Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

falsafah dan isu semasa

Total questions: 90

Worksheet time: 15hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud falsafah menurut Pythagoras?

a)

Ilmu tentang alam

b)

Cinta kepada kebijaksanaan

c)

Ilmu rasional

d)

Ilmu ketuhanan

2.

Mengapakah ilmu falsafah dianggap merentas disiplin ilmu?

a)

Bersifat spekulatif

b)

Menolak sains

c)

Menjadi asas sebelum ilmu lain

d)

Bersifat subjektif

3.

Konsep makrokosmos dan mikrokosmos merujuk kepada:

a)

Alam fizikal dan metafizik

b)

Negara dan individu

c)

Sains dan agama

d)

Tradisi Barat dan Timur

4.

Tujuan utama pengenalan Falsafah dan Isu Semasa di universiti ialah:

a)

Menghafal tokoh falsafah

b)

Membentuk pemikiran kritikal pelajar

c)

Menggantikan subjek sejarah

d)

Menilai ideologi Barat

5.

Rukun Negara berfungsi sebagai:

a)

Sistem perundangan

b)

Ideologi kebangsaan

c)

Doktrin politik

d)

Teori falsafah Barat

6.

Falsafah menurut Heraclitus menekankan:

a)

Perubahan berterusan

b)

Ketetapan nilai

c)

Ilmu empirikal

d)

Logik matematik

7.

Mengapa falsafah dianggap penting dalam pembinaan negara bangsa?

a)

Menentukan dasar ekonomi

b)

Membentuk nilai dan pemikiran masyarakat

c)

Mengawal kebebasan rakyat

d)

Menggantikan perlembagaan

8.

Apakah hierarki kedudukan falsafah dalam ilmu pengetahuan?

a)

Ilmu sampingan

b)

Ilmu teknikal

c)

Ilmu asas

d)

Ilmu praktikal

9.

Apakah kesan pengabaian falsafah dalam masyarakat moden?

a)

Kestabilan sosial

b)

Krisis nilai dan pemikiran

c)

Kemajuan teknologi

d)

Perpaduan kaum

10.

Falsafah sejahtera bertujuan untuk:

a)

Kesejahteraan ekonomi semata-mata

b)

Keseimbangan insan dan masyarakat

c)

Kemajuan material

d)

Dominasi ideologi

11.

Falsafah teoretikal memberi tumpuan kepada:

a)

Amalan hidup

b)

Tindakan moral

c)

Ilmu dan teori

d)

Etika praktikal

12.

Aliran yang menekankan pengalaman deria ialah:

a)

Rasionalisme

b)

Idealisme

c)

Empirisisme

d)

Realisme

13.

Pragmatisme menilai kebenaran berdasarkan:

a)

Wahyu

b)

Logik formal

c)

Kegunaan praktikal

d)

Tradisi

14.

Eksistensialisme menekankan:

a)

Takdir

b)

Kebebasan dan tanggungjawab individu

c)

Struktur sosial

d)

Kebenaran mutlak

15.

Perbezaan utama falsafah Barat dan Timur ialah:

a)

Metodologi saintifik

b)

Penekanan nilai dan kerohanian

c)

Penggunaan logik

d)

Penolakan agama

16.

Idealisme berpendapat realiti sebenar ialah:

a)

Material

b)

Mental atau idea

c)

Fizikal

d)

Empirikal

17.

Aliran realisme menegaskan bahawa realiti:

a)

Bergantung pada minda

b)

Bersifat objektif

c)

Tidak dapat diketahui

d)

Bersifat relatif

18.

Falsafah praktikal berkait rapat dengan:

a)

Logik

b)

Metafizik

c)

Etika dan politik

d)

Epistemologi

19.

Aliran positivisme menolak:

a)

Fakta empirikal

b)

Metafizik

c)

Sains

d)

Data

20.

Tujuan utama falsafah dalam kehidupan ialah:

a)

Hiburan intelektual

b)

Membina makna hidup

21.

Proposisi ialah:

a)

Ayat perintah

b)

Ayat yang boleh dinilai benar atau salah

c)

Soalan

d)

Emosi

22.

