Search Header Logo
Bab 3 PSVT.2: Media dan Teknik Catan

Bab 3 PSVT.2: Media dan Teknik Catan

Assessment

Presentation

Arts

KG

Hard

Created by

MOHAMAD ALI AHMAD KAMAL

Used 2+ times

FREE Resource

15 Slides • 10 Questions

1

Bab 3 PSVT.2: Media dan Teknik Catan


Disediakan Oleh: En. Kamal

Slide image

2

MEDIA CATAN

 ·  adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basah dan disapukan pada sesuatu pemukaan.

·        Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik,cat poster,cat minyak dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kertas atau kanvas.

·        Walau bagaimanapun,penghasilan catan tidak terbatas di atas kertas dan kanvas. Contohnya, bagi seni catan kontemporari pelbagai permukaan boleh digunakan sedperti pada permukaan kayu atau besi.


3

Slide image

4

TEKNIK-TEKNIK CATAN

Teknik catan cat air (Teknik basah atas basah)


Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah.

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan.


5

Slide image

6

Teknik basah atas kering

Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan.Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.

7

Slide image

8

Teknik kering atas kering

Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.



9

Slide image

10

Teknik catan cat minyak

Teknik impasto

Impasto adalah teknik membuat lukisan bertekstur tebal sehingga ngasih kesan timbul (3 dimensi) dan bikin goresan kuas atau pisau palet lebih kelihatan. Lukisan Impasto kesannya punya emosi yang kuat. Teknik ini paling cocok digunakan pada cat minyak karena teksturnya yang kental, tapi bisa juga digunakan pada akrilik meskipun jarang, dan nggak bisa pada cat air tanpa bahan tambahan pengental.


Slide image

11

Teknik sapuan tepat/hard edge

Mempunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.Catan kelihatan seolah-olah dipotong dan biasanya pengkarya menggunakan

masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.



Slide image

12

Teknik titik/ pointilisme

Pointilisme adalah teknik lukisan dengan memanfaatkan titik-titik kecil berwarna ke media gambar. Istilah "Pointillism"sebenarnya diciptakan oleh para kritikus untuk gaya lukisan ini pada tahun 1880-an.Lukisan gaya pointilisme dibuat dengan sapuan warna terhasil mempunyai gabungan warna dari titik-titik kecil.Titik-titik warna yang berdekatan seolah-olah bercampur melalui mata audien. 

Slide image

13

Teknik kilatan/ glazing

Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan yang berkaca kerana lut sinar.Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan nipis warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah.  

Slide image

14

Teknik melembut/ scumbling


Dalam teknik ini,warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebalumnya yang mana boleh disapu secara rata,lut sinar atau impasto.Ciri penting dalam teknik ini ialah bahagian yang tidak dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza.Teknik scrumbling ini boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan gelap.Ia boleh diaplikasikan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. 

Slide image

15

Teknik Alla Prima

Teknik ini merujuk kepada cara dimana artis mewarna secara cepat dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub.Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya yang terus dan spontan.Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini tiada lapisan kedua.

Slide image

16

Multiple Choice

Peralatan atau bahan berikut tidak sesuai digunakan untuk menghasilkan catan cat air

1

kanvas

2

kertas lukisan

3

kertas beras

17

Multiple Choice

Tokoh seni catan yang manakah menggunakan sapuan berus kaligrafi yang halus dalam karyanya?

1

Yong Mun Sen

2

Abdullah Ariff

3

Khaw Sia

4

Ibrahim Abu

18

Multiple Choice

Antara berikut yang manakah tepat tentang definisi Catan?

1

proses menggambar dengan menggunakan media kering dan basah

2

proses menghasilkan karya dengan menggunakan media kering

3

proses menggambar dengan menggunakan media basah

4

boleh dilukis atas bermukaan 3Dimensi

19

Multiple Choice

Question image

karya yang ditunjukkan pada rajah berikut ialah salah satu karya Abdullah Ariff. Pada pendapat anda, apakah tajuk karya beliau ini?

1

Alam dan manusia

2

Pemandangan di dalam hutan

3

Pemandangan di air terjun

4

Bumi Bahagia

20

Multiple Choice

Antara berikut, yang manakah bukan media catan ?
1
Cat minyak
2
Cat air
3
Pen
4
Akrilik

21

Multiple Choice

Antara berikut, teknik yang manakah merupakan teknik kering atas basah ?
1
Warna cair disapukan ke atas permukaan yang basah
2
Warna cair disapukan ke atas permukaan yang kering 
3
Sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas basah 
4
Sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas

22

Multiple Choice

Question image

Siapakah tokoh catan cat air ini?

1

Abdul Latif Mohideen

2

Abdullah Ariff

3

Ibrahim Abu@A.B.Ibrahim

4

Syed Ahmad Jamal

23

Multiple Choice

Question image

Siapakah tokoh yang menghasilkan karya ini?

1

Ibrahim Abu

2

Abdullah Ariff

3

Syed Ahmad Jamal

4

Yong Mun Sen

24

Multiple Choice

Antara yang berikut manakah benar tentang karya pelukis tempatan

1

Syed Ahmad Jamal- Joget 1957,Krayon

2

Zakariah Noor-Membina Perahu, 1956-Cat air

3

Tay Hooi Keat-pengayuh beca, 1959-arkrilik

4

Abdullah Ariff-pergi ke pasar,1959-media campuran

25

Multiple Choice

Antara berikut, kaedah yang manakah dipanggil catan ?
1
Menggunakan warna cair
2
Melukis menggunakan warna pastel
3
Penggunaan pen dan dakwat dalam penghasilan karya seni
4
Memotong dan menampal kertas warna di atas permukaan kertas lukisan

Bab 3 PSVT.2: Media dan Teknik Catan


Disediakan Oleh: En. Kamal

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 25

SLIDE