

Co Abilities M3 1/3
Presentation
•
Special Education
•
KG - Professional Development
•
Practice Problem
•
Hard
CIKGU AZRUL
Used 6+ times
FREE Resource
18 Slides • 22 Questions
1
Co Abilities M3 1/3
KESEDARAN ETIKA DI TEMPAT KERJA

2
RESPON KEPADA ARAHAN
1. Hierarki dan Tahap Kuasa
Hierarki autoriti dalam sesebuah organisasi akan dapat memberi manfaat kepada organisasi itu dan pekerjanya. Sesebuah organisasi akan bertambah maju apabila pihak pengurusannya terampil dan pekerjanya yakin pihak pengurusan dapat membantu perkembangan kerjaya mereka. Hierarki juga merupakan satu kaedah bagi mengekalkan integriti pengurusan.
3
1.1 Autoriti seseorang itu bertambah mengikut peningkatan kedudukannya dalam organisasi itu. Hierarki autoriti dalam sesebuah organisasi adalah penting untuk kejayaan yang berterusan.
Rajah 1 : Contoh Tahap Hieraki
4
2. Carta Organisasi
Carta organisasi adalah gambar rajah yang menunjukkan hubungan pekerja dalam sesebuah organisasi. Ia juga digunakan untuk menunjukkan hubungan antara bahagian dalam organisasi itu serta fungsinya. Carta ini amat penting untuk memberi gambaran yang jelas tentang struktur organisasi itu
5
2.1 Carta organisasi sesebuah syarikat biasanya menggambarkan hubungan antara manusia dalam organisasi itu. Hubungan tersebut termasuklah antara Pengurus dengan pekerja bawahannya, antara Pengarah dengan Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif dengan pelbagai bahagian, dan
Rajah 2 Contoh Carta Organisasi
6
3. Prinsip Rantaian Perintah
Rantaian perintah adalah panduan rasmi untuk autoriti, komunikasi dan tanggungjawab dalam sesebuah organisasi. Rantaian perintah biasanya disekalikan dalam carta organisasi. Ia menggariskan hubungan pihak atasan dengan orang bawahan dalam struktur organisasi itu dan kuasa yang diperturunkan oleh pengurusan tertinggi kepada pekerja bawahan pada setiap peringkat dalam organisasi. . Dalam rantaian perintah, arahan diberi oleh pihak atasan manakala akauntabiliti disandarkan kepada pekerja bawahan.
7
3.1 Menurut teori organisasi klasik, carta organisasi membolehkan seseorang itu memahami bidang kuasa, aliran komunikasi dalaman, pembahagian tugas dan tanggungjawab organisasi itu
8
3.2 Dengan menggunakan rantaian perintah dan hubungan autoriti, prinsip kesatuan rantaian perintah dapat dikekalkan. Kesatuan rantaian perintah pula bermaksud setiap orang bawahan perlu membuat laporan kepada seorang seorang penyelia sahaja
9
4. Garis Panduan Kerja
Garis panduan kerja hendaklah selaras dengan dasar dan undang-undang, praktikal, jelas dan mudah difahami. Ia juga mesti boleh dikuatkuasakan dan digunapakai oleh semua pekerja. Garis panduan kerja akan melindungi pengurusan dan pekerja; dan jika dilaksanakan dengan betul, boleh mewujudkan dan mengekalkan suasana kerja yang lebih baik untuk semua
10
4.1 Garis panduan kerja sangat membantu dalam menjalin kesinambungan dan ekuiti di tempat kerja. Dokumen bertulis yang diedarkan kepada pekerja pula akan dapat membantu mereka memahami setiap prosedur kerja mereka
11
4.2 Kepentingan mematuhi garis panduan di tempatkerja:
i) Mengikut undang-undang negeri dan tempatan
ii) Memastikan keselamatan pekerja.
iii) Menampilkan imej yang positif kepada pelanggan
iv) Memperkukuh kredibiliti syarikat
12
4.3 Kewajipan dan Tugas
i. Kewajipan dan tugas adalah perihal tentang pelbagai jabatan dan fungsinya yang membentuk satu carta organisasi untuk memastikan organisasi itu mencapai misi dan visi pentingnya
ii. Kewajipan dan tugas boleh membantu semua orang tahu siapa buat apa. Setiap pekerja perlu mempunyai tugas yang berlainan dan perlu saling bekerjasama untuk membentuk organisasi yang cemerlang. Carta organisasi yang jelas menerangkan peranan, fungsi, skop autoriti dan sistem akan membolehkan pekerja bekerjasama dalam mencapai matlamat pengurusan
13
4.4 Penyelia dan Orang Bawahan
i. Penyelia ialah orang yang lebih kanan berbanding dengan yang lain dari segi pangkat, kedudukan, dan status. Dari segi pekerjaan, ia boleh merupakan rakan sekerja yang berpangkat lebih tinggi seperti Pengurus, Ketua Bahagian, dan Pegawai Kanan.
ii. Orang bawahan ialah orang yang di bawah kuasa atau di bawah kawalan dalam sesuatu organisasi seperti pegawai rendah atau penolong.
