Font size
WorksheetsPage 1
Total questions: 75
Worksheet time: 38mins
Yang manakah paling tepat menggambarkan maksud negara berdaulat?
Negara yang bebas membuat keputusan tanpa campur tangan kuasa luar
Negara yang mempunyai sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
Negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama
Negara yang memiliki sumber ekonomi yang kukuh
Yang manakah cabang utama dalam pemerintahan Malaysia?
Eksekutif, Pentadbiran, Perundangan
Eksekutif, Perundangan, Kehakiman
Eksekutif, Kehakiman, Tentera
Eksekutif, Legislatif, Tentera
Undang-undang tertinggi negara Malaysia ialah
Akta Parlimen
Kanun Keseksaan
Undang-Undang Syariah
Perlembagaan Persekutuan
Sistem perundangan Malaysia merangkumi
Undang-undang tentera dan undang-undang antarabangsa
Undang-undang adat dan undang-undang antarabangsa
Undang-undang sivil dan undang-undang syariah
Undang-undang kanun dan undang-undang adat
Isu pencerobohan nelayan asing di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia memberi kesan kepada ciri
berkuasa sendiri
bersempadan
berwibawa
beridentiti
Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia pada
16 September 1963
1 Januari 1974
31 Ogos 1957
31 Ogos 1965
Yang manakah menunjukkan kuasa autonomi Malaysia?
Menggubal undang-undang hanya selepas dibenarkan oleh PBB
Menerima semua cadangan dasar luar dari negara jiran
Menunggu arahan negara luar untuk meluluskan bajet
Bebas merangka dasar ekonomi tanpa pengaruh asing
Malaysia dihormati kewibawaannya di peringkat antarabangsa kerana
menguasai perdagangan minyak dunia
mengamalkan dasar ekonomi terbuka
menganggotai ASEAN dan OIC
menjadi ahli NATO
Ideologi rasmi Malaysia ialah
Dasar Ekonomi Baru
Malaysia Madani
Wawasan 2020
Rukun Negara
Yang menjadi simbol rasmi negara ialah
Lagu Negaraku, Parlimen Malaysia, Kementerian Luar Negeri
Bunga raya, Wawasan 2020, Jalur Gemilang, Bahasa Inggeris
Jalur Gemilang, Jata Negara, Lagu Negaraku, Bahasa Melayu
Bahasa Melayu, Jalur Gemilang, Parlimen Malaysia, OIC
Yang manakah menggambarkan sebuah negara berdaulat? I Memastikan semua rakyat sama agama II Menggubal undang-undang secara bebas III Menghapuskan semua hubungan diplomatik IV Menentukan dasar luar tanpa campur tangan asing
I Memastikan semua rakyat sama agama
II Menggubal undang-undang secara bebas
III Menghapuskan semua hubungan diplomatik
IV Menentukan dasar luar tanpa campur tangan asing
Yang manakah mencerminkan identiti Malaysia? I Kepelbagaian budaya dan bahasa II Jalur Gemilang dan Jata Negara III Sistem pemerintahan teokrasi IV Perlembagaan Persekutuan
I Kepelbagaian budaya dan bahasa
II Jalur Gemilang dan Jata Negara
III Sistem pemerintahan teokrasi
IV Perlembagaan Persekutuan
Yang manakah boleh mengancam kedaulatan negara? I Pengabaian rakyat terhadap undang-undang II Pelaksanaan sistem pendidikan nasional III Penglibatan aktif dalam ASEAN IV Pencerobohan sempadan
I Pengabaian rakyat terhadap undang-undang
II Pelaksanaan sistem pendidikan nasional
III Penglibatan aktif dalam ASEAN
IV Pencerobohan sempadan
Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain bagi
menyekat perdagangan luar
menghapuskan identiti negara
mengukuhkan kedaulatan negara
menyerahkan kuasa pemerintahan
Keutuhan sempadan negara memastikan
kedaulatan negara terjamin
kebebasan masuk tanpa kawalan
semua rakyat bebas berpindah ke negara luar
kewarganegaraan asing diberikan secara automatik
Yang manakah menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara?
Mempunyai penduduk yang tetap
Mempunyai pemimpin yang cekap
Mempunyai sempadan yang diiktiraf
Mempunyai ketua negara yang dipilih oleh rakyat
Pernyataan di atas merujuk kepada: Mempunyai sistem perundangan yang cekap dan teratur
negara berdaulat
sistem pemerintahan
doktrin pengasingan kuasa
konsep Raja Berperlembagaan
Yang manakah merupakan ciri sebuah negara berdaulat?
