wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Early Childhood Care Daily Routine

Total questions: 40

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Berikut yang manakah penyakit yang merebak melalui kulit?

a)

Selesema

b)

Kudis

c)

Cirit Birit

d)

Demam Campak

2.

Apakah objektif Akta Kanak-kanak 2001?

a)

Memastikan khidmat pemuliharaan, perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak disediakan dengan cekap

b)

Memastikan khidmat pemuliharaan, perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak disediakan dengan cekap dan berkesan.

c)

Menyatukan undang-undang yang berhubung dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak.

d)

Memastikan khidmat pemeliharaan, perlindungan, pemulihan kanak-kanak disediakan dengan cekap dan berkesan

3.

Berikut merupakan jenis kategori TASKA KECUALI

a)

TASKA JAGAAN RUMAH

b)

TASKA INSTITUSI

c)

TASKA DI TEMPAT KERJAA

d)

PUSAT JAGAAN KANAK - KANAK

4.

Apakah tujuan saringan kesihatan dijalankan di TASKA

a)

Saringan kesihatan dilakukan bagi melawan jangkitan penyakit berjangkit merebak dan menyusahkan pihak TASKA

b)

Saringan kesihatan dilakukan bagi mengawal jangkitan penyakit berjangkit merebak ke rumah kanak-kanak.

c)

Saringan kesihatan dilakukan bagi meneruskan jangkitan penyakit berjangkit merebak ke dalam TASKA.

d)

Saringan kesihatan diakukan bagi mengawal jangkitan penyakit berjangkit merebak ke dalam TASKA.

5.

Berikut merupakan BUKAN syarat sekiranya ibu bapa membenarkan pendidik memberi anak mereka ubat, Kecuali

a)

Ibu bapa mesti memberi surat akuan/ perjanjian persetujuan ibu bapa membenarkan pendidik memberi ubatan kepada anak yang dibuat oleh peguam.

b)

Ibu bapa mesti menandatangani surat akuan/ perjanjian persetujuan ibu bapa membenarkan pendidik memberi ubatan kepada anak.

c)

Ibu bapa mesti memberitahu pengusaha akan kesihatan anak mereka semasa hantar anak ke TASKA.

d)

Ibu bapa mestilah sediakan surat doktor untuk memberi kanak-kanak ubat.

6.

Apakah teknik meletakkan bayi untuk tidur?

a)

Memastikan selimut tidak menutupi muka kanak-kanak

b)

Memastikan suhu bayi tidak terlalu panas

c)

Memastikan bayi dalam keadaan ”kaki ke kaki”

d)

Dodoikan bayi menggunakan buaian yang sedia ada di pasaran

7.

Antara berikut, yang manakah bukan teknik menidurkan bayi?

a)

Tidur dalam buaian

b)

Riba bayi

c)

Dodoikan bayi

d)

Dukung pada bahu

8.

Berapakah purata tidur bayi yang berusia 12 bulan?

a)

Menjelang 12 bulan kebanyakan bayi tidur sejumlah 14 - 16 jam termasuk tidur siang dua kali

b)

Menjelang 12 bulan kebanyakan bayi tidur sejumlah 12 - 14 jam termasuk tidur siang sekali

c)

Menjelang 12 bulan kebanyakan bayi tidur sejumlah 14- 16 jam termasuk tidur siang sekali.

d)

Menjelang 12 bulan kebanyakan bayi tidur sejumlah 12 - 14 am termasuk tidur siang dua kali.

9.

Pilih yang manakah BUKAN elemen hospitaliti yang perlu diterapkan oleh pendidik TASKA

a)

Ucapan salam

b)

Emosi Seseorang

c)

Bahasa Badan/ Gerak Badan

d)

Lemah lembut

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan isyarat anggota badan?

a)

Gerak-geri dan isyarat badan secara semula jadi atau sengaja adalah penting bagi memberi makna terhadap komunikasi tanpa menggunakan perkataan atau berkata-kata.

b)

Bahasa isyarat yang membolehkan orang sekeliling memahami.

c)

Gerak-geri dan isyarat secara sengaja dan semula jadi adalah sangat penting membantu orang kurang upaya berkomunikasi tanpa suara.

d)

Gerak isyarat secara semula jadi dan tidak disengajakan dan memudahkan orang memahami.

11.

Makanan pelengkap diperkenalkan pada umur ?

a)

4 bulan

b)

5 bulan

c)

12 bulan

d)

6 bulan

12.

