wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PG SPM

Total questions: 22

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, manakah peranan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Menguruskan mesyuarat

b)

Menyediakan bajet kewangan

c)

Melaksanakan program induksi pekerja

d)

Menyediakan jadual pengangkutan perniagaan

2.

Antara berikut, manakah yang ditunjukkan dalam suatu carta organisasi?

a)

Prosedur operasi standard

b)

Hierarki pengurusan

c)

Spesifikasi tugas

d)

Deskripsi tugas

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu bahagian fungsian: • Melabel dan menyimpan barang dengan baik • Memastikan barang diterima pengguna pada tempat dan masa yang betul • Memastikan pengangkutan yang diguna sesuai dengan barang. Apakah bahagian fungsian di atas?

a)

Pengagihan

b)

Pengeluaran

c)

Khidmat Pelanggan

d)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pengurusan Sumber Manusia?

a)

Usaha pembangunan tenaga kerja untuk menarik, membangun dan mengekalkan pekerja berprestasi tinggi

b)

Pengendalian dokumen bagi memastikan kerja dilakukan mengikut piawaian

c)

Menetapkan bidang tugas dan tanggungjawab pekerja berdasarkan kompetensi, pengetahuan dan kepakaran

d)

Membangunkan bakat pekerja menerusi pelbagai aktiviti dan menyediakan sumber pembiayaan pendidikan untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran pekerja

5.

Maklumat berikut berkaitan peranan pengurusan sumber manusia. Syarikat Suria Bina Sdn. Bhd. mengamalkan konsep pengurusan TQM berikut: fokus kepada pelanggan; penambahbaikan berterusan; penglibatan semua kakitangan. Amalan tersebut berkaitan dengan peranan yang mana?

a)

Latihan peningkatan kemahiran

b)

Menggalakkan kreativiti

c)

Pemantapan budaya professional

d)

Prestasi pasukan

6.

Manakah aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan?

a)

Pemberian insentif

b)

Penempatan pekerja dan fasiliti

c)

Merekrut pekerja

d)

Persekitaran kondusif

7.

Pernyataan berikut merupakan prosedur pengurusan sumber perniagaan: • Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang • Perlindungan insurans dan keselamatan. Prosedur pengurusan tersebut melibatkan sumber

a)

fizikal

b)

teknologi

c)

manusia

d)

pembiayaan

8.

Gambar 3 menunjukkan logo agensi kerajaan MyIPO. Berdasarkan logo tersebut, apakah fungsi utama agensi ini?

a)

Memberikan bantuan pinjaman kepada perniagaan baharu

b)

Memberikan khidmat nasihat dan latihan kepada usahawan

c)

Menyediakan tapak niaga dan kemudahan infrastruktur

d)

Mengukuhkan undang-undang harta intelek

9.

Pernyataan berikut ialah prosedur Syarikat Biskut Crispy menguruskan salah satu sumber fizikal perniagaannya: "Menyelenggara mesin pembuatan biskut setiap 6 bulan". Apakah kesan kepada Syarikat Biskut Crispy atas prosedur yang telah dilaksanakannya?

a)

Melindungi produk daripada ditiiru oleh pihak lain

b)

Biskut yang dihasilkan lebih berkualiti

c)

Kejadian cetak rompak yang semakin berleluasa dapat dielakkan

d)

Memastikan operasi berjalan lancar dan kerosakan dapat diselesaikan segera

10.

Maklumat berikut berkaitan satu sumber pembiayaan luaran: "Puan Salina bercadang untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan kerepek dengan menggunakan barang kemasnya untuk mendapatkan pinjaman yang patuh syariah." Apakah sumber pembiayaan tersebut?

a)

Overdraf

b)

Pajakan

c)

Sewa beli

d)

Ar-Rahnu

11.

Berikut ialah maklumat berkaitan dengan situasi perniagaan Encik Saiful. "Encik Saiful mendapat kontrak menjahit baju sukan sekolah selama 7 tahun. Beliau memerlukan tambahan 10 buah mesin jahit industri tetapi tidak bercadang untuk memilikinya." Berdasarkan situasi di atas, apakah sumber pembiayaan yang sesuai untuk Encik Saiful?

a)

Sewa beli

b)

Rizab

c)

Pemfaktoran

d)

Pajakan

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan. "Syarikat Golden Sdn. Bhd ingin membuka satu lagi cawangan baharu perniagaannya tetapi kekurangan sumber pembiayaan. Syarikat bercadang untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak MARA." Antara berikut, yang manakah prosedur yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan sumber pembiayaan tersebut? I Menyediakan dokumen lengkap untuk diproses II Membuka akaun semasa untuk pengeluaran wang melebihi simpanan III Menyediakan barang kemas sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman IV Menandatangani kontrak pembiayaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Pernyataan yang manakah benar tentang Kunci kira-kira?

a)

Mengandungi butiran jualan bersih dan kos jualan

b)

Mengandungi butiran hasil dan belanja

c)

Menunjukkan harta dan hutang perniagaan

d)

Menunjukkan penggunaan tunai bagi tempoh tertentu

14.

Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan Cafe Rimbun: Untung kasar RM 52 000; Gaji RM 8 000; Faedah atas simpanan RM 2 550; Kadar bayaran RM 2 800; Insurans RM 4 200; Komisen diterima RM 1 800. Berapakah untung bersih perniagaan tersebut?

a)

RM 32 650

b)

RM 41 350

c)

RM 41 050

d)

RM 37 750

15.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan penyata kewangan kepada pihak-pihak tertentu dalam perniagaan? Rujuk jadual: Pihak Berkepentingan —

I Pembekal: Membuat perbandingan prestasi kewangan antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya;

II Pengurusan: Garis panduan untuk merancang agihan sumber dengan berkesan;

III Pelabur: Membuat keputusan untuk melabur atau melepaskan pegangan ke atas saham syarikat;

IV Pembiaya: Panduan bagi menyusun strategi perniagaan seterusnya. Pilih kombinasi yang betul.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Apakah peranan usahawan kepada masyarakat?

a)

Mewujudkan kerjasama serantau

b)

Mewujudkan aliran masuk modal asing

c)

Mempercepatkan proses pembangunan ekonomi

d)

Menyediakan pelbagai produk

17.

Puan Afrina menghasilkan pelbagai jenis rekaan baju pengantin yang menarik dan unik serta mengikuti perkembangan fesyen semasa. Apakah ciri usahawan yang ada pada Puan Afrina?

I Fleksibel

II Kreatif

III Inovatif

IV Semangat sepasukan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Encik Anand telah mendaftarkan perniagaannya di SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Apakah faedah yang diperoleh oleh Encik Anand atas tindakannya?

a)

Dapat meningkatkan keuntungan perniagaan

b)

Mendapat entiti yang sah di sisi undang-undang

c)

Meyakinkan pihak bank untuk memberikan kemudahan kredit

d)

Dapat menaikkan imej perniagaan

19.

Apakah dokumen perniagaan yang terlibat dalam belian barang niaga secara kredit?

a)

Memo

b)

Invois

c)

Resit

d)

Penyata bank

20.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh seorang usahawan untuk membuat perubahan alamat utama perniagaan?

a)

Mempamerkan papan tanda dalam tempoh 30 hari

b)

Memperbaharui sijil perakuan dalam tempoh 30 hari

c)

Mendaftar perubahan maklumat dalam tempoh 30 hari

d)

Menamatkan pendaftaran perniagaan dalam tempoh 30 hari

21.

Apakah maksud pemasaran?

a)

Aktiviti tukar hak milik antara penjual dengan pembeli

b)

Aktiviti agih barang dari pengeluar kepada pengguna

c)

Strategi penetapan harga yang rendah terhadap produk

d)

Strategi menyalurkan produk daripada pengeluar kepada pengguna

22.

Apakah kepentingan menyediakan rancangan perniagaan?

a)

Meyakinkan pihak pelabur

b)

Meningkatkan imej perniagaan

c)

Membantu usahawan mengembangkan perniagaan

d)

Meningkatkan keyakinan pelanggan