
SAJAK TINGKATAN 1 BAHASA MELAYU
Presentation
•
Education
•
1st Grade
•
Easy
CIKGU SUHAIDAH
Used 13+ times
FREE Resource
27 Slides • 4 Questions
1
SAJAK TINGKATAN 1 BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU SUHAIDAH
2
3
4
Kita Umpama Sehelai Daun (SMahadzir)
Rangkap 1
Penyajak mengumpamakan manusia sebagai daun yang bertunas segar di hujung ranting dan membesar sehingga menjadi tempat untuk unggas menikmati kehidupan dengan
gembira.
Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahawa sekiranya manusia tamak dan tidak mahu memberikan jasa dan bakti, tentunya unggas
yang kecil dan tiada kudrat itu tidak mempunyai tempat berlindung daripada bahang matahari.
Rangkap 3
Penyajak mengingatkan bahawa manusia umpama sehelai daun yang akan kering apabila sampai waktunya. Oleh itu, penyajak menyeru agar manusia tidak sombong akan
keupayaan diri yang hanya bersifat sementara sehingga tiada sifat ihsan terhadap mahkluk duafa yang ingin menumpang hidup.
Rangkap 4
Penyajak menyeru agar manusia menjadikan diri mereka umpama sehelai daun yang bertunas hijau serta menyegarkan mata. Apabila kering, daun itu akan menjadi baja.
5
TEMA & PERSOALAN
Tema
Amalan yang baik dalam kehidupan.
Persoalan
(a) Kebaikan diri yang sanggup memberikan makhluk lain menumpang untuk hidup.
(b) Kesedaran bahawa sifat tamak akan membuatkan pihak lain menghadapi kesukaran untuk hidup.
(c) Insaf akan keupayaan diri yang sementara dan tidak bersikap sombong terhadap makhluk lain.
(d) Setiap jasa yang dilakukan sewaktu hidup akan berterusan sehingga telah meninggal dunia.
6
BENTUK DAN GAYA BAHASA
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Sajak berbentuk bebas.
(b) Terdiri daripada empat rangkap.
(c) Rangkap pertama dan rangkap ketiga mempunyai lima baris; rangkap kedua mempunyai empat baris; rangkap keempat
mempunyai tiga baris.
(d) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
(f) Rima akhir rangkap pertama: ababc; rangkap kedua: abcd; rangkap ketiga: abcbd; rangkap keempat: abb.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Simile. Contohnya, kita umpama sehelai daun.
(b) Asonansi. Contohnya, andai kikir jasa dan bakti (perulangan vokal i).
(c) Aliterasi. Contohnya, hijau menunas menyegar mata (perulangan konsonan m).
7
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
(a) Simpati.
(b) Baik hati.
(c) Keinsafan.
(d) Berbudi pekerti.
Pengajaran
(a) Kita harus bersimpati terhadap insan lain.
(b) Kita harus berbuat baik terhadap insan lain.
(c) Janganlah kita angkuh dan sombong dengan kelebihan diri.
(d) Kita hendaklah menabur budi kepada insan lain.
8
Multiple Choice
ANDA SELESAI MEMBACANYA?
YA
TIDAK
9
10
11
Kuingin Berterima Kasih (Ihsan Noorzali)
Rangkap 1
Sesekali penyajak ingin berterima kasih kepada hujan yang turun menenangkan jiwa.
Rangkap 2
Sesekali penyajak ingin berbudi kepada tanah kerana tanah memberikan hasil untuk para petani.
Rangkap 3
Sesekali penyajak ingin berbisik kepada ikan-ikan yang hidup di lautan kerana ikan-ikan itu telah menghilangkan derita nelayan tua yang tinggal di tempatnya.
Rangkap 4
Sesekali penyajak ingin merakamkan kekagumannya kepada pejuang negara yang setia berkorban demi negara tercinta.
Rangkap 5
Sesekali penyajak ingin menjadi kuntuman bunga menyebarkan haruman di hati manusia yang resah dan menginsafkan manusia terhadap kekejaman perang.
Rangkap 6
Penyajak menyatakan bahawa dunia ini sungguh indah sekiranya manusia merenung setiap ruang kehidupan ini.