Silogisme terdiri daripada:

a)

Dua premis dan satu kesimpulan

b)

Satu premis

c)

Dua kesimpulan

d)

Fakta

23.

Hujah deduktif bergerak daripada:

a)

Khusus ke umum

b)

Umum ke khusus

c)

Rawak

d)

Persepsi

24.

Kaedah induktif menghasilkan kesimpulan yang:

a)

Pasti

b)

Mutlak

c)

Kebarangkalian

d)

Dogmatik

25.

Falasi merujuk kepada:

a)

Hujah sah

b)

Kesalahan berfikir

c)

Premis benar

d)

Logik formal

26.

Contoh falasi emosi ialah:

a)

Menyerang peribadi

b)

Mengemukakan data

c)

Analisis fakta

d)

Silogisme sah

27.

Kaedah abduktif bertujuan untuk:

a)

Kepastian mutlak

b)

Penjelasan terbaik

c)

Statistik

d)

Pengesahan eksperimen

28.

Heuristik digunakan untuk:

a)

Menyelesaikan masalah kompleks

b)

Menghafal fakta

c)

Menolak hujah

d)

Membina silogisme

29.

Logik penting dalam falsafah kerana:

a)

Mengawal emosi

b)

Menjamin pemikiran rasional

c)

Menggantikan agama

d)

Menolak nilai

30.

Kesalahan generalisasi tergesa-gesa ialah contoh:

a)

Falasi induktif

b)

Falasi deduktif

c)

Silogisme

d)

Proposisi

31.

Hubungan psikologi dan sosiologi dalam falsafah bertujuan untuk memahami:

a)

Struktur ekonomi

b)

Tingkah laku individu dan masyarakat

c)

Sistem perundangan

d)

Teori sains

32.

Peralihan daripada egosentrik kepada ekosentrik bermaksud:

a)

Mementingkan diri

b)

Menolak masyarakat

c)

Mengutamakan kesejahteraan bersama

d)

Dominasi individu

33.

Konsep hubungan Tuhan–Alam–Insan dalam tradisi Islam menekankan:

a)

Pemishan mutlak

b)

Keharmonian dan keseimbangan

c)

Dominasi alam

d)

Penolakan kerohanian

34.

Konsep insan seimbang menurut FPK merujuk kepada:

a)

Kejayaan akademik sahaja

b)

Keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek

c)

Kekuatan fizikal

d)

Kecerdasan teknologi

35.

Tradisi Timur melihat manusia sebagai:

a)

Entiti terasing

b)

Makhluk kompetitif

c)

Sebahagian daripada alam

d)

Subjek ekonomi

36.

Perlembagaan insan merujuk kepada:

a)

Undang-undang negara

b)

Struktur biologi semata-mata

c)

Unsur dalaman pembentukan manusia

d)

Sistem politik

37.

Psikologi dalam falsafah memberi fokus kepada:

a)

Sistem sosial

b)

Proses mental dan emosi

c)

Struktur ekonomi

d)

Teknologi

38.

Sosiologi membantu falsafah dengan:

a)

Mengkaji individu sahaja

b)

Menjelaskan dinamika masyarakat

c)

Menghapuskan nilai

d)

Menolak budaya

39.

Insan seimbang penting kerana:

a)

Menjamin kekayaan

b)

Menstabilkan emosi dan sosial

40.

Krisis sosial moden sering berpunca daripada:

a)

Keseimbangan insan

b)

Penekanan material semata-mata

c)

Pendidikan holistik

d)

Nilai tradisional

41.

Metafizik membincangkan persoalan tentang:

a)

Data empirikal

b)

Kewujudan dan realiti

c)

Statistik

d)

Teknologi

42.

Aliran ateisme menolak:

a)

Sains

b)

Tuhan

c)

Logik

d)

Alam

43.

Teisme mempercayai:

a)

Tuhan tidak dapat diketahui

b)

Tuhan wujud dan berperanan

c)

Tiada Tuhan

d)

Alam wujud sendiri

44.

Agnostisisme berpendirian bahawa:

a)

Tuhan wujud

b)

Tuhan tidak wujud

c)

Kewujudan Tuhan tidak dapat dipastikan

d)

Tuhan ciptaan manusia

45.

