wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BMMB1134

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan Teori Mentalistik?
a)
Bahasa dipelajari melalui peniruan semata-mata
b)
Bahasa diperoleh melalui rangsangan persekitaran
c)
Bahasa diperoleh melalui keupayaan mental semula jadi manusia
d)
Bahasa dipelajari melalui latihan berulang
2.
Teori Mentalistik menegaskan bahawa kanak-kanak mampu menguasai bahasa kerana..
a)
latihan berulang daripada guru
b)
peniruan pertuturan orang dewasa
c)
pengukuhan positif dan negatif
d)
kebolehan dalaman yang sedia ada
3.
Tokoh utama yang memperkenalkan Teori mentalistik ialah..
a)
B.F. Skinner
b)
Jean Piaget
c)
Noam Chomsky
d)
Lev Vygotsky
4.
Contoh yang menunjukkan pengaruh teori mentalistik ialah..
a)
Murid menghafal dialog secara berulang
b)
Murid menjawab soalan selepas diberi ganjaran
c)
Murid membina ayat baharu tanpa pernah diajar
d)
Murid meniru sebutan guru sepenuhnya
5.
Mengapakah teori mentalistik masih relevan dalam era digital?
a)
Teknologi menggantikan guru sepenuhnya
b)
Bahasa dipelajari melalui hukuman dan ganjaran
c)
Pemikiran murid tetap menjadi asas pemprosesan bahasa
d)
Murid menyalin ayat daripada papan putih
6.
Peranan utama minda dalam keterampilan bahasa menurut teori mentalistik ialah...
a)
memproses dan membentuk struktur bahasa
b)
meniru bunyi bahasa
c)
menghafal kosa kata
d)
Option menerima arahan guru
7.
Teori Biologis menegaskan bahawa keupayaan berbahasa adalah bersifat:
a)
Dipelajari sepenuhnya
b)
Semula jadi sejak lahir
c)
Terhasil daripada latihan
d)
Dipengaruhi oleh hukuman
8.
Dalam satu kelas, guru hanya memberi latihan latih tubi tanpa memberi peluang murid berkomunikasi secara lisan. Murid sukar membina ayat sendiri. Apakah penilaian terbaik berdasarkan Teori Biologis?
a)
Latih tubi perlu ditambah
b)
Murid tidak mempunyai kecerdasan bahasa
c)
Persekitaran bahasa tidak menyokong pemerolehan semula jadi
d)
Hukuman perlu dikenakan
9.
Jika seorang guru terlalu menekankan hafalan tatabahasa tanpa memberi peluang murid berinteraksi, apakah implikasinya menurut Teori Biologis?
a)
Murid akan lebih cepat menguasai bahasa
b)
Pemerolehan bahasa menjadi kurang semula jadi
c)
Murid akan menjadi lebih berdisiplin
d)
Tiada kesan kepada pembelajaran
10.
Hukuman dalam Teori Behaviorisme bertujuan untuk:
a)
Menggalakkan kreativiti
b)
Menghapuskan tingkah laku tidak diingini
c)
Merangsang pemikiran kritis
d)
Meningkatkan motivasi dalaman
11.
Latih tubi berulang kali sesuai dengan Teori Behaviorisme kerana:
a)
Melibatkan pemikiran aras tinggi
b)
Membentuk kebiasaan bahasa
c)
Menggalakkan refleksi kendiri
d)
Meningkatkan kefahaman konsep
12.
Mengapakah kanak-kanak mampu menguasai bahasa dengan cepat menurut Teori Biologis?
a)
Kerana selalu diberi ganjaran oleh ibu bapa
b)
Kerana mempunyai naluri dan struktur mental semula jadi
c)
Kerana latihan berterusan di sekolah
d)
Kerana meniru sepenuhnya bahasa orang dewasa
13.
Teori Behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran bahasa berlaku melalui:
a)
Proses pemikiran dalaman
b)
Keupayaan semula jadi
c)
Rangsangan dan tindak balas
d)
Faktor genetik
14.
Siapakah tokoh utama yang mengemukakan Teori Biologis?
a)
B.F. Skinner
b)
Jean Piaget
c)
Noam Chomsky
d)
Lev Vygotsky
15.
Dalam Teori Behaviorisme, bahasa dianggap sebagai:
a)
Sistem mental semula jadi
b)
Tingkah laku yang boleh diperhatikan
c)
Proses kognitif dalaman
d)
Kebolehan genetik
16.
Tujuan utama pemberian ganjaran ialah untuk:
a)
Menghukum kesalahan
b)
Meningkatkan emosi murid
c)
Mengukuhkan tingkah laku yang betul
d)
Menguji kefahaman
17.
Antara berikut, yang manakah contoh ganjaran positif?
a)
Teguran lisan
b)
Hukuman bertulis
c)
Pujian guru
d)
Denda
18.
Dalam PdP Bahasa Melayu, aplikasi Behaviorisme boleh dilakukan melalui:
a)
Karangan bebas
b)
Main peranan
c)
Latihan ejaan berulang
d)
Debat
19.
Apakah peranan utama Language Acquisition Device (LAD)?
a)
Menghafal perkataan
b)
Membetulkan kesalahan bahasa
c)
Membantu manusia mempelajari struktur bahasa secara automatik
d)
Menyimpan maklumat
20.
Seorang kanak-kanak mampu membina ayat yang tidak pernah dia dengar sebelum ini. Situasi ini menyokong konsep:
a)
Peniruan
b)
Pengukuhan
c)
Keupayaan semula jadi
d)
Hukuman