Search Header Logo
01. KATA ADJEKTIF

01. KATA ADJEKTIF

Assessment

Presentation

Education

7th - 11th Grade

Hard

Created by

JUNAIDAH Moe

Used 9+ times

FREE Resource

15 Slides • 0 Questions

1

01. KATA ADJEKTIF

Slide image

2

JENIS KATA ADJEKTIF

  • Kata Adjektif sifatan atau keadaan

  • Kata Adjektif Warna

  • Kata Adjektif Ukuran

  • Kata Adjektif Bentuk

  • Kata Adjektif Waktu

  • Kata Adjektif Jarak

  • Kata Adjektif Cara

3


  • Kata Adjektif Perasaan

  • Kata Adjektif Pancaindera






4

KATA ADJEKTIF SIFATAN ATAU KEADAAN

  • Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang menberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan kata nama. Contohnya:

  • baik

  • curiga

  • cerdik

  • pandai

  • berani

  • sihat

5

Contoh penggunaan dalam ayat

  • Murid yang baik selalu dipuji oleh kawan dan guru.

  • Orang itu agak curiga terhadap kejujuran kita.

  • Anak puan Shuhada amat cerdik.

  • Pelajar yang pandai dan rajin belajar mesti akan berjaya dalam hidup.

  • Pegawai tentera itu sungguh berani berhadapan dengan musuh di medan perang.

  • Pelatih-pelatih baharu itu sungguh sihat.


6

KATA ADJEKTIF WARNA

  • kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan dalam ayat. Contohnya:

  • merah

  • putih

  • ungu

  • kelabu

  • biru

  • hitam

7

Contoh penggunaan dalam ayat

  • Baju merah itu kepunyaan Yasmin.

  • Tubuhnya diselimuti kain putih.

  • warna ungu warna kegemaran ibu dan kakak.

  • Warna kelabu tidak begitu digemari orang.

  • Adik telah memilih dua pasang baju kurung warna biru.

  • Ayam jantan itu berbulu hitam.


8

KATA ADJEKTIF UKURAN

  • Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan dalam ayat. Contohnya:

  • panjang

  • kecil

  • tinggi

  • nipis

  • tebal

  • renek

9

Contoh penggunaan dalam ayat

  • Jambatan panjang itu telah siap dibina pada tahun lepas.

  • Rumah kecil di tepi sawah itu telah dibeli oleh ayah.

  • Ketua pasukan itu tinggi orangnya.

  • Lukanya dibalut dengan sehelai kain nipis.

  • Orang Eskimo sentiasa berbaju tebal kerana iklim negara itu sejuk.

  • Pokok itu renek kerana kekurangan baja.


10

KATA ADJEKTIF BENTUK

  • Kata adjektif bentuk ialah sejenis perkataan yang menbawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan dalam ayat. Contohnya:

  • bulat

  • lonjong

  • bujur

  • bundar

  • leper

  • lurus

11

Contoh penggunaan dalam ayat

  • Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat.

  • Bola ragbi berbentuk lonjong.

  • Kotak hadiah itu empat segi bujur.

  • Gasing leper kesayangan ayah telah pecah.

  • Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu.

  • garis lurus menembusi dua titik dilukis di atas keluk pengeluaran.


12

KATA ADJEKTIF WAKTU

  • Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya:

  • baharu

  • lama

  • segera

  • suntuk

  • silam

  • awal

13

Contoh penggunaan dalam ayat

  • Afiq ke kedai untuk membeli baju baharu.

  • Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki.

  • Kanak-kanak suka makan makanan segera.

  • kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk.

  • Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.

  • Tarikh pemergiannya terlalu awal.

  • Jam dinding itu lambat tiga puluh minit.

14

KATA ADJEKTIF JARAK

  • kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama. Contohnya:

  • jauh

  • dekat

  • hampir

  • rapat



15

Contoh penggunaan dalam ayat

  • Rumah Harissa terletak jauh dari sekolah.

  • Tempat kejadian itu dekat sekali dengan rumah Shaher.

  • Rumahnya hampir dengan pasaraya.

  • Kawan arapat Maisarah belajar di luar negara.

  • Mereka berkawan rapat sejak kecil.

01. KATA ADJEKTIF

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 15

SLIDE