dagingnya agak liat sedikit. Pilih perkataan seerti bagi dikunyah.
digigit
digerit
dilapah
dimamah
Muhammad Nordin mengajak rakan-rakan karibnya makan durian di dusun ayahnya. Pilih perkataan sinonim bagi mengajak.
meminta
menyuruh
menyokong
mempelawa
Encik Kamaruddin sering berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana urusan perniagaannya. Pilih perkataan sinonim bagi sering.
suka
kerap
jarang
sesekali
Kereta mainan kawalan jauh itu sangat laris di pasaran kerana dapat bergerak lebih laju daripada kereta-kereta mainan lain. Pilih perkataan sinonim bagi laris.
laku
cepat
murah
untung
Berita sensasi tentang artis jelita tanah air itu menjadi tumpuan para wartawan akhbar harian utama di negara kita. Pilih perkataan sinonim bagi sensasi.
segar
heboh
baharu
gempar
Golongan remaja yang berminat dipelawa untuk menceburi bidang ketenteraan sebagai kerjaya mereka. Pilih perkataan sinonim bagi menceburi.
melibati
merestui
mewarisi
mendalami
Seorang musafir dari negara Arab singgah di masjid kampung itu untuk menunaikan solat fardu Asar. Pilih perkataan sinonim bagi musafir.
pemberita
pemindato
pengembara
penceramah
"Ibu bapa amat perlu memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi," kata tokoh pendidik itu. Pilih perkataan sinonim bagi memupuk.
melakar
mencipta
menghala
menyemai
Majlis makan malam tersebut dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Suria Tiga, Tanah Merah, Kelantan. Pilih perkataan sinonim bagi dianjurkan.
dibuat
diadakan
diacarakan
dimeriahkan
Lamunan adik Damia terhenti apabila dia terdengar suara kawan-kawannya memanggil namanya dari arah luar rumah. Pilih perkataan sinonim bagi lamunan.
Fikiran
Impian
Igauan
Khayalan
Semasa bercuti di Teluk Intan, Encik Husni berkesempatan melawat bangunan Menara Condong atau dikenali juga sebagai Jam Tinggi. Pilih perkataan sinonim bagi berkesempatan.
berjaya
bersetuju
berpeluang
bergembira
Chalet yang terdapat di pusat peranginan itu berkonsepkan perkampungan tradisional. Pilih perkataan sinonim bagi berkonsepkan.
berasaskan
berpusatkan
berpandukan
berlandaskan
Puan Anis menyambut kepulangan cucunya yang belajar di England dengan perasaan terharu bersulam kegembiraan. Pilih perkataan antonim bagi kepulangan.
ketibaan
kehadiran
kehilangan
kemunculan
Program kitar semula yang dilaksanakan kerajaan dapat menjimatkan kos pengurusan sampah dan bahan buangan. Pilih perkataan antonim bagi menjimatkan.
membazirkan
memboroskan
mencermatkan
mengurangkan
Persembahan peserta "Bintang Kecil" dari negeri Sabah itu mendapat pujian daripada para penonton. Pilih perkataan antonim bagi pujian.
cacian
galakan
sindiran
sokongan
"Jangan percaya akan janji pemuda yang hidung belang itu," kata Nur Nadia menasihati kawan-kawan serta kenalannya. Pilih perkataan antonim bagi janji.
tipu
dusta
helah
gelagat
Puan Nur Hayatie dapat menghadapi segala dugaan yang telah menimpa keluarganya itu dengan tenang dan tabah. Pilih perkataan antonim bagi tenang.
sedih
susah
gelisah
tenteram
Pemuda yang tidak siuman itu menjerit-jerit di tepi jalan raya seolah-olah dia mengawal pergerakan trafik pada ketika itu. Pilih perkataan antonim bagi tidak siuman.
gila
waras
matang
terencat
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Sarawak dijemput untuk merasmikan Program Pinar Akademik 2021 itu.
Siapakah yang dijemput untuk merasmikan Program Akademik 2021 itu?
Berapakah jumlah murid yang terlibat dalam Program Akademik 2021 itu?
Apakah kebaikan yang boleh diperoleh melalui Program Akademik 2021 itu?
