Search Header Logo
SAINS T3 BAB 8 KERADIOAKTIFAN

SAINS T3 BAB 8 KERADIOAKTIFAN

Assessment

Presentation

Science

3rd Grade

Practice Problem

Hard

Created by

Mas Saie

Used 8+ times

FREE Resource

26 Slides • 14 Questions

1

SAINS T3 BAB 8 KERADIOAKTIFAN

Sejarah penemuan keradioaktifan

Atom dan nukleus

Sinaran mengion dan tidak mengion

Kegunaan sinaran radioaktif

Slide image

2

8.1 Sejarah Penemuan Keradioaktifan

Wilhelm Conrad Roentgen, Henri Becquerel serta Pasangan Marie dan Pierre Curie

3

Sejarah Penemuan Keradioaktifan

  • 1895 - Wilhelm Conrad Roentgen dari Jerman menjumpai sinar-X (@ X-ray) apabila secara tidak sengaja mengambil gambar foto sinar-X tangan isterinya, dan mencipta Tiub sinar-X.

  • 1896 - Henri Becquerel menjumpai keradioaktifan apabila beliau mendapati garam uranium boleh menggelapkan plat foto.

  • 1903 - Pasangan Marie dan Pierre Curie mempelopori kajian tentang keradioaktifan melalui kuasa pengionan, pancaran gamma dan mengekstrak unsur polonium dan radium daripada bijih uranium. Unit pengukuran keradioaktifan yang pertama juga diambil sempena nama mereka, iaitu curie (Ci).

4

Apakah Keradioaktifan?

  • bermaksud proses pereputan secara rawak dan spontan bagi nukleus yang tidak stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif.

  • 3 jenis sinaran radioaktif ; sinar-alfa (α), sinar-beta (β) dan sinar-gamma (Ɣ).

5

Pancaran yang spontan

Pancaran sinaran radioaktif seperti sinar alfa, beta dan gamma berlaku secara spontan dan rawak daripada bahan isotop radioaktif yang tidak stabil untuk membentuk bahan yang lebih stabil. Proses ini berlaku secara spontan, tidak dipengaruhi oleh faktor fizikal (suhu, tekanan, masa) dan dipancar pada selang tidak sekata pada kadar yang berbeza. Proses ini akan menghasilkan nukleus baru (dengan no. proton yang berbeza) dan sinaran radioaktif sebagai bahan sampingan.

6

Proses Pereputan Bahan Radioaktif

Proses pereputan ialah proses nukleus yang tidak stabil secara spontan memancarkan sinaran radioaktif dan berubah sehingga nukleus tersebut menjadi stabil. Proses tersebut menyebabkan nombor proton dan neutron atom tersebut berubah menjadi unsur lain yang lebih stabil..

Proses pereputan berhenti apabila nukleus sudah stabil.

Slide image

7

Slide image

Proses Pereputan dan Penghasilan Sinaran Radioaktif

8

Slide image

Perubahan pada nombor proton dan neutron selepas pereputan

9

Slide image

Perbezaan sinar alfa, beta dan gamma

10

Unit Pengukuran Keradioaktifan

  • Unit bagi kadar pereputan nukleus yang tidak stabil (kadar keradioaktifan) pada awalnya diukur dalam unit curie (Ci).

  • 1 curie (Ci) = 3.7 x 1010 pereputan/saat

  • Kini unit SI yang digunakan untuk pengukuran kadar keradioaktifan adalah becquerel (Bq)

  • 1becquerel (Bq) = 1 pereputan/saat

11

Setengah Hayat Radioaktif

Setengah hayat atau T1/2 nuklida radioaktif adalah masa yang diambil bagi separuh daripada nukleus bahan radioaktif untuk mereput, dan berkurang menjadi separuh.

Slide image

12


Nilai Setengah Hayat bagi suatu sampel bahan radioaktif adalah tetap dan tidak bergantung kepada jumlah baki sampel selepas pereputan

Slide image

13

KITA BERHENTI SETAKAT INI...

dan jawab kuiz ini dahulu.

14

Multiple Choice

Apakah yang dimaksudkan dengan keradioaktifan?

1

proses pereputan secara rawak dan spontan bagi nukleus yang tidak stabil dengan memancarkan gelombang radioaktif.

2

proses pereputan secara rawak dan spontan bagi nukleus yang tidak stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif.

3

proses perubahan secara nukleus yang tidak stabil dengan memancarkan sinaran gamma.

4

proses perubahan secara rawak dan spontan bagi nukleus yang stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif.

15

Multiple Select

Yang manakah benar mengenai pereputan sinar alfa?

1

Jisim besar

2

Menghasilkan zarah Helium

3

Tidak bercas

4

Kuasa pengionan tinggi

5

Kuasa penembusan tinggi

16

Multiple Choice

Yang manakah TIDAK BENAR mengenai Sinar Beta?

1

Kuasa penembusan sederhana

2

Bercas positif

3

Jisim sangat kecil

4

Merupakan elektron laji

17

Multiple Select

Nyatakan 3 jenis sinaran radioaktif.

