WorksheetsMasakan Rimba (Backwood Cooking)
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Apakah prinsip utama Masakan Rimba? (Pilih 1)
Memasak menggunakan dapur gas mudah alih
Memesan makanan melalui aplikasi penghantaran Grab Food/Food Panda
Memasak menggunakan bahan dari alam tanpa alatan moden
Memasak hanya menggunakan makanan dalam tin
Mengapa kita perlu menyusun api dalam bentuk 'Teepee' pada permulaan? (Pilih 1)
Supaya nampak cantik seperti khemah
Untuk menyediakan ruang pengudaraan/oksigen
Untuk menghalang angin bertiup
Supaya kayu tidak cepat habis
Antara adalah tujuan utama menggunakan susunan 'Log Cabin', kecuali? (Pilih 3)
Untuk memasak air dengan cepat
Untuk menghalau nyamuk
Untuk menghasilkan timbunan bara api yang stabil
Sebagai tanda kawasan perkhemahan
Antara berikut, manakah bahan yang paling cepat menyambar api? (Pilih 2)
Sabut Kelapa
Kayu Bakau
Ranting Tebal
Daun Kering
Mengapakah susunan 'Teepee' dianggap tidak cekap untuk memasak dalam tempoh yang lama berbanding 'Log Cabin'? (Pilih 2)
Ia sukar mengekalkan timbunan bara yang stabil dan rata
Ia membakar bahan api dengan cepat kerana pengudaraan yang tidak terhalang
Ia menghasilkan terlalu banyak asap yang merosakkan rasa makanan
Ia tidak boleh menggunakan mancis untuk dihidupkan
Apakah risiko utama jika anda memampatkan (padat) susunan bahan api semasa menghidupkan api? (Pilih 2)
Api tidak akan terbakar dengan marak
Kayu akan meletup secara tiba-tiba
Bara api akan menjadi terlalu panas
Api akan terpadam kerana kekurangan oksigen
Mengapa dilarang memasak terus di atas api (flame) yang besar? (Pilih 1)
Makanan hangus di luar tetapi mentah di dalam
Makanan akan menjadi terlalu manis
Makanan akan cepat masak
Kayu api akan meletup
Kenapa langkah "mencucuk menembusi tulang secara zig-zag" dengan buluh sangat kritikal? (Pilih 1)
Untuk memastikan bumbu perapan masuk ke dalam tulang
Untuk memendekkan masa memasak
Supaya darah pada tulang ayam cepat kering
Untuk menghalang ayam daripada berputar secara bebas apabila buluh dipusing
Semasa penyediaan nasi dalam buluh secara melintang, apakah faktor yang menentukan nasi masak dengan sempurna? (Pilih 2)
Penggunaan kepingan buluh sebagai penutup untuk memerangkap wap
Buluh mestilah diletakkan secara menegak di dalam api
Ruas buluh yang digunakan mestilah jenis yang masih hijau/segar
Pengisian beras melebihi 2/3 ruang buluh
Dalam teknik memanggang Roti Lilit, apakah fungsi yis dalam adunan doh? (Pilih 1)
Untuk memberi warna kuning
Supaya doh kembang dan tidak keras
Supaya roti berasa pedas
Untuk mengelakkan ranting terbakar
Mengapakah pengisian beras untuk Nasi Buluh Melintang hanya dibuat sebanyak 1/2 atau 2/3 ruang sahaja? (Pilih 1)
Untuk menjimatkan stok beras yang ada
Untuk memberi ruang kepada nasi mengembang apabila masak
Supaya buluh tidak menjadi terlalu berat
Supaya air tidak melimpah keluar semasa mendidih
Berapakah nisbah air kepada beras untuk mengukus nasi dalam buluh secara melintang? (Pilih 1)
1 bahagian beras : 1 bahagian air
2 bahagian beras : 1 bahagian air
1 bahagian beras : 2 bahagian air
3 bahagian beras : 1 bahagian air
Apakah kegunaan tanah liat setebal 1cm-2cm pada kentang? (Pilih 1)
Sebagai 'oven' semula jadi untuk kawalan haba
Sebagai hiasan makanan
Untuk memberi rasa tanah pada kentang
Supaya kentang tidak dicuri haiwan
Anda mendapati tanah liat yang membalut kentang meretak terlalu awal (bawah 10 minit). Apakah analisis anda? (Pilih 2)
Lapisan tanah yang disapu mungkin terlalu nipis
Kentang tersebut telah pun masak sepenuhnya
Suhu bara api terlalu tinggi
Jenis tanah yang digunakan tidak mengandungi yis
Apakah cara terbaik untuk memadamkan api sebelum meninggalkan tapak? (Pilih 2)
Membiarkan ia padam sendiri
Menggunakan air
Meniup api sehingga padam
Menggunakan pasir
