wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Akaun K1 Trial SPM 2025 Pahang

Total questions: 41

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan subbidang perakaunan. Meliputi kerja memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah betul dan tepat. Apakah subbidang tersebut?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

2.

Di Mesir, pada tahun 400 SM, rekod perakaunan telah dibuat dengan menggunakan X dan Y. Apakah X dan Y?
(pilih 2)

a)

Kain

b)

Calamus

c)

Papyrus

d)

Kepingan tanah liat

3.

Maklumat berikut diambil daripada buku Perniagaan Aidil.
Perniagaan Aidil telah merekodkan kadar bayaran RM650 dalam penyata kewangan perniagaan termasuk kadar bayaran yang belum dijelaskan sebanyak RM100.
Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?

a)

A. Ketekalan

b)

B. Prinsip kos

c)

C. Wang sebagai ukuran

d)

D. Pengiktirafan hasil dan belanja

4.

Manakah ciri yang betul bagi Kedai Dobi Ainul dan Kasih?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Pemilik merupakan pemegang syer

c)

Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen

d)

Berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan

5.

Apakah hasil operasi bagi Kedai Alatan Pejabat Hasnul?

a)

Untung jualan van terpakai

b)

Jualan mesin pencetak

c)

Dividen pelaburan

d)

Sewa diterima

6.

Urus niaga yang manakah akan menambahkan ekuiti pemilik?
(Pilih 2)

a)

Van peribadi RM12000 di bawa masuk ke dalam perniagaan

b)

Mengambil tunai RM300 untuk bayaran yuran sekolah anak

c)

Mengeluarkan tunai dari bank RM2000 untuk kegunaan perniagaan

d)

Barangniaga berkos RM600 dijual secara tunai dengan harga RM750

7.

Manakah yang merupakan catatan kontra?

a)

Ambilan

b)

Pinjaman

c)

Inventori akhir

d)

Akaun Belum Terima

8.

Maklumat berikut merupakan ciri suatu dokumen.
"Dihantar untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutangnya telah berkurang".
Apakah dokumen tersebut?

a)

Memo

b)

Nota debit

c)

Nota kredit

d)

Makluman kredit

9.

Antara berikut yang manakah buku catatan pertama?
(pilih 2)

a)

Jurnal penerimaan tunai

b)

Buku tunai runcit

c)

Lejar subsidiari

d)

Lejar am

10.

Maklumat manakah yang dicatatkan di lajur butir dalam Jurnal Jualan?

a)

Nama pemilik

b)

Nama barang niaga

c)

Nama Akaun Belum Bayar

d)

Nama Akaun Belum Terima

11.

Dokumen berikut diterima oleh Sufi Home Decorations.
Apakah catatan yang betul dalam Buku Tunai?

a)

Debit lajur tunai RM950

b)

Debit lajur bank RM950

c)

Kredit lajur tunai RM950

d)

Kredit lajur bank RM950

12.

Antara berikut, yang manakah Aset Semasa

a)

Tunai, Simpanan Tetap, Premis

b)

Bank, Komisen Belum Terima, Insurans Belum Bayar

c)

Kadar Bayaran Prabayar, Inventori Akhir, Akaun Belum Terima

13.

Berikut ialah Buku Tunai Runcit Syarikat Farabi Berhad.

Hitung nilai Q.

a)

RM28

b)

RM35

c)

RM145

d)

RM152

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan Akaun Nominal?

a)

A. Akaun Belian, Akaun Alat Tulis, Akaun Dividen dan Akaun Belanja Am

b)

B. Akaun Jualan, Akaun Perabot, Akaun Sewa Diterima dan Akaun Derma

c)

C. Akaun Kenderaan, Akaun Kadar Bayaran, Akaun Gaji dan Akaun Lengkapan

d)

D. Akaun Belum Bayar, Akaun Premis, Akaun Alatan Pejabat dan Akaun Hutang Lapuk

15.

Urus niaga berikut diambil daripada Dahlia Cafe.

Pemilik mengambil tunai perniagaan untuk didermakan kepada rumah kebajikan.

Catatan manakah yang betul?

a)

Debit: Ambilan,

Kredit: Tunai

b)

Debit: Tunai,

Kredit: Ambilan

c)

Debit: Derma,

Kredit: Tunai

d)

Debit: Tunai,

Kredit: Derma

16.