Metafizik penting dalam falsafah kerana:

a)

Menjawab persoalan asas kewujudan

b)

Menggantikan sains

c)

Menolak agama

d)

Fokus kepada eksperimen

46.

Hubungan metafizik dan sains ialah:

a)

Bertentangan sepenuhnya

b)

Tidak berkaitan

c)

Saling mempengaruhi

d)

Menolak antara satu sama lain

47.

Pengaruh agama terhadap sains dapat dilihat melalui:

a)

Penolakan ilmu

b)

Galakan pencarian ilmu

c)

Penyekatan pemikiran

d)

Dogma semata-mata

48.

Metafizik tidak boleh diuji secara empirikal kerana:

a)

Bersifat spekulatif

b)

Bersifat kebendaan

c)

Bersifat statistik

d)

Bersifat teknologi

49.

Persoalan “Mengapa wujud sesuatu dan bukan ketiadaan?” ialah persoalan:

a)

Logik

b)

Etika

c)

Metafizik

d)

Epistemologi

50.

Metafizik membantu manusia memahami:

a)

Data

b)

Makna kewujudan

c)

Kaedah eksperimen

d)

Sistem ekonomi

51.

Epistemologi ialah cabang falsafah yang mengkaji:

a)

Etika

b)

Ilmu pengetahuan

c)

Politik

d)

Metafizik

52.

Ilmu priori diperoleh melalui:

a)

Pengalaman

b)

Deria

c)

Akal

d)

Eksperimen

53.

Ilmu posteriori diperoleh melalui:

a)

Akal semata-mata

b)

Wahyu

c)

Pengalaman dan pemerhatian

d)

Intuisi

54.

Konsep “kepercayaan benar yang dijustifikasikan” berkaitan dengan:

a)

Metafizik

b)

Epistemologi

c)

Etika

d)

Logik

55.

Masalah Gettier menunjukkan bahawa:

a)

Semua kepercayaan adalah salah

b)

Justifikasi tidak mencukupi sebagai pengetahuan

c)

Ilmu mustahil dicapai

d)

Akal tidak berguna

56.

Kebenaran korespondensi menilai kebenaran berdasarkan:

a)

Kesepakatan sosial

b)

Kesuaian dengan realiti

c)

Kegunaan

d)

Tradisi

57.

Ilmu tersirat (tacit knowledge) ialah:

a)

Ilmu bertulis

b)

Ilmu yang sukar dijelaskan secara formal

c)

Ilmu akademik

d)

Ilmu teori

58.

Epistemologi penting kerana:

a)

Menentukan apa yang boleh diketahui

b)

Menolak agama

c)

Menghapuskan nilai

d)

Menggantikan sains

59.

Sumber ilmu dalam Islam merangkumi akal dan:

a)

Budaya

b)

Wahyu

c)

Tradisi

d)

Konsensus

60.

Kekeliruan epistemologi boleh membawa kepada:

a)

Pemikiran kritikal

b)

Relativisme melampau

c)

Kefahaman jelas

d)

Kepastian mutlak

61.

Liberalisme menekankan:

a)

Autoriti agama

b)

Kebebasan individu

c)

Tradisi mutlak

d)

Struktur kolektif

62.

Utilitarianisme menilai tindakan berdasarkan:

a)

Niat

b)

Akibat dan manfaat

c)

Tradisi

d)

Wahyu

63.

Hedonisme menganggap kebaikan tertinggi ialah:

a)

Kebenaran

b)

Kebahagiaan/kenikmatan

c)

Kewajipan

d)

Tanggungjawab sosial

64.

Feminisme dalam epistemologi bertujuan:

a)

Menolak ilmu

b)

Mendedahkan bias jantina dalam pengetahuan

c)

Menghapuskan sains

d)

Menggantikan ideologi

65.

Perbezaan ideologi mempengaruhi epistemologi kerana:

a)

Menentukan sumber dan tafsiran ilmu

b)

Menghapuskan ilmu

c)

Menyamakan semua pandangan

d)

Menolak kebenaran

66.

Rasionalisme percaya sumber utama ilmu ialah:

a)

Deria

b)

Akal

c)

Tradisi

d)

Emosi

67.

Empirisisme menekankan:

a)

Idea semula jadi

b)

Pengalaman

c)

Wahyu

d)

Intuisi

68.

Konflik ideologi boleh membawa kepada:

a)

Kesepaduan ilmu

b)

Kekeliruan nilai dan kebenaran

c)

Kepastian mutlak

d)

Kesepakatan universal

69.

Epistemologi membantu menilai isu semasa dengan:

a)

Emosi

b)

Analisis kritikal

c)

Dogma

d)

Propaganda

70.

Isu pascakebenaran berkait rapat dengan:

a)

Logik formal

b)

Dominasi emosi berbanding fakta

c)

Sains tulen

d)

Metafizik klasik

71.

Etika ialah kajian tentang:

a)

Fakta

b)

Nilai baik dan buruk

c)

Realiti

d)

Ilmu

72.

Etika sebagai epistemologi amali bermaksud:

a)

Etika hanya teori

b)

Etika diaplikasikan dalam tindakan

c)

Etika menolak ilmu

d)

Etika subjektif sepenuhnya

73.

Etika Islam menekankan:

a)

Kebebasan mutlak

b)

Akhlak dan tanggungjawab

c)

Hedonisme

d)

Relativisme

74.

Etika Buddha menekankan:

a)

Materialisme

b)

Pembebasan daripada penderitaan

c)

Kekuasaan

d)

Persaingan

75.

Konfusianisme menitikberatkan:

a)

Undang-undang keras

b)

Hubungan sosial dan adab

c)

Kebebasan individu

d)

Teknologi

76.

Etika Hindu berkait rapat dengan:

a)

Dharma

b)

Hedonisme

c)

Utilitarianisme

d)

Skeptisisme

77.

Etika Kristian menekankan:

a)

Kasih dan keadilan

b)

Kekuasaan

c)

Relativisme

d)

Materialisme

78.

Etika dalam kehidupan seharian penting untuk:

a)

Kejayaan ekonomi

b)

Keharmonian sosial

79.

Krisis etika moden sering berpunca daripada

a)

Penghayatan nilai

b)

Kekosongan nilai moral

c)

Pendidikan etika

d)

Tradisi agama

80.

Etika sejagat merujuk kepada

a)

Nilai tempatan sahaja

b)

Prinsip moral yang dikongsi bersama

c)

Ideologi Barat

d)

Undang-undang negara

81.

Sekularisme menekankan

a)

Penyatuan agama dan politik

b)

Pemisahan agama daripada urusan awam

c)

Dominasi agama

d)

Penolakan sains

82.

Modenisme dikaitkan dengan

a)

Tradisi mutlak

b)

Rasionaliti dan kemajuan

c)

Penolakan sains

d)

Spiritisme

83.

Zaman Kesedaran (Enlightenment) menekankan

a)

Wahyu semata-mata

b)

Akal dan rasionaliti

c)

Dogma

d)

Mistisisme

84.

Pascamoden mencabar idea

a)

Relativisme

b)

Kebenaran mutlak

c)

Kepelbagaian

d)

Naratif kecil

85.

Kesan pascamoden termasuk

a)

Kepastian nilai

b)

Fragmentasi makna

c)

Kesepaduan mutlak

d)

Dogma rasional

86.

Modenisme melihat sains sebagai

a)

Ancaman

b)

Alat kemajuan

c)

Tidak relevan

d)

Musuh agama

87.

Kritikan terhadap sekularisme ialah

a)

Menguatkan kerohanian

b)

Menghakis nilai agama

c)

Menggalakkan etika

d)

Menyatukan masyarakat

88.

Pascamodenisme sering dikaitkan dengan

a)

Skeptisisme terhadap kebenaran tunggal

b)

Kepastian mutlak

c)

Dominasi sains

d)

Tradisi

89.

Isu semasa perlu dianalisis secara falsafah untuk

a)

Menyokong propaganda

b)

Memahami implikasi nilai dan makna

c)

Menolak perbezaan

d)

Menghapuskan agama

90.

Pendekatan falsafah terbaik dalam isu semasa ialah

a)

Emosi

b)

Kritikal, seimbang dan beretika

c)

Dogmatik

d)

Sepihak