
KATA HUBUNG DAN AYAT MAJMUK
Presentation
•
World Languages, Education
•
11th Grade
•
Easy
BERAHIM NOOR FARIDAH
Used 2+ times
FREE Resource
13 Slides • 17 Questions
1
KATA HUBUNG DAN AYAT MAJMUK
2
3
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’)
Salah:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.
Betul:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.
4
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan
Salah:
-Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.
Betul:
-Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.
5
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.
Salah:
-Awak datang dari Melaka atau Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau dadah.
Betul:
-Awak datang dari Melaka atau dari Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.
6
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’.
(pilih salah satu sahaja)
Salah:
-Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan.
Betul:
-Dia belajar dari pagi hingga petang hari.
-Dia belajar dari pagi ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan.
-Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.
7
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan ‘had’ serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara faktor tersebut ialah …….)
Salah:
-Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos.
Betul:
-Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos.
8
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja. (Jangan gunakan ‘dan’ )
Salah:
-Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.
Betul:
-Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.
9
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia.
Salah:
-Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.
Betul:
-Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.
10
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’.
Salah:
-Dia kaya dan dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang.
Betul:
-Dia kaya tetapi dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.
11
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’.
Salah:
-Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.
Betul:
-Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.
12
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. ‘oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat.
Salah:
-Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.
13
YANG BETUL
Betul:
-Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan
14
Multiple Choice
Mei Mei bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
lalu
lantas
manakala
sehingga
15
Multiple Choice
Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
dan
tetapi
malah
namun
16
Multiple Choice
Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
bila
ketika
supaya
agar
17
Multiple Choice
Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
dan
serta
sambil
atau
18
Multiple Choice
Yang manakah kata hubung yang tepat bagi ayat ini.
Pihak berkuasa melaporkan ________ jalan ke Kundasang sudah boleh dilalui kenderaan berat.
bahawa
yang
untuk
supaya
19
Multiple Choice
Raj dan keluarganya pernah ke Pulau Tioman _______________ dia kecil dahulu.
setelah
sebelum
sesudah
sewaktu
20
Multiple Choice
Jalan raya ke pusat bandar menjadi sesak __________ terdapat kerja-kerja membaiki jalan.
sebab
oleh sebab
kerana
sekiranya
21
Multiple Choice
Drama televisyen itu dapat menarik lebih ramai penonton __________ dibintangi oleh pelakon popular.
jikalau
semasa
sementara
malahan
22
Multiple Choice
Razif menggilap sepatu yang hendak dipakainya ke majlis itu ____________ kelihatan menarik.
untuk
kerana
supaya
jikalau
23
Multiple Choice
Ainin masih menangis ______________ telah dipujuk oleh ibunya kerana berita kemalangan yang membabitkan tunangnya.
setelah
sekiranya
meskipun
kemudian
24
Multiple Choice
Pak Kassim menanam jagung _________ menunggu padinya masak.
sehingga
tatkala
bagi
sementara
25
Multiple Choice
Pilih ayat yang betul dengan menggunakan kata hubung yang tepat.
Siti merupakan pelajar yang amat rajin atau disenangi oleh semua pelajar.
Siti merupakan pelajar yang amat rajin dan disenangi oleh semua pelajar
Siti merupakan pelajar yang amat rajin tetapi disenangi oleh semua pelajar.
Siti merupakan pelajar yang amat rajin serta disenangi oleh semua pelajar.
26
Multiple Choice
Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang sesuai.
Heng Ze mengalami kesakitan di pinggangnya ketika terjatuh dari katil.
Heng Ze mengalami kesakitan di pinggangnya semasa terjatuh dari katil.
Heng Ze mengalami kesakitan di pinggangnya setelah terjatuh dari katil.
Heng Ze mengalami kesakitan di pinggangnya manakala terjatuh dari katil.
27
Multiple Choice
Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang sesuai
Farid sanggup membeli komputer yang mahal itu apabila terpaksa berhutang dengan kawannya.
Farid sanggup membeli komputer yang mahal itu sekiranya terpaksa berhutang dengan kawannya.
Farid sanggup membeli komputer yang mahal itu andai terpaksa berhutang dengan kawannya.
Farid sanggup membeli komputer yang mahal itu walaupun terpaksa berhutang dengan kawannya.
28
Multiple Choice
Ayat berikut menggunakan kata hubung yang BETUL, kecuali
Azlan didenda oleh gurunya kerana menganggu rakan-rakannya ketika sedang belajar.
Jason terkejut apabila disergah oleh rakannya.
Nur dan Ani akan menghadiri majlis itu walaupun mereka diundang.
Hana dan Hani bergaduh kerana berebutkan baju sukan baharu
29
Multiple Choice
Pilih ayat yang betul
Zila mahu melanjutkan pelajarannya sama ada di luar negara dan di dalam negara.
Dani terjaga daripada tidur sambil keluar mencari ibunya di ruang tamu.
Beberapa orang pelajar yang mengalami keracunan makanan telah dikejarkan ke hospital.
Lina merajuk sehingga emaknya tidak membelikannya mainan
30
Multiple Choice
Ainin masih menangis ______________ telah dipujuk oleh ibunya kerana berita kemalangan yang membabitkan tunangnya.
setelah
sekiranya
meskipun
kemudian
KATA HUBUNG DAN AYAT MAJMUK
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 30
SLIDE
Similar Resources on Wayground
21 questions
Menilai Karya Melalui Resensi
Presentation
•
11th Grade
21 questions
Budidaya ayam pedaging
Presentation
•
11th Grade
22 questions
PERHITUNGAN TITIK IMPAS USAHA MAKANAN KHAS DAERAH
Presentation
•
11th Grade
24 questions
Ide Pokok & Pendukung
Presentation
•
4th Grade
23 questions
Mengenal Bakat dan Minat (2)
Presentation
•
11th Grade
23 questions
SEJARAH PEMINATAN_REVOLUSI AMERIKA
Presentation
•
11th Grade
24 questions
PPt Resepsionis
Presentation
•
11th Grade
22 questions
Pelatihan Aplikasi Quizizz
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
11 questions
Hallway & Bathroom Expectations
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
12 questions
2026 TAP Technology in the Classroom
Presentation
•
Professional Development
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 2 Review
Quiz
•
5th Grade
15 questions
HCS SCI 04 Summer School Review 2
Quiz
•
4th Grade
59 questions
Geometry Unit 3 Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
14 questions
FAST ELA READING SMAPLE TEST MATERIALS
Passage
•
3rd Grade