wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QR QUIZ 2 ANTI CORRUPTION

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Agensi manakah yang bertanggungjawab menerima aduan, menjalankan siasatan, memberi pendidikan masyarakat dan menawarkan khidmat nasihat berkaitan pencegahan rasuah?

a)

Audit Negara

b)

JKKMAR

c)

EAIC

d)

SPRM

2.

Antara berikut, yang manakah BUKAN salah satu daripada 5 badan pemantau bebas terhadap SPRM?

a)

Jawatankuasa Aduan (JKA)

b)

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR)

c)

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)

d)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

3.

Mengapakah SPRM tidak mempunyai kuasa mendakwa walaupun ia menjalankan siasatan kes rasuah?

a)

Kerana kuasa itu diberikan eksklusif kepada Mahkamah Tinggi

b)

Kerana SPRM hanya bertindak sebagai penasihat

c)

Kerana ia hanya menjalankan operasi pencegahan sahaja

d)

Kerana kuasa pendakwaan terletak di bawah Peguam Negara menurut Perkara 145(3)

4.

Yang manakah strategi utama SPRM dalam usaha mencegah rasuah?

a)

Penguatkuasaan, Pendidikan dan Pencegahan

b)

Pemantauan, pengauditan dan pendakwaan

c)

Tatakelola, Penilaian Risiko dan Pengurusan Aduan

d)

Pembangunan modal insan, integriti dan latihan

5.

Panel mana yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada SPRM mengenai aktiviti konsultasi, sistem kerja, dan kempen pendidikan masyarakat?

a)

Panel Penilaian Operasi (PPO)

b)

Jawatankuasa Aduan (JKA)

c)

Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR)

d)

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR)

6.

Apakah maksud suapan dalam undang-undang rasuah?

a)

Bantuan sukarela tanpa niat tertentu

b)

Kerja amal yang dilakukan secara percuma

c)

Ucapan penghargaan

d)

Apa-apa bentuk pemberian yang boleh mempengaruhi tindakan

7.

Antara berikut, yang manakah bukan punca utama berlakunya rasuah?

a)

Tekanan ekonomi

b)

Nilai moral yang lemah

c)

Ketelusan dalam organisasi

d)

Kelemahan penguatkuasaan

8.

SPRM ditubuhkan dengan tujuan utama untuk...

a)

Mengurus sumber manusia kerajaan

b)

Mengurus keselamatan negara

c)

Membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan

d)

Memberi latihan kepada penjawat awam

9.

Apakah nilai teras yang perlu diamalkan oleh semua pegawai awam untuk mengelakkan salah guna kuasa?

a)

Mendahulukan kepentingan peribadi

b)

Mementingkan kroni

c)

Integriti dan akauntabiliti

d)

Kesetiaan membuat tuli

10.

Apakah maksud akauntabiliti?

a)

Membuat keputusan tanpa maklum balas

b)

Bertanggungjawab atas tindakan dan keputusan sendiri

c)

Menyimpan maklumat untuk kegunaan sendiri

d)

Menyalahkan orang lain apabila berlaku kesilapan

11.

Puan Lee merupakan seorang ibu tunggal yang hidup susah. Puan Lee ditawarkan jawatan tinggi di satu syarikat yang menawarkan gaji yang lumayan namun dengan syarat Puan Lee mestilah tidur bersama CEO syarikat tersebut. Apakah tindakan yang paling berintegriti dalam situasi ini?

a)

Mengabaikan isu kewangan dan terus bekerja seperti biasa

b)

Tidak melaporkan tindakan CEO dengan syarat mendapat jawatan

c)

Terima tawaran tersebut demi masa depan keluarga

d)

Laporkan tindakan CEO kepada pihak berkuasa / HR

12.

Kazzab merupakan seorang pelajar universiti, dia telah tidak hadir ke kelas tanpa alasan yang kukuh. Kazzab meminta pensyarahnya untuk menanda kehadiran pada masa yang sama dia juga memasukkan RM100 ke dalam akaun pensyarahnya. Apakah jenis kesalahan rasuah yang telah dilakukan oleh Kazzab?

a)

Meminta/menerima rasuah

b)

Penyalahgunaan kuasa oleh pegawai awam

c)

Memberi/menawarkan rasuah

d)

Dakwaan palsu

13.

Cik Aisyah bekerja di pejabat kerajaan dan diberi tugas menilai tender pembinaan sekolah baru. Seorang kontraktor datang dan menawarkan telefon pintar baru sebagai "hadiah penghargaan" supaya tender syarikatnya dipilih. Cik Aisyah tahu bahawa menerima hadiah ini adalah salah dari segi etika. Apakah tindakan yang paling berintegriti bagi Cik Aisyah?

a)

Tolak hadiah dan pastikan tender dipilih berdasarkan merit

b)

Pilih kontraktor yang memberi hadiah tetapi rahsiakan kepada pihak atasan

c)

Berunding untuk tukar hadiah dengan sesuatu yang lebih kecil

d)

Terima telefon kerana ia hadiah kecil

14.