Bersempadan
Berdaya saing
Berkuasa sendiri
Berteknologi moden
Antara bukti kedaulatan negara Malaysia ialah
mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
mengamalkan sistem kerajaan Persekutuan
mempunyai sistem ekonomi yang berdaya saing
mempunyai ketua negara yang dipilih oleh rakyat
Bukti sesebuah negara itu berdaulat ialah
mempunyai masyarakat majmuk
mempunyai sempadan yang diiktiraf
mempunyai Ideologi Negara yang unik
mempunyai pejabat kedutaan di pelbagai negara
Mempunyai sempadan yang diiktiraf penting kepada Malaysia untuk
menjamin kedaulatan negara
menjalankan pilihan raya umum
membendung jenayah transnasional
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
Yang manakah merujuk kepada ciri asas negara berdaulat? I Ekonomi yang maju II Bendera yang diiktiraf III Modal insan yang berkualiti IV Sistem pemerintahan yang diamalkan
Ekonomi yang maju
Bendera yang diiktiraf
Modal insan yang berkualiti
Sistem pemerintahan yang diamalkan
Sebuah negara berdaulat mempunyai I kuasa pemerintahan mengikut acuan sendiri II seorang perdana menteri yang dipercayai III sistem ekonomi yang pesat membangun IV Kawasan sempadan yang jelas
kuasa pemerintahan mengikut acuan sendiri
seorang perdana menteri yang dipercayai
sistem ekonomi yang pesat membangun
Kawasan sempadan yang jelas
Yang manakah kepentingan sesebuah negara mempunyai ciri Berkuasa sendiri?
Bebas daripada penjajahan
Mentadbir negara mengikut cara sendiri
Boleh menentukan ideologi negara sendiri
Mengadakan hubungan diplomatik dengan banyak negara
Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat kerana
menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
mengamalkan konsep Malaysia Madani
mempunyai ekonomi yang kukuh
menjaga keselamatan rakyat
Yang manakah ciri sebuah negara yang berdaulat? I Tidak dijajah II Warganegara tetap III Sultan yang berdaulat IV Mempunyai lagu kebangsaan
Tidak dijajah
Warganegara tetap
Sultan yang berdaulat
Mempunyai lagu kebangsaan
Yang manakah benar tentang ciri negara berdaulat? I Tidak dijajah oleh negara lain II Tiada jenayah berlaku dalam negara III Memerintah negara secara demokrasi IV Mempunyai sistem pemerintahan sendiri
Tidak dijajah oleh negara lain
Tiada jenayah berlaku dalam negara
Memerintah negara secara demokrasi
Mempunyai sistem pemerintahan sendiri
Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat kerana
mempunyai penduduk yang setia kepada Raja dan negara
menikmati kemajuan ekonomi yang sentiasa berkembang
menjalankan sistem pemerintahan yang sistematik
mendapat pengiktirafan pertubuhan antarabangsa
Mempunyai Jata Negara. Pernyataan tersebut menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara yang
berdaulat
beridentiti
berwibawa
berkuasa sendiri
Yang manakah menunjukkan Malaysia sebuah negara berdaulat?
Mempunyai ekonomi yang mantap
Mempunyai kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya
Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar
Mempunyai Yang Dipertuan Agong yang dipilih setiap lima tahun
Yang manakah membuktikan Malaysia mempunyai kedaulatan?
Rakyat tetap yang berbilang kaum
Berupaya mengawal pemerintahan dalam negara
Ketua Negara dipilih setelah memenangi pilihan raya
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara
Yang manakah merupakan simbol kedaulatan negara Malaysia?
Parlimen
Perdana Menteri
Pengasingan Kuasa
Perlembagaan Persekutuan
Sebuah negara berdaulat mempunyai
jemaah menteri
penduduk tetap
lagu kebangsaan
mata wang yang stabil
Sebuah negara berdaulat mestilah mempunyai
hubungan diplomatik
pemerintahan beraja
ekonomi yang baik
perdana menteri
Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia ialah negara berdaulat?
Sistem pentadbiran yang telus
Kepimpinan negara yang saksama
Perlembagaan mengelakkan penyalahgunaan kuasa kerana
menetapkan undang-undang yang mengawal tindakan pemerintah
menghapuskan pembahagian kuasa antara negeri dan pusat
memberi kuasa tanpa had kepada kerajaan
memberi autonomi penuh kepada rakyat
Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri bertujuan untuk
mengurangkan beban pentadbiran pusat
menyekat perkembangan politik negeri
menjamin hak istimewa bumiputera
mengelakkan pemusatan kuasa
Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada
Bahasa Kebangsaan
Kebebasan beragama
Kedudukan institusi kehakiman
Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak
Perlembagaan bertulis di Malaysia ialah
keputusan mahkamah terdahulu
Perlembagaan Persekutuan 1957
undang-undang adat resam Melayu
konvensi pelantikan Perdana Menteri
Yang manakah ciri-ciri perlembagaan tidak bertulis?