Yang manakah 3 prinsip penyediaan makanan berkhasiat, bersih dan selamat?

a)

Sediakan pelbagai jenis hidangan yang mengandungi setiap kumpulan makanan Piramid Makanan Malaysia.

b)

Sediakan makanan mengikut saiz sajian yang disarankan.

c)

Pastikan air kordial ada sentiasa disediakan sepanjang masa.

d)

Sediakan makanan mengikut menu yang ditetapkan.

13.

Apakah tekstur makanan untuk bayi 6 hingga 8 bulan?

a)

Dicincang dan direbus

b)

Puri, dilecek dan separa pepejal

c)

Makanan lembut dan tidak pedas

d)

Dipotong kecil

14.

Berikut merupakan jenis - jenis ibubapa

a)

Ibubapa Permisif

b)

Ibubapa Overprotection

c)

Ibubapa Autoritation

d)

Ibubapa Autoritatif

15.

Apakah tujuan peralatan penyusuan disteril?

a)

Supaya alat penyusuan dinyahkuman dan selamat digunakan.

b)

Supaya alat penyusuan dapat tanggal daripada kotoran.

c)

Supaya alat penyusuan dalam keadaan hangat.

d)

Supaya alat penyusuan dalam kualiti stabil dalam suhu kedap

16.

Berikut yang manakah persekitaran yang kondusif untuk rehat dan tidur kanak- kanak TASKA.

a)

Selesa dan bersih

b)

Ruang yang lapang

c)

Bunyi muzik yang rancak

d)

Dekorasi bilik

17.

Pilih ciri-ciri langsir yang sesuai untuk keselamatan ruang rehat/ tidur kanak-kanak.

a)

Bidai mudah alih

b)

Bercorak cartun/ abstrak

c)

Warna yang terang dan bercorak padat

d)

Fabrik lembut

18.

Tujuan utama rutin harian diwujudkan ialah untuk:

a)

Memberi rasa selamat dan teratur

b)

Menyibukkan kanak-kanak

c)

Menggantikan peranan ibu bapa

d)

Mengawal pergerakan kanak-kanak

19.

Kedudukan tidur yang selamat bagi bayi ialah

a)

Mengiring

b)

Meniarap

c)

Terlentang

d)

Duduk

20.

Aktiviti rutin pagi biasanya dimulakan dengan:

a)

Aktiviti kebersihan diri

b)

Waktu tidur

c)

Waktu rehat

d)

Aktiviti luar

21.

Amalan rutin lain yang ditekankan di TASKA adalah menyusun kasut di rak, menyimpan beg, mengemas dan menyimpan mainan selepas bermain dan membaca doa

a)

Betul

b)

Salah

22.

Yang manakah BUKAN perkembangan yang ingin dicapai menerusi aktiviti rutin kanak-kanak tatih?

a)

Perkembangan kreativiti dan estetika

b)

Perkembangan komunikasi.

c)

Pergerakan fizikal secara kendiri

d)

Kemahiran urus diri

23.

Semasa sesi Circle Time, apakah aktiviti yang dijalankan?

a)

Tubuh badan kanak-kanak diperiksa untuk memastikan mereka sihat dan tiada kecederaan

b)

Kanak-kanak duduk dalam kumpulan atau bulatan dan pendidik mengambil kedatangan dan kemudian menyanyi lagu Negaraku, pendidik menjalankan aktiviti ‘show and tell’, dan pergerakan kreatif.

c)

Kanak-kanak bebas memilih alat permainan atau aktiviti yang disediakan oleh pendidik.

d)

Kanak-kanak melaksanakan aktiviti pembelajaran

24.

Apakah tujuan menyediakan pelbagai jenis alat permainan dan bahan kreatif semasa sesi main bebas untuk kanak-kanak?

a)

Menyediakan peralatan yang cukup untuk kanak-kanak bermain air.

b)

Memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk menjelajahi dan memilih aktiviti yang mereka minati.

c)

Memberi kanak-kanak masa untuk meneroka alam sekitar.

d)

Untuk kanak-kanak berkongsi cerita tentang benda yang mereka bawa dari rumah.

25.

Apakah kebaikan aktiviti perbualan pagi kepada kanak-kanak?

a)

Membantu kanak-kanak merasa selamat dan dihargai yang merupakan asas penting untuk pembelajaran yang positif.

b)

Membantu dalam pembangunan kemahiran motor halus kanak-kanak.

c)

Kanak-kanak belajar untuk mengelola waktu mereka, membuat keputusan, dan mengeksplorasi dunia melalui permainan.

d)

Kanak-kanak belajar tentang hubungan antara haiwan dan tumbuhan, serta pentingnya menjaga alam.