14
4.6 Pelantikan atau Kontrak
i. Kontrak pekerjaan ialah perjanjian yang dibuat di antara majikan dengan pekerja yang melakar keadaan sebenar hubungan mereka, khususnya jenis ganjaran yang diperoleh setelah melaksanakan sesuatu kerja tertentu.
ii. Kontrak pekerjaan boleh membantu untuk menarik dan mengekalkan kakitangan penting. Walaupun pekerja tidak boleh dipaksa untuk kekal dalam sesuatu organisasi, kontrak pekerjaan ada menyediakan notis yang munasabah sebelum berhenti, biasanya 60 hari hingga 90 hari.
15
Contoh kontrak pekerjaan adalah seperti yang berikut:
16
4.7 Laluan Kerjaya
i. Laluan kerjaya merujuk kepada perkembangan pekerja dalam sesuatu organisasi. Ia merujuk kepada pelbagai jawatan yang disandang oleh pekerja itu dalam perkembangan kerjayanya. Seseorang pekerja boleh bergerak secara menegak, mendatar atau melintang apabila menjawat jawatan yang berbeza peranan. Laluan kerjaya sering digunakan secara bertukar ganti dengan tangga kerjaya.
ii. Kebanyakan syarikat yang berjaya merancang laluan/tangga kerjaya pekerjanya dengan menggambarkan kedudukan mereka yang realistik pada masa depan untuk mengekalkan mereka
iii) Setelah mendapat idea yang jelas tentang kedudukan masa depan serta tanggungjawab tugas, pekerja dan syarikat itu boleh mengenal pasti jenis latihan yang relevan untuk membina kecekapan
17
Rajah 7 Contoh Laluan Kerjaya
18
Quiz
Selamat Menjawab
19
Multiple Select
1. Apakah tujuan utama diwujudkan carta organisasi?
Dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan
Untuk menunjukkan tanggung jawab kerja
Untuk menjana keuntungan yang lebih bagi syarikat
Untuk menunjukkan pertalian antara pengarah dengan orang bawahan
20
Multiple Select
2. Pilih satu manfaat bagi syarikat yang ada carta organisasi
Untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab
Untuk memperbaiki keselamatan dan kawalan
Untuk memperbaiki perolehan dan keuntungan syarikat
Untuk menunjukkan pertalian yang jelas di kalangan pekerja
21
Multiple Select
3. Kenapa syarikat perlu umumkan bila berlaku perubahan pada carta organisasi?
Untuk mengelak pertambahan tenaga kerja
Untuk sembunyikan keuntungan syarikat dari pekerja
Untuk menentukan ganjaran pekerja
Untuk menunjukkan jawatan dan tugas semasa.
