Search Header Logo
TING 3 - KATA ADJEKTIF

TING 3 - KATA ADJEKTIF

Assessment

Presentation

Education

9th Grade

Medium

Created by

Syafiq Shariffuddin

Used 6+ times

FREE Resource

11 Slides • 5 Questions

1

TATABAHASA

KATA ADJEKTIF

Slide image

2

PENGENALAN KATA ADJEKTIF

  • Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.

  • Boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya sebagai penguat.

  • Terdapat 9 jenis kata adjektif mengikut fungsinya iaitu: (sila lihat slide yang berikut)

3

1.  Kata Adjektif Sifatan/Keadaan

  • Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang memberi pengertian sifatan/keadaan sebagai unsur keterangan nama.

  • CONTOH : baik, lemah, curiga, kasar, cerdikberani, pandai, takut

4

2. Kata Adjektif Warna

  • Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.

  • CONTOH : merah, ungu, putih, kelabu, biru, hitam, hijau, kuning

5

3Kata Adjektif Ukuran

  • Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.

  • CONTOH : panjang, rendah, pendek, tebal, kecil, nipis, besar, kerdil

6

4Kata Adjektif Bentuk

  • Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian reka bentuk sebagai unsur keterangan.

  • CONTOH : bulat, bengkok, lonjong, lurus, bujur, buncitleperkempis

7

5Kata Adjektif Waktu

  • Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai unsur keterangan.

  • CONTOHbaharu, lampau, lama, lewat, segera, cepat, suntuk, awal

8

6Kata Adjektif Jarak

  • Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep ruang sebagai unsur keterangan.

  • CONTOHbaharu, lampau, lama, lewat, segera, cepat, suntuk, awal

9

7Kata Adjektif Cara

  • Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan/ragam sebagai penerang kata nama.

  • CONTOHcepat, lincah, deras, laju, jelas, gopoh, sering, lambat

10

8Kata Adjektif Perasaan

  • Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian atau konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.

  • CONTOH : rindu, suka, kasih, cinta, benci, gembira, segan, marah

11

9Kata Adjektif Pancaindera

  • Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama.

  • CONTOH : kasargaraucomelwangilazat, masin, segak, merdu

12

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 1


Antara pilihan yang berikut, ayat manakah terdiri daripada Kata Adjektif Perasaan?

1

Dia berasa sedih apabila saya pergi.

2

Suara penyanyi itu sungguh merdu.

3

Ruang tamu rumahnya sangat luas.

4

Hanim selalu datang awal ke sekolah.

13

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 2


Antara pilihan yang berikut, ayat manakah terdiri daripada Kata Adjektif Cara?

1

Mat Kilau terkenal dengan sifat beraninya menentang penjajah.

2

Mak Tom sangat mahir menganyam tikar.

3

Asiah memakai baju berwarna kelabu.

4

Pemandangan di kampung itu sungguh indah.

14

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 3


Hanim selalu datang awal ke sekolah.


Nyatakan jenis kata adjektif bagi ayat diatas.

1

Kata Adjektif Waktu

2

Kata Adjektif Jarak

3

Kata Adjektif Ukuran

4

Kata Adjektif Perasaan

15

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 4


Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.


Pemuda yang _________ itu terpilih sebagai hero dalam sebuah drama aksi.

1

tegap

2

gemalai

3

lemah

4

lembik

16

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 5


Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.



Kami memakai pakaian yang _________ ketika berada di Tanah Tinggi Cameron.

1

nipis

2

tebal

3

jarang

4

terang

TATABAHASA

KATA ADJEKTIF

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 16

SLIDE