Didokumentkan secara rasmi
Berdasarkan adat dan konvensi
Hanya boleh dipinda melalui Parlimen
Mudah disesuaikan dengan keadaan semasa
Keluhuran Perlembagaan bermaksud
hak asasi rakyat tanpa sekatan
kuasa rakyat mengatasi parlimen
kebebasan tanpa had dalam perundangan
perlembagaan menjadi undang-undang tertinggi negara
Jika sesuatu undang-undang bercanggah dengan Perlembagaan, mahkamah boleh
Menyerahkan kuasa kepada negeri
Membatalkan undang-undang tersebut
Konsep ketertinggian perlembagaan bermaksud
Perlembagaan mengatasi semua institusi negara
Badan Kehakiman bebas daripada Perlembagaan
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak
Parlimen boleh mengubah Perlembagaan tanpa sekatan
Jika undang-undang negeri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kesannya ialah
undang-undang itu diteruskan dengan persetujuan sultan
undang-undang negeri bebas dilaksanakan
undang-undang negeri tetap terpakai
undang-undang negeri terbatal
Kuasa perundangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditentukan oleh
Perlembagaan Persekutuan
Konvensi pentadbiran
Undang-undang biasa
Badan Eksekutif
Yang manakah menunjukkan kepentingan Perlembagaan Persekutuan? Pilih semua yang betul.
Menjamin hak asasi rakyat
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
Memberi kuasa mutlak kepada Eksekutif
Memansuhkan hak istimewa Bumiputera
Yang manakah mencerminkan keluhuran Perlembagaan? Pilih semua yang betul.
Institusi Raja-raja Melayu diiktiraf
Rakyat bebas daripada sebarang undang-undang
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dijamin
Mahkamah boleh membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
Pembahagian kuasa antara Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman penting kerana
mengelakkan pemusatan kuasa
menghapuskan hak asasi rakyat
menjamin kuasa mutlak parlimen
membolehkan rakyat memerintah sendiri
Keluhuran Perlembagaan menjamin keadilan sosial kerana
pemerintah boleh bertindak sesuka hati
semua institusi tertakluk kepada Perlembagaan dan boleh disemak oleh mahkamah
kuasa eksekutif mengatasi Perlembagaan dalam keadaan biasa
undang-undang boleh diubah sesuka hati tanpa prosedur
Ketertinggian Perlembagaan memastikan bahawa
Mahkamah tidak boleh mencabar kuasa Parlimen
Tiada institusi negara boleh bertindak di luar bidang kuasa
Yang di-Pertuan Agong boleh menggubal undang-undang sendiri
Undang-undang negeri lebih tinggi daripada undang-undang Persekutuan
Jika undang-undang negeri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, implikasinya ialah
Undang-undang negeri diberi kuasa penuh
Undang-undang negeri tetap terpakai kerana kuasa Sultan
Undang-undang negeri menggantikan undang-undang pusat
Undang-undang negeri terbatal melalui semakan mahkamah
Konsep ketertinggian Perlembagaan menghalang penyalahgunaan kuasa kerana
Rakyat bebas daripada semua bentuk undang-undang
Parlimen boleh meluluskan undang-undang tanpa sekatan
Eksekutif diberi kuasa mutlak untuk membuat undang-undang
Semua tindakan kerajaan tertakluk kepada semakan kehakiman
Yang manakah menunjukkan kepentingan perlembagaan dalam menjamin kestabilan negara? Tandakan semua pernyataan yang benar.
Memberi kuasa mutlak kepada Eksekutif
Menjamin hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Menyediakan garis panduan menyelesaikan konflik politik
Menghapuskan pemisahan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri
Yang manakah kesan jika keluhuran Perlembagaan tidak dihormati? Pilih semua yang benar.
Kestabilan politik terjamin
Hak rakyat mudah ditindas
Rakyat lebih setia kepada negara
Penyalahgunaan kuasa pemerintah berleluasa
Pindaan Perlembagaan bermaksud
Menggantikan Perlembagaan bertulis dengan tidak bertulis
Membubarkan Parlimen dan menubuhkan kerajaan baharu
Menambah atau memansuhkan perkara tertentu dalam Perlembagaan
Menukar Perlembagaan Persekutuan kepada undang-undang antarabangsa
Pindaan melalui Perkara 159 (1) memerlukan
Keizinan Ketua Hakim Negara
Persetujuan rakyat melalui referendum
Perkara 159 (3) membolehkan pindaan dibuat dengan
majoriti 2/3 dalam tiap-tiap majlis Parlimen
keputusan sebulat suara Majlis Raja-Raja
majoriti mudah di Dewan Negara sahaja
referendum rakyat seluruh negara
Yang manakah termasuk perkara yang boleh dipinda dengan majoriti 2/3 dalam tiap-tiap majlis Parlimen?
