Search Header Logo
Co Abilities 3/3

Co Abilities 3/3

Assessment

Presentation

Special Education

KG - Professional Development

Medium

Created by

CIKGU AZRUL

Used 1+ times

FREE Resource

23 Slides • 9 Questions

1

Co Abilities 3/3

Slide image

2

BAHAN-BAHAN BACAAN DITEMPAT KERJA

  • 1.   Tujuan Membaca

  • Kebolehan membaca diperlukan di kebanyakan tempat kerja. Membaca adalah penting kerana memberi penerangan sebelum melakukan sesuatu tugas. Oleh itu, tujuan membaca di tempat kerja secara amnya ialah untuk memahami penerangan dan arahan.

  • 1.1  Membaca Teks

    Membaca teks ialah kebolehan memahami bahan bacaan dalam bentuk ayat dan perenggan. Kebolehan ini penting untuk memahami maklumat bertulis dalam pelbagai jenis dokumen kerja. Kemahiran ini digunakan untuk mencari maklumat, mengimbas untuk mencari makna dan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber.

3


  • Kebolehan ini diperlukan untuk membaca bahan seperti arahan kerja, emel, memo, manual kesihatan dan keselamatan, polisi dan laporan.

  • 1.2  Penggunaan Dokumen

    Penggunaan dokumen ialah kebolehan mencari dan menggunakan maklumat yang diperlukan daripada paparan maklumat yang mengandungi perkataan, angka, simbol dan visual yang lain.

  • Kebolehan ini digunakan untuk membaca ikon, label, senarai, jadual, borang, graf, papan tanda, peta, tolok, imej, skema, skrin sesentuh, dan lukisan teknikal yang merupakan contoh paparan maklumat di tempat kerja.

4

2.     Jenis Bahan Bacaan

  • Bahan bacaan di tempat kerja termasuk juga dokumen perniagaan. Dokumen perniagaan boleh berupa emel ringkas ataupun jenis komunikasi lain yang digunakan dalam urus niaga harian. Sesetengah dokumen disediakan oleh majikan dan pemilik perniagaan, sementara dokumen lain disediakan oleh profesional di luar organisasi.

  • Antara bahan bacaan lain yang berkaitan tempat kerja ialah arahan kerja, manual prosedur, manual kesihatan dan keselamatan, polisi, laporan, Prosedur Operasi Standard (SOP),emel, dan memo

5

Slide image

6

2.1 Prosedur Operasi Standard (SOP)

  • Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure atau SOP) ialah set arahan langkah demi langkah yang disediakan oleh sesebuah organisasi untuk membantu kakitangannya melakukan tugas yang rutin. Arahan ini bertujuan mencapai hasil standard tertentu setiap masa, dan biasanya merupakan sebahagian proses yang lebih besar.

  • SOP bertujuan mencapai hasil atau output dan prestasi berkualiti yang seragam secara efisien, sementara mengurangkan kemungkinan berlakunya salah komunikasi dan kegagalan mematuhi peraturan industri. SOP biasanya ditulis dengan terperinci supaya sesiapa yang mengetahui jalan kerjanya boleh melakukan tugas dengan betul tanpa memerlukan penyeliaan.

7

2.2  Manual Kerja

  • Manual Kerja ialah buku panduan atau risalah yang ditulis sebagai panduan kerja kakitangan. Tujuan manual kerja ialah memberi maklumat ringkas atau gambaran menyeluruh tentang tugasnya.

  • Untuk memudahkan pemahaman, maklumat dalam manual kerja biasanya disampaikan menggunakan bahasa yang mudah dan jelas. Sekiranya perlu, ilustrasi seperti foto disediakan untuk menerangkan dengan lebih jelas cara melakukan tugas tersebut.

8

2.3. Arahan Kerja

  • Arahan kerja ialah alat yang disediakan untuk membolehkan seseorang pekerja melakukan tugasnya dengan betul. Ini bermakna bahawa tujuan arahan kerja ialah untuk memastikan mutu dan sasarannya ialah pekerja. Arahan kerja boleh berbentuk:

  • i)         Papan tanda

  • ii)        Gambar atau grafik

  • iii)       Kapsyen

9


  • Arahan kerja ialah garis panduan yang mesti diikuti dalam melakukan tugas atau cara melakukan sesuatu tugas. Arahan kerja disediakan sebagai panduan pekerja dalam empat bidang kualiti penting: latihan, rujukan, penyelesaian masalah dan penambahbaikan berterusan

