
KOMSAS ANTOLOGI:PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
Presentation
•
World Languages
•
9th Grade
•
Medium
Noor Suzela Idris
Used 89+ times
FREE Resource
17 Slides • 5 Questions
1
KOMSAS ANTOLOGI:PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
2
SINOPSIS
3
Cerita dimulakan dengan kisah sepasang suami isteri yang miskin telah berjalan-jalan mengelilingi negeri lalu pergi berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Setelah dilihat oleh orang ramai akan pasangan yang memakai pakaian carik itu, mereka telah melemparkan kayu dan batu ke arah pasangan miskin tadi hingga menyebabkan tubuh suami isteri itu bengkak-bengkak dan berdarah. Betara Angkasa Indera Dewa telah mengarahkan mereka mengusir pasangan miskin itu. Hal ini telah menyebabkan pasangan miskin tadi melarikan diri ke dalam hutan. Dalam perjalanan pulang, pasangan itu telah terjumpa tempat orang membuang sampah. Takdir Allah telah menentukan mereka untuk berjumpa dengan sebiji ketupat basi dan buku tebu lalu dimakannya. Pasangan miskin ini mengambil keputusan untuk tidur di sana. Pada hari yang berikutnya, pasangan ini mencuba nasib lagi untuk meminta makanan tetapi masih gagal.
4
Melihat isterinya yang sakit, Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan. Tidak lama selepas itu, isterinya telah hamil tiga bulan dan mengidam hendak makan buah mangga. Si Miskin pergi ke sebuah kedai menjual buah-buahan lalu meminta buah yang telah dibuang daripada peniaga itu. Hal ini telah menyebabkan peniaga-peniaga itu berasa amat kasihan kepadanya lalu memberikan buah, juadah, nasi dan kain. Namun, si isteri menangis lagi kerana dia masih mengidam buah mangga yang ditanam dalam taman raja.
5
Si suami terus berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan hasratnya meminta sebiji buah mangga. Setelah mendengar permintaan itu, baginda menyuruh orangnya memberikan setangkai buah mangga kepada Si Miskin itu. Buah mangga itu telah dibawa pulang lalu diberi kepada isterinya. Selang tiga hari, si isteri mengidam lagi hendak makan buah nangka di taman raja. Sekali lagi dia telah berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan tujuannya tetapi hanya meminta sehelai daun nangka. Namun begitu, baginda telah memberikan sebiji buah nangka kepada si miskin itu. Kehidupan pasangan ini menjadi senang apabila sering diberi barangan keperluan oleh orang ramai.
6
Pada malam empat belas haribulan, isteri Si Miskin telah melahirkan seorang bayi lelaki lalu dinamakan Marakarma. Pasangan ini akhirnya berpindah ke sebuah pondok. Pada suatu hari, si suami telah menggali tanah untuk mendirikan tiang rumah. Dia telah terjumpa tajau yang mengandungi emas. Emas itu dibawa oleh Si Miskin kepada saudagar di negeri Anta Beranta. Si Miskin hanya mahukan saudagar di negeri Anta Beranta itu memberikannya sepasang kasut, tetapi apabila melihat emas yang terlalu banyak saudagar itu meminta tempoh selama tujuh tahun untuk menunaikan permintaan Si Miskin. Kemudian, Si Miskin pergi berjumpa dengan saudagar lain lalu meminta mereka membelikan tongkat, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda dan kain.
7
Si Miskin balik ke rumah lalu mandi. Kemudian dia memangku anaknya itu sambil menyeru jika benar anaknya itu ialah anak dewa, maka dia mahu dibinakan sebuah negeri di dalam hutan itu yang lengkap dengan sebuah kota, istana, menteri, hulubalang dan rakyat. Dengan takdir Allah Taala, jadilah sebuah negeri yang lengkap lalu dia menjadi Maharaja Indera Angkasa di negeri Pura bernama Puspa Sari dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi. Tidak lama selepas itu. Ratna Dewi telah mengandung lagi lalu melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Sambutan kelahiran secara besar- besar telah dilakukan selama empat puluh hari empat puluh malam mengikut adat istiadat istana.
8
Multiple Choice
Apakah yang diterima oleh Si Miskin setelah mereka mendengar keluhannya dengan orang berkedai?
buah dan juadah
kain, nasi dan juadah
juadah, kain, buah dan nasi
air, nasi, juadah, buah dan kain
9
TEMA
Ketabahan hidup sepasang suami isteri yang miskin tinggal di negeri Anta Beranta.
10
PERSOALAN
Kecekalan hati menghadapi cabaran hidup.
Sikap memandang hina terhadap orang miskin.
Kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
Kesetiaan isteri terhadap suami.
Sikap belas kasihan terhadap golongan miskin.
