
BAHASA MELAYU
Presentation
•
World Languages
•
12th Grade
•
Medium
Anis Izwani
Used 2+ times
FREE Resource
29 Slides • 3 Questions
1
BAHASA MELAYU
NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
2
Multiple Choice
Novel Jendela Menghadap Jalan dipejari semasa semester berapa?
SEMESTER 1
SEMESTER 2
SEMESTER 3
SEMESTER 4
3
TEMA
Tema novel ini ialah kecekalan seorang gadis semasa
menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.
4
PERSOALAN
Persoalan masalah kepincangan rumah tangga.
Persoalan keagaman.
Persoalan persahabatan
Persoalan perpaduan antara kaum
Persoalan menuntut ilmu pengetahuan
Persoalan golongan muda yang terjebak masalah dadah
Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
5
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama - Lili
Watak Sampingan – Geetha, Datuk /Haji Abdul Rahman, Danel/Danel William, nenek/Hajah Aisyah Tan Abdullah,
Che Jah, Rafiq, Rashid/Abang Rashid, Puan Hamimah/ Kak Mimah, ibu Lili, dan sebagainya.
6
Lili
Dia berusia 17 tahun.
Lili berambut panjang dan memiliki tubuh yang kecil.
Bersifat pendiam yang diwarisi daripada sifat ayahnya.
Lili merupakan murid Tingkatan Lima dan sedang menuntut di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina
Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa
Lili amat menyayangi ibu dan bapanya. Lili sering kali mempertahankan maruah ibunya apabila datuknya memperkatakan sesuatu perkara yang kurang elok
tentang ibunya itu
7
Datuk/Haji Abdul Rahman
Beliau berusia lebih 70 tahun.
Seorang pengamal perubatan tradisional yang disegani di Kampung Sentosa
Seorang yang alim dan kuat beribadat
Beliau berpengetahuan luas dalam bidang perubatan tradisional.
Beliau seorang yang penyayang apabila beliau merasai kehilangan ibu Lili yang banyak menghabiskan masa mudanya belajar di luar negara dan bekerja di ibu kota.
8
Geetha
Berumur 19 tahun dan merupakan anak gadis Letchumi.
Seorang gadis berbangsa India.
Bermata jernih, berbibir nipis dan merah serta memiliki tubuh yang kecil.
Peramah dan mudah mesra.
Seorang yang menepati janji.
Pelajar tahun pertama dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Bergiat aktif dan meminati aktiviti lasak sejak di bangku sekolah menengah seperti mendaki gunung, merunut hutan, dan eksplorasi gua.
9
Danel/Danel William
Seorang pemuda berbangsa Cina.
Anak bongsu kepada William Ng.
Masih belajar di Kuala Lumpur.
Meminati bidang kulinari, iaitu masakan berasaskan pisang.
Meminati bidang penulisan dan menghasilkan banyak artikel serta rencana.
Meminati aktiviti lasak seperti memanjat gunung
10
Nenek/Hajah Aisyah Tan Abdullah
Isteri kepada Haji Abdul Rahman.
Berbangsa Cina kerana berasal Tanah Besar China.
Ibu kepada ibu Lili dan nenek kepada cucunya, Lili.
Mengikut bapanya berhijrah ke Tanah Melayu ketika usianya sebelas tahun.
Menghormati tetamu.
11
Multiple Choice
BERAPAKAH UMUR LILI?
16 TAHUN
17 TAHUN
20 TAHUN
22 TAHUN
12
Multiple Choice
SIAPAKAH LETCHUMI ?
IBU RAVITA
NENEK GEETHA
IBU GEETHA
NENEK RAVITA
13
PLOT
Binaan Plot (Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.)
14
Permulaan
Pada peringkat pengenalan atau eksposisi pembaca diperkenalkan dengan watak Lili yang mengalami konflik dalaman apabila berpura-pura gembira kerana terpaksa mengorbankan cuti sekolah yang ingin dimanfaatkan bersama-sama teman-teman sekelasnya dengan pulang ke kampung ibunya di Dungun, Terengganu.
15
Perkembangan
Peringkat perkembangan bermula apabila Lili berkenalan dengan seorang gadis India bernama Geetha ketika menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Dungun. Geetha turun di Pekan Sentosa manakala Lili turun di Pekan Sejahtera. Setibanya di rumah nenek, Lili menemui neneknya yang sedang menyemai benih padi di petak semaian. Nenek memberitahu Lili bahawa datuknya ke surau. Lili tekun menunggu datuknya bercerita tentang kepentingan susunan rumah dan jendela menghadap jalan. Datuk Lili juga bercerita tentang cara-cara menyembuhkan penyakit secara tradisional. Datuk Lili juga ghairah bercerita tentang khasiat dan kehebatan ubat-ubatan tradisional yang mampu merawat penyakit.
16
Perumitan / Konflik
Pada peringkat perumitan, datuk menyoroti kisah silam tentang kecuaiannya mendidik ibu Lili dengan sempurna dan sejarah pendidikan ibunya yang lulus cemerlang dalam pelajaran. Datuk mengeluh kerana ibu Lili yang jarang-jarang balik ke kampung. Datuk juga berhadapan dengan kekecohan yang berlaku di surau kerana kehadiran pemaju perumahan dari pekan dan peristiwa seolah-olah Danel mempertikaikan kemampuan ubat-ubatan tradisional sehingga menyebabkannya berasa kecil hati. Dalam suatu peristiwa, Rafiq dan Haziq telah menjadikan Lili sebagai orang tahanan dan mengugut untuk mencederakan Lili sebelum Lili diselamatkan oleh Danel.
17
Puncak / Klimaks
Pada peringkat puncak/klimaks, Che Jah menceritakan kejadian malangnya secara panjang lebar kepada Kak Mimah dan Nadia, dua orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dia bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana melarikan kubah. Lili mencadangkan agar Haziq dan Rafiq dihantar ke pusat pemulihan akhlak dan cadangannya itu dipersetujui oleh Kak Mimah.
18
Peleraian
Pada peringkat peleraian, Rashid memaklumkan bahawa Sugi tidak terlibat dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Che Jah telah berjaya membuat laporan polis berhubung dengan kes keganasan rumah tangga. Datuk pula bersikap rasional dan tidak melatah dengan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Danel bahawa abang kandungnya, Sugi tidak bersalah dalam pembelian tanah orang kampung. Lili dan Danel berasa amat gembira kerana suara mereka akhirnya didengar oleh orang dewasa di kampung itu. Mereka bersetuju untuk membina masjid. Lili berasa gembira apabila melihat ibunya sedang berbual mesra dengan datuk dan neneknya. Nenek Lili memberitahu sebab jendela dibina menghadap ke jalan. Lili menerima surat daripada Danel dan tidak sabar untuk kembali ke Kampung Sentosa.
19
Teknik pemerian.
Contohnya, pengarang memerihalkan perwatakan ibu Lili yang mempunyai rupa paras yang sangat menawan dan mempunyai sifat yang berbeza daripada suaminya, bapa Lili.
20
TEKNIK PLOT
21
Teknik dialog.
Contohnya, dialog antara Lili denganibunya tentang sebab wajah Lili yang muram.
22
Teknik imbas kembali.
Contohnya, ketika pertama kali Lili melihat wajah Geetha yang berbibir nipis dan merah, ingatan Lili terus beralih kepada bintang filem Hindustan.
23
Teknik imbas muka.
Contohnya, Lili berasa bimbang dan sangat bersimpati akan nasib kedua-dua anak Che Jah, Haziq dan Rafiq. Lili berasa takut dan membuat andaian jika orang kampung terlalu marah, dua beradik itu akan mati dipukul, atau dibunuh oleh ibu bapanya sendiri.
24
Teknik kejutan.
Contohnya, peristiwa pemuda Cina yang menyapa dan melemparkan senyuman kepada Lili di perhentian bas, Pekan Sentosa. Pembaca tidak menyangka rupa rupanya pemuda itu ingin memulangkan buku Lili yang tercicir sewaktu dia turun tergesa-gesa dari bas.
25
LATAR
26
Latar Masa
Tempoh dua minggu pada Ogos 2008, Disember 2008.
42 tahun yang lalu.
Musim cuti persekolahan.
Musim tengkujuh/hujan.
Waktu siang.
Waktu awal pagi/subuh.
Waktu tengah hari dan petang.
27
Latar Tempat
1. Kuala Lumpur – Tempat tinggal Lili dan keluarganya
2. Stesen bas- Lili menaiki bas dari Kuala Lumpur ke kampung datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu
3. Perhentian bas Pekan Sentosa,Dungun, Terengganu- Lili berhenti sebelum ke Kampung Sentosa,tempat tinggal datuk dan nenek Lili
4. Pekan Sejahtera, Dungun, Terengganu - Tempat tinggal Geetha
5. Bangsal di tepi sawah – Lili menunggu neneknya yang bekerja di sawah padi
6. Hutan- tempat datuk mencari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar kayu
7. Jeti nelayan- tempat Lili, Geetha dan Danel menyaksikan matahari terbit
28
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung
Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah dan lain-lain.
Masyarakat yang saling membantu
Geetha dan Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .
Masyarakat yang insaf akan kesilapannya.
Haziq dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial seperti mencuri harta orang kampung dan menagih dadah.
29
GAYA BAHASA
(a) Personifikasi. Contohnya, Sehinggalah jam lonceng di tepi katil menjerit dengan kuatnya., … tapi yang pasti aku dapat merasai, jauh di sudut hatiku terpancar nilai-nilai seni yang sengaja dirumitkan, dan tidak tumpah ke pipinya.
(b) Simile. Contohnya, kencang, seperti nafas orang diserang asma, aku gerun melihat tangannya yang kecut macam lobak, kedatangannya dengan mesra, tapi bagaikan kaset rosak.
(c) Metafora. Contohnya, perut bas ekspres, garis kebimbangan, dan basikal tua.
(d) Peribahasa. Contohnya, minta diri, buah tangan, menjaga tepi kain orang.
(e) Inversi. Contohnya, Tidak berapa lama kemudian dia pun terlena (Sepatutnya: Dia pun terlena tidak berapa lama kemudian.)
30
NILAI
(a) Kasih sayang. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya apabila dia tidak membantah cadangan ibunya yang akan menghantarnya bercuti ke kampung datuknya.
(b) Tanggungjawab. Contohnya, Kak Mimah dan Nadia bertanggungjawab terhadap nasib malang Che Jah yang menjadi mangsa keganasan suaminya.
(c) Bijaksana. Contohnya, Danel bijak menggunakan waktu malam sebagai masa yang sesuai untuk menyelamatkan Lili yang dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq.
(d) Belas kasihan. Contohnya, Lili berasa amat bersimpati terhadap nasib Che Jah yang mempunyai suami kaki judi dan bersikap panas baran.
31
PENGAJARAN
1. Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Lili prihatin akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman.
2. Kita mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai contohnya, Lili, Danel dan Geetha saling membantu menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sentosa.
3. Kita mestilah berani menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafik.
4. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, datuk dan nenek amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili sepanjang cuti persekolahannya.
32
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU ANIS
BAHASA MELAYU
NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 32
SLIDE
Similar Resources on Wayground
23 questions
KRITIK DAN ESAI
Presentation
•
12th Grade - University
27 questions
Bahasa Indonesia Cerita Fantasi
Presentation
•
12th Grade
26 questions
Respon Internasional terhadap Kemerdekaan Indonesia
Presentation
•
12th Grade
26 questions
Conditionals
Presentation
•
12th Grade
26 questions
Sistematika Karya Ilmiah
Presentation
•
University
26 questions
RELATIVITAS
Presentation
•
12th Grade
25 questions
SOAL ATS AKUNTANSI
Presentation
•
12th Grade
25 questions
Chokai Chujokyu Kohan
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
20 questions
STAAR Review Quiz #3
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Marshmallow Farm Quiz
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
12 questions
What makes Nebraska's government unique?
Quiz
•
4th - 5th Grade
Discover more resources for World Languages
20 questions
Direct Object Pronouns in Spanish
Quiz
•
9th - 12th Grade
25 questions
Preterito regular
Quiz
•
10th - 12th Grade
22 questions
8.2 los indefinidos
Quiz
•
8th - 12th Grade
20 questions
Preterit Stem- changing verbs
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Spanish Conditional Tense
Quiz
•
9th - 12th Grade
15 questions
Spanish Imperfect Tense
Quiz
•
12th Grade
15 questions
Affirmative tu commands - Los mandatos
Quiz
•
6th - 12th Grade