Search Header Logo
NEURON DAN SINAPS

NEURON DAN SINAPS

Assessment

Presentation

Biology

9th - 10th Grade

Practice Problem

Easy

Created by

Liz Beth

Used 1+ times

FREE Resource

15 Slides • 14 Questions

1

NEURON DAN SINAPS

KOORDINASI DAN GERAK BALAS DALAM MANUSIA

Slide image

2

Apakah itu neuron?

Neuron adalah unit asas sistem saraf

Slide image

3

Struktur neuron

  • Badan sel - mempunyai nukleus dan unjuran sitoplasma (dendrit)

  • Dendrit - cabang pendek daripada badan sel

  • Akson - cabang panjang daripada badan sel

  • Salut mielin - membran penebat yang menyaluti akson

  • Nodus Ranvier - bahagian tidak disalut oleh salut mielin pada sela tetap sepanjang akson

  • Bonggol sinaps - pembengkakan pada hujung akson

Slide image

4

Fungsi bahagian neuron #1

  • dendrit = menerima impuls saraf dari neuron lain/persekitaran luar dan menghantarkannya ke arah badan sel

  • akson = membawa impuls keluar dari badan sel ke neuron lain atau ke efektor

  • badan sel = mengintergrasikan isyarat dan mengkoordinasi aktiviti metabolisme

5

Multiple Choice

Question image

Apakah fungsi dendrit?

1

menerima impuls saraf dari neuron lain/persekitaran luar dan menghantarkannya ke arah badan sel

2

membawa impuls keluar dari badan sel ke neuron atau efektor

6

Multiple Choice

Question image

Apakah bahagian neuron yang mengintergrasikan isyarat dan mengkoordinasi aktiviti metabolisme?

1

akson

2

badan sel

3

dendrit

7

Fungsi bahagian neuron #2

  • salut mielin = melindungi neuron daripada kecederaan, penebat impuls elektrik, membekalkan nutrien kepada akson

  • nodus Ranvier = membantu mempercepatkan impuls saraf dengan membolehkan impuls saraf melompat dari satu nodus ke nodus berikutnya

  • bonggol sinaps = menghantar isyarat ke sel otot, sel kelenjar atau dendrit neuron lain

8

Multiple Choice

Question image

Apakah nama bahagian neuron yang membolehkan impuls saraf melompat?

1

bonggol sinaps

2

nodus Ranvier

3

salut mielin

9

Multiple Select

Antara berikut, fungsi sel mielin termasuk

1

menghantar isyarat ke sel otot, sel kelenjar atau dendrit neuron lain

2

melindungi neuron daripada kecederaan

3

berfungsi sebagai penebat impuls elektrik

4

membekalkan nutrien kepada akson

10

Jenis neuron

a) Neuron motor

b) Neuron deria

c) Neuron geganti

Slide image

11

Neuron motor

  • terdapat dalam akar ventral saraf spina

  • membawa impuls saraf dari neuron geganti sistem saraf pusat dan menghantar impuls saraf ke efektor

  • impuls saraf mengalir dari dendrit ke arah bonggol sinaps

  • mempunyai dendron yang sangat pendek dan akson yang panjang

Slide image

12

Multiple Choice

Kedudukan neuron motor dalam sistem saraf manusia adalah dalam akar

1

ventral saraf spina

2

dorsal saraf spina

13

Multiple Choice

Arah pengaliran impuls dalam neuron motor adalah dari

1

sistem saraf pusat ⟶ efektor

2

reseptor ⟶ sistem saraf pusat

14

Neuron deria

  • terdapat dalam akar dorsal saraf spina

  • membawa impuls saraf dari reseptor organ deria ke sistem saraf pusat

  • dendrit menerima impuls saraf dari reseptor dan menghantar ke arah badan sel

  • mempunyai dendron yang panjang dan akson yang pendek

Slide image

15

Multiple Choice

Kedudukan neuron deria dalam sistem saraf manusia adalah dalam akar

1

ventral saraf spina

2

dorsal saraf spina

16

Multiple Choice

Arah pengaliran impuls dalam neuron deria adalah dari

1

sistem saraf pusat ⟶ efektor

2

reseptor ⟶ sistem saraf pusat

17

Neuron geganti

  • terdapat dalam sistem saraf pusat

  • menghubungkan neuron deria dan neuron motor

  • badan sel terdapat secara berkelompok dalam jisim kelabu sistem saraf pusat

  • menghantar impuls saraf dari neuron deria ke sistem saraf pusat dan dari sistem saraf pusat ke neuron motor

  • mempunyai dendron dan akson yang pendek

Slide image

18

Multiple Choice

Kedudukan neuron geganti dalam sistem saraf manusia adalah dalam

1

sistem saraf pusat

2

sistem saraf periferi

19

Multiple Choice

Antara berikut, yang manakah menunjukkan arah pengaliran impuls dalam neuron geganti?

1

reseptor ⟶ neuron deria ⟶ sistem saraf pusat

2

sistem saraf pusat ⟶ neuron motor ⟶ efektor

3

neuron deria ⟶ sistem saraf pusat ⟶ neuron motor

20

Slide image

21

Sinaps

Sinaps = kawasan celah sempit antara bonggol sinaps satu neuron dan dendrit neuron yang lain

Peranan sinaps = membenarkan perpindahan impuls saraf secara sehala

Slide image

22

Slide image

Sinaps boleh mengawal jenis impuls yang merentasinya

23

Penghantaran impuls merentasi sinaps #1

Impuls elektrik sampai di bonggol sinaps, vesikel sinaps dirangsang untuk membebaskan neurotransmiter ke dalam sinaps.

Slide image

24

Penghantaran impuls merentasi sinaps #2

Neurotransmiter meresap melalui sinaps, bergabung dengan protein reseptor spesifik pada dendrit neuron penerima.

Slide image

25

Penghantaran impuls merentasi sinaps #3

Penggabungan neurotransmiter dengan reseptor merangsang pencetusan impuls yang seterusnya (memastikan impuls dipancarkan terus melalui neuron)

Slide image

26

Multiple Choice

Penghantaran impuls memerlukan tenaga yang banyak. Namakan struktur yang menjana tenaga yang diperlukan untuk penghantaran impuls.

1

Mitokondrion

2

Vesikel sinaps

3

Reseptor penerima

27

Fill in the Blank

Apabila impuls elektrik sampai ke bonggol sinaps, vesikel sinaps dirangsang untuk membebaskan

28

Multiple Choice

Bagaimanakah cara pergerakan neurotransmiter melalui sinaps?

1

meresap

2

melompat

29

Multiple Choice

Bagaimanakah pengaliran impuls ke neuron seterusnya dicetuskan?

1

Melalui penggabungan neurotransmiter dengan reseptor penerima

2

Melalui penghasilan neurotransmiter oleh vesikel sinaps pada bonggol sinaps

NEURON DAN SINAPS

KOORDINASI DAN GERAK BALAS DALAM MANUSIA

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 29

SLIDE