Perubahan sempadan negeri
Persempadanan pilihan raya
Kuasa Majlis Raja-Raja Melayu
Kedudukan istimewa orang Melayu
Pindaan melalui Perkara 159 (5) memerlukan
majoriti mudah Parlimen sahaja
majoriti 2/3 serta referendum rakyat
majoriti 2/3 dan keizinan Majlis Raja-Raja
majoriti 2/3 dan keizinan Yang di-Pertua Negeri
Pindaan Perlembagaan Negeri juga memerlukan
perkenan Sultan atau Yang di-Pertua Negeri
persetujuan Mahkamah Persekutuan
perkenan Yang di-Pertuan Agong
persetujuan semua negeri lain
Jika pindaan Perlembagaan Negeri bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka
pindaan itu boleh dikuatkuasakan jika disokong Sultan
pindaan itu hanya terpakai di negeri berkenaan
pindaan itu sah tetapi perlu disemak
pindaan itu tidak sah dan terbatal
Pindaan perlembagaan negeri yang melibatkan kuasa Kerajaan Persekutuan memerlukan
kelulusan Parlimen
kelulusan Dewan Negara
kelulusan Majlis Raja-Raja
kelulusan Mahkamah Persekutuan
Yang manakah pernah dipinda dalam Perlembagaan Negeri?
Gelaran rasmi Ketua Negeri
Warna bendera negeri
Lokasi ibu negeri
Kedudukan Islam sebagai agama negeri
Mengapa pindaan Perlembagaan Negeri perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan?
Mengelakkan percanggahan undang-undang antara negeri dan pusat
Menjamin negeri bebas membuat undang-undang sendiri
Memastikan Majlis Raja-Raja dapat mengawal negeri
Memperkukuh kuasa Sultan dan Raja-Raja
Jika negeri membuat pindaan yang menjejaskan kuasa Persekutuan tanpa kelulusan Parlimen, apakah kesannya?
Pindaan itu sah hanya di negeri tersebut
Pindaan itu sah dengan persetujuan Sultan
Pindaan itu boleh berkuat kuasa selepas 5 tahun
Pindaan itu terbatal kerana tidak mengikut peruntukan undang-undang
Yang manakah menunjukkan tujuan pindaan Perlembagaan Negeri? Pilih semua yang benar.
Memelihara hak tradisi dan institusi beraja
Menjamin keselarasan dengan Perlembagaan Persekutuan
Memastikan kuasa negeri lebih tinggi daripada Persekutuan
Menyesuaikan pentadbiran negeri dengan perubahan semasa
Yang manakah perkara penting yang tidak boleh dipinda dalam Perlembagaan Negeri? Pilih semua yang benar.
Kedudukan Islam sebagai agama negeri
Kedudukan Sultan sebagai Ketua Negeri
Had umur Ahli Dewan Undangan Negeri
Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa
Islam ialah agama Persekutuan, agama lain boleh diamalkan dengan aman
Agama-agama lain hanya boleh diamalkan dengan kebenaran Parlimen
Semua rakyat wajib memeluk agama Islam
Islam ialah agama rasmi Persekutuan
Kedudukan agama Islam di Malaysia menurut Perlembagaan ialah
Islam agama bagi orang Melayu sahaja
Islam agama Persekutuan, agama lain dilarang
Islam mempunyai status yang sama dengan agama lain
Islam agama Persekutuan, namun kebebasan beragama dijamin
Di negeri yang mempunyai Raja, baginda ialah
Ketua Agama Islam di seluruh Malaysia
Ketua Agama Islam di negeri masing-masing
Majlis Raja-Raja boleh bersetuju bahawa
Semua agama lain tidak boleh diamalkan di Malaysia
Parlimen menggubal undang-undang agama tanpa batas
Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam di semua negeri
Amalan atau upacara agama Islam diperluas ke seluruh Persekutuan
Ketua Agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak ialah
Sultan Selangor
Majlis Raja-Raja
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Negeri manakah yang Ketua Agama Islamnya ialah Yang di-Pertuan Agong?
Selangor, Negeri Sembilan, Perlis
Pahang, Terengganu, Kelantan
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak
Kedah, Johor, Perak
Parlimen berkuasa menggubal undang-undang berkaitan Islam di Wilayah Persekutuan untuk
Menggantikan Majlis Raja-Raja
Menasihati Yang di-Pertuan Agong
Menghapuskan semua peraturan berkaitan Islam
Menentukan agama rakyat di Wilayah Persekutuan
Yang manakah mencerminkan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan? Pilih semua yang betul.
Islam ialah agama Persekutuan
Semua rakyat wajib menganut agama Islam
Agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman
Agama lain hanya boleh diamalkan di negeri tertentu
