Search Header Logo
BAHASA MELAYU - KATA GANTI NAMA

BAHASA MELAYU - KATA GANTI NAMA

Assessment

Presentation

World Languages

2nd Grade

Hard

Created by

Ahmad Juanda

Used 11+ times

FREE Resource

6 Slides • 20 Questions

1

BAHASA MELAYU - KATA GANTI NAMA

Slide image

2

Kata Ganti Nama Diri 

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang . Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut :


a) Kata ganti nama diri pertama

b) Kata ganti nama diri kedua

c) Kata ganti nama diri ketiga

3

A. Kata Ganti Nama Diri Pertama

  • Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain. Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua iaitu :


    Bentuk tunggal

    Contoh : aku , beta , daku , hamba , patik , saya


    Bentuk jamak

    Contoh : kami , kita

4

B. Kata Ganti Nama Diri Kedua

  • Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap. Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada bentuk iaitu:


    Bentuk Tunggal

    Contoh : anda , awak , engkau , tuanku , kamu


    Bentuk Jamak

    Contoh : anda , kalian , kamu

5

C. Kata Ganti Nama Diri Ketiga

  • Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.



    Contoh: baginda , beliau ,dia dan mereka

6

KUIZ

Sila jawab semua soalan berikut berpandukan nota yang diberikan berkaitan topik : kata ganti nama diri

7

Multiple Choice

"Cikgu Najwa menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.

1

saya

2

kamu

3

kita

4

kalian

8

Multiple Choice

"_______kah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan awak, semalam?" tanya Iman kepada Syauqi.

1

Apa

2

Mana

3

Siapa

4

Mengapa

9

Multiple Choice

"Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera," kata Hulubalang kepada Panglima Ali.

1

tuan hamba

2

baginda

3

beta

4

patik

10

Multiple Choice

"Kalau ________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada Sultan.

1

tuan

2

tuanku

3

baginda

4

tuan hamba

11

Multiple Choice

"Ibu, duit Adik Dheiya hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman permainan," kata Nasuha kepada ibunya.

1

beliau

2

kami

3

kita

4

dia

12

Multiple Choice

"Malam ini bolehlah ___________ pergi ke Kompleks Budaya," kata Nasrin kepada kakaknya.

1

mereka

2

kalian

3

kami

4

kita

13

Multiple Choice

" _______________ bertiga dari sekolah yang sama," kata Adib, Ilham dan Irfan kepada pegawai sukan olahraga itu.

1

Kita

2

Kami

3

Kalian

4

Mereka

14

Multiple Choice

"Semasa tersesat di dalam hutan, _____________ hanya minum air sungai untuk menghilangkan dahaga," kata peserta itu kepada pemberita.

1

dia

2

saya

3

baginda

4

kalian

15

Multiple Choice

"Mengapakah ________ tidak mengikuti perkhemahan di Bukit Ayer?" tanya Azra kepada Zahra.

1

kita

2

kami

3

kamu

4

saya

16

Multiple Choice

Zahir seorang murid yang pintar. _______ belajar di kelas 2 Sarjana.

1

Beliau

2

Patik

3

Saya

4

Dia

17

Multiple Choice

"_____ akan berjumpa dengan Cikgu Ziti pada petang nanti" kata Mukriz kepada Zahir.

1

Saya

2

Beta

3

Patik

4

Kami

18

Multiple Choice

Iris seorang anak yang berdikari. _______ melakukan semua kerja dengan sendiri.

1

Beliau

2

Dia

3

Mereka

4

Saya

19

Multiple Choice

Amirah dan Alyaa bersahabat baik. ______________ tinggal sekampung.

1

Dia

2

Mereka

3

Kami

4

Kamu

20

Multiple Choice

"Ibu, duit __________ hilang,"kata Syauqi kepada ibunya.

1

kita

2

kami

3

saya

4

dia

21

Multiple Choice

"Ameer, Dayang dan Hafiy tidak hadir semalam kerana __________ ketinggalan bas," kata ketua kelas kepada Cikgu Syahira.

1

mereka

2

beliau

3

awak

4

dia

22

Multiple Choice

"_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun 4 UKM kepada Cikgu Faizah.

1

Mereka

2

Kita

3

Kami

4

Kamu

23

Multiple Choice

Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul

1

Dia, Kami, Kita

2

Mereka, Beliau, Baginda

3

Saya, Kami, Beta

4

Baginda, Dia, Kalian

24

Multiple Choice

Alfi dan Harith telah bersetuju hendak bekerja di Singapura. __________ akan bertolak ke sana esok.

1

Mereka

2

Kalian

3

Kita

4

Kami

25

Multiple Choice

Question image

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

1

ia

2

dia

3

beliau

4

baginda

26

Multiple Choice

"__________ berdua telah tersesat di dalam bandar," Adib memberitahu pegawai polis itu.

1

Dia

2

Aku

3

Saya

4

Kami

BAHASA MELAYU - KATA GANTI NAMA

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 26

SLIDE

Discover more resources for World Languages