1

Sinar alfa

2

Sinar beta

3

Sinar-X

4

Sinar Ultraviolet

5

Sinar gama

18

Multiple Choice

Sinaran yang manakah merupakan gelambang elektromagnet?

1

Sinar alfa

2

Sinar beta

3

Sinar gama

19

Multiple Choice

Apakah unit SI yang digunakan untuk mengira kadar keradioaktifan?

1

Curie (Ci)

2

Foton (F)

3

Becquerel (Bq)

4

Kilowatt (KW)

20

Multiple Choice

Penyataan yang manakah paling tepat menerangkan maksud setengah hayat?

1

Masa yang diambil untuk bahan radioaktif bertindakbalas dengan bahan lain.

2

Masa yang diperlukan oleh bahan radioaktif untuk habis mereput.

3

Masa yang diperlukan untuk bahan radioaktif untuk menghasilkan sinar-gama.

4

Masa yang diambil bagi separuh daripada nukleus bahan radioaktif untuk mereput, dan berkurang menjadi separuh.

21

Rehat 5 minit dulu....

pasni sambung balik......

22

8.2 Atom dan Nukleus

Struktur dan Komponen atom

23

Kajian tentang Struktur Atom

Atom berasal daripada perkataan 'atomos' yang bermaksud tidak boleh dibahagi. Pada tahun 1808, John Dalton mengatakan atom merupakan zarah terkecil. Namun demikian, perkembangan sains telah menemukan zarah yang lebih kecil yang merupakan komponen bagi atom.

Slide image

24

3 Komponen Atom

  • Proton - bercas positif dan berada di dalam nukleus

  • Neutron - tidak bercas dan juga berada di dalam nukleus.

  • Elektron - bercas negatif dan beredar sekeliling nukleus dalam orbit tertentu.

Slide image

25

Slide image

26

Slide image

Kaedah berbeza melukis atom

27

Slide image

Contoh atom bagi unsur yang berbeza.

28

Ciri-ciri atom yang asal

  • Jumlah proton (cas positif) dan elektron (cas negatif) adalah sama banyak menyebabkan cas atom asal adalah neutral (tidak bercas).

  • Jumlah neutron tidak menentu tetapi hampir sama dengan jumlah proton.

  • Jumlah proton dan neutron di dalam nukleus adalah kekal (kecuali berlaku pereputan).

  • Jumlah elektron boleh berubah memandangkan elektron yang berada di orbit terluar boleh berpindah/melompat ke atom yang lain

Slide image

29

Penghasilan ion (atom bercas)

  • Perpindahan elektron dari satu atom ke atom yang lain akan menyebabkan jumlah proton dan elektron tidak lagi sama.

  • Kehilangan keseimbangan cas ini akan menyebabkan salah satu zarah bercas melebihi jumlah yang lain, dan atom menjadi bercas.

  • Cas atom adalah bergantung kepada cas mana yang lebih banyak.

Slide image

30

Penghasilan ion (atom bercas)

  • Atom yang menderma elektron akan mempunyai proton yang lebih banyak dan membentuk ion positif.

  • Atom yang menerima elektron akan mempunyai elektron yang lebih banyak dan membentuk ion negatif.


Slide image

31

Slide image

Contoh pembentukan ion Na1+

32

Slide image

Contoh pembentukan ion Cl1-

33

Multiple Choice

Berikut adalah komponen asas bagi atom kecuali....

1

proton

2

neutron

3

nukleon

4

elektron

34

Multiple Select

Apakah 2 zarah yang membina nukleus suatu atom?

1

elektron

2

proton

3

neutron

4

nukleon

35

Multiple Choice

Nukleus atom bercas....

1

positif

2

negatif

3

neutral

4

tidak bercas

36

Multiple Choice

Atom asal mempunyai jumlah proton yang ___________ jumlah elektron.

1

lebih banyak daripada

2

lebih sedikit daripada

3

sama banyak dengan

4

berbeza daripada

37

Multiple Choice

Sekiranya suatu atom mengalami kehilangan elektron, ia akan membentuk.......

1

ion negatif.

2

ion positif.

3

atom yang neutral.

4

atom yang lebih stabil.

38

Multiple Select

Orbit suatu atom bermaksud....

1

landasan untuk elektron bergerak mengelilingi nukleus.

2

putaran bulan mengelilingi bumi.

3

putaran bumi pada paksinya.

4

jumlah nukleus yang sama seperti elektron.

39

Multiple Choice

Atom Z mempunyai 8 proton dan 8 elektron. Selepas berlaku perpindahan elektron, jumlah elektron atom Z menjadi 10. Berapakah cas terbaru bagi Atom Z?

1

Cas 1 negatif (- 1)

2

Cas 1 positif (+ 1)

3

Cas 2 negatif (- 2)

4

Cas 2 positif (+2)

40

Abis kelas hari ini...

Akan bersambung di episod 2....

SAINS T3 BAB 8 KERADIOAKTIFAN

Sejarah penemuan keradioaktifan

Atom dan nukleus

Sinaran mengion dan tidak mengion

Kegunaan sinaran radioaktif

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 40

SLIDE