10

2.4.  Prosedur Kerja

  • Prosedur kerja’ ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan proses atau prosedur melakukan sesuatu tugas atau kerja. Prosedur kerja ialah dokumen contoh prosedur yang menunjukkan proses, alat dan rangka kerja untuk memahami tanggungjawab dan tugas. Prosedur kerja yang terperinci membantu dalam melakukan sesuatu tugas atau kerja dengan betul. Prosedur kerja boleh berbentuk:

  • i)          Papan tanda

  • ii)        Bahan arahan

  • iii)       Bahan bertulis

11


  • Prosedur kerja disediakan untuk mengenal pasti tugas yang harus dilakukan secara langkah demi langkah dengan perincian tentang cara melakukannya dengan betul dari mula hingga akhir. Prosedur kerja memainkan peranan penting dalam melakukan sesuatu tugas atau kerja dengan selamat, menyediakan latihan yang seragam dan membantu dalam penyiasatan

12

2.5 Buku Teks

Maklumat kerja boleh juga dikumpul dan dijadikan buku teks yang berfungsi sebagai. Bahan rujukan untuk melakukan sesuatu tugas.

Slide image

13

2.5  Kamus

  • Kamus ialah bahan rujukan yang menyenaraikan kata-kata bahasa tertentu mengikut urutan abjad dan maknanya atau terjemahannya dalam bahasa lain. Di tempat kerja, kamus juga digunakan untuk memahami arahan lisan atau komunikasi oral.

14

2.6  Jurnal

  • Jurnal menyediakan maklumat bertulis, berita tentang kemajuan atau laporan untuk mengakui sesuatu.

15

2.7  Emel dan Memo

  • Pada masa sekarang, komunikasi di pejabat untuk menyampaikan maklumat biasanya dilakukan melalui emel. ‘Memo’ ialah kependekan bagi perkataan ‘memorandum’. Memo ialah nota rasmi arahan kerja bertujuan membantu seseorang pekerja supaya mengingati sesuatu.

    Sebelum emel digunakan secara meluas, memo merupakan bentuk komunikasi lazim di pejabat. Memo masih lagi digunakan dalam situasi mesej dikepilkan bersama fail tertetntu dan dalam komunikasi sulit yang tidak sesuai disampaikan melalui emel.

  • Pengirim dan subjek dapat dikenali dengan jelas dalam perhubungan melalui memo dan emel. Kandungan teks biasanya berbentuk perenggan.

16

2.8  Laporan

  • Laporan perniagaan menyampaikan maklumat dalam bentuk yang lebih formal dan biasanya lebih panjang daripada surat. Laporan merangkumi pelbagai topik termasuk pematuhan keselamatan, angka jualan, data kewangan, kajian kebolehlaksanaan dan rancangan pemasaran.

    Laporan mungkin mengandungi statistik, carta, graf, imej, kajian kes dan hasil soal selidik. Ada laporan yang diterbitkan untuk kegunaan pelabur. Sekiranya sesebuah laporan itu dibuat berkala seperti laporan jualan bulanan, sejenis templat digunakan untuk memudahkan penyediaannya dan membolehkan bandingan dibuat dengan laporan yang terdahulu

17

2.9   Surat

  • Surat perniagaan biasanya digunakan untuk berkomunikasi dengan individu di luar organisasi. Penerimanya terdiri daripada pelanggan, rakan dalam perniagaan lain, penyedia perkhimatan, profesional yang menjadi penasihat perniagaan, peawai kerajaan dan calon pekerja.

  • Surat perniagaan boleh dikirim dalam bentuk emel atau melalui penghantaran pos. Sekiranya surat dijadikan teks emel, pengirim perlu memasukkan nama, jawatan dan maklumat perhubungan di bahagian bawah.

18

2.10    Dokumen Transaksi

  • Sesebuah organisasi menggunakan dokumen tertentu dalam transaksi dengan pelanggan. Untuk menjimatkan masa, dokumen-dokumen ini biasanya berbentuk borang seperti borang pesanan, halaman kiriman, invois dan resit.

  • Jenis dokumen transaksi berbeza mengikut jenis perniagaan. Agen insuran, misalnya, mengeluarkan permohonan insuran dan polisi, sementara seseorang pemiutang mengeluarkan dokumen permohonan pinjaman dan gadai janji. Dalam sesetengah bidang, perniagaan membuat perjanjian dan kontrak dengan pihak lain. Dokumen seperti ini biasanya disediakan oleh peguam syarikat.

19

2.11       Dokumen Kewangan

  • Sesebuah perniagaan menggunakan dokumen kewangan untuk memastikan tidak terkeluar daripada belanjawan. Ia juga menyediakan cadangan belanjawan dan borang cukai pendapatan. Dokumen kewangan termasuk rekod resit, laporan pembayaran gaji, bil berbayar, penyata akaun bank, penyata pendapatan, kunci kira-kira dan penyata cukai. Dokumen ini mungkin disediakan oleh pegawai akaun organisasi.

