Search Header Logo
KATA KERJA TRANSITIF

KATA KERJA TRANSITIF

Assessment

Presentation

World Languages, Other

12th Grade - University

Medium

Created by

AYU AYUE

Used 4+ times

FREE Resource

18 Slides • 13 Questions

1

KATA KERJA TRANSITIF

Aktif dan Pasif

Slide image

2

Kata Kerja Transitif (KKT) :

  • KKT Aktif

  • KKT Pasif

3

KKT Aktif:

  • mempunyai objek yang terdiri daripada frasa nama

  • wujud dengan imbuhan meN-.., meN-...-kan dan meN-...-i

  • boleh juga wujud dengan imbuhan teR-...

4

Contoh KKT aktif berimbuhan meN-.., meN-...-kan dan meN-...-i

memalu kompang

mengelap meja makan

mencurahkan kasih sayang

membebaskan tahanan

menjalani latihan

menjatuhi hukuman

mengiringi pelancong

5

Contoh KKT aktif berimbuhan teR-..

terlanggar seekor kucing

terminum racun

terpijak duri

tertelan biji durian


  • teR-.. ini menggambarkan perlakuan yang tidak sengaja.

6

Kesalahan penggunaan KKT aktif dalam ayat

Datuk menceritakan tentang pengalaman nya ketika zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. (X)


KKT aktif menceritakan di atas memberi maksud bercerita tentang sesuatu. Penggunaan yang tepat ialah bercerita tentang atau menceritakan tanpa kata sendi nama tentang..


Datuk bercerita tentang pengalaman nya ketika zaman pemerintahan British di Tanah Melayu.(√ )

Datuk menceritakan pengalaman nya ketika zaman pemerintahan British di Tanah Melayu.( √ )

7

Kesalahan penggunaan KKT aktif dalam ayat

Kerani itu memberi borang kepada saya untuk diisi. (X)


KKT Aktif memberi membawa maksud menyerahkan sesuatu kepada seseorang. oleh itu selepas penggunaan perkataan memberi perlu diikut oleh orang. Penggunaan yang tepat bagi ayat di atas ialah memberikan yang bermaksud menyerahkan sesuatu.


Kerani itu memberikan borang kepada saya untuk diisi. (√ )


Kerani itu memberi saya borang untuk diisi. (√)

8

Kesalahan penggunaan KKT aktif dalam ayat

Tukang sapu itu mendekati tong sampah dengan longgokan sampah yang disapunya. (X)


KKT Aktif mendekati beri maksud pergi/datang kepada seseorang@sesuatu.

Penggunaan yang tepat ialah mendekatkan yang beri maksud meletak sesuatu supaya dekat.


Tukang sapu itu mendekatkan tong sampah dengan longgokan sampah yang disapunya. ( √ )


9

Multiple Choice

Kamu sedang ___ baju?

1

menganyam

2

menjahit

10

Multiple Choice

Adik ____ basikal mengelilingi tasik itu.

1

mengayuh

2

menuntun

11

Multiple Choice

Pengawas sekolah____tanggungjawab dengan baiknya

1

menjalankan

2

memperoleh

12

Multiple Choice

pekerja itu ____ bas untuk pergi ke tempat kerja.

1

menaikkan

2

menaiki

13

Multiple Choice

Ayah ____ibu seutas gelang emas sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.

1

menghadiahkan

2

menghadiahi

14

KKT Pasif

  • kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif.

  • kata yang mengutamakan objek.

15

Jenis-jenis KKT Pasif

  • KKT Pasif diri pertama

  • KKT Pasif diri kedua

  • KKT Pasif dengan awalan di-... bagi orang ketiga

  • KKT Pasif dengan awalan ber-...

  • KKT Pasif dengan awalan ter-...

  • KKT Pasif dengan perkataan kena

  • KKT Pasif dengan apitan ke-...-an

16

KKT Pasif diri pertama:

  • Bola itu saya tendang

  • Tugasan itu kami laksanakan

  • kelakuannya kami perhatikan

17

KKT Pasif diri kedua:

  • Karangan itu perlu kamu tulis.

  • Surat itu sudah engkau baca?

  • Hukum tajwid ini perlu kalian pelajari.

18

KKT Pasif dengan awalan di-.. bagi orang ketiga:

  • Soalan matematik itu sudah dijawab oleh mereka.

  • Buku novel yang tebal itu sudah dibacanya

  • Tokoh sejarah itu diminati beliau

19

KKT Pasif dengan awalan ber-...

  • Baju abang sudah berbasuh.

  • Kain batik itu belum berjahit.

  • Baju kakak di dalam bakul itu sudah berlipat.

20

KKT Pasif dengan awalan ter-...

  • Novel itu terbaca oleh mereka

  • Kucing itu terlanggar oleh Pak Abu

  • Ubat batuk itu termakan oleh adik.

21

KKT Pasif dengan apitan ke-...-an

  • Burung yang terbang itu kehujanan.

  • Barang kemasnya kecurian pada minggu lepas.

  • Para perserta kem itu keletihan .

22

KKT Pasif dengan perkataan kena

  • Sekumpulan kanak-kanak kena kejar oleh anjing liar.

  • Ramesh kena pukul oleh sekumpulan budak-budak nakal.

  • Kedai emas itu kena rompak oleh tiga orang lelaki bersenjata api.

23

Ingat!

KKT Pasif diri ketiga

  • wajib menerima imbuhan di-... atau di-... diikuti kata sendi oleh.

  • boleh menerima imbuhan ter-.. dan wajib diikuti kata sendi oleh.

  • boleh menerima perkataan kena dan wajib diikuti oleh kata sendi oleh.

24

Multiple Choice

Pilih ayat yang betul penggunaan KKT Pasif:

1

Novel itu saya baca

2

Novel itu dibaca oleh saya

25

Multiple Choice

Pilih ayat yang betul penggunaan KKT Pasif:

1

Bola itu disepak oleh Abu

2

Bola itu Abu sepak

26

Multiple Choice

Pilih ayat yang betul penggunaan KKT Pasif:

1

Rumah Rosni kena rompak pencuri

2

Rumah Rosni kena rompak oleh pencuri

27

Multiple Choice

Pilih ayat yang betul penggunaan KKT Pasif:

1

Biji durian tertelan adik

2

Biji durian tertelan oleh adik

28

Multiple Choice

Pilih ayat yang betul penggunaan KKT Pasif:

1

Kain itu kakak cuci

2

Kain itu dicuci oleh kakak.

29

Multiple Choice

Pilih ayat yang betul penggunaan KKT Pasif:

1

Buku itu sedang mereka baca

2

Buku sedang dibaca oleh mereka

30

Multiple Choice

Pilih ayat yang betul penggunaan KKT Pasif:

1

surat itu perlu kamu balas

2

surat itu perlu dibalas oleh kamu

31

Multiple Choice

Pilih ayat yang betul penggunaan KKT Pasif:

1

beg yang berat itu tidak saya terangkat

2

beg yang berat itu tidak terangkat oleh saya

KATA KERJA TRANSITIF

Aktif dan Pasif

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 31

SLIDE