Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PERIBAHASA

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan

a)

Seperti rumput di tepi jalan

b)

Bagai tikus jatuh ke beras

c)

Berpantang maut sebelum ajal

d)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

2.

Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.

a)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

Malang tidak berbau

c)

Bagai telur di hujung tanduk

d)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

3.

Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud

a)

Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.

b)

Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

c)

Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.

d)

Seseorang yang mengalami kerisauan.

4.

Seperti halilintar membelah bumi

a)

bunyi yang sangat kuat

b)

hari penghabisan

c)

seseorang yang terlalu marah

d)

suasana cerah tiba-tiba

5.

Perasaan yang sangat sedih, sakit dan pilu

a)

bagai halilintar membelah bumi

b)

bagai bulan jatuh ke riba

c)

bagai dihiris dengan sembilu

d)

bagai telur di hujung tanduk

6.

Bagai isi dengan kuku bermaksud

a)

Hubungan yang sangat rapat

b)

Persahabatan yang sering merasa kesakitan

c)

Selalu bertengkar

d)

Tidak dapat dipisahkan

7.

Peribahasa yang sesuai bagi gambar tersebut ialah

a)

Bagai halilintar membelah bumi

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Bagai anjing dengan kucing

d)

Air dicincang tidak akan putus

8.

Peribahasa yang sesuai bagi gambar tersebut ialah

a)

Bagai pinang di belah dua

b)

Bagai aur dengan tebing

c)

Bagai menatang minyak yang penuh

d)

Bagai bulan jatuh ke riba

9.

Sekali air _______, sekali pantai berubah.

a)

naik

b)

kering

c)

bah

d)

pasang

10.

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi ___________.

a)

baju

b)

seluar

c)

kain

d)

pakaian

11.

Jurang perbezaan yang terlalu besar

a)

Bagai tikus jatuh ke beras

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Bagai dihiris dengan sembilu

d)

Bagai langit dengan bumi

12.

Peribahasa 'hidung tinggi' bermaksud...

a)

Orang yang baik hati

b)

Orang yang penyayang

c)

Orang yang sombong

d)

Orang yang suka mencuri

13.

Peribahasa 'anak emas' membawa maksud...

a)

Anak yang paling rajin

b)

Anak yang dibenci

c)

Anak yang dipelihara seperti anak sendiri

d)

Anak yang terlalu dikasihi oleh ibu bapa

14.

Maksud peribahasa 'lidah bercabang' ialah...

a)

Orang yang suka berbohong

b)

Orang yang suka bercakap

c)

Orang yang suka menyanyi

d)

Orang yang berpangkat tinggi

15.

'Kera sumbang' bermaksud...

a)

Orang yang sombong

b)

Orang yang tidak suka bergaul

c)

Orang yang peramah

d)

Orang yang disayangi

16.

Ahmad sering mengkritik Ali di belakangnya tetapi di hadapan Ali, dia selalu memuji-muji dengan kata-kata manis. Sikap Ahmad ini bagai...

a)

Kacang lupakan kulit

b)

Talam dua muka

c)

Cincin dengan permata

d)

Aur dengan tebing

17.

Setelah tamat pengajian, Aminah bekerja di ibu kota dengan gaji yang lumayan. Namun, dia tidak pernah pulang menjenguk ibu bapanya di kampung. Dia sudah melupakan jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapanya. Aminah seperti...

a)

Otak udang

b)

Sebatang kara

c)

Lintah darat

d)

Lupa daratan

18.

Semenjak balik ke kampung, Encik Malik sudah menjadi seperti _______________ kerana tidak mahu tinggal di Johor Baharu lagi.

a)

Belut pulang ke lumpur

b)

Layang-layang terputus talinya

c)

Burung gagak pulang ke benua

d)

Kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi

19.

Encik Lim berasa serba salah sama ada hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negeri atau tidak kerana anak bongsunya masih kecil lagi. Keadaannya seperti...

a)

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

b)

Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

c)

Biduk berlalu, kiambang bertaut

d)

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan

20.

Perbuatan Raju menolong pemandu kereta yang rosak itu bagai ____________________ apabila pemandu itu merompaknya.

a)

Kacang lupakan kulit

b)

Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit

c)

Melepaskan anjing tersepit

d)

Cendawan tumbuh selepas hujan

21.

Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup 'hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah' demi mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Nyatakan maksud peribahasa 'hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah'.

a)

Suka menolong orang

b)

Bersikap baik hati

c)

Rajin bertegur sapa

d)

Pengagihan secara adil atau sama banyak

22.

"Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita."


Berdasarkan maksud diatas, nyatakan peribahasa yang sesuai.

a)

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

b)

Ukur baju di badan sendiri

c)

Biar putih tulang jangan putih mata

d)

Secupak tidak akan menjadi segantang

23.

Nisdawati sering memburukkan Rosni, sedangkan Rosni sentiasa membantunya dalam pelajaran

a)

Bagai kaca jatuh ke batu

b)

Bagai kacang lupakan kulit

c)

Seperti cacing kepanasan

d)

Bagai aur dengan tebing

24.

'Cakap siang pandang-pandang, cakap malam-malam dengar-dengar'


Pilih maksud yang sesuai berdasarkan peribahasa diatas

a)

Jika ada perkara yang rahsia,pandailah menjaganya agar tidak diketahui orang

b)

menyimpan rahsia

c)

Berhati-hati ketika hendak menceritakan sesuatu rahsia

d)

Berhati-hati ketika berbicara pada waktu siang atau malam

25.

Ali mula menghilangkan diri dan tidak menghadiri latihan bola sepak tidak seperti minggu pertama dia memasuki pasukan itu.

a)

Ada hati

b)

Usaha tangga kejayaan

c)

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

d)

Hangat-hangat tahi ayam