12
TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Kesyukuran dan penghargaan akan segala nikmat yang dikecapi dalam kehidupan.
Persoalan
(a) Penghargaan terhadap nikmat hujan yang menjadikan kehidupan menjadi tenang.
(b) Kepentingan tanah yang menyumbangkan hasil untuk para petani.
(c) Ikan merupakan sumber rezeki kepada nelayan.
(d) Penghargaan kepada para pejuang yang setia berjuang dan berkorban demi negara tercinta.
13
BENTUK & GAYA BAHASA
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Berbentuk bebas.
(b) Terdiri daripada enam rangkap.
(c) Rangkap pertama dan kedua mempunyai empat baris; rangkap ketiga, keempat, dan kelima mempunyai lima baris; rangkap keenam mempunyai tiga baris.
(d) Bilangan katanya dua hingga lima patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata sebaris.
(f) Rima akhir bagi rangkap pertama: abcd; rangkap kedua: abca; rangkap ketiga: abccc; rangkap keempat: abcbb, rangkap kelima: abcbd; rangkap keenam: abc.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Metafora. Contohnya, darah kesetiaan.
(b) Repetisi. Contohnya, Sesekali kuingin (baris 1, rangkap 1, 2,3, 4, dan 5).
(c) Simile. Contohnya, kepadamu hujan bagai tetamu.
(d) Asonansi. Contohnya, kepadamu hujan bagai tetamu (perulangan vokal a).
(e) Aliterasi. Contohnya, Sesekali kuingin kalungkan kagum (perulangan konsonan k).
14
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
(a) Berterima kasih.
(b) Kerajinan.
(c) Simpati.
(d) Patriotisme.
(e) Keinsafan.
Pengajaran
(a) Kita perlulah berterima kasih atas segala nikmat yang kita kecapi dalam kehidupan.
(b) Kita hendaklah rajin mengusahakan tanah.
(c) Kita hendaklah bersimpati dengan golongan susah.
(d) Perjuangan dan pengorbanan para pejuang tanah air hendaklah dihargai.
(e) Kita harus merenung kehidupan ini.
15
Multiple Choice
ANDA SUDAH MEMBACANYA?
YA
TIDAK
16
17
18
AKU (Rosli K. Matari)
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa hanya dirinya yang berada di pantai tersebut.
Rangkap 2
Penyajak menyusuri pantai yang panjang dan berpasir sambil membayangkan dirinya sebagai Adam.
Rangkap 3
Penyajak membayangkan dia menjadi orang pertama dicipta pada hari tersebut dan pertama kali dia dapat melihat, laut, langit, dan pohon.
Rangkap 4
Penyajak menyatakan bahawa kelmarin dia masih belum wujud dan tidak dapat mendengar deruan ombak.
Rangkap 5
Penyajak tidak dapat rasa tiupan angin yang bertiup di serata alam.
Rangkap 6
Penyajak tidak mengetahui kewujudan hidupan lain di pantai tersebut.
Rangkap 7
Penyajak menzahirkan keyakinannya bahawa Tuhan Maha Pencipta.
19
TEMA & PERSOALAN
Tema
Kecintaan kepada Pencipta.
Persoalan
(a) Bersyukur kerana dapat menikmati keindahan dunia.
(b) Wujudnya hidupan lain di alam ini.
(c) Yakin bahawa Tuhan Maha Pencipta.
20
BENTUK DAN GAYA BAHASA
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Berbentuk bebas.
(b) Terdiri daripada tujuh rangkap.
(c) Setiap rangkap mempunyai tiga baris.
(d) Bilangan katanya satu hingga empat patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada dua hingga sepuluh suku kata sebaris.
(f) Rima akhir bagi rangkap pertama, kedua, ketiga, dan kelima: abc; rangkap keempat dan ketujuh: abb; rangkap keenam:
aab.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Personifikasi. Contohnya, sentuhan angin ini.
(b) Asonansi. Contohnya, Tidak ada manusia lain (perulangan vokal a).
(c) Aliterasi. Contohnya, laut, langit, dan pohon (perulangan konsonan l).
21
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
(a) Kesyukuran.
(b) Kesedaran.
(c) Keimanan.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah bersyukur kerana dapat hidup di dunia yang indah ini.