Bilakah pegawai pelajaran daerah merasmikan Program Akademik 2021 itu?
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. Gangguan bekalan air di beberapa kawasan dijangka berlaku pada hari minggu, dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.
Bilakah gangguan bekalan air dijangka akan berlaku?
Mengapakah gangguan bekalan air dijangka akan berlaku?
Siapakah yang memaklumkan tentang gangguan bekalan air itu?
Apakah punca berlakunya gangguan bekalan air selama lima belas jam itu?
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. Peralatan elektronik itu dibuat di sebuah kilang yang terletak di kawasan perindustrian Balakong, Cheras.
Di manakah alat-alat elektronik itu dibuat?
Siapakah yang membuat semua peralatan elektronik itu?
Bilakah kilang industri peralatan elektronik itu mula beroperasi?
Mengapakah peralatan elektronik itu dibuat di Balakong, Cheras?
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. Saya amat suka melancong ke Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang itu kerana pantainya yang cantik dan bersih.
Apakah tarikan utama yang terdapat di Pulau Tioman?
Mengapakah awak gemar melancong ke Pulau Tioman?
Di manakah letaknya destinasi pelancongan Pulau Tioman?
Siapakah yang menggalakkan kamu melancong ke Pulau Tioman?
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. Hubungan antara Haslam dengan Yasmin terputus kerana Yasmin terpaksa mengikuti keluarganya ke luar negara.
Bagaimanakah hubungan Haslam dengan Yasmin terjalin?
Siapakah yang menghalang hubungan Haslam dengan Yasmin?
Apakah punca hubungan Haslam dengan Yasmin gagal diteruskan?
Mengapa Haslam sanggup memutuskan hubungannya dengan Yasmin?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. Siapakah yang telah berjaya merangkul gelaran juara dalam Karnival Kembara Bahasa Melayu itu?
Karnival Kembara Bahasa Melayu itu diadakan di dewan sekolah.
Sambutan Karnival Kembara Bahasa Melayu itu sungguh menggalakkan.
Juara karnival tersebut akan menerima piala, sijil penghargaan dan wang tunai.
Damia telah dinobatkan sebagai juara dalam Karnival Kembara Bahasa Melayu itu.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. Bagaimanakah keadaan Budin selepas mendapat rawatan pakar di hospital itu?
Budin menerima rawatan pakar di hospital itu dari bulan lepas.
Budin beransur pulih dan sudah boleh makan dan minum seperti biasa.
Budin dikenakan bayaran yang tinggi semasa menjalani rawatan pakar itu.
Budin lebih selesa berada di hospital pakar itu kerana layanannya yang istimewa.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. Bagaimanakah reaksi orang ramai terhadap pementasan teater klasik itu?
Orang ramai ternanti-nanti untuk melihat pementasan teater klasik itu.
Reaksi ramai orang sungguh baik terhadap pementasan teater klasik itu.
Pementasan teater klasik itu mendapat reaksi yang sangat menggalakkan.
Orang ramai menyambut baik kedatangan kru pementasan teater klasik itu.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. Siapakah yang boleh menggunakan Internet yang disediakan di pusat akses itu?
Semua murid boleh menggunakannya pada waktu rehat sahaja.
Murid-murid boleh menggunakannya dengan pengawasan guru kelas.
Ya, semua murid tahap satu dan murid tahap dua boleh menggunakannya.
Segala kemudahan Internet yang disediakan amat berguna kepada murid-murid.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. Apakah yang dilakukan oleh pelancong Mesir di Taman Mini Budaya dan Kesenian itu?
Mereka sedang berlatih menari tarian joget dengan penuh minat.
Mereka menjual barangan antik dari Mesir dengan harga yang murah.
Mereka berminat untuk mencuba permainan congkak yang disediakan.
Mereka sedang mengedarkan kupon percuma untuk melawat ke negara Mesir.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. Apakah kesalahan pemandu treler itu sehingga dia disaman oleh polis trafik?
Pemandu treler telah memohon maaf kepada polis trafik yang bertugas.
Pemandu treler menafikan dia memandu laju dan berbahaya di jalan raya.
Saman yang dikenakan kepada pemandu itu akan ditentukan oleh mahkamah.
Pemandu treler itu disaman oleh polis trafik kerana membawa muatan berlebihan.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Kakaknya selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki pagi tadi. II Keadaan cahaya hari ini amat cerah setelah mendung beberapa hari. III Air muka Hani Asrita cahaya sekali setelah mendengar berita gembira daripada ibu kandungnya itu. IV Tumbuh-tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan dan untuk hidup subur.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Tinggi adiknya yang berusia tiga belas tahun itu sama paras dengan saya. II Hujan lebat selama lapan jam menyebabkan paras air sungai itu meningkat. III Dia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan paras lakunya. IV Mira dapat memberikan jawapan yang hampir paras dengan soalan kuiz bahasa itu.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Kereta Nissan Sunny peninggalan ayahnya itu masih boleh baik lagi. II Harga buah durian baik kerana permintaan melebihi daripada pengeluaran. III Muhammad Rasyid baru sahaja baik daripada demam selsema yang dialaminya. IV Kesihatan Pak Sani masih baik walaupun usianya telah mencecah hampir satu abad.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Encik Azhar dalam ilmunya dalam bidang penternakan udang galah. II Kapal terbang penumpang itu akan berlepas dalam masa sepuluh minit lagi. III Dato’ Murad dalam keadaan sedih sejak beliau menerima sepucuk surat layang. IV Beliau memberikan pandangan yang dalam tentang kemelesetan ekonomi dunia.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Sebuah piala besar menjadi merebut antara kelab-kelab yang bertanding. II Kanak-kanak yang tiba di majlis kenduri kahwin itu merebut bunga manggar. III Parti bebas gagal merebut sebarang kerusi dalam pilihan raya umum tersebut. IV Beliau ingin merebut kembali gelaran Raja Pecut Asia yang pernah dimenanginya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Keadaan jalan menuju ke Kampung Ayer Hitam itu berlopak-lopak. II Acara sukaneka itu jalan walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai. III Masih banyak jalan kaki yang tidak mematuhi peraturan ketika hendak melintas. IV Beliau sering memberi jalan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pekerjanya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Jangan tinggi diri apabila berhadapan dengan orang-orang tua. II Kapal terbang pengebom buatan Russia itu dapat terbang tinggi. III Doktor Hanafi adalah antara pegawai tinggi di syarikat perdagangan itu. IV Galah buluh yang abang gunakan untuk mengait buah rambutan gading itu tidak cukup tinggi.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Nelayan tidak turun ke laut pada musim angin kencang dan laut bergelora. II Tendangan kencang pemain bola sepak itu telah menggegar jaring gol lawan. III Pendapatan bulanan Encik Hamidun sebagai seorang kontraktor sangat kencang. IV Suaranya yang amat kencang itu menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya terutama kanak-kanak.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Pengguna jalan raya yang melanggar peraturan akan disaman oleh polis trafik.
Polis trafik akan disaman oleh pengguna jalan raya yang ingkar peraturan.
Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan polis trafik akan disaman.
Pengguna jalan raya akan disaman oleh polis trafik yang melanggar peraturan.
Polis trafik akan menyaman pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Murid-murid melakukan senamrobik itu di dataran arena sekolah mereka.
Murid-murid sekolah mereka menjayakan senamrobik di dataran arena.
Senamrobik itu dilakukan oleh murid-murid di dataran arena sekolah mereka.
Senamrobik oleh murid-murid arena itu dijalankan di dataran sekolah mereka.
Di dataran arena diadakan aktiviti murid-murid sekolah mereka bersenamrobik.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di kafe siber.
Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di kafe siber.
Lima orang guru disiplin menangkap murid yang ponteng sekolah di kafe siber.
Lima orang murid telah ditangkap oleh guru disiplin kerana ponteng di kafe siber.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di kafe siber oleh guru disiplin.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “"Ibu bapa saya akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini," kata Wan Sarina kepada Siti Mariam."
Wan Sarina dan Siti Mariam memberitahu ayah dan ibu saya akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Wan Sarina dan Siti Mariam diberitahu dariphal ayah ibu saya akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Wan Sarina memberitahu Siti Mariam tentang ayah dan ibunya akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Wan Sarina memberitahu Siti Mariam bahawa ayah dan ibu mereka menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Sungai-sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.
Manusia menjadi sangat penting bagi membentuk tanggungjawab apabila sungai semakin tercemar.
Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia sekarang ini sehingga amat tercemar.
Manusia sentiasa mengabaikan tanggungjawab menjaga kualiti alam sekitar agar tidak tercemar dan kualiti alam tidak terjejas.
Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar telah menyebabkan sungai-sungai semakin tercemar.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “"Ceritakan masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Nurul Nadia," kata Siti Halimah."
Siti Halimah menasihati Nurul Nadia agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.
Siti Halimah meminta Nurul Nadia menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Siti Halimah merayu Nurul Nadia memberitahu masalah yang dihadapinya supaya boleh berakhir.
Siti Halimah meminta Nurul Nadia menceritakan masalah yang dialaminya agar dapat diselesaikan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Berkotak-kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke kawasan pedalaman Sabah.
Ubat-ubat itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke kawasan pedalaman Sabah.
Dengan menaiki kapal terbang, kotak-kotak ubat itu dihantar ke pedalaman Sabah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke kawasan pedalaman Sabah dengan kapal terbang.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kotak-kotak ubatan itu dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Encik Sulaiman mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Cikgu Faizul yang telah dinaikkan pangkat.
Kata Encik Sulaiman, “Tahniah, Cikgu Faizul kerana maju jaya dan telah dinaikkan pangkat!”
Kata Encik Sulaiman, “Cikgu Faizul telah dinaikkan pangkat. Ucapkanlah tahniah kepada beliau.”
Kata Encik Sulaiman, “Tahniah Cikgu Faizul kerana telah dinaikkan pangkat dan selamat maju jaya.”
Kata Encik Sulaiman, “Ucapkan tahniah serta selamat maju jaya kepada Cikgu Faizul yang telah dinaikkan pangkat.”
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “"Kalau bercuti di Terengganu, jangan lupa singgah di teratak saya di Rantau Abang," kata Fauziah kepada Rohayu."
Rohayu mengajak Fauziah bermalam di rumahnya di Rantau Abang jika makan angin di Terengganu.
Rohayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Rantau Abang sekiranya saya bercuti di Terengganu.
Fauziah mengajak Rohayu singgah di rumahnya di Rantau Abang sekiranya dia bercuti di Terengganu.
Fauziah mengingatkan saya dan Rohayu supaya singgah di rumahnya di Rantau Abang sekiranya bercuti di Terengganu.
Pilih ayat yang betul.
Pasu tembikar itu diperbuat dari tanah liat bermutu tinggi.
Betul cantik rumah contoh yang terletak di Taman Intan Emas itu.
Pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu dijual di pasar mini itu.
Malam tadi kami sekeluarga menjamu selera di Restoran Seri Bayu.
Pilih ayat yang betul.
Dalam bekas plastik itu terdapat beberapa nasi lemak.
Banyak sejarah penting telah berlaku pada abad yang ke-15.
Oleh kerana terlalu sejuk, adiknya terpaksa memakai baju tebal.
Kedua pasukan itu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu.
Pilih ayat-ayat yang betul. I Makanlah ikan dan sayur-sayuran kerana ia banyak protein. II Wau bulan itu tergantung pada dinding ruang tamu rumahnya. III Beliau menyampaikan ucaptama dalam majlis jamuan perpisahan itu. IV “Beta hendak berangkat ke Kota Melaka,” kata Tun Perak kepada panglima.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang betul. I Para-para itu diperbuat daripada kayu getah tempatan. II Pena penanda dan kad manila itu kakak simpan dalam almari buku. III Jika kita saling bantu-membantu kerja yang berat akan menjadi ringan. IV Jalan utama ke kampung itu akan diperlebarkan oleh Jabatan Kerja Raya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang betul. I Emak menghidangi rakannya pisang goreng rangup pada petang itu. II Amalan mengambil sarapan pagi ialah baik sekali untuk kesihatan kita. III Guru Cemerlang Bahasa Melayu itu berceramah dengan murid tahun enam. IV Encik Ahmad Radzuan dan isterinya melabur dalam Amanah Saham Rakyat.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
