Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CTU281 - BAHAGIAN 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Seni Islam sering dipengaruhi oleh unsur budaya setempat. Apakah contoh seni Islam dalam budaya Melayu?

a)

Paluan kompang, alunan zikir dan ghazal

b)

Tarian balet, opera dan muzik rock

c)

Seni bina candi dan seni batik tradisional Jawa

d)

Perhiasan emas dan perak dari Eropah

2.

Apakah alat yang dicipta oleh sarjana Islam bagi membantu aktiviti pelayaran dan pengiraan astronomi?

a)

Mikroskop

b)

Kompas

c)

Astrolab

d)

Jam matahari

3.

Bagaimanakah konsep handasah al-sawt dapat dijelaskan?

a)

Seni tarian yang mengikut irama muzik

b)

Seni ukiran yang mencerminkan budaya Islam

c)

Seni lukisan yang menggambarkan keindahan alam

d)

Seni suara yang membentuk emosi dan kebudayaan

4.

Manakah berikut merupakan alat muzik tradisional yang digunakan dalam muzik Islam?

i) Duff, rebana, kompang

ii) Violin, tamborin, yankee

iii) Gendang, angklung, sitar

iv) Seruling, kecapi, kerincing

a)

i,ii,iv

b)

i,iii,iv

c)

ii,iii,iv

d)

Semua di atas

5.

Apakah tujuan utama seni muzik dalam Islam?

a)

penyebaran dakwah

b)

hiburan jasmani dan rohani

c)

mengelakkan percampuran bebas

d)

mempromosikan budaya Timur Tengah

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan karikatur?

a)

Animasi yang digunakan untuk tujuan dakwah

b)

Lukisan yang menceritakan perkara sehari-hari secara berjenaka

c)

Gambar seseorang yang menekankan ciri-ciri tertentu untuk berjenaka

d)

Filem yang dibuat daripada beberapa banyak lukisan yang bersambung-sambung

7.

Mengapakan motif yang ditampilkan dalam seni seramik Islam sering mengelakkan Gambaran manusia?

a)

Kekurangan kemahiran seniman

b)

Prinsip seni Islam yang melarang gambaran makhluk hidup

c)

Kesukaran teknik ukiran pada seramik

d)

Ketidakmampuan bahan untuk menyokong ukiran halus

8.

Apakah ciri-ciri utama yang bersesuaian dengan khat Diwani?

a)

Tulisan berbentuk geometri dan kaku

b)

Dikenali sebagai Khat al-Sultan

c)

Tulisan mudah dibaca dan digunakan dalam buku

d)

Tulisan digunakan dalam seni ukiran kayu

9.

• Merupakan salah satu tulisan khat yang terawal

• Sejenis tulisan yang tidak mempunyai titik atau baris

• Bersegi, tegak dan bergaris lurus

Apakah jenis khat yang dimaksudkan di atas?

a)

Khat Kufi

b)

Khat Farisi

c)

Khat Kufi

d)

Khat Diwani

10.

Mengapakah pembinaan masjid penting dalam bandar Islam?

i) pusat bandar

ii) tempat solat Jumaat berjemaah

iii) simbol kecintaan umat Islam terhadap Allah SWT

iv) penyaluran maklumat dari pemerintah kepada rakyat

a)

i,ii,iv

b)

i,iii,iv

c)

ii,iii,iv

d)

Semua di atas

11.

Mengapakah antara berikut asbab pengharaman muzik dalam Islam?

i) Mengandungi unsur celaan dan permusuhan

ii) Menggunakan alat muzik yang menjadi simbol maksiat

iii) Penampilan dan gaya penyanyi bertentangan nilai islam

iv) Menggalakkan percampuran bebas lelaki dan perempuan

a)

i,ii,iv

b)

i,iii,iv

c)

ii,iii,iv

d)

Semua di atas

12.

Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri lagu Islam yang diharuskan?

i) semangat patriotik dan jihad

ii) motivasi kejiwaan dan perjuangan

iii) menggalakkan umat ke tempat suci

iv) membawa unsur adab dan ajaran Islam

a)

i,ii,iv

b)

i,iii,iv

c)

ii,iii,iv

d)

Semua di atas

13.