Puan Julia merupakan seorang suri rumah, dia dapat tahu bahawa suaminya terlibat dalam satu kes rasuah di syarikatnya. Apakah tindakan yang patut diambil oleh Puan Julia?

a)

Mendorong suaminya untuk menghentikan rasuah dan melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa

b)

Mengambil wang rasuah itu untuk kegunaan keluarga

c)

Membincangkan isu tersebut dengan jiran untuk mendapatkan nasihat

d)

Menyimpan rahsia dan membiarkan suaminya terus melakukan rasuah

15.

Ustaz Hafiz merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah madrasah, dia ditugaskan mengutip dana dan telah menggunakan wang dana untuk dirinya. Sebagai seorang yang berintegriti, apakah tindakan yang patut anda lakukan?

a)

Tidak melaporkan tindakan ustaz hafiz dengan syarat dia memberikan sebahagian wang dana

b)

Melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan madrasah supaya tindakan sewajarnya diambil

c)

Membiarkan sahaja kerana Ustaz Hafiz guru dihormati

d)

Mengambil balik sebahagian wang dana untuk kegunaan sendiri

16.

Mengapakah menolak rasuah itu penting?

a)

Supaya disukai orang

b)

Supaya maruah dan integriti diri terpelihara

c)

Supaya hidup senang

d)

Supaya tidak ditangkap sahaja

17.

Dalam konteks agama Islam, rasuah dianggap

a)

Harus jika terpaksa

b)

Dibenarkan dalam politik

c)

Makruh jika dilakukan sekali

d)

Haram dan berdosa besar

18.

Dalam Akta SPRM 2009, seksyen 17A mula berkuat kuasa pada

a)

15 Mei 2020

b)

1 Januari 2019

c)

1 Julai 2021

d)

1 Jun 2020

19.

Apakah konsep utama yang diperkenalkan melalui seksyen 17A?

a)

Mewajibkan latihan antirasuah setiap bulan untuk semua pekerja

b)

Hukuman mandatori penjara minimum 10 tahun

c)

Liabiliti korporat

d)

Kuasa penangkapan tanpa waran

20.

Di bawah seksyen 17A, siapa yang boleh dipertanggungjawabkan jika syarikat melakukan kesalahan rasuah?

a)

Syarikat dan pengarah/pegawai kawalan

b)

Hanya ejen luar syarikat

c)

Hanya lembaga pengarah

d)

Hanya staf bawahan

21.

Hampir 30.5% respon pelajar pada tahun 2002 bersedia menerima rasuah jika ada peluang. Apakah implikasi paling serius daripada dapatan ini?

a)

Sikap pelajar tidak memberi kesan kepada pembangunan negara

b)

Rasuah hanya dipengaruhi faktor ekonomi, bukan nilai diri

c)

Golongan muda berisiko tinggi menormalisasikan rasuah pada masa hadapan

d)

Rasuah hanya berlaku dalam kalangan orang dewasa

22.

National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019–2023 mengandungi 6 strategi dan 115 inisiatif. Apakah tujuan paling utama pelan ini?

a)

Menjadi dasar dan arahan kerajaan dalam pencegahan rasuah

b)

Memupuk persaingan antara institusi kerajaan

c)

Menggantikan undang-undang sedia ada berkaitan rasuah

d)

Mengurangkan jumlah universiti yang menawarkan kursus integriti

23.

Objektif Strategik 2.4.7 NACP menekankan kewajipan kursus integriti di IPT. Apakah justifikasi utama menjadikan kursus ini subjek wajib di IPT?

a)

Supaya IPT dapat meningkatkan kedudukan universiti dalam ranking dunia

b)

Untuk menambah kredit akademik sahaja tanpa fokus kepada pembelajaran

c)

Kerana semua negara lain telah melaksanakan perkara yang sama

d)

Bagi memastikan generasi muda mempunyai asas nilai integriti yang kukuh sebelum memasuki dunia pekerjaan

24.

Kor SUAR (Anti-Corruption Student Volunteer Corps) ditubuhkan melalui kerjasama UniSZA dan SPRM. Apakah fungsi paling tepat Kor SUAR?

a)

Menjadi unit disiplin kampus bagi mengurus kes pelajar

b)

Melahirkan pelajar yang peka terhadap isu rasuah melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman

c)

Menggantikan peranan pihak berkuasa dalam menangani salah laku integriti

d)

Melatih pelajar sebagai pegawai penyiasat rasuah sepenuh masa

25.

Salah satu peringatan penting untuk tugasan kursus ialah "TIADA kompromi dalam isu integriti". Antara tindakan berikut, yang manakah paling jelas melanggar prinsip integriti dalam konteks akademik?

a)

Menambah elemen kreativiti dalam video PSA

b)

Menggunakan pelbagai rujukan berkualiti dalam laporan

c)

Menyalin keseluruhan tugasan daripada internet tanpa ulasan sendiri

d)

Menyerahkan tugasan awal sebelum tarikh akhir