Maklumat berikut adalah Akaun Kawalan Belum Terima Kedai Buku Femes. Berapakah baki pada 1 April 2025 jika jualan kredit berjumlah RM8 200?

a)

Debit RM900

b)

Kredit RM900

c)

Debit RM15 500

d)

Kredit RM15 500

17.

Berikut ialah petikan Imbangan Duga Rambo Trading pada 30 September 2024. Apakah M?

a)

A. Ambilan

b)

B. Sewa belum terima

c)

C. Susut nilai kenderaan

d)

D. Peruntukan hutang ragu

18.

Berikut ialah perbualan antara Ean Basyar dan pekerjanya, Amir Hamzah.


Amir Hamzah : Bos, saya dapati nilai inventori akhir pada tahun ini rendah
En. Basyar: Kalau begitu, ini akan memberi kesan kepada perrniagaan kita

Apakah kesan yang dimaksudkan oleh Encik Basyar?

a)

Kos jualan tinggi

b)

Kos jualan rendah

c)

Kos barang untuk dijual tinggi

d)

Kos barang untuk dijual rendah

19.

Butiran manakah yang akan dicatat dalam Akaun Untung Rugi?

a)

Belian

b)

Angkutan masuk

c)

Angkutan keluar

d)

Insurans atas belian

20.

Berapa kos barang untuk dijual?

a)

RM37,730

b)

RM38,360

c)

RM39,010

d)

RM42,560

21.

Berikut ialah lejar yang diperoleh daripada Restoran Selera Singgang.

Apakah M dan N?

a)

M: Bank,

N: Akaun Perdagangan

b)

M: Akaun Untung Rugi,

N: Bank

c)

M: Bank,

N: Akaun Untung Rugi

d)

M: Akaun Perdagangan,

N: Bank

22.

Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaan Rumbia Trading.

Sepanjang tempoh perakaunan, perniagaan telah membayar utiliti sebanyak

RM2 500. Berapakah jumlah utiliti yang dipindahkan ke Akaun Untung Rugi?

a)

RM1 500

b)

RM2 300

c)

RM2 700

d)

RM3 500

23.

Berikut ialah petikan Imbangan Duga R&Z Enterprise.

Maklumat tambahan:

(i) Hutang seorang pelanggan yang muflis sebanyak RM650 telah dihapuskan sebagai hutang lapuk.

(ii) Peruntukan hutang ragu diselaraskan 2% atas Akaun Belum Terima bersih. Apakah kesan terhadap untung bersih perniagaan?

a)

Untung bersih berkurang RM93

b)

Untung bersih bertambah RM93

c)

Untung bersih berkurang RM557

d)

Untung bersih bertambah RM557

24.

Berikut ialah maklumat yang diperoleh daripada Syarikat Buku Pintar.

Sebuah kenderaan telah dibeli pada 31 Oktober 2023 dengan harga RM60 000. Kenderaan telah disusutnilaikan 10% setahun atas kos. Tahun kewangan syarikat berakhir pada 31 Mac setiap tahun.

Hitung susut nilai terkumpul kenderaan pada 31 Mac 2025.

a)

RM6 000

b)

RM8 500

c)

RM9 000

d)

RM12 000

25.

Kesilapan berikut telah dikesan dalam buku Perniagaan Sos Cili Pedas.

Bayaran komisen sebanyak RM250 terlupa dicatat dalam mana-mana buku.

Apakah jenis kesilapan tersebut?

a)

Kesilapan prinsip

b)

Kesilapan amaun

c)

Kesilapan komisen

d)

Kesilapan ketinggalan

26.

Purata jangka masa yang diambil oleh pelanggan untuk membayar hutangnya merujuk kepada

a)

Nisbah semasa

b)

Pulangan atas modal

c)

Tempoh kutipan hutang

d)

Tempoh pembayaran hutang

27.

Maklumat berikut diperoleh daripada Hafiz Enterprise yang tidak menyimpan rekod perniagaan dengan lengkap.

Berapakah untung atau rugi perniagaan?

a)

Untung RM2 600

b)

Untung RM1 000

c)

Rugi RM2 600

d)

Rugi RM1 000

28.

Maklumat berikut berkaitan analisis maklumat Buku Tunai. Apakah Y?

a)

Pulangan barang niaga

b)

Ambilan barang

c)

Jualan tunai

d)

Belian kredit

29.