11
WATAK dan PERWATAKAN
Maharaja Indera Angkasa
Suami Tuan Puteri Ratna Dewi.
Berasal dari raja keinderaan.
Disumpah oleh Betara Guru kerana membawa isteri turun ke bumi tanpa memberitahunya.
Seorang yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam kemiskinan.
12
WATAK SAMPINGAN
Tuan Puteri Ratna Dewi
Isteri Maharaja Indera Angkasa.
Berasal dari raja keinderaan.
Disumpah menjadi miskin oleh Betara Guru kerana mengikut suaminya turun ke bumi.
Seorang yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam kemiskinan.
Tuan Puteri Ratna Dewi juga seorang yang setia akan suaminya.
13
WATAK SAMPINGAN
Maharaja Indera Dewa
Raja di negeri Anta Beranta.
Seorang yang berhati mulia.
Betara Angkasa Indera Dewa
Salah seorang raja di negeri Anta Beranta.
Seorang yang tidak berperikemanusiaan
14
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah menunjukkan perwatakan Tuan Puteri Ratna Dewi seperti yang terdapat dalam sinopsis di atas?
Seorang yang setia kepada raja.
Seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup.
Seorang yang terlalu mengikut perasaan dan sombong
Seorang isteri yang tidak menghargai jasa suaminya.
15
LATAR
Latar Tempat
Negeri Anta Beranta.
Tempat pembuangan sampah.
Pasar - Kedai menjual buah
Taman Maharaja Indera Dewa.
16
LATAR
Latar Masa
Waktu siang.
Waktu petang.
Tiga bulan.
Selang tiga hari.
Malam empat belas haribulan.
Waktu malam
17
LATAR
Latar Masyarakat
Masyarakat yang memandang hina terhadap orang miskin
Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang.
Masyarakat yang setia terhadap pasangan
Masyarakat yang memiliki sikap belas kasihan.
18
Multiple Choice
Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan prosa tradisional di atas ialah....
masyarakat yang baik hati
masyarakat yang adil
masyarakat yang bekerjasama
masyarakat yang tinggal di hutan
19
NILAI
Kasih sayang.
Kegigihan.
Baik hati.
Ketaatan
Berdikari
Belas kasihan
20
PENGAJARAN
Kita perlulah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu.
Kita hendaklah taat akan suami.
Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap
orang lain.
Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain.
Kita mestilah sayang akan isteri.
21
Multiple Choice
Pada pendapat anda, apakah faedah berbuat baik sesama manusia?
Dapat menjamin kesihatan diri
Sentiasa dalam kebaikan
Mengurangkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
Dapat menghindari persengketaan yang hanya merugikan kedua-dua belah pihak
22
Multiple Choice
Cerita Bahagia Sesudah Derita berakhir dengan
Si Miskin bersama dengan isterinya dipenjarakan.
Si Miskin ambil alih tampuk pemerintahan Maharaja Indera Dewa.
Si Miskin hidup bahagia dan menjadi Maharaja Indera Angkasa.
Si Miskin hidup bahagia bersama keluarganya di pondok berhampiran hutan.
KOMSAS ANTOLOGI:PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 22
SLIDE
Similar Resources on Wayground
15 questions
SIEzen oder DUzen ?
Presentation
•
9th Grade
15 questions
Struktur Teks Cerita Pendek
Presentation
•
9th Grade
19 questions
Purpose and Intention
Presentation
•
9th Grade
14 questions
Kata Penekan dan Pembenda
Presentation
•
9th Grade
16 questions
Bilangan Berpangkat IV (Pangkat Nol dan Negatif)
Presentation
•
9th Grade
19 questions
Tata Surya dan Luar Angkasa
Presentation
•
KG
16 questions
Teks Laporan Percobaan
Presentation
•
9th Grade
17 questions
Menyimak Laporan Hasil Observasi
Presentation
•
10th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
GPA Lesson
Presentation
•
9th - 12th Grade
7 questions
Albert Einstein
Quiz
•
3rd Grade
31 questions
Bridge A Review
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Blue Sue and Red Ruth
Quiz
•
3rd Grade
8 questions
(Day12 HW) Inverse Trig Ratios
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Summer Geometry QUIZ (Week3)
Quiz
•
9th Grade
16 questions
Theme Practice
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Taxes
Quiz
•
9th - 12th Grade
Discover more resources for World Languages
10 questions
GPA Lesson
Presentation
•
9th - 12th Grade
8 questions
(Day12 HW) Inverse Trig Ratios
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Summer Geometry QUIZ (Week3)
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Taxes
Quiz
•
9th - 12th Grade
16 questions
Warm Up: Basics of Geometry
Quiz
•
9th Grade
16 questions
Translations and Reflections
Quiz
•
9th - 10th Grade
17 questions
High School Survival Guide
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Banking
Quiz
•
9th - 12th Grade