26.

Apakah ruang yang disediakan di TASKA untuk mengasingkan kanak-kanak bergejala penyakit berjangkit?

a)

Ruang Tidur

b)

Ruang isolasi

c)

Ruang main bebas

d)

Ruang rehat

27.

Mengapa kanak-kanak yang disahkan mendapat jangkitan penyakit berjangkit tidak boleh dibenarkan hadir ke TASKA?

a)

Mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak TASKA yang lain.

b)

Pendidik sukar menjaga kanak-kanak sakit.

c)

Kanak-kanak akan menangis jika ke TASKA.

d)

Sukar menjaga kanak-kanak sakit.

28.

Apakah tindakan susulan sekiranya didapati suhu kanak-kanak melebih 37oC?

a)

Letakkan kanak-kanak di ruang isolasi sendirian

b)

Bawa kanak-kanak ke hospital

c)

Hubungi ibu bapa dan sarankan bawa kanak-kanak untuk berjumpa doktor.

d)

Mandikan kanak-kanak

29.

Apakah akta yang melindungi pekerja swasta di Malaysia?

a)

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991

b)

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

c)

Akta Pekerja 1955

d)

Akta Mahkamah Juvana 1947

30.

Berikut merupakan elemen hospitaliti memulangkan kanak - kanak, KECUALI

a)

Bahasa Badan

b)

Intonasi suara

c)

Intonasi suara

d)

Tatarias

31.

Nama lain bagi Akta 611

a)

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991

b)

Akta Kanak - Kanak 2001

c)

Akta Mahkamah Juvana 1947

d)

Akta Taman Asuhan Kanak - Kanak 1984

32.

TASKA di RUMAH menerima berapa orang kanak - kanak ?

a)


Menerima 10 orang atau lebih

b)


Menerima kurang daripada 4 orang

c)


Menerima tidak melebihi 9 orang

33.

OSHA merupakan singkatan daripada

a)

Occupational Safety and Health Act

b)

Optional Safe tool and Health Act

c)

Optional Safety and Health Act

d)

Occupational Safe tool and Health Activity

34.

Nama lain bagi Akta Taman Asuhan Kanak - Kanak 1984

a)


Akta 308

b)

Akta 1995

c)

Akta 2001

d)

Akta 1997

35.

Apakah Objektif Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara

a)

Pengertian tentang kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan

b)

Penyelidikan dan pembangunan tentang perlindungan kanak-kanak serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.

c)

Menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak- kanak organisasi masing-masing;

d)

Dalam membuat keputusan untuk menentukan jenis perintah yang perlu dibuat berkenaan dengan kanak-kanak

36.

Apakah sesi utama dalam Jadual Harian Kanak-kanak TASKA.

(a)  

37.

Yang mana BUKAN perkara yang perlu dipastikan semasa memeriksa barang peribadi kanak-kanak sebelum menghantar mereka pulang?

a)

Sediakan senarai barang peribadi yang terdapat dalam Buku Log Harian KanakKanak.

b)

Masukkan barang peribadi ke dalam beg.

c)

Pastikan tiada barangan bayi dan kanak-kanak yang tertinggal, tertukar atau tersilap beg.

d)

Catatkan barang peribadi yang mencukupi dalam Buku Log Harian.

38.

Apakah tujuan Piawaian Prosedur Operasi menghantar pulang kanak-kanak diadakan?

a)

Garis panduan bagi untuk kanak-kanak bersedia untuk pulang dengan selamat.

b)

Garis panduan bagi memastikan tugas pengusaha menghantar bayi dan kanak-kanak pulang kepada ibu bapa dijalankan dengan selamat

c)

Garis panduan bagi memastikan tugas pendidik menghantar bayi dan kanak- kanak pulang kepada ibu bapa dijalankan dengan selamat.

d)

Garis panduan bagi memastikan ibu bapa menghantar bayi dan kanak-kanak kepada pendidik dijalankan dengan selamat.

39.

" Menetapkan bahawa mereka berkuasa penuh kepada anak- anak mereka tetapi tidak bertangungjawab "

Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah jenis ibu bapa tersebut?

a)

Ibu Bapa Permisif

b)

Ibu Bapa Autoritarian

c)

Ibu Bapa Autotartatif

d)

Ibu Bapa Golongan Pengabaian

40.

Berapakah teknik menidurkan bayi ?

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8