Search Header Logo
Bahasa Melayu : Menu Sihat (Nuget ayam)

Bahasa Melayu : Menu Sihat (Nuget ayam)

Assessment

Presentation

Education

3rd - 6th Grade

Hard

Created by

Adibah sazili

FREE Resource

14 Slides • 5 Questions

1

Bahasa Melayu : Menu Sihat (Nuget Ayam)

Masak sendiri lebih baik

Slide image

2

Awas!

Bahaya makanan segera.

Makanan segera yang dijual di pasaran secara sejuk beku adalah bahaya untuk dimakan secara kerap.

Slide image

3

Slide image

Nuget merupakan makanan segera terproses yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dunia.


Semua orang menggemari nuget dan jualannya sangat laris. Apakah yang menyebabkan orang ramai

gemar makan makanan ini?


Apakah sebenarnya kandungan nuget ini? Mengapakah ianya merupakan makanan yang bahaya

jika dimakan secara kerap.

4

Kaji sebelum makan!

  • Kandungan lemak tepu yang tinggi boleh menyebabkan salur darah tersumbat.

  • Kalori yang tinggi boleh menyebabkan obesiti (berat badan berlebihan).

  • Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan penyakit hipertensi (darah tinggi).

  • Tinggi kandungan bahan pengawet boleh mengganggu fungsi badan.

Slide image

5

Banyaknya lemak!!!

Hati-hati dalam memilih makanan kita.

Slide image

6

Jadi hari ini kita akan belajar cara-cara membuat nuget ayam yang sihat.

Makanan boleh buat kenapa perlu beli?

Lebih sihat lebih berkualiti.


Beri tumpuan kepada kata kerja, kata nama dan penjodoh bilangan yang digunakan.

Rujuk kamus atau tanya orang dewasa sekiranya tidak faham.

Mari kita mulakan.

7

Bahagian ayam yang manakah perlu kita gunakan? Ya, bahagian dada ayam? Kenapa?

  • kandungan kalori dan lemak yang rendah

  • tinggi kandungn protein (baik untuk tulang dan otot)

Slide image

8

Bahan - bahan A (dikisar/dicincang)

3 keping dada ayam

5 ulas bawang putih

Satu biji bawang besar

2 cm halia

Satu biji lobak merah

Satu pokok daun bawang

2 sudu teh serbuk lada sulah

Garam secukup rasa

Slide image

9

Langkah-langkah

Kisar atau cincang semua bahan-bahan A. Bentukkan nuget mengikut bentuk kegemaran anda. Susun di atas dulang Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit

Slide image

10

Bahan-bahan B (menggoreng)

  • Dua biji telur dipukul

  • Satu cawan Tepung jagung

  • Satu cawan serbuk roti

  • Minyak untuk menggoreng

Slide image

11

Langkah-langkah menggoreng

  1. Gaulkan nuget yang sudah dibentuk ke dalam tepung jagung.
  2. Kemudian, celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
  3. Seterusnya, gaulkan pula ke dalam serbuk roti sehingga rata.
  4. Panaskan minyak dan sedia untuk digoreng.
  5. Goreng nuget sehingga berwarna keemasan. Akhir sekali, angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang.
Slide image

12

Slide image

Siap untuk dihidangkan. Sungguh enak dan berkhasiat. Selamat mencuba!

13

Slide image

Baiklah, sudah sampai masanya kita cabar diri kita pula.

Sila jawab soalan-soalan berikut.

14

Multiple Select

Mengapakan makanan segera terproses bahaya untuk kesihatan?

1

Mengandungi lemak tepu yang tinggi

2

Mengandungi banyak vitamin yang baik untuk tubuh

3

Mengandungi kandungan garam yang tinggi

4

Mengandungi bahan pengawet yang boel mengganggu fungsi badan.

15

Multiple Choice

Apakah yang dimaksudkan dengan obesiti dan hipertensi?

1

Kegemukan dan penyakit jantung

2

Penyakit buah pinggang dan penyakit jantung

3

Berat badan berlebihan dan penyakit darah tinggi

16

Multiple Select

Apakah 3 pilihan yang ada untuk mengamalkan pemakanan yang sihat?

1

Masak sendiri

2

Pilih makanan segera terproses

3

kurangkan gula dan garam dalam makanan

4

Pilih makanan dari sumber semula jadi

17

Open Ended

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu makan makanan yang sihat ?

18

Open Ended

Nyatakan 3 cara yang akan anda lakukan untuk menjadi kanak-kanak yang sihat.

19

Tugasan yang terakhir

Anda dikehendaki menghasilkan sebuah poster perbezaan nuget sihat dengan nuget di pasaran. Poster anda boleh dihasilkan secara tulisan dan lukisan tangan atau menggunakan komputer.


Sila hantar tugasan anda kepada guru Bahasa Melayu kelas masing-masing.


Selamat mencuba.

Bahasa Melayu : Menu Sihat (Nuget Ayam)

Masak sendiri lebih baik

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 19

SLIDE