wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Mandi Wajib

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud mandi dari segi bahasa?

a)

Membersihkan tubuh melalui pergerakan air

b)

Mengumpul air untuk kegunaan tertentu

c)

Mengalirkan air ke atas sesuatu

d)

Mengurangkan kekotoran dengan bahan pencuci

2.

Apakah maksud mandi wajib dari segi istilah?

a)

Menyiram badan secara rawak tanpa tujuan

b)

Mengalirkan air ke atas badan dengan niat tertentu

c)

Menyelam seluruh badan ke dalam air

d)

Membasuh anggota tertentu secara tertib

3.

Antara berikut, yang manakah termasuk perkara yang mewajibkan mandi bagi lelaki dan perempuan?

a)

Melakukan aktiviti berat sehingga berpeluh

b)

Tersentuh najis berat

c)

Terjaga daripada tidur lena

d)

Keluar air mani

4.

Perkara yang mewajibkan mandi bagi perempuan sahaja ialah…

a)

Bersukan sehingga penat

b)

Mengambil wuduk

c)

Wiladah

d)

Menghadiri kelas agama

5.

Apakah larangan bagi orang yang berhadas besar?

a)

Menjalankan aktiviti harian seperti biasa

b)

Membaca, menyentuh dan membawa mushaf Al-Quran

c)

Mendengar bacaan al-Quran

d)

Menghadiri majlis ilmu

6.

Berapakah rukun mandi wajib?

a)

Dua

b)

Empat

c)

Tiga

d)

Lima

7.

Apakah rukun pertama mandi wajib?

a)

Menggosok kepala tiga kali

b)

Mendahulukan anggota kanan

c)

Niat ketika air sampai ke tubuh

d)

Membasuh tapak tangan terlebih dahulu

8.

Rukun kedua mandi wajib ialah…

a)

Menyelam dalam air yang mengalir

b)

Meratakan air ke seluruh anggota badan

c)

Membaca doa mandi wajib

d)

Membersihkan mulut dan hidung

9.

Antara berikut, yang manakah perkara sunat ketika mandi wajib?

a)

Menyebut basmalah ketika mandi

b)

Basuh pergelangan tangan

c)

Menyiram anggota secara tidak teratur

d)

Memulakan basuhan pada bahagian belakang

10.

Berwuduk ketika mandi wajib tergolong dalam…

a)

Harus

b)

Makruh

c)

Sunat

d)

Wajib

11.

Anggota badan yang perlu diberi perhatian ketika mandi wajib ialah…

a)

Perhiasan diri

b)

Barang kemas

c)

Rambut

d)

Hanya anggota wuduk sahaja

12.

Hikmah mandi wajib ialah…

a)

Mengelakkan penyakit berjangkit sepenuhnya

b)


Menjadikan kulit lebih cerah

c)

Menghilangkan bau badan dan kotoran

d)

Menguatkan stamina tubuh

13.

Hikmah mandi wajib bagi jenazah ialah…

a)

Menjadikan jenazah kelihatan lebih segar

b)

Membersihkan najis dan kotoran terakhir pada badan

c)

Mengurangkan proses pereputan

d)

Meningkatkan kesucian kubur

14.

Mengapa Islam mewajibkan mandi selepas keluar air mani, walaupun keadaan fizikal seseorang kelihatan bersih?

a)

Kerana ia menandakan keadaan tubuh menjadi najis

b)

Kerana ia menandakan masuk waktu solat

c)

Kerana ia tanda hadas besar yang memerlukan penyucian khusus

d)

Kerana ia dapat menyejukkan badan selepas keletihan

15.

Seorang murid mandi wajib tetapi tidak meratakan air pada rambut yang tebal. Apakah kesan terhadap mandinya?

a)

Sah kerana air mengenai sebahagian rambut

b)

Tidak sah kerana air tidak sampai ke bahagian akar rambut

c)

Sah jika rambutnya bersih sebelumnya

d)

Sah jika dia mandi lama

16.

Siti mengalami haid pada bulan Ramadan. Mengapa dia tidak boleh berpuasa tetapi wajib menggantikannya?

a)

Kerana puasa dalam keadaan haid tidak mendatangkan pahala

b)

Kerana tempoh haid tidak menentu

c)

Kerana badannya menjadi terlalu lemah

d)

Kerana ia larangan syarak dan puasa tetap wajib ditunaikan kemudian

17.

Amir telah mandi wajib tetapi masih tidak boleh solat. Apakah kemungkinan yang menyebabkan mandi wajibnya tidak sah?

a)

Dia tidak menggosok badan sebanyak tiga kali

b)

Dia mandi tanpa menggunakan sabun

c)

Dia mandi terlalu cepat dan tidak melakukan niat atau meratakan air

d)

Dia tidak menyebut doa selepas mandi

18.

Mengapa lipatan badan seperti ketiak dan pusat mesti diberi perhatian ketika mandi wajib?

a)

Kerana ia bahagian yang sukar dikenakan air dan boleh menyebabkan mandi tidak sah

b)

Kerana bahagian tersebut mudah terdedah kepada kuman

c)

Kerana ia perlu dibersihkan lebih lama berbanding anggota lain

d)

Kerana kawasan itu paling cepat berpeluh

19.

Jika seseorang hanya mandi sunat Hari Raya tetapi masih berhadas besar, apakah status solatnya?

a)

Sah jika dia solat selepas mandi

b)

Tidak sah kerana mandi sunat tidak menghapuskan hadas besar

c)

Sah jika air mandi mencukupi

d)

Sah jika dia berniat suci di dalam hati sebelum solat

20.

Iman berumur 12 tahun. Pada suatu pagi, dia mendapati terdapat kesan air mani pada pakaiannya. Namun, Iman malas untuk mandi wajib kerana dia fikir solat boleh dilakukan selagi dia mengambil wuduk. Pada masa yang sama, keluarga Aiman mengajak dia untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah dan membaca al-Quran selepas solat.

Apakah tindakan yang sepatutnya Aiman lakukan dalam situasi tersebut?

a)

Mengambil wuduk sahaja kerana najis sudah kering

b)

Menggantikan pakaian tetapi tidak perlu mandi wajib

c)

Menangguhkan mandi wajib sehingga waktu malam

d)

Mandi wajib terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat dan membaca al-Quran