
Bahasa Melayu Moden: Perancangan Bahasa
Presentation
•
World Languages
•
University
•
Medium
Juan Grimorales
Used 27+ times
FREE Resource
20 Slides • 5 Questions
1
Bahasa Melayu Moden: Perancangan Bahasa
Secara kasar, perancangan bahasa dijalankan dalam tiga peringkat utama, iaitu penentuan bahasa, pelaksanaan rancangan, dan penilaian.
2
Konsep perancangan bahasa
Perancangan bahasa bererti pembinaan bahasa secara sedar untuk memungkinkan sesuatu bahasa itu berupaya menangani fungsi-fungsi baru yang dikenakan ke atasnya. Bahasa melayu dirancang supaya dapat menjadi bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang dan kehakiman, bahasa ilmu, dan bahasa seluruh sistem kehidupan moden.
3
peringkat perancangan bahasa
4
Perancangan Taraf
(a) Penentuan atau pemilihan kod (bahasa)
5
a) Penentuan kod bahasa
Peringkat ini merupakan peringkat pertama perancangan bahasa. Bahasa Melayu dipilih sebagai kodnya kerana Perkara 152 Perlembagaan Tanah Melayu (1957) telah menetapkan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
6
(a) Penentuan kod bahasa
Penyata Rahman Talib (1960) turut memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah menengah Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 pula menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
7
Perancangan Taraf
(b) Penilaian
8
(b) Penilaian
Peringkat ini merupakan peringkat peninjauan kembali berkenaan hasil dan kesan aktiviti perancangan. Peringkat ini melibatkan pengguna bahasa. Penilaian boleh dibuat secara formal oleh ahli akademik, juga kritikan melalui akhbar atau rungutan penutur atau individu biasa.
9
(b) Penilaian
Langkah ini bertujuan untuk membantu perancangan selanjutnya, di samping membaiki kelemahan yang ada. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) umpamanya, mengalami proses ini apabila dibuat pindaan dan tokok tambah terhadap edisi-edisi sebelumnya.
10
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang menunjukkan perancangan bahasa Melayu pada peringkat pertama?
I Melaksanakan rancangan yang disusun
II Mempertimbangkan kedudukan bahasa-bahasa lain
III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
IV Melaksanakan kajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
11
Multiple Choice
Perancangan taraf ialah usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang
bertaraf antarabangsa
digunakan dalam sistem perhubungan dan pendidikan negara
dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengembangkan ilmu pengetahuan
12
Multiple Choice
Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah
ditulis dengan apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.
Petikan di atas tercatat dalam
Penyata Razak
Penyata Rahman Talib
Akta Bahasa Kebangsaan
Perlembagaan Persekutuan
13
Perancangan Korpus (Bahan)
14
a) Pengekodan
Pengekodan bererti penyeragaman, iaitu proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam, atau usaha-usaha atau prosedur-prosedur pembakuan bahasa
15
Pengekodan melibatkan korpus-korpus yang berikut:
16
(i) Ejaan
Sistem ejaan bahasa Melayu terdiri daripada Jawi dan Rumi, tetapi ejaan Rumi merupakan ejaan utama selepas kemerdekaan.
Pedoman rasmi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1987) atau Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (2000) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1993).
Ejaan Jawi pula perlu menggunakan pedoman daripada Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988).
17
(ii) Tatabahasa
Proses pengekodan dalam aspek ini ialah pengembangan cara-cara pembentukan kata (morfologi), frasa dan ayat (sintaksis). Umpamanya, digunakan bentuk gandaan separa bagi pembentukan istilah teknikal, seperti pepejal, gegendang, sesendi, dan sebagainya. Bahasa Melayu juga meminjam morfem-morfem asing, seperti pra-, anti-, isme-, dan lain-lain lagi, yang membolehkan banyak perkataan baharu dapat dibentuk.
18
(ii) Tatabahasa
Proses pengekodan dalam aspek ini ialah pengembangan cara-cara pembentukan kata (morfologi), frasa dan ayat (sintaksis). Umpamanya, digunakan bentuk gandaan separa bagi pembentukan istilah teknikal, seperti pepejal, gegendang, sesendi, dan sebagainya. Bahasa Melayu juga meminjam morfem-morfem asing, seperti pra-, anti-, isme-, dan lain-lain lagi, yang membolehkan banyak perkataan baharu dapat dibentuk.
19
(ii) Tatabahasa
Kejayaan pada peringkat ini ialah penerbitan buku tatabahasa, antaranya Nahu Melayu Mutakhir (DBP:1982) oleh Asmah Haji Omar. Kemudian muncul buku Tatabahasa Dewan Jilid 1 (DBP:1987) berkenaan dengan sintaksis, dan Tatabahasa Dewan Jilid 2 (DBP:1989) berkenaan dengan morfologi. Kedua-dua jilid itu kemudiannya digabungkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), dan ditambahsuaikan menjadi Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008).
20
(iii) Perkamusan
Usaha dalam aspek ini dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penerbitan swasta dan orang perseorangan. Tujuannya supaya perkataan-perkataan baharu diketahui dan difahami maknanya dengan jelas.
21
(iv) Sebutan
Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu yang menyebabkan perbezaan sebutan memerlukan pembentukan satu variasi seragam untuk kegunaan semua penutur dalam situasi rasmi.
22
(v) Istilah
Pelbagai jawatankuasa istilah telah diwujudkan untuk melaksanakan pembentukan istilah. Pedoman Pembentukan Istilah (1975) dijadikan panduan.
Pelbagai pedoman telah diterbitkan, seperti Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Pedoman Penyusunan Kamus Istilah, Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi (1988), dan sebagainya
23
(b) Pemupukan
Pemupukan ialah usaha-usaha mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain
24
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan
dengan perancangan korpus bahasa?
I Menerbitkan buku panduan terjemahan
II Membentuk satu variasi bahasa Melayu baku
III Memantapkan sistem ejaan dalam bahasa Melayu
IV Mewujudkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
25
Multiple Choice
Matlamat kelima undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1959, Bahagian (5) menyatakan bahawa DBP perlu menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa kebangsaan.
Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang dinyatakan di
atas termasuk dalam proses
pengekodan
pemupukan
perancangan
penyeragaman
Bahasa Melayu Moden: Perancangan Bahasa
Secara kasar, perancangan bahasa dijalankan dalam tiga peringkat utama, iaitu penentuan bahasa, pelaksanaan rancangan, dan penilaian.
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 25
SLIDE
Similar Resources on Wayground
19 questions
PROSES PRODUKSI KERAJINAN BAHAN LUNAK
Presentation
•
12th Grade - University
21 questions
PLAGIARISME
Presentation
•
University
19 questions
NEGOSIASI DAN KERJASAMA TIM
Presentation
•
University
23 questions
A2(1)第18課レッスン
Presentation
•
University
21 questions
Prediksi soal US 2022
Presentation
•
12th Grade
18 questions
Bahasa Indonesia
Presentation
•
12th Grade
18 questions
Ulasan Karya Kita
Presentation
•
12th Grade
19 questions
Aku Tidak Mahu Lagi
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
28 questions
US History Regents Review
Quiz
•
11th Grade
36 questions
Biology Regents Review
Quiz
•
9th - 10th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
38 questions
Regents Life Science General Review
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
6th Grade
21 questions
EOY Grade 6 Benchmark Assessment - Content Skills
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade