
BM - TINGKATAN 1 (NOVEL BAHAGIAN 2)
Presentation
•
World Languages
•
1st Grade
•
Medium
mohamad haffni
Used 8+ times
FREE Resource
13 Slides • 10 Questions
1
BM - TINGKATAN 1 (NOVEL-SEJAMBAK BAKTI)
BAHAGIAN 2
2
GAYA BAHASA
Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui kerya mereka.
3
GAYA BAHASA DALAM NOVEL SEJAMBAK BAKTI
Personifikasi – Ketika matahari menumpahkan cahayanya yang lembut, Angin membelai-belai tubuhnya, Matahari sedang menyemarakkan cahayanya di dada langit, Daunnya melambai-lambai ditiup angin.
Simile – Kakinya seperti terpaku di tanah, Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga.
Peribahasa – Janganlah kerana nila setitik menyebabkan rosak susu sebelanga, ada udang di sebalik batu, masakan tempua bersarang rendah, seperti isi dengan kuku.
Bahasa Arab – Assalamualaikum, Waalaikumussalam.
Sinkope – tak
4
LATAR
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya
5
JENIS-JENIS LATAR DALAM SESEBUAH KARYA
Latar tempat
Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak
6
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang bekerjasama untuK mencapai kecemerlangan
Ahli lembaga pengarah bekerjasama menghiaskan kedai koperasi dan bilik bacaan sebelum menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah.
2. Masyarakat yang saling membantu.
Rozita, Ramlah, dan Saridevi membantu Razali yang baru saja dipukul oleh Munir, Selvam dan Leong. Rozita, Ramlah, Saridevi, dan Razali saling membantu dalam membuat persiapan bagi pertandingan Koperasi Sekolah. Razali membantu Munir yang ketinggalan dalam pelajarannya
3. Masyarakat yang menyayangi anak.
Mak Sopiah amat menyayangi anaknya Razali. Apabila suaminya menghalau Razali , dia turut mengugut akan mengikut Razali keluar dari rumah. Mak Soiah tidak percaya akan kata-kata buruk tentang anaknya.
4. Masyarakat guru.
Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sentiasa berkhidmat untuk mendidik para murid seperti cikgu Syamsudin bin Saidi, Cikgu Zulkifli, dan cikgu Robeah
5. Masyarakat pelajar
Razali, Ramlah, Rozita, Saridevi, Munir belajar di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
7
LATAR MASA
1. Pada waktu pagi
· Ketika Razali dan beberapa orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut kerana kedai koperasi mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual bertaburan di lantai. RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli.
2. Pada waktu petang
· Razali telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam di tengah jalan setelah pulang dari sekolah. Razali tersungkur dan mukanya berdarah.
3. Pada waktu malam
· lembaga hitam telah membuka pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu masuk ke dalam kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah kedai itu sehingga barang-barang di kedai itu besepah dan tunggang-langgang.
8
LATAR TEMPAT
Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
Tempat Razali dan rakan-rakannya belajar
Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
Di tempat itulah Razali dan rakan-rakan bertugas menjaga dan menguruskan kedai sehinggalah koperasi tersebut terpilih sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan.
Rumah di pinggir sawah
iaitu rumah keluarga Razali yang didiami oleh ibunya, Mak Sopiah dan bapa tirinya, Pak Zakaria.
Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya, Selangor
Razali menjalani kursus koperasi selama seminggu untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan koperasi.
Sebuah pondok di tengah sawah
iaitu tempat yang selalu dikunjungi oleh Razali untuk mengulang kaji pelajaran secara sendirian atau bersama dengan rakan-rakannya Ramlah, Rozita, dan Saridevi
Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
Tempat alhli lembaga pengarah koperasi mengadakan mesyuarat untuk membincangkan hal-hal koperasi dan persediaan untuk pertandingan Koperasi Daerah.
Bilik Tuan Pengetua/cikgu Syamsudin
Razali bertemu ayah kandungnya Pak Ramli
9
NILAI
Nilai atau nilai-nilai murni ialah 'sikap ketinggian' seseorang atau sesebuah masyarakat dari segi pemikiran dan tindakan.
10
NILAI YANG DAPAT DALAM NOVEL.
Kecekalan. Razali cekal berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dicipta oleh Munir dan rakan-rakannya kerana cemburu dengan kejayaannya mengurus koperasi sekolah dan cemburu dengan sikap Razali yang terlalu mesra dengan Ramlah
Bertanggungjawab. Contohnya, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.
Kasih sayang. Contohnya, Mak Sopiah tegas menyatakan bahawa dia juga akan keluar dari rumah tersebut bersama-sama dengan Razali apabila Razali dihalau oleh ayah tirinya.
Keprihatinan. Contohnya, Ramlah, Rozita, dan Saridevi begitu prihatin dengan melaporkan kejadian Razali dipukul oleh Munir, Leong, dan Selvam kepada Cikgu Zulkifili.
Bekerjasama. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, Razali, Ramlah dan ahli lembaga pengarah yang lain bekerjasama untuk memajukan koperasi sekolah.
