Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4 KONSEP INSAN

Total questions: 15

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, manakah peringkat awal kejadian manusia menurut Islam?

a)

Mudghah

b)

Alaqah

c)

Nutfah

d)

Lahm

2.

Apakah gelaran yang diberikan kepada Nabi Adam dalam konteks peranan manusia?

a)

Hamba

b)

Nabi terakhir

c)

Khalifah

d)

Insan sejahtera

3.

Apakah perbezaan utama konsep Karma antara ajaran Hindu dan Buddha?

a)

Hindu menerima karma, Buddha mempercayai Nirwana

b)

Hindu melihat karma menentukan kelahiran semula sehingga mencapai Moksha, Buddha melihat karma sebagai perbuatan yang mempengaruhi jalan mencapai Nirvana

c)

Hindu menganggap karma memadam nafsu, Buddha menganggap karma sebagai laluan mencapai Nirwana

d)

Karma dalam Hindu bersifat sementara, dalam Buddha bersifat azali

4.

Mengapakah dalam Kristian wujud konsep dosa warisan?

a)

Kerana jiwa manusia bersifat abadi

b)

Kerana dosa Adam memutuskan hubungan manusia dengan Tuhan

c)

Kerana manusia tidak melaksanakan Dharma

d)

Kerana manusia berkehendak bebas

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan Insan Sejahtera menurut Islam?

a)

Manusia yang mengejar Artha dan Kama sahaja

b)

Manusia yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek berteraskan ketaatan kepada Allah

c)

Manusia yang mencapai Nirvana

d)

Manusia yang bebas tanpa etika

6.

Anda terlupa menyiapkan tugasan tetapi segera bertaubat dan memperbaiki diri. Ini menunjukkan insan memiliki sifat:

a)

Abadi dan tidak lupa

b)

Pelupa, tetapi mampu berubah dan reflektif

c)

Tiada kemahuan diri

d)

Terputus dari Tuhan selamanya

7.

Seorang pelajar merancang inisiatif kelas ulang kaji percuma untuk rakan-rakan yang lemah. Dia menetapkan syarat rakan yang dapat membantunya mendapatkan nota eksklusif untuk subjek lain yang boleh menyertai kelas tersebut. Berdasarkan konsep hamba dan khalifah dalam Islam, manakah penilaian yang paling tepat terhadap situasi ini?

a)

Tindakan itu selaras sebagai hamba kerana terdapat unsur membantu rakan belajar

b)

Tindakan itu menepati peranan hamba dan khalifah kerana memberi peluang pendidikan kepada rakan lain

c)

Tindakan itu tidak menepati peranan khalifah kerana wujud unsur memilih manfaat berdasarkan kepentingan peribadi

d)

Tindakan itu menepati konsep khalifah kerana menunjukkan kebolehan memimpin dan menyusun program pembelajaran

8.

Apakah maksud etimologi bagi perkataan nasiya-yansa?

a)

Ingat

b)

Lupa

c)

Tahu

d)

Faham

9.

Pandangan Jean-Paul Sartre, tokoh eksistensialisme menyatakan bahawa manusia dilahirkan tanpa panduan hidup. Jika pandangan ini dibandingkan dengan konsep insan dalam Islam dan Hindu, manakah kesimpulan yang paling tepat?

a)

Islam dan Hindu sama-sama menganggap manusia bebas sepenuhnya tanpa hala tuju kerana kehidupan ditentukan oleh kehendak individu

b)

Islam dan Hindu menolak kebebasan manusia kerana kehidupan sepenuhnya telah ditentukan sejak azali

c)

Islam menekankan kebebasan eksistensial manusia, manakala Hindu menafikan sebarang matlamat akhir kehidupan insan

d)

Islam menegaskan manusia berpandukan wahyu dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah, manakala Hindu mengakui panduan hidup melalui Dharma dan Karma menuju Moksha

10.

Anda dilantik sebagai ketua kumpulan untuk membangunkan satu kempen kesejahteraan pelajar di kampus yang menekankan keseimbangan JERI. Manakah langkah pertama yang paling tepat untuk anda lakukan bagi mengaplikasikan konsep insan sejahtera menurut perlembagaan insan JERI?

a)

Mengenal pasti keperluan fizikal, emosi, rohani dan intelektual sasaran kempen sebelum merancang aktiviti

b)

Merangka aktiviti kempen yang berfokus kepada aspek kerohanian dan intelek kerana ia teras kesejahteraan

c)

Menyediakan ganjaran berbentuk material kepada peserta bagi memastikan penglibatan maksimum

d)

Mengagihkan tugas ahli kumpulan berdasarkan kemahiran akademik masing-masing supaya dapat meraikan minat

11.

Mengapakah Aristotle menggambarkan manusia sebagai rational being dan rational animal dalam tradisi falsafah Barat?

a)

Kerana jiwa manusia bersifat abadi dan tidak bergantung kepada proses biologi

b)

Kerana manusia lebih mengutamakan emosi berbanding akal dalam membuat keputusan

c)

Kerana manusia memiliki keupayaan menaakul yang membezakan dirinya daripada makhluk lain

d)

Kerana manusia dicipta untuk mematuhi hukum Tuhan semata-mata

12.

Manakah antara berikut bukan tujuan penciptaan manusia menurut Hindu?

a)

Mencapai Moksha

b)

Melaksanakan Dharma

c)

Hidup berdasarkan Karma

d)

Memakmurkan bumi sebagai khalifah

13.

Apakah fokus utama ajaran Konfucianisme tentang insan?

a)

A. Wahyu agama

b)

B. Emosi dan kehendak diri

c)

C. Prinsip etika dan kasih sayang tanpa kekerasan

d)

D. Re-incarnation

14.

Seorang individu menyusun sistem pengurusan masjid menggunakan carta aliran proses. Tindakan ini menunjukkan integrasi:

a)

Emosi dan nafsu sahaja

b)

Rohani dan intelek dalam melaksanakan ibadah

c)

Fizikal semata-mata

d)

Dharma tanpa ibadah

15.

Apa yang terjadi jika gagal melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang terkandung dalam ajaran Hindu?

a)

Mendapat hadiah

b)

Kelahiran semula

c)

Mendapat ancaman

d)

Menerima kedukaan