

Hempasan Ombak
Presentation
•
Arts
•
2nd Grade
•
Medium
safarin-na saini
Used 3+ times
FREE Resource
14 Slides • 13 Questions
1
Hempasan Ombak
Novel KOMSAS Tingkatan 3

2
Poll
Pernah baca novel ini??
Ya
Tidak
3
Sinopsis Keseluruha Novel Hempasan Ombak.
4
Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan Syarikat Batik Nusantara yang telah diusahakan selama 20 tahun apabila pemiliknya, Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Farid kerana anak-anaknya yang lain tidak mampu memikul tugas tersebut. Farid menerima tugas itu dengan penuh tanggungjawab. Sebagai tugasan pertama, Farid melawat bengkel untuk melihat kerja-kerja mengecap batik. Pak Nik, pekerja syarikat itu menerangkan keadaan syarikat, iaitu batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu menggerhanakan syarikat mereka. Untuk mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya.
5
Multiple Choice
Berapakah umur Farid mula menerajui syarikat keluarganya?
12 tahun
19 tahun
20 tahun
21 tahun
6
Multiple Choice
Mengapakah Farid mengambil alih Perusahaan Syarikat Batik Nusantara?
Ayahnya Haji Kassim meninggal dunia
Ibunya meninggal dunia
Ayah Farid,Haji Badrul mrninggal dunia
7
Multiple Choice
Siapakah ibu Farid?
Zaoyah
Zuraida
Zarina
8
Seterusnya, Farid meluahkan keinginannya untuk membesarkan bengkel sekiranya kewangan syarikat semakin kukuh.Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama dengan pekerja-pekerjanya. Dalam mesyuarat tersebut, Farid mahu syarikat menjual batik dalam bentuk pakaian siap dengan jenama tersendiri dan Farid mencadangkan bengkel diperbesar dan mesin baharu perlu dibeli. Pada satu hari, Farid mengunjungi pejabat pemborong binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya satu ketika dahulu. Mokhsein memaklumkan, terdapat sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran batik dengan menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis.
9
Mokhsein kemudian menerangkan akan perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali.Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu. Farid, rakan sekelasnya ketika berada di tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman datang berkunjung untuk bertanya khabar. Dalam pertemuan yang lain, Zuraida berjanji mahu membantu Farid dengan menjualkan batik di gerainya tanpa mengenakan sebarang komisen, namun dia mencadangkan Farid mengeluarkan batik corak baharu untuk menarik perhatian pembeli. Farid bertemu Mokhsein ntuk mendapatkan pandangannya.
10
Fill in the Blanks
Type answer...
11
Hasilnya dia dapat menyiapkan kertas kerja “Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara” dan seterusnya, Farid membina bengkel tambahan dengan modal sebanyak RM75 ribu. Hal berkaitan tenaga pengajar batik moden akan diuruskan oleh Mokhsein. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Mokhsein diundang untuk merasmikan bangunan bengkel batik moden. Pada hari tersebut, Hartini Noor, adik sepupu Mokhsein datang. Zuraida melahirkan rasa cemburu terhadap kehadiran Hartini Noor. Farid mengunjungi Zuraida di gerainya.
12
Multiple Choice
Berapakah modal yang dikeluarkan oleh Farid untuk membina bengkel tambahan ?
RM75 ribu
RM200 ribu
RM10 ribu
13
Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman dan bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya. Zuraida melihat kerja-kerja mencanting di bengkel.Selanjutnya, pemilik Syarikat Batik Rajawali, Mukhtar begitu marah apabila batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan dengan alasan batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin, batik pilihan pengguna sekarang adalah keluaran syarikat pesaingnya, Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar kemudiannya pergi ke gerai anak saudaranya, Zuraida dan mendapati batik bercorak baharu dijual di gerai Zuraida. Mukhtar memberi amaran agar Zuraida tidak menjual batik itu dan jika masih degil, dia akan merobohkan gerai Zuraida.
14
Farid pula menerima amaran keras dalam bentuk surat layang. Dia diingatkan agar memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan memastikan batik keluarannya tidak menguasai pasaran. Jika amaran tersebut tidak dipandang serius, padah yang lebih besar akan menanti. Hajah Zaoyah mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis.Farid mendapat panggilan telefon daripada Zuraida. Zuraida menjelaskan akan larangan bapa saudaranya agar tidak menjual batik moden yang dikeluarkan oleh syarikat Farid. Di bengkel membuat batik moden kepunyaan Farid, Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri. Mahmood tidak berpuas hati kerana dua-dua lelaki itu telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali.
15
Multiple Choice
Apakah nama syarikat pesaing bagi syarikat batik yang diusahakan oleh Farid?
Syarikat Batik Rajawali
Syarikat Batik Nusantara
16
Azmi dan Masri memberi alasan meninggalkan syarikat kerana tidak dibayar gaji walaupun sudah bekerja selama dua bulan. Berlaku pertengkaran. Mahmood yang hilang sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi. Disebabkan Masri tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi, dia menerpa ke arah Mahmood lalu mencurahkan lilin panas dari canting ke muka Mahmood.
17
Ketika jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden dijilat api. Bengkel tersebut tinggal rangka. Lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik musnah. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin kebakaran bermotifkan jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan.
18
Di balai polis, Inspektor Rusman menjelaskan, pihaknya telah memberkas Mahmood di sebuah klinik ketika lelaki itu sedang menerima rawatan kerana tersiram lilin batik. Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pemilik syarikat tersebut ialah Mukhtar bin Yusof dan kini pihak polis berusaha untuk memberkasnya.
19
Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu memberi semangat semula ke dalam jiwa Farid. Zuraida pula menjelaskan, kerana kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan, dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM. Zuraida mencadangkan Farid menimba ilmu lagi kerana terdapat banyak kolej di Kuala Terengganu. Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahannya mengupah tiga orang samseng untuk membakar bengkel perusahaan batik Farid. Kemudian Farid dan Zuraida mengikuti Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.
20
Poll
Secara keseluruhannya, andakah anda memahami keseluruhan novel ini??
Ya
Tidak
Kurang faham
21
Apapun jawapan anda,,
Mari kita menguji semula kefahaman melalui soalan-soalan ini.
22
Multiple Choice
Siapakah watak utama dalam novel ini?
Farid
Zuraida
Hartini Noor
23
Multiple Choice
Yang manakah bukan perwatakan Farid?
Mudah berputus asa
Gigih
Penyabar
24
Multiple Choice
Siapakah ibu Farid?
Hajah Zaoyah
Hartini Noor
Zuraida
25
Multiple Choice
Apakah nama Syarikat Batik milik keluarga Farid?
Syarikat Batik Nusantara
Syarikat Batik Rajawali
26
Multiple Choice
Siapakah nama pesaing Farid?
Mukhtar bin Yusof
Mahmood
Mokhsein
27
TAHNIAH
kerana mampu menjawab soalan yang diberikan.
Isi nama anda dalam ruangan yang disediakan nanti ya.
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.
Hempasan Ombak
Novel KOMSAS Tingkatan 3

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 27
SLIDE
Similar Resources on Wayground
23 questions
PPKN & SBDP TEMA 2 SUBTEMA 3
Presentation
•
1st Grade
26 questions
TEMATIK
Presentation
•
3rd Grade
27 questions
BM unit 18 - Pengukuhan
Presentation
•
1st - 3rd Grade
21 questions
SejT4-Bab3_Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Presentation
•
4th Grade
27 questions
Bahasa Melayu
Presentation
•
1st - 4th Grade
13 questions
Tema 7 Sub tema 3
Presentation
•
1st Grade
17 questions
UEC MODUL 3D2 13(Lesson)
Presentation
•
3rd Grade
25 questions
MATERI KELAS 2 TEMA 4
Presentation
•
2nd Grade
Popular Resources on Wayground
20 questions
"What is the question asking??" Grades 3-5
Quiz
•
1st - 5th Grade
20 questions
“What is the question asking??” Grades 6-8
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Fire Safety Quiz
Quiz
•
12th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
34 questions
STAAR Review 6th - 8th grade Reading Part 1
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
“What is the question asking??” English I-II
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
47 questions
8th Grade Reading STAAR Ultimate Review!
Quiz
•
8th Grade
Discover more resources for Arts
20 questions
"What is the question asking??" Grades 3-5
Quiz
•
1st - 5th Grade
10 questions
Odd and even numbers
Quiz
•
1st - 2nd Grade
17 questions
2nd Grade Graphs (Bar & Picture)
Quiz
•
2nd Grade
15 questions
Telling Time
Quiz
•
2nd Grade
14 questions
Main Idea
Quiz
•
2nd - 3rd Grade
16 questions
Counting Coins counting money
Quiz
•
1st - 2nd Grade
15 questions
2.9G Telling Time to the Minute: set 3
Quiz
•
2nd - 3rd Grade
19 questions
Fire Safety
Quiz
•
KG - 2nd Grade