11
PENGAJARAN
Pengajaran ialah 'peringatan atau pedoman' daripada peristiwa dan tindakan seseorang.
12
PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM NOVEL.
Kita perlulah cekal dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Kita perlulah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita.
Ibu bapa mestilah menyayangi anak-anak walaupun anak tiri.
Kita mestilah berani untuk menegakkan sesuatu kebenaran.
Kita perlulah prihatin dalam membina persahabatan yang ikhlas.
Kita mestilah bekerjasama untuk memajukan sesebuah organisasi.
13
-TAMAT-
14
Multiple Choice
Pilih gaya bahasa yang sesuai dengan pernyataan yang diberi.
Kakinya seperti terpaku di tanah, Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga.
Personifikasi
Simile
Peribahasa
Bahasa Arab
15
Multiple Choice
Pilih gaya bahasa yang sesuai dengan pernyataan yang diberi.
Assalamualaikum, Waalaikumussalam.
Personifikasi
Simile
Peribahasa
Bahasa Arab
16
Multiple Choice
Pilih gaya bahasa yang sesuai dengan pernyataan yang diberi.
Ketika matahari menumpahkan cahayanya yang lembut, Angin membelai-belai tubuhnya, Matahari sedang menyemarakkan cahayanya di dada langit, Daunnya melambai-lambai ditiup angin.
Personifikasi
Simile
Peribahasa
Bahasa Arab
17
Multiple Choice
Pilih gaya bahasa yang sesuai dengan pernyataan yang diberi.
Janganlah kerana nila setitik menyebabkan rosak susu sebelanga, ada udang di sebalik batu, masakan tempua bersarang rendah, seperti isi dengan kuku
Personifikasi
Simile
Peribahasa
Bahasa Arab
18
Multiple Choice
Pilih latar yang sesuai dengan peristiwa yang berlaku.
Ketika Razali dan beberapa orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut kerana kedai koperasi mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual bertaburan di lantai. RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli.
latar masa
latar masyarakat
latar tempat
19
Multiple Choice
Pilih latar yang sesuai dengan peristiwa yang berlaku.
Rumah di pinggir sawah
iaitu rumah keluarga Razali yang didiami oleh ibunya, Mak Sopiah dan bapa tirinya, Pak Zakaria.
latar masa
latar masyarakat
latar tempat
20
Multiple Choice
Pilih latar yang sesuai dengan peristiwa yang berlaku.
Satu lembaga hitam telah membuka pintu Kedai Koperasi Sekolah lalu masuk ke dalam kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah kedai itu sehingga barang-barang di kedai itu besepah dan tunggang-langgang.
latar masa
latar masyarakat
latar tempat
21
Multiple Choice
Pilih nilai yang sesuai bagi pernyataan yang diberi.
Contohnya, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.
Kecekalan
Bertanggungjawab
Kasih sayang
Keprihatinan
Bekerjasama
22
Multiple Choice
Pilih nilai yang sesuai bagi pernyataan yang diberi.
Ramlah, Rozita, dan Saridevi begitu prihatin dengan melaporkan kejadian Razali dipukul oleh Munir, Leong, dan Selvam kepada Cikgu Zulkifili.
Kecekalan
Bertanggungjawab
Kasih sayang
Keprihatinan
Bekerjasama
23
Multiple Choice
Pilih nilai yang sesuai bagi pernyataan yang diberi.
Razali cekal berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dicipta oleh Munir dan rakan-rakannya kerana cemburu dengan kejayaannya mengurus koperasi sekolah dan cemburu dengan sikap Razali yang terlalu mesra dengan Ramlah
Kecekalan
Bertanggungjawab
Kasih sayang
Keprihatinan
Bekerjasama
BM - TINGKATAN 1 (NOVEL-SEJAMBAK BAKTI)
BAHAGIAN 2
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 23
SLIDE
Similar Resources on Wayground
12 questions
HUKUM TAJWID
Presentation
•
1st Grade
15 questions
KELAS 1 TEMA 5 SUBTEMA 4 PEMBELAJARAN 2
Presentation
•
1st Grade
21 questions
MATERI BHS INDONESIA TEMA 4 ST 4
Presentation
•
1st Grade
16 questions
BACAAN DAN PEMAHAMAN
Presentation
•
1st - 2nd Grade
17 questions
Kata Majmuk
Presentation
•
KG
17 questions
Bahasa Indonesia "Kecerdikan Menumbuhkam Kebaikan"
Presentation
•
2nd Grade
19 questions
Tulis Karangan
Presentation
•
1st Grade
16 questions
Sidang dan Rapat
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
10 questions
GPA Lesson
Presentation
•
9th - 12th Grade
7 questions
Albert Einstein
Quiz
•
3rd Grade
31 questions
Bridge A Review
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Blue Sue and Red Ruth
Quiz
•
3rd Grade
8 questions
(Day12 HW) Inverse Trig Ratios
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Summer Geometry QUIZ (Week3)
Quiz
•
9th Grade
16 questions
Theme Practice
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Taxes
Quiz
•
9th - 12th Grade