(b) Kita harus sedar terdapat hidupan lain yang wujud di alam ini.
(c) Kita harus beriman bahawa Tuhan Maha Pencipta.
22
Multiple Choice
ANDA SUDAH MEMBACANYA?
YA
TIDAK
23
24
25
Kunci Bahasa (Abdul Hadi Yusof)
Rangkap 1
Bahasa yang bermaruah tidak akan diucapkan oleh lidah dengan bahasa yang tidak sopan.
Rangkap 2
Bahasa berbuah itu ialah ucapan yang baik boleh digunakan berkali-kali.
Rangkap 3
Bahasa bersejarah ialah bahasa dalam perbincangan dan perbahasan secara berkesan.
Rangkap 4
Bahasa berwasilah ialah bahasa yang digunakan bagi mengeratkan perhubungan dan persahabatan.
Rangkap 5
Bahasa berbudi merupakan bahasa yang sudah menjadi lumrah digunakan oleh masyarakat untuk urusan harian.
Rangkap 6
Bahasa begitu indah dan tidak habis walaupun digunakan pada setiap hari.
26
TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Bahasa dan kepentingannya dalam kehidupan manusia.
Persoalan
(a) Bahasa hendaklah digunakan dengan betul.
(b) Sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa juga mencetuskan perbahasan.
(c) Bahasa boleh digunakan untuk Memperkukuh silaturahim.
(d) Bahasa yang berbudi sudah menjadi amalan dan budaya dalam masyarakat.
(e) Bahasa begitu indah kerana manusia tidak boleh dipisahkan daripada bahasa.
27
BENTUK DAM GAYA BAHASA
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Berbentuk terikat.
(b) Terdiri daripada enam rangkap.
(c) Setiap rangkap mempunyai dua baris.
(d) Bilangan katanya dua hingga empat patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada enam hingga sebelas suku kata sebaris.
(f) Rima akhir setiap rangkap ialah aa.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Bahasa Arab. Contoh: berwasilah; ukhuwah; ummah.
(b) Repetisi. Contoh: Bahasa.
(c) Asonansi. Contohnya, Bahasa bermaruah (perulangan vokal a).
(d) Aliterasi. Contohnya, Bahasa berbuah (perulangan konsonan b).
28
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
(a) Berhati-hati.
(b) Kebijaksanaan.
(c) Perpaduan.
(d) Berbudi bahasa.
(e) Menghargai bahasa.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah berhati-hati dalam berkomunikasi.
(b) Kita harus bijak menggunakan bahasa.
(c) Kita harus memperkukuh perpaduan menerusi wahana bahasa.
(d) Masyarakat hendaklah menggunakan bahasa yang sopan.
(e) Pengguna bahasa harus menghargai bahasa.
29
Multiple Choice
ANDA SUDAH HABIS MEMBACA?
YA
TIDAK
30
31
SAJAK TINGKATAN 1 BAHASA MELAYU
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU SUHAIDAH
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 31
SLIDE
Similar Resources on Wayground
24 questions
Resultados internos y externos
Presentation
•
KG
24 questions
Makanan Sehat p5
Presentation
•
1st Grade
27 questions
BM Tahun 1 Unit 7
Presentation
•
1st Grade
20 questions
DESAIN GRAFIS
Presentation
•
2nd Grade
28 questions
PSV TINGKATAN 1
Presentation
•
1st Grade
25 questions
Pdpr 17.5.2021
Presentation
•
KG
25 questions
HUKUM-HUKUM TAJWID DALAM BACAAN AL-QUR'AN
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Education
10 questions
Soup, Salad, or Sandwich?
Quiz
•
1st Grade - Professio...
20 questions
place value
Quiz
•
1st Grade
15 questions
Addition and Subtraction
Quiz
•
1st Grade
17 questions
Greetings and Farewells in Spanish
Quiz
•
1st - 6th Grade
20 questions
Addition and Subtraction facts
Quiz
•
1st - 3rd Grade
20 questions
Place Value
Quiz
•
KG - 3rd Grade
10 questions
Identifying Physical and Chemical Changes
Interactive video
•
1st - 5th Grade
15 questions
Chromebook Care and Maintenance
Quiz
•
1st - 5th Grade