  • Pemilik perniagaan menggunakan dokumen ini untuk menentukan keuntungan syarikat dan menentukan bahagian perniagaan yang kurang produktif. Ketua jabatan mungkin menggunakan dokumen kewangan untuk menyediakan cadangan belanjawan

20

Slide image

21

2.12       Brosur

Brosur ialah dokumen bercetak yang sering juga digunakan untuk tujuan pengiklanan dan boleh dilipat menjadi risalah. Brosur mengandungi maklumat mengenai produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat atau organisasi.

Slide image

22

2.13  Surat Berita

Surat berita ialah penerbitan berkala yang diedarkan dan menyediakan maklumat tentang sesuatu topik tertentu yang menjadi tumpuan pelanggan surat berita

Slide image

23

Kandungan Bahan Bacaan

  • Kandungan bahan bacaan di tempat kerja secara umumnya bertujuan berfungsi untuk menerangkan sesuatu tugas, atau transaksi harian yang perlu dilakukan semasa bekerja.

  • Bahan bacaan yang disediakan untuk menerangkan tugas tertentu bertujuan membantu anda memahami maklumat dan arahan yang berkaitan dengan tugas yang anda lakukan. Bahan seperti ini biasanya disediakan menggunakan bahasa bahasa kerja yang jelas dan ringkas tetapi tepat supaya mudah difahami.

24

Multiple Select

1. Apakah tujuan bahan bacaan di tempat kerja?

1

A. Untuk memahami bahasa di tempat kerja

2

B. Untuk memahami maklumat dan arahan

3

C. Untuk mempelajari bahasa dan simbol baru

4

D. Untuk mencari perkataan dan makna yang betul

25

Multiple Select

2. Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan dokumen?

1

A. Membaca bahan seperti arahan kerja, emel, memo

2

B. Menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber

3

C. Memahami maklumat bertulis dalam pelbagai jenis dokumen kerja

4

D. Kebolehan mencari dan menggunakan maklumat yang diperlukan daripada paparan maklumat

26

Multiple Select

3. Antara bahan bacaan yang berkaitan di tempat kerja ialah


I. EMEL

II. Laporan

III. Arahan kerja

IV. Prosedur Operasi Standard (SOP)

1

A. II dan IV

2

B. I, II dan IV

3

C. I, III dan IV

4

D. I, II, III dan IV

27

Multiple Select

4. Apakah SOP ?

1

A. Kertas laporan untuk pengetahuan kerja.

2

B. Bahan bacaan untuk mengakui arahan kumpulan.

3

C. Buku panduan atau risalah yang ditulis sebagai panduan kerja kakitangan.

4

D. Satu set arahan langkah demi langkah yang membantu pekerja melakukan tugas rutin.

28

Multiple Select

5. Apakah fungsi arahan kerja kepada pekerja ?

1

A. Menunjukkan proses, alat dan rangka kerja.

2

B. Membantu menyediakan maklumat bertulis.

3

C. Membantu melaksanakan tugas dengan betul.

4

D. Memastikan perbincangan kumpulan dilakukan dengan betul.

29

Multiple Select

6. Prosedur kerja disediakan untuk ............................

1

A. memastikan mutu kerja.

2

B. menjadi panduan pekerja dalam empat bidang kualiti penting.

3

C. mengenal pasti tugas yang harus dilakukan secara langkah demi langkah.

4

D. memberikan penerangan dan memahami pekerjaan sebelum ia

dilakukan.

30

Multiple Select

7. Memo adalah nama ringkas untuk ______

1

Brosur

2

memorandum

3

Laporan

4

maklumat penting

31

Multiple Select

8. SOP bertujuan mencapai ______ atau ______ dan prestasi berkualiti yang ______ secara efisien, sementara mengurangkan kemungkinan berlakunya salah komunikasi dan kegagalan mematuhi peraturan industri.

1

seragam, hasil, output

2

output, seragam, hasil

3

hasil, output, seragam

4

output, input, seragam

32

Multiple Select

8. SOP bertujuan mencapai ______ atau ______ dan prestasi berkualiti yang ______ secara efisien, sementara mengurangkan kemungkinan berlakunya salah komunikasi dan kegagalan mematuhi peraturan industri.

1

seragam, hasil, output

2

output, seragam, hasil

3

hasil, output, seragam

4

output, input, seragam

Co Abilities 3/3

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 32

SLIDE