22
Multiple Select
4. Kenapa perlu ada tugas kakitangan dan duti?
Menambah tenaga kerja lebihan
Fungsi perniagaan yang cekap dan wajar
Untuk mengelak pertambahan kemalangan di tempat kerja
Untuk menambah keselamatan dan kawalan syarikat
23
Multiple Select
5. Apakah perancangan tugas dan tanggung jawab untuk membentuk carta organisasi?
Untuk memisahkan antara bahagian dalam organisasi
Untuk dapat pemahaman yang jelas berkenaan struktur syarikat
Untuk menunjukkan kaitan di antara bahagian
Untuk mempastikan organisasi melaksanakan misi dan matlamat organisasi
24
Multiple Select
6. Apakah yang dimaksudkan dengan ketua terdekat?
Pelapis kepada orang bawahan
Orang yang kurang penting
Orang yang diberi kuasa untuk mengawal dalam organisasi
Orang berikut dalam pangkat dan status
25
Multiple Select
7. Apakah hubungan antara ketua terdekat dan orang bawahan?
Objek pada kedudukan yang sama
Hubungan antara satu bahagian dengan yang lain
Pastikan semua orang boleh kerja bersama
Hubungan pekerjaan antara dua tahap
26
Multiple Select
8. Apakah definisi orang bawahan?
Orang yang sama pangkat dengan orang atasan
Orang yang mengawal keseluruhan organisasi
Orang yang berpangkat lebih tinggi dalam organisasi
Orang yang berkuasa dan mengawal dalam organisasi
27
Multiple Select
9. Apakah yang anda faham dengan laluan pelaporan?
Kerja khusus yang dibuat
Perhubungan bentuk perniagaan
Gambaran organisasi yang lengkap
Dapatkan pemahaman yang jelas tentang struktur pelaporan
28
Multiple Select
10. Pilih kedudukan tertinggi dalam organisasi dari senarai berikut.
Kerani kanan
Pengurus
Operator
Penyelia
29
Multiple Select
11. Apakah yang boleh ditukar ganti dengan laluan kerjaya?
Ujian kerjaya
Tangga kerjaya
Mencari kerjaya
Menyusuri kerjaya
30
Multiple Select
12. Pilih kenyataan yang paling tepat kenapa carta organisasi dibuat.
Memisahkan bahagian dalam organisasi
Dapatkan persefahaman yang jelas tentang struktur
Menunjukkan pertalian antara satu bahagian dengan yang lain
Menentukan organisasi melaksanakan misi dan matlamat utama
31
Multiple Select
13. Apakah cara diguna untuk menentukan laluan pelaporan?
I. Pen penanda.
II. Barisan penglihatan.
III. Kod warna.
IV. Kod pensil warna.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
32
Multiple Select
14. Apakah hubungan pelaporan dalam carta organisasi Matrix?
Wujudkan notis yang munasabah
Jadikan sebagai satu fungsi organisasi kepada pihak lain.
Jadikan sebagai petak, atau metrics, dan bukan hirarki tradisi
Jadikan satu garis padu, dan bukan hirarki tradisi
33
Multiple Select
15. Apakah pampasan yang harus diberi oleh syarikat kepada pekerja?
Pekerja akan terima peranan yang berbeza
Pekerja akan terima ganjaran sebagai balasan kepada kerja yang dibuat
Pekerja akan terima ganjaran dari syarikat sebagai balasan kepada prestasi yang baik
Pekerja terima arahan untuk melibatkan diri dengan persaingan dalam organisasi
34
Multiple Select
16. Bagaimana pekerja dan syarikat berusaha untuk mendapat idea yang jelas berkenaan kedudukan dan tanggung jawab masa depan?
Kenal pasti bidang yang betul dan beralih kepada tugasan yang berlainan
Beri gambaran yang betul berkaitan kedudukan dan tanggung jawab masa depan
Kenal pasti bidang yang mempunyai pelbagai kedudukan yang dilalui pekerja bila mereka berkembang dalam organisasi
Kenal pasti bidang dimana latihan berkaitan diperlukan untuk pekerja membentuk kecekapan dan memenuhi keperluan kerja masa depan
35
Multiple Select
17. Pilih perkara yang berkait rapat dengan amalan budaya kerja.
I. Tangga
II. Tugas dan tanggung jawab.
III. Laluan pelaporan.
IV. Hirarki dan bidang kuasa
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
36
Multiple Select
18. Pilih perkara yang betul berkaitan dengan carta organisasi.
I. Kaitan antara seorang pegawai dengan organisasi.
II. Untuk gambaran lengkap bagi sebuah organisasi.
III. Untuk mengerti struktur pelaporan.
IV. Untuk menunjukkan bahagian yang berbeza dalam organisasi.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III danIV
II, III dan IV
37
Multiple Select
19. Apakah kontrak pekerjaan?
Kuasa untuk mengawal dalam organisasi
Kuasa dan system untuk pastikan orang bekerja sama-sama
Perjanjian yang dibuat antara majikan dengan pekerja semasa proses perlantikan
Perjanjian yang dibuat antara pihak atasan dengan orang bawahan semasa proses perlantikan
38
Multiple Select
20. Apakah yang akan memberi manfaat kepada syarikat dalam kontrak pekerjaan?
Membantu untuk menarik dan mengekal pekerja utama
Mencapai semua perkara yang perlu dibuat
Kuasa untuk mengawal dalam organisasi
Masa depan yang cerah dalam organisasi
39
Multiple Select
11. Apakah yang boleh ditukar ganti dengan laluan kerjaya?
Ujian kerjaya
Tangga kerjaya
Mencari kerjaya
Menyusuri kerjaya
40
Multiple Select
7. Apakah hubungan antara ketua terdekat dan orang bawahan?
Objek pada kedudukan yang sama
Hubungan antara satu bahagian dengan yang lain
Pastikan semua orang boleh kerja bersama
Hubungan pekerjaan antara dua tahap
Co Abilities M3 1/3
KESEDARAN ETIKA DI TEMPAT KERJA

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 40
SLIDE
Similar Resources on Wayground
37 questions
UJIAN PENDIDIDKAN AGAMA ISLAM SEMESTER AKHIR
Presentation
•
10th Grade
35 questions
Sistem Reproduksi Tumbuhan dan Hewan
Presentation
•
7th - 9th Grade
35 questions
Komputasional 1 + 2 + 3
Presentation
•
5th Grade
37 questions
Dasar Komunikasi
Presentation
•
12th Grade
36 questions
Translasi dan Refleksi
Presentation
•
11th Grade - University
37 questions
Organisasi dan Kepemimpinan
Presentation
•
11th Grade
37 questions
Kenali Bendera dan Jata Negeri-Negeri (PSSAS KSSMPK Ting.5)
Presentation
•
7th - 9th Grade
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Special Education
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade