wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Glaucoma 2

Total questions: 7

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara pernyataan berikut yang menerangkan tindakan utama ubat titis mata kumpulan prostaglandin analogue seperti Latanoprost dalam rawatan glaukoma?

a)

Mengurangkan penghasilan cecair akueus oleh badan siliari.

b)

Meningkatkan aliran keluar cecair akueus melalui laluan uveoscleral.

c)

Menyebabkan miosis untuk membuka sudut saliran.

d)

Meningkatkan tekanan osmotik dalam darah untuk menarik keluar cecair dari mata.

2.

Seorang pesakit yang baru didiagnosis dengan glaukoma dibekalkan dengan ubat titis mata Timolol Maleate. Apakah tindakan kejururawatan yang paling tepat semasa mendidik pesakit tentang teknik pemberian ubat ini untuk mengelakkan kesan sistemik?

a)

Meminta pesakit berkelip dengan cepat selepas menitis ubat.

b)

Menasihati pesakit supaya menutup mata selama 5 minit selepas prosedur.

c)

Mengarahkan pesakit menekan punctum lakrimal (sudut dalam mata) selama 1 hingga 2 minit.

d)

Memberitahu pesakit supaya mengelap lebihan ubat dengan tisu yang lembap.

3.

Jururawat sedang melakukan penilaian ke atas pesakit yang menerima rawatan Latanoprost. Pesakit menyatakan kebimbangan mengenai perubahan pada matanya. Manakah antara penemuan berikut merupakan kesan sampingan yang dijangkakan bagi ubat ini?

a)

Penglihatan menjadi kabur secara kekal.

b)

Warna iris menjadi lebih gelap dan bulu mata menjadi lebih panjang.

c)

Kelopak mata menjadi bengkak dan bernanah.

d)

Anak mata (pupil) menjadi sangat kecil dan tidak bertindak balas pada cahaya.

4.

Seorang pesakit tua dengan glaukoma kronik keliru tentang cara menggunakan dua jenis ubat titis mata yang berbeza. Apakah arahan terbaik yang harus diberikan oleh jururawat?

a)

Campurkan kedua-dua ubat dalam satu bekas sebelum digunakan.

b)

Titiskan ubat kedua serta-merta selepas ubat pertama.

c)

Tunggu sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit antara pemberian ubat pertama dan kedua.

d)

Gunakan ubat pertama di mata kanan dan ubat kedua di mata kiri sahaja.

5.

Apakah struktur anatomi mata yang menjadi sasaran utama semasa prosedur Selective Laser Trabeculoplasty (SLT) dijalankan?

a)

Iris

b)

Sclera

c)

Ciliary Body

d)

Trabecular Meshwork

6.

Selepas prosedur laser trabeculoplasty , jururawat melakukan penilaian ke atas pesakit. Manakah antara tindakan berikut yang paling penting untuk dilakukan dalam tempoh 1 jam pertama selepas laser?

a)

Melakukan ujian ketajaman penglihatan Snellen Chart.

b)

Memeriksa tahap gula dalam darah pesakit.

c)

Mengarahkan pesakit memakai penutup mata (eye patch) selama 24 jam.

d)

Memantau tanda dan simtom peningkatan tekanan intraokular (IOP)

7.

Apa tujuan utama rawatan glaukoma?

a)

Menyembuhkan penglihatan

b)

Menjaga kesihatan mata

c)

Mengawal tekanan intraokular

d)

Menghilangkan aqueous humor