Apakah tujuan sistem kawalan tunai?

a)

Meminimumkan belanja perniagaan

b)

Memperoleh jualan yang maksimum

c)

Menyimpan tunai yang banyak di tangan

d)

Memastikan aliran tunai yang mencukupi

30.

Berikut adalah Penyata Penyesuaian Bank SJ Deco Home pada 31 Julai 2025.

Apakah X dan Y?

a)

X: Baki kredit di Buku Tunai,

Y: Baki kredit di Penyata Bank

b)

X: Baki debit di Buku Tunai,

Y: Baki kredit di Penyata Bank

c)

X: Baki kredit di Penyata Bank,

Y: Baki debit di Buku Tunai

d)

X: Baki debit di Penyata Bank, Y: Baki debit di Buku Tunai

31.

Berikut adalah maklumat belanjawan tunai Hawaii Studio. Manakah yang betul berkaitan X?

a)

A. Lebihan RM10 480

b)

B. Lebihan RM13 580

c)

C. Kurangan RM10 480

d)

D. Kurangan RM13 580

32.

Pernyataan manakah yang benar mengenai kandungan Seksyen 26 Akta Perkongsian 1961?

a)

Untung atau rugi dibahagi sama rata

b)

Faedah dibayar atas modal pekongsi

c)

Faedah 6% setahun atas pinjaman pekongsi

d)

Gaji dibayar kepada pekongsi yang menguruskan perniagaan

33.

Maklumagt di bawah diperoleh daripada perkongsian Magic dan Boo pada 30 Jun 2025
Berapakah kongsi untung setiap pekongsi jika untung atau rugi dibahagikan sama rata?

a)

RM2,250

b)

RM2,550

c)

RM3,450

d)

RM3,750

34.

Baki akaun modal dan akaun semasa diperoleh daripada buku Perkongsian Aleza pada 31 Julai 2025 seperti berikut.
Berapakah jumlah ekuiti pemilik Perniagaan Aleza?

a)

RM9,071

b)

RM60,929

c)

RM70,000

d)

RM79,071

35.

Syarikat Dhia Berhad telah menerbitkan 300 000 unit Syer Biasa pada nilai RM1.00 sesyer dan 100 000 unit 8% Syer Keutamaan pada nilai RM2.00 sesyer. Semua syer telah dilanggan dan dibayar penuh. Berapakah modal diterbitkan dan berbayar penuh?

a)

RM300 000

b)

RM316 000

c)

RM400 000

d)

RM500 000

36.

Modal diterbitkan dan berbayar penuh Syarikat Mimi Berhad terdiri daripada 200 000 unit 6% Syer Keutamaan RM2.00 sesyer dan 500 000 unit Syer Biasa RM1.00 sesyer. Syarikat telah memperuntukkan RM100 000 keuntungan untuk pembayaran dividen. Berapakah jumlah dividen yang akan diperoleh oleh pemegang Syer Biasa?

a)

RM12 000

b)

RM24 000

c)

RM76 000

d)

RM88 000

37.

Apakah yang dimaksudkan dengan yuran belum terima awal?

a)

Yuran tahun hadapan yang belum diterima

b)

Yuran tahun semasa yang belum diterima

c)

Yuran tahun hadapan yang diterima awal

d)

Yuran tahun lepas yang belum diterima

38.

Kelab Petanque Beserah telah menerima derma untuk membina gelanggang petanque. Apakah kesan urus niaga tersebut?

a)

Menambahkan pendapatan hasil

b)

Mengurangkan pendapatan hasil

c)

Menambahkan pendapatan modal

d)

Mengurangkan pendapatan modal

39.

Rumus berikut berkaitan dengan pengiraan kos pengeluaran. Apakah X?

a)

Kos Tetap

b)

Kos Prima

c)

Kos Buruh

d)

Kos Bahan

40.

Butir yang manakah tidak dicatat dalam Akaun Pengeluaran?

a)

Kadar bayaran kilang

b)

Kerja dalam proses akhir

c)

Pulangan jualan barang siap

d)

Inventori akhir bahan langsung

41.

Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada dua tingkat pengeluaran bagi perniagaan Kilang Roti Enak.

Pilih 2 pernyataan yang betul.

a)

Kos berubah seunit ialah RM2.60

b)

Jumlah kos tidak dipengaruhi oleh tingkat pengeluaran

c)

Jumlah kos terdiri daripada kos tetap dan kos beerubah

d)

Kos tetap bagi setiap tingkat pengeluaran ialah RM8000