Bagaimanakah kartun boleh digunakan untuk menyampaikan mesej yang kompleks dalam konteks dakwah Islam?

a)

meniru gaya kartun Barat

b)

menggunakan humor yang mudah difahami

c)

menyampaikan mesej secara langsung tanpa simbolisme

d)

menggunakan simbolisme dan metafora yang mendalam

14.

Mengapakah penting bagi kartunis Islam untuk menjaga sensitiviti dalam karya mereka?

a)

mengelakkan kontroversi

b)

meningkatkan populariti karya mereka

c)

mematuhi ajaran dan nilai-nilai Islam

d)

memastikan karya mereka diterima masyarakat

15.

Mengapakah penghasilan animasi perlu ditapis menurut acuan Islam?

a)

menarik minat penonton bukan Islam

b)

memastikan animasi tersebut menarik

c)

meningkatkan nilai komersial animasi tersebut

d)

mematuhi ajaran Islam dan mengelakkan syirik

16.

Manakah antara berikut merupakan cabang seni yang diinspirasikan oleh Al-Quran?

a)

Seni Grafik

b)

Seni Multimedia

c)

Seni Tarannum

d)

Seni Lukis

17.

Manakah antara berikut merupakan komponen dalam masjid?

a)

Mihrab

b)

Kubah

c)

Kolah

d)

Tempat wuduk

18.

Masjid X

Dibina dalam peristiwa hijrah oleh Nabi dan para sahabat

Mendapat 1000 pahala solat

Merupakan titik penting pembinaan sebuah negara dan masyarakat yang bersatu padu.

a)

Masjid Quba

b)

Masjid Nabawi

c)

Masjid Aqsa

d)

Masjid al-Haram

19.

Manakah yang berikut BUKAN merupakan alatan seni muzik Islam kontemporari?

a)

Gitar

b)

Biola

c)

Piano

d)

Violin

20.

Manakah yang berikut merupakan susun atur ruang domestik rumah yang bercirikan Islam?

i. Ruang tamu

ii. Ruang dapur

iii. Ruang tidur

iv. Ruang solat

a)

i,ii,iv

b)

i,iii,iv

c)

ii,iii,iv

d)

Semua di atas

21.

Karim diberi bayaran lumayan kerana telah melakonkan watak sami Buddha dalam sebuah filem keluaran Hong Kong. Apakah hukum status lakonan Karim dalam Islam?

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Haram

d)

Mubah

22.

Manakah antara berikut kesan utama Syariah dalam kesenian Islam?

i. Menentukan seniman yang tidak mengabaikan ibadat fardhu dalam berseni

ii. Menentukan penghasilan karya seni menepati tatatusila dan adab sopan

iii. Menentukan karya seni tidak memesongkan kepercayaan akidah

iv. Menentukan karya seni membawa pengaruh yang positif kepada umat Islam

a)

i, ii dan iii

b)

i dan ii

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

23.

Yang manakah antara berikut BUKAN sumber utama seni Islam?

a)

Al-Quran

b)

Alam semulajadi

c)

Sunnah

d)

Ijtihad

24.

Seni tarian kuda kepang merupakan seni persembahan tradisional masyarakat Melayu terutamanya di selatan Tanah Melayu. Pilih pernyataan yang paling tepat, kenapakah seni ini bertentangan dengan Islam?

a)

Bertentangan dengan Islam kerana terdapat pengaruh kuat amalan animisme dan dinamisme

b)

Bertentangan dengan syariah kerana terdapat penggunaan pakaian yang tidak menutup aurat

c)

Bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan

d)

Bertentangan dengan akhlak kerana terdapat pergaulan bebas antara lelaki dan wanita

25.

Manakah antara berikut merupakan kepentingan kreativiti kepada umat Islam hari ini?

i. Dapat bersaing dengan barang yang dikeluarkan oleh non-muslim

ii. Dapat memenuhi semua keperluan harian dan teknologi umat Islam

iii. Dapat meningkatkan ekonomi negara umat Islam lebih tinggi

iv. Dapat menyediakan alternatif kepada barangan yang sedia ada

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas